Showing posts with label SH iMAGE. Show all posts
Showing posts with label SH iMAGE. Show all posts

Thursday, October 15, 2015

Aku masih photographer? kenapa tidak? by shahroll

Thursday, October 15, 2015



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, baru sembuh dari batuk-batuk yang agak teruk dan demam. Suhu badan aku tetiba jadi sejuk 35 darjah celcius. Dah nak jadi ular rasanya! Tak cukup 2 darjah celcius pun boleh jadi tak menentu weh! Ni pun masih bersisa batuk, cuma tak seteruk hari Selasa aritu.

10 Oktober lepas, aku selesai tugas ambil gambar di Hotel Premier, Klang untuk graduasi sekolah rendah. Alhamdulillah, ini kali ke-2 aku bekerjasama dengan sekolah tersebut untuk majlis graduasinya.

Mujur rumah aku dekat dengan hotel.


Datang terus setting lampu denyar

Majlis bermula 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Kiranya, cuma event setengah hari je la. Walaupun event setengah hari, kalau shoot sorang-sorang, mau semput juga tahu? Haaa, ni abang nak kabo, kalau awak masih baru-baru dalam job convo, better ajak kawan sorang untuk cover gambar event. Kalau tak, mau pancit tengah jalan!

Aku lone renjer sebab dorang bajet untuk 1 photographer, kalau tak nak juga bawak kawan photog yang lain. Tak kan nak bawak kawan photog, tangan kosong kan? mesti kena hulur sikit. HEHE!

masa ni, event sedang running...

Buat 2 tugas dalam 1 masa, mencabar dik. Jangan main gila. Make sure kamera ko dalam keadaan best, tak mau ada sebarang kerosakan. Then, paling penting stamina korang kena fit, sebab korang akan mundar-mandir, depan belakang nak shoot pelajar, ibubapa, guru-guru dan segala mak nenek yang ada dalam hall tu. Jangan miss moments!

Aku lain. Semua peralatan aku sewa dari kawan photog aku. Kira dah masuk sekali pakej services aku dengan sewa peralatan. Thanks bro! nanti aku sewa lagi eh! HAHA!


Mesti korang pelik kan. Apesal nak promote blog aku kat event ni pulak kan? kenapa tak promote SH iMAGE Production je? HAHA! For your information, aku takde baju official lagi untuk SH iMAGE Production. Baju oren ni pun dah berapa tahun aku pakai. Masih fit di badan, walaupun kat perut buncit sikit la. HEHE!

Lagi pun ,masa ni ibubapa pelajar ramai kot. Masa ni lah nak promote blog yang so called popular kat Malaysia ni kan, kan ,kan? *rolling eyes* HAHA!

peralatan yang di sewa...

By the way, untuk majlis corporate event aku juga boleh handle selain dari convocation. Untuk mereka yang nak booking untuk event 2016, boleh direct whatsapps kat aku 0123437359 untuk fast respond, kalau nak email pun boleh just email shahrollphoto@gmail.com ye?

enjoy!




Sunday, September 06, 2015

(Tutorial) Gabungan editing untuk hasilkan montaj bersama SH iMAGE Production by shahroll

Sunday, September 06, 2015



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, terima kasih sudi datang lagi ke blog ini ya? Aku harap korang terus menerus membuka dan membaca artikel-artikel yang aku terbitkan di dalam blog ni. Semoga memberi manfaat (jangan lupa share dalam FB!) hehe...

Ok lah, hari ni aku dalam mood nak beri tutorial. Pasal editing, nak buat montaj. Banyak dah post pasal montaj, korang boleh search kat ruangan kotak carian diatas dengan kata kunci "montaj" atau "sony vegas pro 12"

Aku share gerak kerja aku ya?


1) Kebiasaannya, client akan memberikan RAW data seperti report, poster,powerpoint dan banyak sekali fail berbentuk PDF. Dengan RAW source yang ada, korang kena simplified dalam beberapa kategori iaitu;
-Gambar
-Caption
-RAW video

2) Lepas dah asingkan tu, baru kerja bermula. Pada aku, setelkan dulu part gambar. Sebab apa? sebab gambar ni banyak sekali kena edit dan touch-up

Gambar yang asal tu hanya slide dalam powerpoint je, so tugas korang lah yang menjadikan gambar tu sebagai PNG dalam photoshop.

stage masuk ke dalam Photoshop

3) Prosesnya adalah: Powerpoint (save as PNG) > buka Adobe Photoshop+enhance+Level+Saturation (save as PNG)> Done! 

