Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Thursday, August 10, 2017

5 tips untuk menjadi blogger yang terbaik by shahroll

Thursday, August 10, 2017



As salam, hello readers...

Baru balik dari Mcdonalds di Kota Kemuning berjumpa dengan sahabat dari Kuala Langat berkenaan dengan website dan juga Online Marketing. tak lama sangat masa diambil, dari jam 8.45 malam sehingga 10.15 malam. Boleh dikatakan sebagai personal coaching untuk dia memahami selok-belok pemasaran online dan sebagainya.

Itu aku ceritakan di entry yang lain (entry khas tu!)


blogger shahrulhairydotcom 

Disebabkan aku belum mengantuk sangat sebab minum kopi arabic Mcd (sape suruh minum, kan!) boleh aku update blog aku ni. Ok, menjadi seorang ber-title 'blogger' senang sebenarnya tapi untuk mengekalkan kualiti yang baik untuk blogger, itu agak sukar. Jika tak kena gaya, mungkin korang akan di banned!

5 tips untuk menjadi blogger yang terbaik

1) Sentiasa up-to-date
Untuk yang sepenuh masa, aku tak hairan. Tapi kebanyakkan blogger, mereka membuat secara separuh masa (part time) atau sebab hobi sahaja. Jika tergolong dalam bukan sepenuh masa, make sure korang sentiasa up-to-date dengan perkembangan semasa (bukan gossip/backstabbing semata!) tapi ilmu-ilmu berkenaan bidang blogging itu sendiri. Paling kurang, boleh menonton di youtube berkenaan tutorial tentang SERP, Ranking etc

2) Membaca bahan-bahan terbaru
Membaca amalan mulia, kan? Aha, tapi berapa ramai yang suka membaca. Untuk blogger, nak tak nak perlu membaca sebanyak yang mungkin berkenaan dengan topik diluar bidang blogging. Contohnya, jika korang dibayar untuk membuat review tentang produk kesihatan, sekurang-kurangnya korang perlu baca kandungan bahan yang terdapat pada produk. Ditambah pula dengan info-info berkaitan yang perlu korang search di dalam internet, research time!

3) Seminar berkenaan Online Marketing
Ada masa kelapangan atau ada seminar free, boleh saja pergi melihat perkembangan terbaru atau inovasi yang diberikan oleh speaker yang memberi talk. Aku juga suka pergi ke seminar-seminar yang dianjurkan oleh SME Corp yang banyak sekarang ni tentang Online Marketing.

4) Bergaul dengan usahawan
Bukan bermaksud untuk mendapatkan job semata-mata, tapi kita boleh ambil atau "pinjam" semangat juang mereka dalam bidang business, serap ke dalam bidang penulisan blog. Bagaimana mereka membina business mereka, begitu juga kornag develop blog korang. Dah berapa tahun menulis, apa pencapaian korang yang terbaik setakat ni?

5) Be yourself
Ini paling penting. Kalau berblogging tapi bukan passion, bukan sebab minat dalam menulis, baik berhenti sekarang. Jangan jadi sampah dalam dunia blogging. Dunia blogging bukan sehari dua punya kerja kalau korang baru nak mulakan menulis hari ni. Dalam setahun dua, perlu banyak berkorban masa dan tenaga bagi mencapai hasil yang maksimum.


enjoy!



Wednesday, October 19, 2016

Paparan depan Blogger yang cantik by shahroll

Wednesday, October 19, 2016



As salam, hello reader...

Sempat juga update blog shahrulhairydotcom hari ni. Banyak event pula untuk beberapa minggu dalam UiTM. Bermula dengan CSR: IMD di Kuala Besut dan juga Sambutan 60 tahun UiTM. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Tapi aku ada 1 event lagi, untuk team KiK bagi peringkat kebangsaan di PiCC di Putrajaya nanti.

Letih kan?

Yup, meletihkan juga tapi kalau dah namanya tugas (amanah) di gagahkan juga. Then tak lupa untuk clients aku yang menunggu website mereka siap, blog business mereka siap. InsyaAllah aku akan siapkan semuanya dalam masa terdekat.

Pernah tengok mukadepan laman web BLOGGER?

perghhh!!

Pertama kali aku tengok muka depan BLOGGER macam ni. Selalu macam dull je, tak de apa-apa rasanya. Ini pun aku terperasan masa buka www.blogger.com tempoh hari. Aku macam, "eh eh, lawa pulak!" huhuhu!

