Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Saturday, July 15, 2017

Nona Manis Shah Alam yang terbaik! by shahroll

Saturday, July 15, 2017



As salam, hello readers...

Bila sebut je Nona Manis, semua dah terbayang-bayang kemanisan dia kan? Yelah, nama pun Nona Manis, kalau rasa masam, tak kena dengan nama la pulak kan? HEHE! Aku pun tak sure, bila kuih ni viral, tapi sekarang dah ramai pengusaha kuih buat Nona Manis ni termasuk lah Hanis Pastry

Nona Manis by Hanis Pastry

Kalau korang nak tahu, warna hijau itu adalah warna ORIGINAL dari pandan yang di blender dan ditapis untuk mendapatkan bau pandan dan warna sebenar bersama sedikit pewarna pandan.



Harga untuk sebekas adalah RM35/72 biji kuih Nona Manis dan yang bestnya, Hanis Pastry berikan FREE bekas tu! Lepas habis kuih, korang boleh buat isi benda lain pulak, kan?

Mereka yang sekitar Shah Alam, Klang penghantaran kuih Nona Manis adalah pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Untuk hari lain, boleh self-pickup di Alam Impian.

Untuk tempahan, boleh whatsapp Hanis Pastry di 013-250 9055 ya! Isnin hingga Jumaat dibuka untuk tempahan pada hari Sabtu dan Ahad.


enjoy!





Saturday, May 27, 2017

Buffet Ramadhan: The Venue Shah Alam by shahroll

Saturday, May 27, 2017



As salam, hello readers...

Selamat menyambut bulan Ramadhan Kareem 1438H dari blogger shahrulhairydotcom kepada seluruh muslimin dan muslimat di seluruh donia! Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan ramadhan dengan izinNya jua kita sama-sama berada di dalam bulan yang penuh dengan rahmatNya serta pahala-pahala yang berganda yang diberikan oleh Allah SWT.

Ok, cerita pasal Buffet Ramadhan, kat mana selalu korang pergi atau tuju jika nak berbuka di luar bersama rakan dan keluarga? Ada cadangan? Jika tiada, disini aku nak perkenalkan Buffet Ramadhan 2017 di The Venue Shah Alam!


Beberapa hari lepas sebelum tibanya Ramadhan, aku sempat hadir ke majlis Buffet Ramadhan bertempat di seksyen 15 Shah Alam. Agak mudah lokasi The Venue Shah Alam kerana bersebelahan dengan kilang Panasonic yang lama (seksyen 21) yang sekarang dah jadi warehouse Pos Laju.

First impression aku sesampai je kat sini, 'wow! tempat orang have-have ni' HEHE!

tema mereka: Gema Ramadhan 2017

Aku sampai pada jam 8.45 malam dan sebenarnya agak lewat! Sebab ramai yang dah duduk relex kat meja masing-masing, aku dengan isteri duduk di meja nombor 8 bersama tetamu yang lain.

Mujur sempat nampak celoteh Maria Tunku Sabri dengan Zaim!

Maria Tunku Sabri dan Zaim

Tak sampai 15 minit duduk, dah dipelawa ambil makanan yang The Venue Shah Alam sediakan buat tetamu/rakan media yang hadir. Agak ramai yang beratur, so decide ambil lambat sikit makanan. Makanan yang disediakan memang best, sebab lauk-lauk kampung ye, syok!

Daging Salai Masak Lemak

Gambar yang lain, korang boleh follow IG The Venue Shah Alam untuk mencuci mata korang dengan juadah-juadah Buffet Ramadhan yang mereka sediakan sepanjang bulan Ramadhan ini.

Juadah yang sempat aku ambil malam tu

Contact The Venue Shah Alam for more details!

Terima kasih kepada The Venue Shah Alam yang memberikan pengalaman dan menyajikan makanan yang sedap-sedap kepada hadirin yang hadir. Tak lupa juga kepada rakan bloggers yang sudi contact jemput untuk bersama-sama di majlis Buffet Ramadhan 2017.