Simpan dulu dalam folder "gambar" tadi, nanti kita nak guna masa editing montaj.

stage edit dalam Camtasia Studio

4) Proses membuat gambar tadi diteruskan untuk gambar lain juga ya. Sampai keseluruhan gambar tadi dah jadi sekeping gambar PNG. Kenapa aku suruh save sebagai PNG?

Ini kerana, cuba korang tengok gambar kat atas yang ada api tu. Ada tak background warna putih? Takde kan? So, itulah kenapa aku suruh save PNG. Kalau save sebagai JPEG, korang akan dapati warna putih yang background tu akan ada sekali, so tak cantik lah ye.

Aku suka buat dalam Camtasia Studio dulu, then baru ke Sony Vegas PRO 12.

Sony Vegas PRO 12

5) Untuk client yang dah bagi RAW video untuk di edit, aku akan terus edit dalam SVPRO12. Selalunya akan crop size 16:9 widescreen lah ye. Buka di desktop pun cun. upload dalam Youtube pon nampak full je. Then, aku suka guna warna setting macam "film look"

6) Beberapa footage di atas adalah bahan yang diberi oleh client dan bahan yang kita kena cari. Contohnya macam opening counting tu aku ambil template free dari website footage yang beri percuma. Download then guna. Sama juga dengan audio, aku ambil dari free source juga. Lepas tu, combine dalam SVPRO12.

Camtasia Studio 8

7) Bestnya guna CS8 ni sebab, nak buat animation mudah sikit. Tak berat macam SVPRO12. Selalunya untuk scene by scene editing, aku guna CS8 untuk buatkan video WMV dulu, then masukkan dalam SVPRO12. Dari segi transition, CS8 tak best sangat. Itu boleh setel dalam SVPRO12.

Marking part

8) Lepas semua video korang dah edit satu persatu, masa untuk combine kan adalah satu yang kritikal. Nak matchkan beat audio dengan visual yang dipaparkan. Bunyik bass, boom dan dentum-dentum tu, korang kena mark (tanda) untuk memudahkan, bahagian mana yang sesuai untuk dipadankan.

Contohnya, audio sedang "BOOM" dengan kuat korang letak visual yang sedang BOOM juga. Misalnya tadi ada background api kan? so, match kan api tu dengan bunyi BOOM tu. Salah satu contohnya lah ye.

Banyak kan proses dia? Sebab tu aku caj untuk seminit sahaja RM150. Ada yang nego pun, aku beri RM100 untuk seminit. Sebab kalau buat benda ni, memang 100% fokus, dan tak leh nak buat benda yang lain.

Contoh video yang telah dihasilkan;





enjoy!









Saturday, October 25, 2014

Panel Jemputan Stormreaders: Seminar Media Sosial bersama SH iMAGE by shahroll

Saturday, October 25, 2014



As salam, hello readers...

Menjadi panel jemputan untuk sebuah syarikat terkemuka dalam penjualan barangan muslim tidak aku menduga sama sekali. Terima kasih kepada rakan aku yang sudi hubungi aku di SH iMAGE dan kepada team Stormreaders Damansara Damai (HQ), terima kasih diucapkan diatas kepercayaan dan amanah yang diberikan.

Ok lah, sebelum aku berceloteh aku pamerkan poster dibawah ni;

poster SWAT

Tengok ayat digunakan. "Perkongsian" dari Shahrul Hairy Shaharuddin. Aku lah tu yang berkongsi serba sedikit ilmu pemasaran online bersama rakan-rakan yang hadir. Aku panggil "rakan-rakan" sebab memang dah jadi rakan aku peserta seminar ni, Alhamdulillah.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang memberikan respond yang terbaik sepanjang sesi berlangsung. Ingat tak ramai yang bertanya, rupanya sesi Q & A menjadi satu sesi "coffee talk" macam di kedai mamak, dok bersembang apa yang tak kena, apa yang boleh dibuat dengan itu ini dan sebagainya. Syukur, korang beri perhatian yang maksimum dalam seminar tu *happy*

Monday, September 16, 2013

Bagaimana rasanya menjadi videographer perkahwinan Melayu? by shahroll

Monday, September 16, 2013



As salam, hello readers...

