Thursday, December 24, 2015

Speed Test Kancil Turbo L6 dari Banting by shahroll




As salam, hello readers...

Hari Isnin aritu aku mengambil cuti dan pergi ke Banting untuk membuat proses pertukaran nama membeli Kancil L6 di Jabatan Pengangkutan Jalan Banting. Tapi bukan dibawah nama aku, adik aku, Nienashah yang punya. Alhamdulillah, proses itu berjalan dengan lancar disebabkan kitorang pergi seawal jam 8 pagi dah kat sana.

Harga total untuk Kancil L6 ini adalah RM7,000

Kancil L6

Harga tersebut termasuk dengan cukai jalan yang diperbaharui selama 1 tahun dan lain-lain caj. Alhamdulillah, kondisi keretanya masih utuh dan masa yang sama, kereta telah di service cuma penyerap hentakan sahaja yang tak tukar. Masih OK katanya.

Aku pun membuat sesi "speed test" bila kereta ni dibawa balik ke Klang. Ciri-ciri Kancil L6 yang dapat aku tengok, ada turbo timing, seat best, timing chains dan bunyi "psssttt chinggg!!" setiap kali pertukaran gear. Yes, kereta ni manual ye, bukan automatik

semasa sesi ujipandu kereta kancil L6

Walaupun kancil, tapi ada power stereng ye. Sedap sikit bawak kereta ada power stereng ni lebih-lebih lagi kalau nak parking. Dah kereta ni adik aku yang nak bawa, agak sukar nanti kalau takde. Aku dah try bawak kereta ni selaju 100km/j dan agak bergoyang juga disebabkan ringannya kancil. HAHA!

Aku bawak 70km/j lepas gear 5, laju dia memang mendesup! Ok, aku dah teruja sebab gear 4 dah leh cecah 100km/j. Macam ada Nosh pulak Kancil ni, HEHE!

Cuma dibahagian gear 4 ke 5 tu macam susah sikit nak masuk. Macam ada benda sangkut. Tapi bila tarik balik ke gear 4, pastu tolak depan sket masuk ke gear 5, baru boleh. Heran gak tu, kena pergi check kat bengkel. Nasib bengkel dia cuma kat Bukit Raja ni je.

selesai ujipandu kereta Kancil

Semoga adik aku akan menggunakan kereta ni sebaik mungkin. Yelah, dah tiba masanya aku akan berangkat keluar sebab lepas ni aku akan beralih fasa untuk menjadi suami orang pula. Alhamdulillah. 27 Disember 2015 (Ahad ni!) aku akan akad nikah dengan bakal zaujah ku di Masjid Nurul Iman, Serendah.

Doakan aku ya!

Selamat Menyambut Maulidur Rasul.


******************************
IKLAN

sebarang pertanyaan, boleh call Jang- 0193745764

terima kasih!






No comments: