Showing posts with label langkawi. Show all posts
Showing posts with label langkawi. Show all posts

Thursday, March 30, 2017

Part #1 Pulau Langkawi: 4 hari 3 malam #familytrip by shahroll

Thursday, March 30, 2017



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, setel part hantar invoice dan task Facebook Manager. Ada beberapa tasks yang tak sempat nak hadap, rest jap dengan update blog shahrulhairydotcom ni. HAHA! Blogging for release tension, right?

Aku ke Pulau Langkawi minggu lepas bersama keluarga belah isteri aku. Kali ke-2 sebenarnya ke Langkawi, tapi ini lebih menyeronokkan sebab bercuti 4 hari bersama family. Ada seramai 12 orang members dalam trip kali ni.

Dataran Lang

1) Aku ambil cuti sejak bulan Januari. So tak ada masalah sebab dah approve awal (2 bulan sebelum tahu!) haha. Pergi masa cuti sekolah pulak, semua homestay, transport ada sedikit mahal. Pepandai la korang nego

2) Aku stay di area Bukit Temin, Kendawang. Aku pun tak sure, tapi bila cuti sekolah sekali dengan ada event LIMA, kebanyakkan homestay pun penuh. Mana yang ada kita rembat. By the way, yang uruskan hal-hal penggangkutan, rumah ni kakak-kakak ipar aku. Baguih depa ni!

3) Aku bawak van besar kat sini. Tak sangka aku pandai bawak van diesel 3.0 punya van tu. Urvan ke hape tah, lupa. Sedap bawak jenjalan. Naik bukit bila kitorang ke Skycab cable car tu, selamba je. 80km/j pun dah cun bila bawak-bawak family jalan. hehe!

4) 1st day tak ada apa sangat. Sampai airport, cari van yang owner park area airport lepas tu pergi makan tengahari berdekatan dengan homestay. Beli barang-barang kering sket untuk bekalan kat rumah. Alah, beli beras sket, telur, sardin. Boleh jimat ye dak?

5) Langkawi banyak homestay best-best! Lelagi area Pantai Chenang. hehe!

Aku buat overview dulu la ye. Esok-esok aku sambung beberapa part lagi. HAHA! saja la kasi korang baca blog aku banyak kali. HAHA!

enjoy!

Tokey van nanti di Langkawi! Aminn.. haha!





Wednesday, November 11, 2015

Best ke pergi ke Haji Ismail Group (HIG) di Langkawi? by shahroll

Wednesday, November 11, 2015



As salam, hello readers...

Pertama kali menjejakkan kaki ke kompleks Haji Ismail Group atau orang kenal dengan nama HIG singkatannya. Dalam kompleks ni ada pelbagai kedai, selain dari kedai coklat milik Haji Ismail. Aku dah teruja gila sebab banyak coklat yang dijual dalam kedai ni, terus aku snap gambar!

pintu masuk HIG

I'm to be like, "WAAAAA this is heaven!!" haha, maklum la, tak pernah masuk kedai coklat banyak-banyak camni. Dah banyak, murah la jugak rasanya harga kat sini. Kalau dah datang sini, coklat Malaysia memang tak pandang dah. Mesti cari coklat dari Australia, New Zealand senang cerita coklat luarnegara lah.

jenis yang camni la kan...

Ada satu white coklat dari New Zealand tu, satu bar besar dalam RM13.90 je. Oklah, sebab tebal dan besar coklat tu. Aku pernah makan, sebab tu aku beli seketul. Wat lepas gian nak makan coklat sedap. Pastu, coklat jenis Twins pun ada. BEsar dan kecik. Yang besar RM10.90 dan yang kecik RM6.90

Antara coklat yang aku borong

Coklat DAIM kat sini sebungkus RM17.90 tapi kalau beli 3 bungkus dalam RM33.00 je. So, better la korang beli banyak-banyak k? HAHA!

pintu masuk warna hijau tu...

Datang sini jangan bawak sikit duit. Bawak dalam RM200-RM300 ye? Sebab kalau bawah RM50, sikit je dapat coklatnya. Tak puas korang nak shopping coklat nanti. HEHE!

Last but not least,

muka penulis mesti kena ada.. HAHA!!

enjoy!



Friday, November 06, 2015

Cerita dari Langkawi by shahroll

Friday, November 06, 2015



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, sampai gak ke rumah pada jam 3.45 pagi Jumaat. Terima kasih pada Mohd Syazwan Hamzah yang hantar aku pulang, sebab aku bawak motor. Dah la bawak motor, barang pulak banyak, memang kena mintak tolong kat Wan la. Thanks bro!

best mate!

Full story aku cerita kemudian la eh. Banyak story nak tulis, tapi aku buat by part eh? Thanks korang atas kesabaran! *dah pinau mata ni sebenarnya* HEHE!!

enjoy!