Catchy tak tajuk? HAHA, boleh pulun banyak SEO tu. Ok lah, semalam aku berkesempatan datang ke majlis perkahwinan Alif dan Shida bertempat di Kampung Delek Kanan, dekat je dari rumah aku. Jemputan memang sebagai tetamu, tetapi aku minta izin dengan Alif untuk merakam video untuk majlis perkahwinan mereka, tanpa ada bayaran apa-apa.

Mengapa?

Aku nak jadikan sebagai sample dan portfolio aku. Sebenarnya, aku nak "try" masuk dalam market videography dan merasa pengalaman "sebenar" juruvideo dalam majlis perkahwinan. Alhamdulillah, objektif aku tercapai. Dan yang lebih penting, video-nya dah siap aku edit semalam.

Seronok tak jadi videographer?

Nak kata seronok tu, boleh jugak lah. Kalau selalunya aku ambil gambar, sekali dapat rakam video, rasa kelainan sedikit. Tapi asasnya, bila merakam video sama dengan ambil gambar, komposisi. Bila video kita ingat senang saja, rakam saja. Itu SALAH!

Ini kerana, korang kena bijak ambil scene "yang perlu". Tapi bagi mereka yang nak play-safe, boleh la shoot semua moment. Stanby saja video yang boleh simpan file yang besar. Macam semalam aku ambil 123 file scene dan memakan storage sebanyak 2.6 GB

Imaginasi dan plan kasar untuk merangka sesebuah video aku dah fikirkan sehari sebelum. Bermakna, korang dah find out apa storyline yang nak dibuat. Adakalanya, kita shoot ikut timeline dari pagi hingga ke petang, tapi ada beberapa scene yang sesuai untuk diletakkan di sebelah pagi dalam post-processing korang nanti.

Paling penting, kalau betul nak serius dalam line video, kena ada monopod atau steady-cam atau GlideCam. Kalau tak, time bergerak pakai handheld amatlah buruk kualiti video yang dirakam. Aku ada buang scene kat khemah tu, sebab goyang keterlaluan.

Time to show, enjoy!




Friday, August 26, 2011

[ads] Mana nak cari jurugambar/photographer sekitar Klang/Shah Alam/Kuala Lumpur? by shahroll

Friday, August 26, 2011


As salam and hello readers!


Tak tidur lagi ke? Korang sama dengan aku la sekarang ni, mengantuk tapi tak boleh nak pejam. Datang pula idea nak update berkenaan dengan service jurugambar. Nak aku cite ke? =p


Pertamanya, ini bukan sponsored post ke hape, aku sendiri menyem-ponser post ini (SH iMAGE). Mana yang baru datang ke blog aku ni, boleh berkenalan dengan aku dekat SINI. Sorry, pakai bahase omputeh kat bahagian tu, kot la ade Mat Salleh yang berkenan nak guna service photog aku kan? heh~


Dulunya aku menggunakan blog berdomain shahrulhairy.com ni selaku blog untuk aku letak segala aktiviti photography yang aku lakukan, but now aku dah pecahkan kepada 2 blog. Yang korang tengah baca ni blog personal aku dan yang lagi satu khas untuk para future client nak tengok hasil kerja selain aku letak di dalam SH iMAGE Facebook Pages.


Contoh gambar yang aku ambil....
Lain-lain boleh ke SINI

Kepada pembaca yang sekitar Klang/Shah Alam boleh direct call aku untuk tanya services yang aku tawarkan. SMS pon ok, tapi kalau lambat better telepon je. Number telefon seperti terpapar di dalam photoblog aku.

Untuk orang KL, ikut korang. Nak lepak chill kat KLCC boleh, BB boleh, Pavi pommboley! Aku flexibel dalam nak deal-deal ni. Selain suka berjumpa orang yang tak kita kenal, boleh jadi "kawan" dalam melaksanakan projek yang bakal diberikan =D

Contoh gambar makanan yang aku ambil..
Lain-lain gambar di SINI

Aku bukan terikat kepada shoot wedding saja walaupun itulah core aku, passion aku dalam photography. Tapi, lain-lain job juga aku boleh lakukan dengan kamera 30D Canon serta 3 lens kegemaran aku (50mm+Kit lens+70-300mm). Penggunaan studio lighting juga aku boleh lakukan (solo) dengan menggunakan 2 lampu.