Bagi yang baru nak merasai diary online, boleh la guna platform blogger. Sebab dalam platform blogger, senang dan mudah untuk digunakan. Sebagai contoh, pemilihan nama blog tu sendiri.

Bila ko nak develop blog masak-masak, masa awal-awal lagi boleh check, dah ada tidak orang pakai nama tu. Kalau dah ada, nanti dorang suggest kan nama yang sesuai. Kalau ko tak suka, boleh fikirkan domain (URL) yang lain.

Contoh: www.sukamasak.blogspot.my

Itu contoh domain FREE yang dorang bagi, sebab korang dah pakai platform dorang tu. Sebab apa free? sebab, nama "blogspot" tu tak hilang dalam domain URL korang, so dorang dapat marketing free kat situ, unless korang beli domain untuk jadikan www.sukamasak.com (beli pada provider Malaysia, pun boleh!)

Bila blog ni dah korang publish, maka kerja seterusnya adalah dengan memasukkan kandungan (content entry) untuk membina online presence tak kira lah untuk personal branding ke, business branding ke, sekurang-kurangnya seminggu ada 2 artikel dimuat naik ke dalam blog yang baru ko bina. 

Janganlah 1 entry pun tak buat, lepas tu salahkan Google tak index blog ko? eh, HELLO! sila buat kerja sikit kalau nak bermain dengan SEO, ok? =)

selamat ber-blogging!


[ads] Nak belajar develop blog business dari A sampai Z? 
whatsApps: 012-3437359 (Shahroll)



Saturday, August 13, 2016

Zenfone Go ASUS by shahroll

Saturday, August 13, 2016



As salam, hello readers...

Semalam sempat aku pergi ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam untuk membeli sebuah smartphone yang bajet. Dalam bajet-bajet pun, aku nak spec yang tinggi juga utnuk aku baut kerja-kerja kemaskini media sosial yang aku jaga brand company.

Sebelum tu aku dah usha-usha Zenfone Go sebelum beli. Harga yang mampu milik sebab bawah RM700. Aku beli set original ni berharga RM600 sahaja.

Zenfone Go ASUS

Belajar sikit-sikit pasal short-cut key untuk ASUS ni, then aku pun terus beli. Memory tak dapat free, tu kena tambah. Dia bagi free casing dengan screen protector sahaja. HEHE!

Alhamdulillah, dapatlah aku guna untuk buat kerja dan paling penting, untuk menghubungi mereka yang tersayang. =)

enjoy!






Tuesday, July 12, 2016

Fakta: 4 kesalahan bila berhari raya by shahroll

Tuesday, July 12, 2016



As salam, hello readers...

Selamat berhari raya! Alhamdulillah, dah berapa hari kita beraya, baru la sempat nak update blog. Dalam FB dah banyak gambar update, tinggal nak tepek dalam blog ni. Lepas ni aku update la eh? hari ni aku nak listkan beberapa kesalahan (dalam pemerhatian aku je!) untuk rujukan masa depan. HAHA!

yuhuuu!!


6 kesalahan berhari raya

*Varicose and spider veins during pregnancy*

1) Tak pergi solat sunat Aidilfitri
Ada tak yang tak pergi solat sunat Aidilfitri? tahu-tahu je dah tercongok kat depan rumah awek masing-masing. HAHA! memang la sunat, tapi hampir pada sunat muakad, kan? elokla korang pergi, ye!

2) Duit raya asing-asing
Ada sampul yang RM1, RM2, RM5. Kenapa asing? Ok, ni tak salah sebenarnya sebab ko ada position untuk bagi budak-budak duit raya yang kenal, tak berapa kenal dengan yang rapat. Mana yang rapat, dapat lah RM5, ye dak? Paling sadis bila ada sampul berisi RM50, ko tersalah bagi! HAHAHA haru gila.

Jubah Lelaki ATL (@kedaiinstash)

3) Pergi ziarah kubur
Aku ada baca, ziarah kubur 1 Syawal ni tak digalakkan sebenarnya. Sebab 1 Syawal adalah hari kemenangan untuk kita selama 1 bulan berpuasa, so why nak sedih-sedih awal pagi? Then ziarah kubur pun boleh pada bila-bila masa rasanya, kan?

4) Tak ada rendang raya
Setengah tempat, rendang ayam pun tak ada. So, kureng sikit suasana hari raya sebab tak ada rendang, kan? Dalam lagu raya pun ada "ketupat rendang..." kan? hehehe...

Ada lagi kesalahan yang korang nak tambah? silakan tulis kat ruangan komen, ya!

enjoy!




Monday, June 27, 2016

Pelajar UiTM: Praktikal di Bahagian Perhubungan Korporat by shahroll

Monday, June 27, 2016



As salam, hello readers...

Lambat aku update pasal student praktikal UiTM ni. Biasanya aku malas nak update, sebab tak berapa nak kena dengan topik yang aku suka. Tapi kali ni aku akan cerita dalam blog sebab, aku perlu share dengan pembaca-pembaca blog shahrulhairydotcom

pelajar praktikal dari UiTM

Mereka dari fakulti pengurusan maklumat. Aku panggil "budak library" sebab lepas ni dorang bekerja dalam bidang keperpustakawanan. Kerja dalam library. So, tugas aku hari tu adalah mengenai bahagian perhubungan korporat library, menjurus kepada soal penggunaan media sosial dalam library uitm (PTAR)

Tak lama, dalam 1 jam setengah sahaja aku membebel pasal blog, FB, twitter, Youtube rasmi PTAR. Penggunaan software juga aku ada bagitahu. Soal macam mana nak manage akaun tu pun aku bagitahu semua. Tapi tak se-details kalau aku ajar kat luar, sebab aku sure mereka pun bukan minat dengan Social Media Manager yang aku buat dalam SH Network Media

Dengan harapan, esok-esok dah jadi pegawai dan masuk pulak bahagian korporat, dapat menghasilkan sesuatu yang best bila bekerja nanti. Aku tahu silibus korang yang korang belajar tu, takde cerita apa yang aku sampaikan. InsyaAllah, aku halalkan ilmu yang aku bagi dan sampaikan, aminn!

enjoy!



Friday, June 24, 2016

Iftar 2016 @ Misuari Seafood by shahroll

Friday, June 24, 2016



Hanis & SH

As salam, hello readers...

Bercakap pasal iftar kat luar, aku dan isteri hujung-hujung ramadhan baru keluar berbuka di kedai makan. Dan kedai makan pertama untuk edisi 2016 ni di area Sg Udang, Klang. Asalnya sebab dah keluar petang, alang-alang berbuka sekali kat sini.

Misuari Seafood area Sg. Udang ni aku main redah je. Sebab lalu kawasan sini dah lama, tapi tak pernah pun rasa seafood yang ada kat sini. Dan kebetulan masa nak u-turn, ternampak restoren ni, tu yang pergi.

1st impression, kedai makan cantik. Ok lah untuk area kawasan bandar tak bandar ni kan, nice deco jugak. Orang Kelantan atau orang Thai, aku tak sure. Bunyi lain macam pun ada, sekejap macam Kelantan, sekejap macam Thai. HEHE!

Kedai ni agak tak popular dala, pencarian Google, tapi agak hebat dalam Instagram. Now Instagram dah cecah 300 juta pengguna setiap hari!

Alhamdulillah, aku makan sup ekor dengan kerabu mangga. Isteri makan tomyam dengan kailan ikan masin. blurppss! RM39 sahaja untuk 2 orang, syukur!


A photo posted by Shahroll.SH (@shahroll.sh) on

enjoy!



Wednesday, June 22, 2016

Kad NSK: Kumpul mata ganjaran dengan NSK by shahroll

Wednesday, June 22, 2016



As salam, hello readers...

Alhamdulillah berpuasa lagi kita tahun ni, dah setengah bulan kita melaksanakan ibadah puasa ye? mudah-mudahan Tuhan menerima ibadah kita dengan pahala yang setimpal, InsyaAllah. Disamping itu, ada diantara kita yang bertungkus-lumus menyiapkan segala tempahan kuih-muih, baju, peralatan rumah dan sebagainya untuk menyambut lebaran tak lama lagi.

Begitu juga dengan kami!

eh, apasal tunjuk kad?