Selamat berpuasa, semua!


Saturday, April 22, 2017

Ayam Kampung Kacuk: Al Watan sedia menerima tempahan! by shahroll

Saturday, April 22, 2017



As salam, hello readers...

Bila sebut ayam kampung je, terus teringat dengan liatnya daging ayam tu, betul tak? Selalunya ayam kampung sesuai dibuat sup kerana manisnya daging ayam tu dan tempoh masak sup tu pun agak lama, bagi melembutkan isi ayam tersebut. Tapi dengan teknologi yang semakin canggih, walaupun ayam kampung, korang dapat menikmati rasa daging ayam kampung dengan rasa yang lembuut!

AYAM KAMPUNG AL-WATAN

Dengan ayam kampung Al-Watan, korang dapat menikmati rasa ayam kampung tapi isi dia lembut. Kenapa jadi macam tu? Ini sebabnya, ayam dia telah di kacukkan dengan baka ayam kampung bersama ayam daging. Pernah dengar ayam hybrid? boleh baca artikel di Sinar Harian


Gambar di atas, aku dapat 1 ekor ayam kacuk yang dibeli melalui seorang kenalan untuk merasa ayam kacuk ni. Berat dia lebih kurang 700gram dan harganya juga berbaloi dengan rasa ayam kampung, manis! Apa yang aku buat dengan ayam tersebut?

Ayam Goreng Berempah Al-Watan

Nasi Goreng Ayam Al-Watan

Ayam yang didatangkan bersih dan bau "darah ayam" juga masih jelas kat hidung aku ni. Maknanya, ayam diberikan tu masih fresh dan kualiti rasa juga terjamin. Terima kasih kat Ayam Kampung Al- Watan yang menyediakan perkhidmatan menjual ayam yang suci lagi halal!

Ayam Kampung Al-Watan membeli dalam skala borong

Oleh kerana permintaan terhadap ayam kacuk dan organik ini tinggi nilainya di pasaran, aku cadangkan kepada mereka yang mahu memborong tu, boleh contact team Ayam Kampung Al-Watan seperti dibawah;




Happy Weekend!!


Wednesday, April 12, 2017

Pandan Cendol: Serve with soul! by shahroll

Wednesday, April 12, 2017



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, sempat juga aku update blog kesayangan ramai shahrulhairydotcom awal pagi ni. Jam menunjukkan 12.07 pagi dan aku masih depan PC? Oh maii! HAHA! Pagi-pagi camni aku tulis pasal cendol, agak-agak sesuai tak? mesti lapar kan lepas tu? HEHE!

Pernah dengar Pandan Cendol?


Pandan Cendol

Aku baru jugak dengar Pandan Cendol ni dalam online. Kalau melihat pada facebook page nya, konsep foodtruck yang tengah 'IN' sekarang ni menjadi taruhan. Dengan mengangkat 'pandan cendol' sebagai brand utama, pelbagai menu-menu lain juga disediakan oleh mereka.


Mee goreng mamak, Mee rebus, Rojak, Cendol, ABC dan Pasembor adalah menu-menu jualan mereka di foodtruck. Pandan Cendol juga bergerak aktif dengan event event yang dianjurkan oleh pihak berwajib.

menjadi tumpuan peminat cendol!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pandan Cendol ni, korang boleh follow link kat bawah ni;

Instagram: Pandan Cendol
Facebook Page: Pandan Cendol


Tuesday, March 07, 2017

Pondok Pondok Brand: Sambal Melayu terbaik! by shahroll

Tuesday, March 07, 2017



As salam, hello readers...

Bila kita bercakap mengenai 'sambal' apa yang berlegar di ruang fikiran korang? Mungkin sambal kering ikan bilis? sambal jeruk? sambal kedondong? sambal cili merah? semua lah terkeluar kan! Ahaa, tak lengkap rasanya kalau kita tak tahu asal usul sambal ni, mana datang?