Dulu aku ada studio sendiri di TTDI, U2 Shah Alam...

Dalam majlis perkahwinan, aku bawak juga peralatan lighting kerana nak dapatkan gambar yang menarik pencahayaannya. Kadang, ada rumah yang mana kita tak boleh nak bounce speedlight dan akan menyebabkan gambar menjadi gelap sedikit (kira dah under la tu). Aku bagi contoh gambar yang aku gunakan lampu kiri dan kanan masa majlis kahwin.

Contoh gambar menggunakan 2 light

Perhatikan gambar diatas. Muka pengantin cerah di bahagian depan dan agak kelam di bahagian sebelah muka pengantin. Mengapa jadi cam tu? Aku edit dalam photoshop ke? NO! Sebab aku fill in cahaya lampu di bahagian depan, dan lampu lagi 1 aku bounce ke atas siling rumah, so dapat result begini. Gambar ini hanya minor editing saja aku buat (resize>Action File>text)

Best ke hasil yang kitorang akan dapat dari u?

Ini ayat biasa untuk dijadikan asas keyakinan pelanggan terhadap sesuatu perkhidmatan. Bukan calang-calang client nak invest kat satu-satu company yang beri khidmat foto. Beribu-ribu kalau dah 3 event nak cover sekali. Belum caj yang pelbagai lagi.

Bagi aku senang, setelah melihat hasil kerja aku samada dalam Facebook atau photoblog, baru lah aku cerita benda lain. I mean, dari segi harga dan etc. Nak lagi afdal,jumpa dan aku bawak sekali album yang aku dah buat sebagai contoh kepada pelanggan untuk merasai sendiri nikmat custom album yang aku berikan.




contoh custom album 8x12 size

Gambar model (portraiture) korang ambil tak?

Yup! Kegemaran aku juga mengambil gambar potret. Tak kira remaja ke, orang tua ke, orang dewasa ke, kanak-kanak ke, baby ke (cukur jambul selalu aku shoot baby). Satu kepuasan bila aku shoot wajah-wajah manusia yang terakam dalam kamera aku dan aku menjadikan gambar tu satu kenangan yang menggembirakan. Contoh?

Kids portraiture (studio)

Adult Portraiture (Studio)


Teenager (Female) Portraiture (Outdoor)


Teenager (Male) Portraiture (Studio)


Aku rasa cukup lah kot gambar-gambar yang aku letak dalam blog ni. Nanti berat pula nak loading page entry. Apa pun, jika korang rasa nak hired photographer yang dah lebih 4 tahun bermain dengan segala jenis pengalaman shooting gambar (aku la tu) boleh hubungi aku di 012-3437359 atau nak email shahrollphoto@gmail.com

Borang tempahan photography boleh pergi ke link: Borang Tempahan


Enjoy!

Sunday, April 17, 2011

Bagaimana nak jadi fotografer? by shahroll

Sunday, April 17, 2011


As salam to all,


Kenyang dengan lauk lunch hari nie. Plus, mak aku ada buat spaggeti. Murah rezki kami hari Ahad minggu nie. Then, bermalas-malasan kejap atas katil baca buku then open PC (so bored routine!).


Aku bukak akaun Nuffnang aku. Carik keywords yang aku tak pernah jumpa. Selalu keyword "Dira Abu Zahar" no 1 lam blog aku nie. Thanks lah yang datang, yang sekali sekala datang pon, aku ucap thanks juga, begitu jugak dengan "haterz". Tanpa korang, aku mungkin "SS" dengan apa aku nak tulis lam blog aku neh.


Bagaimana nak jadi fotografer?


Aku sure yang cari keywords nie, orang yang masih baru memegang kamera, tak kiralah kau pakai compact camera ke, prosumer punya camera ke hatta kau baru beli DSLR. Berapa bulan dah ada kamera? itu bukan persoalan utama lah, yang penting cam na ko fully utilize kamera yang kau ada.


Aku cuma bagi tips berdasarkan ape yang aku pernah buat lah, bukan "copy paste" dari sesawang lain. Berikut adalah guideline yang boleh ikut cara aku:-


1) Cari kawan-kawan sealiran (main kamera)


Kawan-kawan sekeliling kau pon penting. Tapi, lebih penting kalau ko leh jumpa kawan2 yang minat dia sama dengan minat photography ko tu. Lets say ko pakai Canon, tak semestinya ko tak leh lepak dengan kawan2 bukan dari Canon, just hang out samada lepak berilmiah ke (aku panggil dulu TT: Teh Tarik) kat mana2 port restoren dalam kawasan korang ataupun luar sikit.


