Showing posts with label business. Show all posts
Showing posts with label business. Show all posts

Sunday, October 15, 2017

Bagaimana mentransformasi kecantikan bersama NUZ Beauty? by shahroll

Sunday, October 15, 2017



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, semalam sempat pergi ke area Puchong Jaya atau lebih tepat ke Bandar Kinrara untuk bertemu dengan pengasas produk kecantikan NUZ Beauty iaitu Cik Nur Uyun Zainuddin. Perjalanan kami (yes, datang bersama my wife) dari Shah Alam ke sana lebih kurang 18 minit tanpa sesat! huhu, thanks bantuan dari Google Map.

sesi penerangan tentang produk NUZ Beauty

Kami di sambut mesra oleh Puan Jauriah, Pengarah bagi NUZ Beauty yang menerangkan tentang bagaimana bermulanya NUZ Beauty dari segi product range, packaging yang dahulu dan juga pelan pemasaran yang telah dibuat dan yang akan datang. 

Manakala Cik Uyun menerangkan bagaimana menggunakan produk mereka, dari segi formula dan kesesuaian produk untuk kulit wanita Asia.

Antara product range NUZ Beauty

Dalam NUZ Beauty, ada brand story dia. Kenapa rama-rama ada dalam flyer tu? Ahaa, ini agak menarik ye. NUZ Beauty ini mengambil inspirasi dari kitaran hidup rama-rama yang bermula dari Larva bertukar menjadi kepompong seterusnya menjadi seekor rama-rama yang sangat cantik.

Begitulah juga dengan perjalanan perniagaan oleh NUZ Beauty. Mereka bermula dari 1 set produk dan seterusnya berkembang dengan mempunyai beberapa set produk yang lain.


Apakah set-set produk NUZ Beauty?

Terdapat 3 set yang ada di dalam NUZ Beauty iaitu Melissa, Alexandra dan Sylphina. Jom tengok dibawah set-set yang disediakan;

set Melissa- Facial Bar Soap range

set Alexandra- Liquid range

 set Sylphina-Cosmetic range

Jika dilihat, set-set yang ditawarkan adalah lengkap dengan facial soap sehingga lah ke set penjagaan wajah. Perfume NUZ Sylphina tu berbau citrus, freshing je bila pakai, best! 

My wife berkenan dengan NUZ Sylphina Lip Gloss (Raspberry Fuchsia) pun best juga. Bila korang makan ke minum, lip gloss tu tak melekat sangat.

NUZ Beauty set range

Dari segi harga, korang jangan risau. Aku tengok harganya berpatutan dan mampu dimiliki oleh segenap lapisan umur. Harga berpatutan, produk berkualiti tinggi. Produk-produk mereka berasaskan bahan-bahan herba (organic) dan TANPA PENGAWET. 

Ini yang aku suka sebab NUZ Beauty educate korang guna bahan-bahan yang selamat untuk menjaga wajah korang yang gebus gebas tu! hehe!!

bersama pengasas dan pengarah NUZ Beauty 

Now NUZ beauty sedang mengembangkan sayapnya untuk memasarkan produk-produk mereka di seluruh Malaysia dengan membuka peluang menjadi agen bagi produk mereka. Setiap agen bakal menerima harga yang istimewa dari mereka dan juga layak menerima reward, sekiranya mencapai sales yang telah ditetapkan.

Bagi korang yang berminat, boleh hubungi NUZ Beauty di bawah;

NUZ Natural Beauty
Whatsapps: +6019 689 8327
Office: 03-80801884
email: jufiyunedar@gmail.com



Thursday, August 24, 2017

Lemonex: Kenali Master Ejen @ Gurun, Kedah

Thursday, August 24, 2017



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, masih berkesempatan nak update dalam blog untuk tatapan pembaca semua. Moga korang semua diberikan kesihatan yang baik sepanjang tahun ni, ye. Tapi bagi mereka yang masih tercari-cari produk yang boleh bantu menurunkan berat badan, meh baca celoteh abam arini.

Lucy Honey

Tak kenal siapa Lucy Honey? Ok abam kenal kan, Lucy Honey berasal dari Gurun, Kedah dan mempunyai masalah berat badan yang agak ketara. Dari pelbagai produk yang dah di cuba, dengan Lemonex, Alhamdulillah dah turun 8 kilogram sebulan! Orangnya comey lotey macam gambar kat bawah ni;

Master Ejen Lemonex area Gurun, Kedah

Ampa taw dak (alamak, guna slang kedah! hehe) Lucy Honey sedang mencari ejen-ejen dan dropship seluruh Malaysia? Ada SPECIAL OFFER lagi tu! Kalau ampa tak percaya, boleh whatsapps Lucy Honey: 019-7698797

orang yang sama, bentuk saja berbeza!

Banyak lagi testimoni yang korang boleh jumpa dalam Facebook Lucy Honey tu ye. Jangan kata abang tak payung pulak, dah terang-terang produk Lemonex ni bagus untuk membantu korang nak menurunkan berat badan sampai ke tahap yang ideal. Bukan jenis sembang punya taw! hehe...

"Hang lambat, hang tinggai"

Whatsapps: 019-7698797

Facebook: Lucy Honey



Saturday, July 15, 2017

Nona Manis Shah Alam yang terbaik! by shahroll

Saturday, July 15, 2017



As salam, hello readers...

Bila sebut je Nona Manis, semua dah terbayang-bayang kemanisan dia kan? Yelah, nama pun Nona Manis, kalau rasa masam, tak kena dengan nama la pulak kan? HEHE! Aku pun tak sure, bila kuih ni viral, tapi sekarang dah ramai pengusaha kuih buat Nona Manis ni termasuk lah Hanis Pastry

Nona Manis by Hanis Pastry

Kalau korang nak tahu, warna hijau itu adalah warna ORIGINAL dari pandan yang di blender dan ditapis untuk mendapatkan bau pandan dan warna sebenar bersama sedikit pewarna pandan.



Harga untuk sebekas adalah RM35/72 biji kuih Nona Manis dan yang bestnya, Hanis Pastry berikan FREE bekas tu! Lepas habis kuih, korang boleh buat isi benda lain pulak, kan?

Mereka yang sekitar Shah Alam, Klang penghantaran kuih Nona Manis adalah pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Untuk hari lain, boleh self-pickup di Alam Impian.

Untuk tempahan, boleh whatsapp Hanis Pastry di 013-250 9055 ya! Isnin hingga Jumaat dibuka untuk tempahan pada hari Sabtu dan Ahad.


enjoy!





Saturday, June 03, 2017

Seafood lambak atas meja pengganti nama yang lain? by shahroll

Saturday, June 03, 2017



As salam, hello readers...

Selamat berpuasa untuk hari ke-8! Alhamdulillah, dah lebih seminggu kita berpuasa dan masuk minggu ke-2 pula ye. Bagaimana setakat ni? Harapnya masih bertahan! haha. Ok, nothing to story panjang-panjang sebenarnya, cuma aku tertarik satu banner di Emporium Makan Klang, ada banner macam kat bawah ni: Seafood Lambak Atas Meja


kreatif eh?

Ini disebabkan isu penggunaan jenama Shell Out yang telah dipatenkan, makanya paten tersebut tidak boleh lagi la digunakan secara meluas oleh peniaga-peniaga yang lain. Dengan itu, lahirlah nama-nama yang lain jugak.

Nice lah!



Saturday, April 22, 2017

Ayam Kampung Kacuk: Al Watan sedia menerima tempahan! by shahroll

Saturday, April 22, 2017



As salam, hello readers...