Menurut Wikipedia yang aku Google, sambal ni kita pinjam perkataannya dari Indonesia, 'Sambel' yang mana, di belah Nusantara ini memang terkenal dengan keenakkan sambal yang diwarisi dari satu keturunan ke satu keturunan. Lagi-lagi orang Jawa!


yummy!!

Dengan peredaran masa kini, sambal agak mudah untuk dinikmati kerana banyak pengeluar pes atau sambal segera dipasaran Malaysia, tetapi tahukah korang sambal yang terbaik sekali, siapa dia?

PONDOK PONDOK BRAND

Jenama sambal yang aku baru rasa keenakkan Sambal Hijau dia. Terima kasih kepada PONDOK PONDOK BRAND yang mengeluarkan pelbagai jenis sambal yang memikat hati pelanggan dengan inovasi terkini. Bulan Januari lepas, aku ada membeli 1 botol Sambal Hijau berharga RM20 (harga promosi!) untuk 1 botol yang besar.

Makan dengan bubur nasi, memang ummphhh!!

Sambal Hijau+Bubur Nasi

Bau yang tidak "tenggik" (bau hapak sambal) tidak ada di dalam pes keluaran Pondok Pondok Brand ni. Rasa authentic sambal Melayu, memang terasa! Ini yang aku mahukan, seperti makan di rumah. Boleh lihat video di bawah, apa kata mereka yang lain mengenai Pondok Pondok Brand



Best kan? Kalau korang berada di Kuala Lumpur, boleh singgah di area Jakel KL untuk test sambal mereka yang sedap ni. Atau korang boleh membeli secara online dengan melihat Facebook page mereka di bawah ini;

facebook page: PONDOK PONDOK BRAND


Produk keluaran PONDOK PONDOK BRAND

Sambal Bilis Lobak
Sambal Bilis Kering
Sambal Berlado
Sotong Sira
Sambal Hijau
Sambal Udang Kedondong




 "Cuba rasa... PERGHHH!! MERECIK"




Sunday, September 11, 2016

Mencari Wordpress Hosting yang terbaik?

Sunday, September 11, 2016



Sebagai seorang blogger dan juga seorang usahawan online, pastinya aku menggunakan pelbagai medium untuk memastikan perniagaan online berjalan dengan lancar. Setiap perniagaan online, memerlukan sokongan yang padu dari pihak penyedia hosting.

Jika platform untuk membina website atau blog menggunakan based Wordpress+Hosting dari pihak LittleBizzy, pelbagai faedah yang dapati dari mereka.


tentang LittleBizzy

Mereka memfokuskan terhadap fast loading website yang menggunakan platform Wordpress/Woocommerce yang mana, memberikan pengalaman yang baik kepada pelanggan dan bakal pelanggan yang melayari website perniagaan yang dijalankan. Selain itu, ianya juga memberikan best result untuk Google ranking (Search Engine Optimization: SEO)

Perkhidmatan LittleBizzy juga memfokuskan terhadap kualiti server yang terbaik yang mana, data center berdekatan dengan targeted audience untuk memastikan fast loading bagi setiap website yang menggunakan perkhidmatan mereka. Bagi kelancaran itu, mereka menggunakan NginX, CloudFlare, dan versi terbaru dari PHP dan juga MYSQL.

COUPON: "shahrulhairy" = $20 off SSL setup

perkhidmatan LittleBizzy

Untuk mereka yang menjalankan perniagaan online secara kecil-kecilan atau sederhana, boleh menggunakan perkhidmatan mereka dan jika ada sebarang pertanyaan mengenai capaian website pantas, boleh meminta khidmat nasihat mereka secara PERCUMA!

Jika memerlukan website yang ada SSL, kupon diatas boleh anda tebus dengan mereka dan dapat $20 diskaun!