Tempahan produk popia simpul cinta dari Hanis Pastry mendapat tempahan hampir 60 balang kecil yang comel ni kepada pelanggan. Alhamdulillah, rezeki dari Allah SWT yang beri. Disebabkan NSK ni dekat dengan rumah kitorang, maka pembelian bahan mentah memang beli kat situ.

Lepas 2 kali pembelian, baru buat kad ni. RM10 diperlukan sebagai wang pendaftaran (sekali sahaja).

Tujuan? nak kumpul mata ganjaran macam kad-kad mall yang lain. InsyaAllah, bulan ni nak try berbelanja dapur kat NSK. Nak compare dengan Econsave yang selama ni kitorang beli belanja dapur kat situ.

Ok lah, selamat berpuasa semua!

enjoy



Friday, April 29, 2016

Salmon soup: Masakan ringkas untuk para suami! by shahroll

Friday, April 29, 2016



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, ber-update lagi abam shahroll dalam blog ni. Sekarang update tak boleh selalu ya, al-maklum lah sekarang berbeza situasinya sebelum abam shahroll kawin. Maka, mana yang ber-update ni, bersyukur lah kalian, dapat membaca dan stalker blog abam. HAHA!

Terima kasih kat wife abam shahroll, yang paham pasal life seorang blogger (part time cam abam). Muahciked!

ok, kali ni abam shahroll nak bagi resepi mudah, cepat dan pantas untuk para suami kat luar sana. Sekali-sekala memasak untuk isteri, mesti best kan?

salmon soup by SH

Memasak ni bukan susak pun. Orang kata campak-campak je jadi. Cuma rasa masin tak masin tu je lah menjadi indikator masakan ko sedap ke tidak. Chef kat luar sana bil abaca blog aku ni, tolong jangan nak kecam sangat eh sebab aku bukan chef pun! haha...

Apa yang perlu ada nak buat salmon soup ni?
1) Kepala ikan salmon
2) Tomato
3) Bawang putih+merah
4) Daun sup
5) Halia

Cara masak:
1) ambil periuk dan penuhkan dengan air. Masukkan kepala ikan Salmon tu.
2) Lepas dah berwap sikit, masukkan bawang merah dan putih yang korang kena potong. Tak payah tumbuk pun takpe.
3) Masukkan sikit garam+serbuk perasa
4) Minyak ikan salmon semula jadi mula keluar. Biarkan dan masukkan tomato
5) Hidangkan bersama nasi panas, yummeh!

Aku dah cakap, senang je. Praktis kan masakan ni bila isteri atau wife korang tengah berpantang atau outstation. Cepat, mudah dan menyelerakan!

selamat mencuba.

enjoy!




Saturday, February 20, 2016

Berjalan di Sekinchan dengan bekas teman wanita by shahroll

Saturday, February 20, 2016



As salam, hello readers...

Lama dah pending nak menulis blog. Ada banyak keja sekarang kena setelkan baik dari sebelum kahwin dan selepas kahwin ni. Alhamdulillah, semua majlis berjalan dengan lancar. 

Terima kasih aku ucapkan kepada semua saudara-mara, sahabat-sahabat dan yang tolong secara langsung atau tidak. Terima kasih banyak-banyak, jasa kalian hanya Allah SWT saja layak membalasnya.

Jalan ke Sekinchan


Lama tak jalan ke Sekinchan

Kali ni aku tak berjalan-jalan bersendirian. Dah ada teman. Alhamdulillah, permaisuri hati suka berjalan disini. Aku pun dah lama tak jalan tengok pemandangan indah sawah padi. Kalau korang suka bergambar outdoor, sini memang tempat dia. Best!

with my wife, Hanis

Ada yang sanggup turun dari KL ke sini untuk ambil gambar sunset, gambar ala kampung, tepi parit dan sebagainya. Ada banyak gambar aku snap kat sini dengan isteri, tapi biarlah aku simpan untuk simpanan peribadi untuk aku dan isteri, eheee!!

Banyak perancangan aku dan isteri untuk our future. Aku sebagai suami perlu mencari nafkah lebih lagi untuk plan akan datang (apa tu eh?) HAHA!! shhhhhhh....

Happy Weekend guys!

enjoy!





Thursday, January 21, 2016

3 hari lepas kahwin, buat apa? by shahroll

Thursday, January 21, 2016



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, baru sempat nak update blog shahrulhairydotcom. ku dah cerita pasal pernikahan aku kan? Now aku cerita sikit lepas kahwin aritu. Aku stay kat rumah mak mertua aku di Serendah untuk 1 minggu. Aku suka dengan persekitaran baru dan keluarga baru aku kat sana. Klang ke Serendah pun ambil masa 1 jam setengah sahaja menggunakan laluan NKVE highway.

Ke rumah kawan-kawan isteri

Ada ramai kawan isteri yang selamat melahirkan anak pertama, Alhamdulillah dan tahniah diucapkan. aku pun tak melepaskan peluang untuk chakk chakk dengan anak dorang. 1st sekali ke rumah Afif, then kedua ke rumah Lala. Sorang lagi tu tak sempat disebabkan masalah tertentu.

aku agak kekok, nampak sangat eh??

Disebabkan aku tak berapa pandai pegang baby, aku pun suruh isteri aku je yang pegang. Aku chakk chakk dari tepi je (sedehh!) tapi takpe lah, nanti kalau jadi apa-apa susah pulak kan. Nanti aku belajar teknik pegang baby dengan betul. HEHE!!

Aku lupa la nama baby yang pakai baju merah ni. Tersama pulak dengan aku pakai kaler sama, HAHA!. Tapi ni baby perempuan.


enjoy!




Friday, January 08, 2016

(Gambar) Sekitar majlis pernikahan blogger shahrulhairy dot com by shahroll

Friday, January 08, 2016



Malam sebelum nikah: Inai 3 jari untuk esok. Terasa juga debarannya tapi aku cool down kan diri dengan tidur awal! HAHA!

Pengapit aku, CEO untuk myperhentian yang super awesome! Thanks bro for all!

Rakan pejabat, Juan dan Fatin. Thanks datang masa akad nikah aku...

Rakan-rakan isteri. Katanya rakan sekolah rendah =)

Kenangan bersama mereka...

Alhamdulillah, 27 Disember 2015 menjadi titik tolak aku suami kepada Norhanis di Serendah, Selangor. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, isteri-isteri nabi, sahabat-sahabat nabi serta keturunan Nabi. Syukur semuanya berjalan dengan lancar dan tepat pada waktunya.

InsyaAllah aku akan update full story nanti. Hari ni aku cuti sebab nak ambil sijil nikah di pejabat agama Kuala Kubu Bharu.

enjoy!






Thursday, December 24, 2015

Speed Test Kancil Turbo L6 dari Banting by shahroll

Thursday, December 24, 2015



As salam, hello readers...

Hari Isnin aritu aku mengambil cuti dan pergi ke Banting untuk membuat proses pertukaran nama membeli Kancil L6 di Jabatan Pengangkutan Jalan Banting. Tapi bukan dibawah nama aku, adik aku, Nienashah yang punya. Alhamdulillah, proses itu berjalan dengan lancar disebabkan kitorang pergi seawal jam 8 pagi dah kat sana.

Harga total untuk Kancil L6 ini adalah RM7,000

Kancil L6

Harga tersebut termasuk dengan cukai jalan yang diperbaharui selama 1 tahun dan lain-lain caj. Alhamdulillah, kondisi keretanya masih utuh dan masa yang sama, kereta telah di service cuma penyerap hentakan sahaja yang tak tukar. Masih OK katanya.

Aku pun membuat sesi "speed test" bila kereta ni dibawa balik ke Klang. Ciri-ciri Kancil L6 yang dapat aku tengok, ada turbo timing, seat best, timing chains dan bunyi "psssttt chinggg!!" setiap kali pertukaran gear. Yes, kereta ni manual ye, bukan automatik

semasa sesi ujipandu kereta kancil L6

Walaupun kancil, tapi ada power stereng ye. Sedap sikit bawak kereta ada power stereng ni lebih-lebih lagi kalau nak parking. Dah kereta ni adik aku yang nak bawa, agak sukar nanti kalau takde. Aku dah try bawak kereta ni selaju 100km/j dan agak bergoyang juga disebabkan ringannya kancil. HAHA!

Aku bawak 70km/j lepas gear 5, laju dia memang mendesup! Ok, aku dah teruja sebab gear 4 dah leh cecah 100km/j. Macam ada Nosh pulak Kancil ni, HEHE!