Dengan ramainya kawan2 dari bidang nih, sikit sebanyak dapat mengembangkan ilmu pasal kamera2 nie. Dan, jangan malu bertanya kalau dah melepak tu. Kadang mende nie jadi kat budak2 baru, macam aku lah tu. Disebabkan "momokan" yang mereka itu hebat, super power dan macam2 lagi, menyebabkan "newbie" nie semacam takut pulak nak bertanya. Don't, just ask k?


Cara pertama nie adalah cara yang paling efektif aku rasa, sebab dulu pon aku buat cam nie.


picture: HERE


2) Layan blog, & website berkenaan fotography


Zaman ICT kot, semua kat hujung jari. Nak tak nak je belajar sendiri samada layan Youtube untuk tutorial, download tutorial dalam bentuk PDF ( nie bored dowh, kalau jiwa kental, silakan). Website kat Malaysia nie banyak boleh korang jadikan contoh untuk develop skill fotograpi. Blog aku tak termasuk lah, sebab aku campor2 punya blog. Ikut dan aku je nak tulis ape.


Website luar negara pulak, macam Rebecca Allen, Karen, dan juga J. Jones. (blog dorang banyak kali aku refer) dan korang leh carik lam Google jugak. Bersepah kan? cuma korang leh amik sample gambar dorang tu untuk meningkatkan cara korang amik gambar. Kadang cara yang "sama" dan statik tanpa ada pioneer yang buat "kelainan" untuk sesuatu sudut ataupun cara peng-editan pada gambar, setakat gitu lah tahap fotograpi korang. Penting explore and explore!


3) Rajin keluar shooting and shooting.


TIme dulu-dulu, aku suka shoot apa2 yang boleh. Tak kira subjek apa, janji shoot. Dulu pon, aku pakai kamera kompak. Then, outing ngan group2 DSLR. Cool kan? kawan2 aku dulu semua cool dan thanks pada dorang yang banyak bagi ilmu, dan sampai skang aku masih belajar dengan mereka yang "benar-benar" fotographer. I mean, yang establish lah namanya.


Ada mana2 group photog, grab peluang yang ada. Dari situ praktikal lagi ditekankan, bukan dok hadap PC baca tutorial dah banyak but still lack. apa yg lack? pengalaman. Pengalaman untuk handle kamera dalam situasi "sebenar" tak ada. Dulu wujud term " Tag Along" untuk apa2 majlis tak kisah la majlis ape pon, korang leh mintak pada Official Photographer tu untuk join sekali ngan dorang. Tu pon kalau dorang kasi la. kan?


3 tips nie, korang try dulu. Lagi pon, memang dah tak de tips g pon. uhu~ Apa yang aku tekankan kat sini, apa2 bidang sekalipun kalau setakat melepaskan batuk di tengah tangga, memang susah la nak sukses. Islam dah ajar pasal istiqomah kan? so, keep your spirit untuk belajar nak jadi photographer. Tak popular pon tak pe, janji kepuasan berkarya tu lebih penting lagi, kan?


chaw!



Monday, March 07, 2011

ads: Promotion Card SH iMAGE | Shahroll Photography

Monday, March 07, 2011

Sunday, February 20, 2011

Portraiture photography: Di Taman Tasik Perdana, KL by shahroll

Sunday, February 20, 2011
As salam to all,


Happy Sunday! What your plan today? Aku tak de pergi memana lah sebab dah keluar semalam tengok cerita " No Strings Attached". Merapu betol cerita tu. Apa? nak aku review? ok, boleh lepas aku habeskan post nie dulu aite =D


Sesi kali ni bukan outing, but job berbayar. Yang deal ngan aku untuk sesi bergambar Anum dan Ain. But, dihari kejadian pertambahan "model" (adik Anum). Aku ok je, shoot juga. Dan, aku pelawa kawan2 fotograpi aku iaitu, Mohd Azahari Roslan, Apai Design dan juga Siti Norain.