Bila sebut ayam kampung je, terus teringat dengan liatnya daging ayam tu, betul tak? Selalunya ayam kampung sesuai dibuat sup kerana manisnya daging ayam tu dan tempoh masak sup tu pun agak lama, bagi melembutkan isi ayam tersebut. Tapi dengan teknologi yang semakin canggih, walaupun ayam kampung, korang dapat menikmati rasa daging ayam kampung dengan rasa yang lembuut!

AYAM KAMPUNG AL-WATAN

Dengan ayam kampung Al-Watan, korang dapat menikmati rasa ayam kampung tapi isi dia lembut. Kenapa jadi macam tu? Ini sebabnya, ayam dia telah di kacukkan dengan baka ayam kampung bersama ayam daging. Pernah dengar ayam hybrid? boleh baca artikel di Sinar Harian


Gambar di atas, aku dapat 1 ekor ayam kacuk yang dibeli melalui seorang kenalan untuk merasa ayam kacuk ni. Berat dia lebih kurang 700gram dan harganya juga berbaloi dengan rasa ayam kampung, manis! Apa yang aku buat dengan ayam tersebut?

Ayam Goreng Berempah Al-Watan

Nasi Goreng Ayam Al-Watan

Ayam yang didatangkan bersih dan bau "darah ayam" juga masih jelas kat hidung aku ni. Maknanya, ayam diberikan tu masih fresh dan kualiti rasa juga terjamin. Terima kasih kat Ayam Kampung Al- Watan yang menyediakan perkhidmatan menjual ayam yang suci lagi halal!

Ayam Kampung Al-Watan membeli dalam skala borong

Oleh kerana permintaan terhadap ayam kacuk dan organik ini tinggi nilainya di pasaran, aku cadangkan kepada mereka yang mahu memborong tu, boleh contact team Ayam Kampung Al-Watan seperti dibawah;




Happy Weekend!!


Wednesday, April 12, 2017

Pandan Cendol: Serve with soul! by shahroll

Wednesday, April 12, 2017



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, sempat juga aku update blog kesayangan ramai shahrulhairydotcom awal pagi ni. Jam menunjukkan 12.07 pagi dan aku masih depan PC? Oh maii! HAHA! Pagi-pagi camni aku tulis pasal cendol, agak-agak sesuai tak? mesti lapar kan lepas tu? HEHE!

Pernah dengar Pandan Cendol?


Pandan Cendol

Aku baru jugak dengar Pandan Cendol ni dalam online. Kalau melihat pada facebook page nya, konsep foodtruck yang tengah 'IN' sekarang ni menjadi taruhan. Dengan mengangkat 'pandan cendol' sebagai brand utama, pelbagai menu-menu lain juga disediakan oleh mereka.


Mee goreng mamak, Mee rebus, Rojak, Cendol, ABC dan Pasembor adalah menu-menu jualan mereka di foodtruck. Pandan Cendol juga bergerak aktif dengan event event yang dianjurkan oleh pihak berwajib.

menjadi tumpuan peminat cendol!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pandan Cendol ni, korang boleh follow link kat bawah ni;

Instagram: Pandan Cendol
Facebook Page: Pandan Cendol


Saturday, March 11, 2017

Dr Hijama: Bekam Professional oleh Doktor bertauliah

Saturday, March 11, 2017



As salam, hello readers...

Agak lama aku tak berbekam sejak mendirikan rumahtangga akhir 2015. Masa tu rasanya aku ke Cheras, rumah rakan sepejabat untuk membuang darah kotor dalam badan aku ni. Alhamdulillah, sekarang aku tak perlu lagi pergi jauh-jauh kerana adanya bekam professional yang dekat sikit dengan aku.


rawatan bekam professional dari Dr Hijama


Kenapa perlu bekam?
Bekam mempunyai 1001 manfaat untuk kesihatan tubuh badan terutama dalam aspek pencegahan pelbagai jenis penyakit. Dan ada 10 keadaan badan yang menyebabkan korang perlu berbekam adalah;