Cuma dibahagian gear 4 ke 5 tu macam susah sikit nak masuk. Macam ada benda sangkut. Tapi bila tarik balik ke gear 4, pastu tolak depan sket masuk ke gear 5, baru boleh. Heran gak tu, kena pergi check kat bengkel. Nasib bengkel dia cuma kat Bukit Raja ni je.

selesai ujipandu kereta Kancil

Semoga adik aku akan menggunakan kereta ni sebaik mungkin. Yelah, dah tiba masanya aku akan berangkat keluar sebab lepas ni aku akan beralih fasa untuk menjadi suami orang pula. Alhamdulillah. 27 Disember 2015 (Ahad ni!) aku akan akad nikah dengan bakal zaujah ku di Masjid Nurul Iman, Serendah.

Doakan aku ya!

Selamat Menyambut Maulidur Rasul.


******************************
IKLAN

sebarang pertanyaan, boleh call Jang- 0193745764

terima kasih!






Monday, December 14, 2015

Gegar Vaganza 2: Antara hiburan dan penajaan by shahroll

Monday, December 14, 2015



As salam, hello readers...

Pertama sekali, aku ucapkan TAHNIAH kepada Siti Nordiana yang memenangi tempat pertama a.k.a Johan untuk Gegar Vaganza musim kedua. Tak dinafikan, rezeki Nana untuk musim ini walaupun aku menjangkakan Ezad Lazim atau Nassier Wahab yang merangkul tempat pertama. Diluar jangkaan aku sebenarnya!

gambar: Siti Nordiana Alias

Nana yang sebelum ini kita tidak berapa tahu sangat dalam industri hiburan sebelum melangkah masuk ke GV2, kita kenal beliau sebagai penyanyi yang biasa-biasa disebabkan pembawaan lagu yang bagi aku, trendy untuk zaman itu bersama arwah Acik Spin. Tak perlu ditanya, mengapa dan kenapa Nana tenggelam timbul dalam industri, banyak sebab untuk ditulis satu-persatu.

Bersama GV2, baru aku tahu Nana ada buka butik jubah muslimah. That good! Penyanyi menjadi usahawan, bagi aku biasa. But after this, Nana dah boleh kembangkan business disamping kerjaya nyanyian juga meningkat dengan comeback dalam GV2.

Nana bukan biasa-biasa
Now dah terbukti Nana boleh membawakan pelbagai forte/genre lagu untuk dipersembahkan. Even suara Nana ni ada iras Siti Nurhaliza, tapi certain key and note, ada bezanya. Kena perlu lebih teliti dalam mendengar. Even Tok Ram pun puji nyanyian Nana, kan?

Habis part hiburan, now part penajaan.

Aku bukan nak kondem penaja yang menaja program tersebut. Tidak. Kalau ada yang terasa, harap maaf. Aku beri pendapat peribadi sahaja.

Selayaknya dan sememangnya kalau dah menaja, nak something ROI kepada business. Itu normal. Even aku sendiri pun camtu jugak bila aku ada sponsor mana-mana blogger untuk buat review. Tak dinafikan.

Cuma cara. Cara kau deliver, nak promote, nak bagitahu produk atau services tu, aku rasa kena berpada-pada. Aku rasa, mesti dah ada proper plan untuk isi slot promote tu kan? Aku tengok setiap kali commercial break, iklan penaja keluar. That good.

Then, pengacara pun banyak kali sebut tagline kau even sebut pun macam main-main tapi that working. Orang gelak-gelak sebut tagline kau, sampai melekat dalam kepala? that good, right?

Aku sangat faham dan mengerti, penajaan seperti ini bukan sikit-sikit anak, main juta-juta. Paham. Aku cuba.

Tapi, macam aku cakap, "berpada", sales tetap meningkat, kan?

enjoy!





Thursday, November 19, 2015

Mcdonald @ Rawang One by shahroll

Thursday, November 19, 2015



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, dapat juga aku update blog. Beberapa hari lepas, agak kebizian dengan kerja-kerja hakiki dan keadaan diri yang agak keletihan. Now, boleh aku story apa yang aku dan tunang kesayangan buat di McDonald, Rawang One.

She love Bubur Mcd!

Berjumpa dengan tunang kesayangan adalah untuk memberikan borang kebenaran kahwin yang telah aku siapkan hari Jumaat. Aku jumpa hari Sabtu, bebetul pass kat ayah tunang aku. Agak berdebar juga masa nak pass borang tu sebenarnya. HUHU!