Post entry ini ditaja sepenuhnya oleh LittleBizzy, penyedia hosting terbaik dunia.

What you waiting for? =)




Saturday, April 09, 2016

Mana nak cari kambing golek yang best? Jom berkenalan dengan Kambing Golek KAW G!

Saturday, April 09, 2016



Istilah "kambing golek" sudah sebati dengan pelbagai keramaian terutama sekali bila melibatkan majlis aqiqah, majlis perkahwinan dan juga majlis VVIP. Dengan adanya team kambing golek ini, pasti membuatkan majlis korang lebih ummmph! kan? itulah sebabnya mengapa sekarang kambing golek menjadi pilihan.


yummeh!!

Aku nak perkenalkan kat korang satu team dari Klang ni yang menjual kambing golek. Dengan menggunakan dapur arang stainless steel (bersih!), staff yang mesra pelanggan dan yang lebih penting rasa keenakkan perapan kambing itu menjadi taruhan!

*tak tahan, sampai jilat jari!*


team KAMBING GOLEK KAW G (KGKG)

Apa yang best pasal team KAMBING GOLEK KAW G ni?

-2 org chef yg ikhlas & suci hati
-1 dapur grill ajaib yg dapat menghilangkan kelaparan 
-1 guni arang bahan bakar kambing lazat
-1 ekor kambing siap dgn perapan istimewa KGKG 
-1 sos lada hitam istimewa KGKG
-1 set coeslow/salad yummeh
-2 kg kentang putar super lazat
-1 hidang roti benggali + bawang putih bakar

TINGGAL MAKAN SAJA!

PERCUMA!
-100 pcs pinggan polistrin
-100 pcs garpu


on my way!! KGKG

Biasanya, hidangan kambing golek tak lengkap rasanya kalau tiada roti. Khas di KAMBING GOLEK KAW G, ada roti benggali yang direka sendiri oleh pemilik KGKG iaitu Encik Fallah yang inginkan kelainan dalam setiap hidangan yang mereka sajikan.

Begitu juga dengan sos black pepper mereka yang mengujakan!

roti benggali dengan bawang putih dan daun parsley

raw material: fresh kambing dari pembekal terpilih!

Tidak perlu bimbang dengan tahap kebersihan dengan team KAMBING GOLEK KAW G yang sememangnya sudah sedia maklum tentang hal berkaitan dengan penyediaan makanan. Dari awal proses sehingga menghidang, team KAMBING GOLEK KAW G sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan dan penjagaan waima dari pembekal kambing sekalipun.


dimana-mana sahaja, team KGKG pasti tiba!

Satu lagi tentang team KGKG, mereka boleh pergi ke tempat anda, bukan setakat di Klang sahaja. Just call them dan buat tempahan dengan segera. Ini disebabkan permintaan yang tinggi untuk kambing golek, sampai ke Melaka team KGKG melayan pelanggan dengan senyuman


lawati Facebook page dan Instagram team KGKG
Facebook: KambingGolekKawG
Instagram: KambingGolekKawG



enjoy!





Thursday, March 31, 2016

Apa yang dinamakan Virtual Private Network (VPN)? By shahroll

Thursday, March 31, 2016



Alhamdulillah, dapat juga aku update blog shahrulhairydotcom ni. Agak ketara ya, tarikh dari post ke post yang terbaru agak jauh berbanding yang lepas. Almaklum lah, aku sekarang sedang push untuk marketing untuk syarikat-syarikat kecil dan sederhana yang dah hired company kecil aku iaitu SH Network Media bagi menjalankan aktiviti pemasaran online mereka.

Ok, berbalik pada tajuk, apa benda VPN tu? Ok, benda ni kalua korang nak faham, senang je. Analogi dia senang. Andaikan korang bawa kereta, tapi kereta yang korang bawa tu, orang lain tak boleh Nampak. tahu-tahu dah sampai ke rumah.