Masa yang dijanjikan 9 pagi. Dan mula shoot dalam 10.00 pagi (lebih kurang). Sebab tunggu kawan2 lain dan juga Ain. Then mereka mekap2 sikit (by Anum) terus shoot untuk client pertama: Ain


click HERE for big scale

Lepas 10 minit, bertukar pulak untuk client ke dua: Anum. Cuaca kat TTP tak la panas sangat, cuma keadaan mendung, tapi berbahang. Aku yang amek gamba nie pon merasa air peluh menitik2, lagi la model kan? cair mekap! Tapi pastu kitorang pergi tempat yang redup2 sket, Macam gambar Anum kat bawah nie;

click HERE for big scale

Untuk sesi nie, aku cuma pakai 2 tempat je kat dalam TTP tu. Sebab aku ada limit kan masa. [ads] Kalau anda berminat untuk mengambil gambar portrait, sila hubungi saya di email: shahrollphoto(at)gmail.com, harga serendah RM100[ads] Dan untuk gambar last, adik kepada Anum, Sue;

click HERE for big scale

BIG thanks pada kawan2 aku yang hadir bersama aku pada sesi nie. Lain kali ade job, aku panggil korang lagi. Meramaikan jemaah.huhu~ buat kerja sorang2, penat juga kalau tak de kawan2 membantu. Yelah, mana nak pegang speedlite nak buat CLS, pegang reflector, pegang air Revive, aduss.. air pon nak kena pegang **grin**

Ok guys! Selamat berhujung minggu.. see next! As salam...

Sunday, February 13, 2011

Open House CNY: Cool Zone Hair Saloon by shahroll

Sunday, February 13, 2011
As salam to all,


How are you? hope everything ok la eh. Aku baru balik dari Telok Panglima Garang hantar mak aku ke klinik. Ok, Jumaat lepas aku ada pergi ke area Bangi untuk sambutan Chinese New Year di saloon kawan aku, Peggi Chong. Aku gerak dengan Fauzi, President Camp untuk branch Kem Setia Ikhlas.


Flash back sikit. Aku, Peggie and Fauzi satu team dalam PLKN dulu. So no wonder kitorang leh kenal. Ramai lagi kawan plkn, but right now, banyak bawak haluan masing2. Ada yang berjaya, TAHNIAH! tapi ape aku nak tekankan kat sini, program PLKN tu bagi aku memang cukup berkesan, dan hasilnya seperti korang leh lihat sekarang. Thanks to Malaysian Government yang do it PLKN. Kudos!


So, berbalik dengan cerita asal, aku sampai ke sana dalam 8.45 malam. Aku memang tak tahu jalan ke sana, thats why aku ikut Fauzi. Sesampai sana, aku cuba cam landmark yang mana, terletaknya PKNS Bangi dan McD besar depan kedai Salonn nie. Dan, kedai Peggi terletak kat bahagian atas. Bawah ada kedai mamak dan juga 7-Eleven.
Untuk gambar lebih besar: SINI

Gambar kat atas tu aku bersama Peggie dan juga Kent.Thanks to Niena Shah yang jadi second photographer malam tu (adik aku). Gambar nie lepas kitorang buat "yee sang". Untuk gambar2 lain, korang ke photo-blog aku ya.

Terima kasih pada Peggie sebab menjemput saya dan rakan2 PLKN yang lain. Korang yang ade event yang akan datang, jangan lupa roger kawan2 yang lain k! Korang yang duduk kat area Bangi tu, boleh ke Facebook COOL ZONE HAIR SALOON. See next yaww! As salam..

Alamat Cool Zone Hair Saloon:
203A, Jalan 8/1, Seksyen 8
43650, Bandar Baru Bangi

Friday, February 04, 2011

Dari Klang ke Kuala Selangor ke Sekincan! by shahroll

Friday, February 04, 2011
As salam to all,


SELAMAT TAHUN BARU CINA diucapkan khas kepada semua yang menyambutnya dan kepada rakyat Malaysia amnya. Semoga di tahun baru, lebih baik dari tahun sesudahnya ya! Ok, hari ni waktu aku 1 hari di isi dengan perkara yang berkualiti bagi aku dan masa untuk "asah" balik mata yang dah "tumpul" dengan kamera nie (ye ke?)


Aku dari Klang gerak dalam pukul 8 pagi cam tu, sampai ke Kuala Selangor tepat jam 9 pagi di restoren sebelah Tesco. Kedai mamak, pekena 2 keping roti canai bersama teh tarik. Sambil menunggu "makhluk halus" a.k.a Paman Aheri yang rumah nyer tak sampai beberapa kilometer dari kedai tu, aku layan majalah model (sebab aku ingat petang tu ada shoot model) salah informasi di situ.