Dan masa di Mcd, aku dan tunang sama-sama isi borang untuk sebelah perempuan pula, iaitu borang 2C dan 2D. Untuk lelaki, hanya borang 2A sahaja, tapi kalau alamat korang duduk tak sama macam dalam IC, kena isi borang permastautinan ya. 

Contoh, dalam IC alamat Kelantan, tapi duduk kat Selangor, kena mintak tandatangan tok ketua kampung, ketua taman yang sah kan korang duduk kat sini.


Link kat atas ni, berguna untuk korang daftar untuk berkahwin nanti ya? Simpan dan bookmark sesiap!

Thanks sayang snap gambar ni! ;)

enjoy!





Wednesday, November 11, 2015

Best ke pergi ke Haji Ismail Group (HIG) di Langkawi? by shahroll

Wednesday, November 11, 2015



As salam, hello readers...

Pertama kali menjejakkan kaki ke kompleks Haji Ismail Group atau orang kenal dengan nama HIG singkatannya. Dalam kompleks ni ada pelbagai kedai, selain dari kedai coklat milik Haji Ismail. Aku dah teruja gila sebab banyak coklat yang dijual dalam kedai ni, terus aku snap gambar!

pintu masuk HIG

I'm to be like, "WAAAAA this is heaven!!" haha, maklum la, tak pernah masuk kedai coklat banyak-banyak camni. Dah banyak, murah la jugak rasanya harga kat sini. Kalau dah datang sini, coklat Malaysia memang tak pandang dah. Mesti cari coklat dari Australia, New Zealand senang cerita coklat luarnegara lah.

jenis yang camni la kan...

Ada satu white coklat dari New Zealand tu, satu bar besar dalam RM13.90 je. Oklah, sebab tebal dan besar coklat tu. Aku pernah makan, sebab tu aku beli seketul. Wat lepas gian nak makan coklat sedap. Pastu, coklat jenis Twins pun ada. BEsar dan kecik. Yang besar RM10.90 dan yang kecik RM6.90

Antara coklat yang aku borong

Coklat DAIM kat sini sebungkus RM17.90 tapi kalau beli 3 bungkus dalam RM33.00 je. So, better la korang beli banyak-banyak k? HAHA!

pintu masuk warna hijau tu...

Datang sini jangan bawak sikit duit. Bawak dalam RM200-RM300 ye? Sebab kalau bawah RM50, sikit je dapat coklatnya. Tak puas korang nak shopping coklat nanti. HEHE!

Last but not least,

muka penulis mesti kena ada.. HAHA!!

enjoy!



Monday, November 09, 2015

Kenapa Nasi Bujang? by shahroll

Monday, November 09, 2015



As salam, hello readers...

Sesi throwback masa aku kat Pulau Langkawi diteruskan lagi. Aku nak cerita pasal kedai makan yang ada kat sini. Lebih tepat, berdekatan dengan hotel kami menginap iaitu Adya Hotel di Pekan Kuah. Kedai makan yang paling hampir adalah Thai Seafood yang korang boleh berjalan kaki sahaja untuk chill dan pekena kopi tarik kaw (pekat)!

Nasi Bujang set+Kopi tarik kaw (pekat)

Kenapa dipanggil "Nasi Bujang" eh? Mungkin sebab nasi putih dan letak telur goreng je kot kan? orang bujang kan simple and easy je kalau bab makan. Janji kenyang, ye dak? HEHE!

Tapi serius, sup kat restoren ni sedap. Sedap sangat. Kalau tak, tak kan aku repeat sampai 3 kali datang ke sini. Kopi tarik dia pun best. Pekat dan rasa creamy lain macam sket!


Bukan orang Thai

Biasanya, kedai-kedai makan camni samada orang Kelantan atau mixed dengan sempadan Thailand. Pure Thailand tak sure, boleh ke buka kedai camni kat Malaysia atau sempadan Malaysia. Korang boleh cuba kelainan dia kalau dalam Kelantan atau ke sempadan, rasa dia camna.

Masa aku makan kat sini, tukang kira dia cam orang Melayu Kelantan. So, aku anggap kedai ni tokey dia orang sini, pekerja dia mixed Thailand. sawadikaa!

enjoy!