Begitu juga dengan VPN!

protect your data!

Aku quote sikit dari web PC;
What Is a VPN?In the simplest terms, a VPN creates a secure, encrypted connection between your computer and the VPN's server. This tunnel makes you part of the company's network as if you are physically sitting in the office, hence the name. While connected to the VPN, all your network traffic passes through this protected tunnel, and no one in between can see what you are up to. A consumer VPN service does the same thing, but extends that protection to the public. - link: PCmag

Now, ada satu link yang korang boleh try untuk VPN. Boleh klik disini, Pro VPN Account

Selamat mencuba!

enjoy!


Monday, December 14, 2015

Gegar Vaganza 2: Antara hiburan dan penajaan by shahroll

Monday, December 14, 2015



As salam, hello readers...

Pertama sekali, aku ucapkan TAHNIAH kepada Siti Nordiana yang memenangi tempat pertama a.k.a Johan untuk Gegar Vaganza musim kedua. Tak dinafikan, rezeki Nana untuk musim ini walaupun aku menjangkakan Ezad Lazim atau Nassier Wahab yang merangkul tempat pertama. Diluar jangkaan aku sebenarnya!

gambar: Siti Nordiana Alias

Nana yang sebelum ini kita tidak berapa tahu sangat dalam industri hiburan sebelum melangkah masuk ke GV2, kita kenal beliau sebagai penyanyi yang biasa-biasa disebabkan pembawaan lagu yang bagi aku, trendy untuk zaman itu bersama arwah Acik Spin. Tak perlu ditanya, mengapa dan kenapa Nana tenggelam timbul dalam industri, banyak sebab untuk ditulis satu-persatu.

Bersama GV2, baru aku tahu Nana ada buka butik jubah muslimah. That good! Penyanyi menjadi usahawan, bagi aku biasa. But after this, Nana dah boleh kembangkan business disamping kerjaya nyanyian juga meningkat dengan comeback dalam GV2.

Nana bukan biasa-biasa
Now dah terbukti Nana boleh membawakan pelbagai forte/genre lagu untuk dipersembahkan. Even suara Nana ni ada iras Siti Nurhaliza, tapi certain key and note, ada bezanya. Kena perlu lebih teliti dalam mendengar. Even Tok Ram pun puji nyanyian Nana, kan?

Habis part hiburan, now part penajaan.

Aku bukan nak kondem penaja yang menaja program tersebut. Tidak. Kalau ada yang terasa, harap maaf. Aku beri pendapat peribadi sahaja.

Selayaknya dan sememangnya kalau dah menaja, nak something ROI kepada business. Itu normal. Even aku sendiri pun camtu jugak bila aku ada sponsor mana-mana blogger untuk buat review. Tak dinafikan.

Cuma cara. Cara kau deliver, nak promote, nak bagitahu produk atau services tu, aku rasa kena berpada-pada. Aku rasa, mesti dah ada proper plan untuk isi slot promote tu kan? Aku tengok setiap kali commercial break, iklan penaja keluar. That good.

Then, pengacara pun banyak kali sebut tagline kau even sebut pun macam main-main tapi that working. Orang gelak-gelak sebut tagline kau, sampai melekat dalam kepala? that good, right?

Aku sangat faham dan mengerti, penajaan seperti ini bukan sikit-sikit anak, main juta-juta. Paham. Aku cuba.

Tapi, macam aku cakap, "berpada", sales tetap meningkat, kan?

enjoy!





Tuesday, November 10, 2015

Cetak casing handphone dengan Wrappz? by shahroll

Tuesday, November 10, 2015



As salam, hello readers...

Perniagaan cetakan atau printing sekarang menjadi pilihan, mungkin disebabkan peralatan yang mudah didapati dari pembekal. Masa mula-mula cetakan casing untuk handphone, agak teruja juga melihat hasilnya.