1. Kerap sakit kepala @ migrain
2. Sakit @ sengal-sengal di bahagian leher dan bahu
3. Lenguh-lenguh di bahagian belikat/pinggang/pinggul
4. Badan terasa lesu, letih & sering mengantuk
5. Kadar gula melebihi paras normal
6. Kadar total kolesterol & kolesterol jahat (LDL) melebihi paras normal.
7. Sakit-sakit sendi terutama kaki disebabkan gout
8. Tekanan darah tinggi
9. Haid tidak teratur/lancar @ kerap senggugut
10. Kulit wajah kusam dan jerawat melanda

Ini hanyalah beberapa sebab kenapa anda perlu berbekam. Apa yang lebih penting, kajian ilmiah di HUSM oleh Prof. Dr. Abd Aziz Al-Safi telah menemui bekam boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (cardiovascular diseases) atau lebih dikenali penyakit 4 serangkai iaitu diabetis, darah tinggi, tinggi asid urik & tinggi kolesterol. 

Kami di DR Hijama komited membantu anda untuk menyelesaikan masalah tersebut melalui pakej-pakej yang kami tawarkan.


Jika anda sihat dan tidak punya penyakit, itu lebih baik untuk anda berbekam sebagai pencegahan & 'maintainance' badan anda. Mencegah lebih baik dari mengubati.


rawatan bekam professional dari Dr Hijama


Siapa DR HIJAMA?
DR Hijama adalah sebuah klinik perubatan komplementari yang diasaskan oleh doktor perubatan. DR Hijama menyediakan peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan penerangan secara ilmiah dan rawatan yang profesional khususnya rawatan bekam dan resdung.

Pengasas Dr Hijama Bekam Professional Dr Azrinaz, sebelum ni pernah bertugas di Hospital Serdang tapi sekarang dah resign la sebab dah bukak pusat rawatan bekam yang sekarang ni dah ada 2 cawangan. 1 kat Seri Kembangan, dan 1 lagi yang baru bukak kat Meru, Klang. Yang aku pergi buat rawatan bekam aritu kat cawangan Seri Kembangan. Berhadapan  dengan Jusco Equine dan Apartment Zeva, atas MyMydin, sebaris dengan dengan Maulana Bistro
sumber: Adzril blog 


SENARAI SERVIS YANG DITAWARKAN OLEH DR HIJAMA

BEKAM KLINIKAL DR HIJAMA

Bekam dijalankan dengan kaedah klinikal, bersih dan selamat dari risiko penyakit berjangkit. Sesi dimulakan dengan terapi infra-red untuk meransang peredaran darah, juga dapat membantu masalah sakit-sakit otot. Seterusnya diikuti terapi bekam luncur yang berfungsi sebagai urutan dan bekam angin yang memberi efek kebas sebelum bekam darah dijalankan. 

Kesemua proses dijalankan dengan penuh teliti dan pelanggan tidak perlu berasa gementar kerana perawat akan sentiasa membantu anda sepanjang tempoh rawatan.


BEKAM KOSMETIK DR HIJAMA

Bekam kosmetik di DR Hijama memberi peluang kepada pelanggan untuk memiliki kulit wajah yang cantik dan berseri secara semulajadi. Tidak perlu risau dengan kesan lebam bekam kerana kami menggunakan teknik khas yang dapat meminimakan kesan tersebut.

Fungsi dan kebaikan bekam kosmetik;
1) Mengurangkan masalah jerawat yang teruk
2) Membantu mengurangkan masalah jeragat @ pigmentasi dan kulit kusam
3) Membantu mengurangkan masalah resdung
4) Meransang keanjalan kulit secara semulajadi
5) Menjadikan kulit lebih segar dan berseri


RAWATAN RESDUNG BIOHERBS

Rawatan resdung bioherbs menggunakan teknik pengeluaran ‘stagnant mucus’ yang menjadi punca resdung menggunakan herba khas. Ianya sesuai untuk sesiapa  yang mempunyai simtom-simtom alahan dan resdung seperti kerap bersin, hidung kerap berair, hidung tersumbat, gatal di kawasan sekitar muka dan telinga, kerap sakit kepala dan bahagian depan muka, dan masalah jerawat.  