Tuesday, October 27, 2015

Selfie bersama Menteri KPT, Dato Idris Jusoh by shahroll

Tuesday, October 27, 2015



As salam, hello readers...

How are you? Aku harap korang sentiasa sihat dan selalu dibawah lindungan-Nya. Alhamdulillah, jerebu pun semakin menipis nampaknya. Syukur dan syukur kepada Allah SWT yang memberikan kesempatan demi kesempatan yang berpanjangan terhadap umat ini.

Ok, cerita selfie ye. Ermm, lama dah ni, minggu lepas punya event. Tapi ok lah eh, aku share gak dalam blog ni. Sebab? bukan semua readers aku adalah rakan aku di Facebook kan? so kat medium ni lah korang akan usha-usha aktiviti aku, ye dak? HEHE!

Event Trans4U UiTM

Event ni berlangsung di Dewan Agung Tuanku Cansellor (DATC) dan dirasmikan oleh menteri KPT iaitu Dato' Seri Idris Jusoh. Aku ada typical minded dengan menteri-menteri ni bila bagi ucapan/perasmian rasmi cam ni. Apa yang aku fikir, mesti bosan gila apa dia nak cakap.

Yelah, sebab pakai teks kan. Tapi DIJ best pula aku dengar, pandai bermain dengan nada dan crowd yang ada. Tak mencerminkan menteri yang bosan. Keep it up DIJ!

thanks Dato Seri Idris Jusoh! Very sporting!

Trans4U UiTM


enjoy!



Thursday, October 15, 2015

Aku masih photographer? kenapa tidak? by shahroll

Thursday, October 15, 2015



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, baru sembuh dari batuk-batuk yang agak teruk dan demam. Suhu badan aku tetiba jadi sejuk 35 darjah celcius. Dah nak jadi ular rasanya! Tak cukup 2 darjah celcius pun boleh jadi tak menentu weh! Ni pun masih bersisa batuk, cuma tak seteruk hari Selasa aritu.

10 Oktober lepas, aku selesai tugas ambil gambar di Hotel Premier, Klang untuk graduasi sekolah rendah. Alhamdulillah, ini kali ke-2 aku bekerjasama dengan sekolah tersebut untuk majlis graduasinya.

Mujur rumah aku dekat dengan hotel.


Datang terus setting lampu denyar

Majlis bermula 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Kiranya, cuma event setengah hari je la. Walaupun event setengah hari, kalau shoot sorang-sorang, mau semput juga tahu? Haaa, ni abang nak kabo, kalau awak masih baru-baru dalam job convo, better ajak kawan sorang untuk cover gambar event. Kalau tak, mau pancit tengah jalan!

Aku lone renjer sebab dorang bajet untuk 1 photographer, kalau tak nak juga bawak kawan photog yang lain. Tak kan nak bawak kawan photog, tangan kosong kan? mesti kena hulur sikit. HEHE!

masa ni, event sedang running...

Buat 2 tugas dalam 1 masa, mencabar dik. Jangan main gila. Make sure kamera ko dalam keadaan best, tak mau ada sebarang kerosakan. Then, paling penting stamina korang kena fit, sebab korang akan mundar-mandir, depan belakang nak shoot pelajar, ibubapa, guru-guru dan segala mak nenek yang ada dalam hall tu. Jangan miss moments!

Aku lain. Semua peralatan aku sewa dari kawan photog aku. Kira dah masuk sekali pakej services aku dengan sewa peralatan. Thanks bro! nanti aku sewa lagi eh! HAHA!


Mesti korang pelik kan. Apesal nak promote blog aku kat event ni pulak kan? kenapa tak promote SH iMAGE Production je? HAHA! For your information, aku takde baju official lagi untuk SH iMAGE Production. Baju oren ni pun dah berapa tahun aku pakai. Masih fit di badan, walaupun kat perut buncit sikit la. HEHE!

Lagi pun ,masa ni ibubapa pelajar ramai kot. Masa ni lah nak promote blog yang so called popular kat Malaysia ni kan, kan ,kan? *rolling eyes* HAHA!

peralatan yang di sewa...

By the way, untuk majlis corporate event aku juga boleh handle selain dari convocation. Untuk mereka yang nak booking untuk event 2016, boleh direct whatsapps kat aku 0123437359 untuk fast respond, kalau nak email pun boleh just email shahrollphoto@gmail.com ye?

enjoy!