Nie la restoren nyer

Dah lepas makan bagai, terus gerak naik kereta Paman ke Sekincan. Perancangan awal aku nak shoot sawah kan? Tapi sawah baru je kena tuai, so view pon tak best,sudah nya aku ke Sungai Leman. Aku ingat sana tu Pantai Sekincan, buek malu jo! Walaupun aku orang Kuala Selangor, tak banyak tempat aku explore kat sana. Sekurang-kurangya, aku pergi dah Kampung Kelip-Kelip, tak gitu Paman?? kah kah~ =P

First point: Kampung Nelayan Sekincan

Ok, before aku ke Sungai Leman, aku pergi ke Kampung Nelayan dulu. Kat sini perkampungan nelayannya terdiri daripada nelayan-nelayan cina (tawkey2 nieh!) sebab ada banyak kapal-kapal besar kat sini. Parking kereta 1 tempat then pergi jalan-jalan sekitar kampung nie. Tak jalan habis pon, sebab layan shoot kat bawah kapal! Best owh!

Membaiki kapal yang bocor
photo courtesy: SH iMAGE

Even perkampungan nie kebanyakkan daripadanya bangsa Cina, tapi untuk pekerja dalam kapal itu terdiri daripada orang Indonesia. Salah seorang pekerja kapal nie, Tofiq yang berasal dari Tanjung Balai, Sumatera hampir 3 tahun bekerja disini dan ada tanggungan (Isteri) di Indonesia. Aku tak shoot pulak gambar si Tofiq, kesilapan disitu.

Cerita ini bersambung.. harap maklum.. =)

Tuesday, February 01, 2011

Selamat Hari Wilayah+ Card Promo SH iMAGE by shahroll

Tuesday, February 01, 2011
As salam to all,


Dah masuk bulan Februari. 1 Februari merupakan hari cuti umum untuk Wilayah Persekutuan. Sape yang dok wilayah je cuti, yang dok negeri, kerja macam biasa ok! Jam menunjukkan 2 pagi, aku baru siap kerja-kerja yang menganggu aku walaupun mata dah lebam nak tido.


Kawan-kawan aku ada yang amek cuti raya cina nie. Ada yang tak. Aku agak esok sure sikit je yang datang. Kelas pon tak cuti, still on. Cuti start hari Khamis cam tu. Ok lah, dari tak de cuti langsung.


Tadi aku dah siapkan card promo untuk biz photography aku. Sesapa yang nak quotation tu, leh la email kat aku k. Aku tak appearkan price dalam card, just shout in email or sms atau lagi baek, jumpe terus! haaa, baru dapat harga yang best dari SH iMAGE. =D


click image for enlarge

Ada yang bertanyakan aku, "bro ade amek pre-wedding tak"? jawapan aku, ADA! Korang email bila korang nak buat, masa dan tempat, Insyaallah kalau tak clash jadual dengan event lain. Bagus buat hari Sabtu atau Ahad, sebab masa tu memang aku peruntukkan untuk buat aktiviti photography.

Ok guys, jumpa lagi next post, as salam... 

Sunday, January 02, 2011

Posting pertama di 2011: Shooting with QT Talent and Model by shahroll

Sunday, January 02, 2011
As salam to all,


Sorry! dah 2 hari tak hapdet. HAHA! bajet cam ade yang menunggu. Memang pon kan!? hermm, baru pas edit-edit gambau sikit. Hari ini, di tahun baru 2011, aku bekerja amek gambar seperti biasa. Susah gak kalau tak de assistant nie, sape mau jadi assist aku? Angkat tangan!? =D


Ok, nak di dijadikan cerita, hari nie punya kerja di lokasi SuriaMas Condo milik QT Talent and Model. Aku bukan photographer permanent for this agency, just freelancer. Even freelancer, aku akan pastikan semua kerja berjalan lancar dan take the nice picture (memang la, dah kerja ko amek gambo kot?) HAHA!


Then, start sharp 12 tengahari. Masa nie dah ada talent menunggu untuk di potret kan, but aku masih dalam keadaan set-up light. Yup, aku bawak all my stuff light. Nak tgk? lihat dibawah...