Teknik Rawatan Resdung Bioherba 8 dalam 1, sesuai untuk pelbagai peringkat umur seawal usia 7 tahun.

stagnant mucus kalau korang tak mahu buat rawatan resdung! urghhhh...


Antara mereka yang mendapatkan rawatan resdung di Dr Hijama

KELEBIHAN DR HIJAMA

Tak lengkap rasanya, kalau aku tak memberitahu korang, apa yang lebihnya Dr Hijama dengan rawatan bekam yang lain? Tentu ada something special dari Dr Hijama ni kan? Jom baca kat bawah ni;

KONSULTANSI
Pelanggan akan diberi penerangan dan informasi berkenaan rawatan yang akan dijalankan.

PEMERIKSAAN KESIHATAN
Setiap pelanggan akan menjalani pemeriksaan kesihatan asas sebelum sesi rawatan bermula.

MEMENTINGKAN KEBERSIHAN & STERILITI ALATAN
DR Hijama sangat mementingkan steriliti alatan dan kebersihan tempat rawatan untuk mengelakkan risiko penyakit berjangkit yang berbahaya sepert HIV & Hepatitis B. Alatan akan dicuci mengikut prosedur yang ketat seperti menggunakan cecair nyah kuman khas

MENYEDIAKAN PERAWAT LELAKI & WANITA
Kami mempunyai tim perawat lelaki dan wanita yang terlatih dan professional.

TEMPAT RAWATAN
Mempunyai bilik rawatan khas untuk lelaki dan wanita. Bersih, selesa dan menenangkan. Juga menyediakan ruang menunggu dan ruang solat.

HARGA YG BERPATUTAN
Harga yang terbaik dan mampu milik untuk setiap pelanggan


team Dr Hijama

Maklumat berbekam dari rakan blogger yang lain, korang boleh lihat di laman blog Adzril (Rawatan Bekam Seorang Doktor) dan juga Dhia Viva Dea (Rawatan Bekam Dr Hijama Dikendali Oleh Doktor Bertauliah)

Pelanggan Dr Hijama dari pelbagai peringkat usia untuk mendapatkan rawatan yang terbaik!







Lokasi Cawangan:

Dr Hijama Seri Kembangan
A-9-1 Blok A Jln PP25, Putra Walk, Taman Pinggiran Putra, 43300 Serei Kembangan Selangor
(Landmark: atas mymydin,berhadapan Jusco Equine, berhampiran pasar borong selangor)


Dr Hijama Meru
No 21A Jln Meranti Sutera, 1/KU1 10, Pekan Meru, Klang
(Landmark: atas Penko, berhadapan NSK Meru)

Waktu Operasi (by appointment)
Setiap hari 10am-10pm (kecuali selasa)

Hotline
0136245430

Website: drhijama.com

Tuesday, March 07, 2017

Pondok Pondok Brand: Sambal Melayu terbaik! by shahroll

Tuesday, March 07, 2017



As salam, hello readers...

Bila kita bercakap mengenai 'sambal' apa yang berlegar di ruang fikiran korang? Mungkin sambal kering ikan bilis? sambal jeruk? sambal kedondong? sambal cili merah? semua lah terkeluar kan! Ahaa, tak lengkap rasanya kalau kita tak tahu asal usul sambal ni, mana datang?

Menurut Wikipedia yang aku Google, sambal ni kita pinjam perkataannya dari Indonesia, 'Sambel' yang mana, di belah Nusantara ini memang terkenal dengan keenakkan sambal yang diwarisi dari satu keturunan ke satu keturunan. Lagi-lagi orang Jawa!


yummy!!