Tak kiralah untuk jenis Apple ke, HTC ke, Samsung ke semuanya ada bila korang nak print casing dengan WRAPPZ!


Ia berpangkalan di United State dan boleh menghantar pesanan korang melalui international shipping. Ada banyak lagi yang boleh korang tempah, bukan sahaja untuk smartphone. Memang terbaik!

Aku berikan sedikit infografik yang mungkin berguna untuk pemahaman dan rujukan korang;

Thanks to Wrappz for this great infographic

enjoy!








Saturday, November 07, 2015

Macam mana nak cari bloggers dalam komuniti? by shahroll

Saturday, November 07, 2015



As salam, hello readers...

Rasanya aku dah cerita benda ni dalam blog aku, tapi aku highlight semula tentang beriklan dalam blog. Actually benda ni dah lama company-company attach dengan blogger untuk buat review, dapatkan engagement dengan readers blogger, awareness product/services tapi bagi some people, how to start deal with blogger eh?

Ok, aku cerita serba sedikit.

Bagi korang yang mencari medium bloggers untuk buat promosi terbaru untuk syarikat atau orang perseorangan, boleh menyemak komuniti-komuniti bloggers yang ada di dalam Facebook. Banyak sekarang ni ada. Boleh mulakan carian dengan ayat "bloggers" ada la beberapa komuniti keluar dari senarai carian.

image: Huffpost

Then, boleh masuk dengan grup-grup komuniti bloggers, dan shout-out requirement yang korang nak. Misalnya, korang perlukan 300 bloggers untuk buat review ke, 600 bloggers atau influencers untuk projek besar korang ke dan sebagainya.

Nyatakan juga projek apa korang nak buat tu. Kalau nak privacy, boleh tinggalkan email atau number whatsapps korang. simple and easy!

Ada juga PR atau Marketing Exec yang pass job pada agency. Itu pon boleh gak sebab, agency akan arrange semua dari awal hingga akhir proses.

Ada juga PR atau Marketing Exec yang just pass pada bloggers terus. Misalnya, macam company SH Network Media ke kan, boleh je buat untuk company yang nak buat promotion dan awareness. Boleh discuss harga yang mungkin lebih rendah dari orang lain.

Ikut pada bajet masing-masing. Kalau ada bajet untuk advertising online, jangan nak cut sangat eh. Sebab masing-masing adalah professional dalam bekerja. Tak kira bloggers part time or full time, komitmen tetap sama.

Nak buat post blog pun, makan masa juga ya. Lelagi kalau bloggers dapat job kencang, memang lambat la post entry nak keluar. Tapi dateline tetap kena ikut, untuk client katanya.

Ok, ada apa-apa nak tanya boleh whatsapp aku: 012-3437359 untuk deal promotion online atau nak buat siaran dalam blog. Affordable to all!

enjoy!






Saturday, October 17, 2015

Harmony Driving Shah Alam: Apa kelebihan kami berbanding yang lain?

Saturday, October 17, 2015




Assalamualaikum dan selamat pagi Sabtu semua pembaca blog shahrulhairydotcom, moga sentiasa sihat walafiat, aminn! Hujung minggu macam ni, aku seronok nak update blog sebab banyak idea sedang mencurah-curah dalam kepala. Salah satunya cerita pasal lesen motor dan kereta. Nak aku share tak? HEHE!

Ok aku start flashback dulu. Aku mula ambil lesen motorsikal dan kereta 10 tahun yang lepas. Masa tu umur aku baru 18 tahun, memang cukup-cukup nak ambil lesen untuk memudahkan aku bergerak ke sana-sini. Lagipun, kalau aku tak ambil lesen kereta, siapa lagi aku nak harapkan masa tu untuk aku bawak family. Sudahnya, aku ambil lesen kereta dengan motorsikal sekaligus, senang.

Itu 10 tahun lepas, lama kan?