2 light left and right side

Aku tak stick one position kalau main lampu nie. Ikut "dan" aku je. Tengok gambar tu tak "sedap" aku ubah lah. Setting pada lamp pon aku sentiasa ubah. Entah lah, memang tabiat aku kot, suka mengubah. HAHA! Di sebabkan wall and plus good lighting, maka gambar yang dikeluarkan pon sedap ah!

Contohnya:-

Abaikan peluh2 tu, nampak sangat bekerja kuat! HAHA!..

Thanks pada Khazie yang "belanja" aku 1 photo nie. Eh tak! Ada 2 keping lagi. Korang leh tengok lam pages SH iMAGE Facebook k! Untuk gambar yang aku amek untuk talent, kena mintak izin dulu ngan agency. Tak leh main boh je lam belog aku nie. =D

Overall, ramai yang datang tadi. Penat aku cover dari tengahari sampai petang. Thanks pada pihak agency yang bagi kepercayaan kat aku tuk handle this job. Thanks QT Hanie! (boss agency). Ok guys, see ya next! As salam

Thursday, December 23, 2010

NEW: SH iMAGE | Shahroll Photography [Blog Gallery]

Thursday, December 23, 2010
As salam to all,


Malam yang best. Sebab? aku jumpa beberapa orang malam nie yang mana bukan calang-calang orang. Semua power-power. First, aku jumpa dengan Murad Zaidi (www.muradzaidi.com) korang leh lawat web beliau untuk tahu lebih lanjut. Pastu, aku jumpa dengan Bayu masa dance class. Last sekali, jumpa dengan pasangan pengantin yang aku shoot kat nilai. Ramai aku jumpa hari nie.


Ok, semua-semua tu aku cerita posting akan datang, now aku nak emphasize kan pasal laman gallery aku yang baru. Semalam baru siap, dan hari nie aku mula open pada orang ramai untuk melihat gambar-gambar dimana hanya gambar-gambar terpilih saja aku masukkan dalam blog tersebut.


paparan muka blog gallery 

Seperti yang aku cakap tadi, sana hanya "gallery", so hanya gambar-gambar dan sedikit caption. Segala cerita "behind the scene", semua aku cerita kat dalam blog sini. Blog kat sana aku tak letak sebarang iklan. 100% tumpu kepada business photography yang aku jalankan sekarang.

Masih dalam proses penambahbaikan, dan sekiranya komen ada sebarang cadangan/komen/kritikan membina boleh lah salurkan pada ruangan komen disana. Untuk tempahan pulak, boleh dilakukan disini, dan aku akan pindahkan ruangan tempahan photography di blog sana, Insyaallah.

Happy blogging and view my gallery. As salam.. =)

Sunday, December 12, 2010

Hari ini: Dari Klang ke Bandar Baru Nilai by shahroll

Sunday, December 12, 2010
As salam to all readers,


Baru siap transfer gambar2 yang aku snap untuk wedding tadi. OH! hari nie aku bekerja walaupun hari nie adalah hari Keputeraan Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. DAULAT TUANKU! semoga dirahmati Allah selalu dan keseluruhan rakyat Selangor dan Malaysia.


Ok, balik ke cerita asal, 2 event hari nie aku cover untuk pasangan Gwen & Didi (nama glam!) dimana, akad nikah berlangsung pada jam 9 pagi dan terus bersanding pada jam 1.30 petang.

Menariknya pasangan nie, aku tak pernah jumpa pon Gwen (pengantin perempuan) dalam dunia realiti, baru hari nie baru jumpa. See? alam maya (online) memainkan peranan penting dalam kehidupan, kan?

Sebelum aku ke sana, aku search Bandar Baru Nilai, mana lah masjid Putra Nilai nie? Huhu~ tup tup, masjid yang aku selalu pergi dulu. Hadoii! agak "blur" disitu.

Sesampai aku ke masjid, aku terperasan ada 2 banner pengantin. Tengok, macam pelik je muka pengantin nie (lain sangat) sebab aku walau tak pernah jumpe Gwen in real life, tapi aku taw macam mana rupa paras nya. Rupanya, ada 2 pengantin serentak! Ohoo, cool!

Ok lah, dah lewat. Esok aku kena prepare tuk last shoot untuk belah lelaki pulak. Sama tempat, sama waktu. sebelum tu, #1 teaser photo untuk korang! Awek cun nie... As salam..

** comel kan? banyak aku shoot "model" nie.. hehe**