Dengan peredaran masa kini, sambal agak mudah untuk dinikmati kerana banyak pengeluar pes atau sambal segera dipasaran Malaysia, tetapi tahukah korang sambal yang terbaik sekali, siapa dia?

PONDOK PONDOK BRAND

Jenama sambal yang aku baru rasa keenakkan Sambal Hijau dia. Terima kasih kepada PONDOK PONDOK BRAND yang mengeluarkan pelbagai jenis sambal yang memikat hati pelanggan dengan inovasi terkini. Bulan Januari lepas, aku ada membeli 1 botol Sambal Hijau berharga RM20 (harga promosi!) untuk 1 botol yang besar.

Makan dengan bubur nasi, memang ummphhh!!

Sambal Hijau+Bubur Nasi

Bau yang tidak "tenggik" (bau hapak sambal) tidak ada di dalam pes keluaran Pondok Pondok Brand ni. Rasa authentic sambal Melayu, memang terasa! Ini yang aku mahukan, seperti makan di rumah. Boleh lihat video di bawah, apa kata mereka yang lain mengenai Pondok Pondok Brand



Best kan? Kalau korang berada di Kuala Lumpur, boleh singgah di area Jakel KL untuk test sambal mereka yang sedap ni. Atau korang boleh membeli secara online dengan melihat Facebook page mereka di bawah ini;

facebook page: PONDOK PONDOK BRAND


Produk keluaran PONDOK PONDOK BRAND

Sambal Bilis Lobak
Sambal Bilis Kering
Sambal Berlado
Sotong Sira
Sambal Hijau
Sambal Udang Kedondong




 "Cuba rasa... PERGHHH!! MERECIK"




Wednesday, March 01, 2017

Lapan Tip Mendapatkan Hartanah Terbaiknya Seterusnya

Wednesday, March 01, 2017




Umpama kisah dongeng, penyenaraian hartanah terbaru umpama pari-pari untuk pembeli baru. Membeli hartanah di Malaysia adalah perkara mudah jika anda bergantung kepada laman pasaran seperti PropertyGuru untuk mendapatkan keputusan carian segera berkenaan hartanah yang tepat. 

Bagaimanapun, setiap pembeli baharu pasti akan berdepan pelbagai tekanan semasa memilih rumah yang tepat untuk dibeli. Berikut adalah lapan pengajaran bernilai yang dapat membantu memudahkan carian hartanah anda.


Lokasi Strategik
Sebelum anda mula mencari ejen hartanah, penting untuk anda menentukan lokasi yang tepat untuk hartanah impian anda.  Berikut adalah panduan untuk anda menentukan lokasi terbaik jika anda mahu membeli hartanah.  Untuk memudahkan kerjaya anda, pilih rumah yang berdekatan dengan tempat kerja anda dan pastikan dekat dengan kemudahan seperti pusat membeli-belah, pengangkutan dan lain-lain prasarana penting. 

Menurut CNBC, anda perlu mengehadkan pilihan anda selaras dengan belanjawan sedia ada. Di Malaysia, pembeli rumah kali pertama layak mendapatkan pinjaman perumahan dengan 90 peratus margin , dan anda perlu ada sekurang-kurangnya 30 peratus daripada harga jualan rumah dalam bentuk tunai. Ia akan merangkumi kos perundangan, dokumentasi dan 10 peratus bayaran pendahuluan.


Cari Hartanah “Atas Tanah”
Kepada mana-mana pemilik baru, anda disarankan mempertimbangkan untuk membeli rumah atas tanah terlebih dahulu. Jenis rumah yang anda boleh beli adalah daripada banglo, rumah setingkat atau dua tingkat daripada memilih untuk membeli kondominium atau pangsapuri. Harga rumah atas tanah mungkin agak mahal, tetapi ia pilihan terbaik untuk anda ketika membeli. 