Now, zaman berubah. Harga pun ada perubahan sikit tapi selaras dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak sekolah memandu. Nampak macam mahal, tetapi itulah yang TIADA CAJ TERSEMBUNYI daripada korang nampak iklan yang MURAH, tapi sebenarnya penuh dengan caj tambahan.

Harmony Driving Shah Alam

Tuan Mohd Zulhafiz Kusnaini

Alhamdulillah, sekarang beliau telah membuka perniagaan bagi memudahkan urusan bagi pelanggan mengambil lesen memandu. Ianya adalah dengan kerjasama syarikat Harmony Driving, beliau telah pun menyelia beberapa pelanggan yang berdaftar dibawah seliaannya.

di pejabat urusan Harmony Driving

Apa kelebihan ambil lesen bersama Harmony Driving Shah Alam?

Aha, ini main point aku untuk tatapan korang yang baru nak ambil lesen memandu. Jika dah penat pilih agen yang bagus, boleh cuba-cuba berhubung dengan Tuan Zulhafiz untuk nasihat percuma dari beliau. Lain? baca dibawah;

menarik kan?

Tuan Zulhafiz ada bagitahu, bayaran ansuran sehingga 4 kali bayaran itu yang menjadi main selling point bila berhadapan dengan client baru. Memang betul, kaedah bayaran seperti ini yang pelanggan mahukan, untuk memberi ruang "nafas" kepada pelanggan untuk mengambil lesen memandu.

Apa lagi yang best pasal Harmony Driving Shah Alam?

litar memandu yang baik dan diselenggara

kereta yang baru

Begitu juga dengan motorsikal

bersih!

Korang rasa gugup nak bawak kereta sebenar? Di sana juga ada disediakan kereta simulasi bagi mereka yang nak membiasakan diri sebelum membawa kereta yang sebenar di litar. Bagus juga inesiatif yang diambil bagi mengurangkan risiko yang tidak terjangka.

Vromm Vrommm!!

Bagi mereka yang berminat untuk mengambil lesen kereta atau motorsikal, boleh lihat laman blog Tuan Mohd Zulhafiz dibawah dengan promo code: shahrulhairydotcom semasa membuat pendaftaran;

Pandu Harmony blog: http://www.panduharmony.com

enjoy!




Sunday, October 11, 2015

Ada apa dengan Wedding Gift?

Sunday, October 11, 2015



Hadiah Perkahwinan


Pernah tak korang terfikir, apa aku nak bagi pada kawan-kawan aku masa majlis perkahwinan nanti? Pernah? sebelum majlis, ada banyak idea-idea nak bagi kacang dalam botol lah, coklat dalam bekas love lah tapi bila masa dah sampai, semua berkecamuk!

Ini disebabkan kita sibuk dengan persiapan yang lain. Kita lupa yang hadiah perkahwinan atau wedding gift ini juga bermakna pada tetamu yang datang meraikan hari besar kita tak kira kawan-kawan, sanak-saudara dan lain-lain jemputan yang kita jemput.

Wedding Gift

Tak kira perkahwinan bangsa apa, wedding gift ni memang dah jadi "common sense" untuk kita beri pada tetamu kita. Aku kira-kira, bajet untuk memberikan hadiah kecil-kecilan ini bergantung kepada size jemputan yang diberikan dan spesifik tetamu yang datang.

Your Wedding Treats adalah sebuah website shopping online yang korang boleh try tengok untuk membuat persiapan majlis perkahwinan nanti. Ada banyak items yang menarik dan cantik sesuai dijadikan hadiah.

paparan muka Your Wedding Treats website

Jika korang mempunyai idea-idea yang lain untuk di realisasikan semasa majlis perkahwinan, boleh berurusan dengan Your Wedding Treats berbincang apa keperluan yang korang mahukan untuk wedding gift korang. Mereka sedia membantu bagi merealisasikan hasrat dan impian yang diidamkan!

Facebook page: Your Wedding Treats


enjoy!