Masa yang lama yang diambil untuk mendapatkan geran strata untuk rumah jenis kondominium atau pangsapuri akan mempengaruhi kewangan anda, jadi pilihlah rumah atas tanah. Pesanan ini juga berguna untuk pembeli rumah yang berpengalaman.


Dapatkan Gadai Janji Yang Fleksibel 
Jika anda mencari rumah untuk memenuhi keperluan, maka mencari hartanah untuk dijual adalah penting. Jika usia anda masih muda, dapatkan pinjaman yang fleksibel dan sesuai dengan situasi kewangan anda. Dan, jika anda pembeli berusia setengah abad, bayar wang pendahuluan dengan banyak  untuk dapatkan pinjaman dengan kadar faedah lebih rendah untuk rumah anda. Dapatkan pinjaman perumahan yang fleksibel supaya anda mampu membayar sambil mengurangkan baki tunggakan dalam jangka masa pendek. 


Ukur baju di badan sendiri.
Kesilapan biasa yang diulangi kebanyakan orang adalah melangkaui belanjawan mereka ikut perasaan. Sebelum mula mencari hartanah, penting untuk anda menetapkan belanjawan anda, jika anda terlalu ikut perasaan, anda mungkin akan menyesal nanti. Bagaimanapun, carilah hartanah yang anda mampu dan bayar tanpa mengganggu rutin anda. Salah satu tanda yang anda sedang maju adalah di saat anda membayar pinjaman anda, anda boleh jalani hidup anda tanpa apa-apa perubahan.


Kajian, kajian, kajian
Bila bercakap tentang hartanah,  jangan hentam kromo semasa membeli. Semua orang akan mahukan wang anda. Jadi, carilah hartanah yang ada pulangan pelaburan. Caranya adalah, jangan menerima nasihat atau pujukan bulat-bulat, tapis maklumat yang sampai kepada anda,  sebelum meneruskan dengan pilihan yang bersesuaian. 

Adalah penting untuk anda dapatkan nasihat daripada ejen hartanah yang boleh dipercayai dan mempunyai reputasi tinggi. Elakkan daripada membeli disebabkan oleh khabar angin atau rentak pasaran yang tidak dapat dibuktikan. Kajilah situasi pasaran semasa dan hartanah terbaik di kawasan sekitar anda


Biar Lambat Asal Selamat
Jika anda pembeli rumah kali pertama, menurut BBC, membeli rumah adalah langkah pertama untuk membina kewangan. Bagaimanapun, sebelum membeli rumah, pilihlah rumah yang berada dalam lingkungan belanjawan anda sebelum beralih ke hartanah yang lebih besar; kerana ini adalah pelaburan jangka panjang, anda disarankan melakukan kajian terperinci. Anda boleh bermula dengan pangsapuri atau kondominium sebelum beralih ke rumah yang lebih mewah dengan kadar faedah tinggi.


Kesediaan
Lupakan apa yang anda baca di atas, soalan pantas untuk diri anda, adakah anda benar-benar bersedia untuk membeli? Itu adalah aspek paling penting dalam memilih kondominium atau hartanah yang tepat untuk dibeli..  Memilih hartanah yang berada di bawah kemampuan anda adalah perkara paling penting dalam pembelian rumah. 

Jalan paling mudah untuk mengukur kemampuan anda adalah, jika jumlah hutang tidak melebihi 33 peratus belanjawan anda, maka anda masih dikira mampu. Satu lagi cara adalah memastikan gadai janji anda tidak melebihi 28 peratus pendapatan anda sebelum anda membeli.


Pemeriksaan
Untuk semua bakal pembeli, pemeriksaan adalah aspek yang sangat penting. Gunakan khidmat pakar dalam industri; ini akan menjimatkan kos anda dari segi kos baik pulih mahupun penyelenggaraan. Anda boleh menemani pemeriksa anda ke hartanah pilihan anda dan dapatkan pandangannya sebelum membeli.