Showing posts with label chef shahroll. Show all posts
Showing posts with label chef shahroll. Show all posts

Friday, April 29, 2016

Salmon soup: Masakan ringkas untuk para suami! by shahroll

Friday, April 29, 2016



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, ber-update lagi abam shahroll dalam blog ni. Sekarang update tak boleh selalu ya, al-maklum lah sekarang berbeza situasinya sebelum abam shahroll kawin. Maka, mana yang ber-update ni, bersyukur lah kalian, dapat membaca dan stalker blog abam. HAHA!

Terima kasih kat wife abam shahroll, yang paham pasal life seorang blogger (part time cam abam). Muahciked!

ok, kali ni abam shahroll nak bagi resepi mudah, cepat dan pantas untuk para suami kat luar sana. Sekali-sekala memasak untuk isteri, mesti best kan?

salmon soup by SH

Memasak ni bukan susak pun. Orang kata campak-campak je jadi. Cuma rasa masin tak masin tu je lah menjadi indikator masakan ko sedap ke tidak. Chef kat luar sana bil abaca blog aku ni, tolong jangan nak kecam sangat eh sebab aku bukan chef pun! haha...

Apa yang perlu ada nak buat salmon soup ni?
1) Kepala ikan salmon
2) Tomato
3) Bawang putih+merah
4) Daun sup
5) Halia

Cara masak:
1) ambil periuk dan penuhkan dengan air. Masukkan kepala ikan Salmon tu.
2) Lepas dah berwap sikit, masukkan bawang merah dan putih yang korang kena potong. Tak payah tumbuk pun takpe.
3) Masukkan sikit garam+serbuk perasa
4) Minyak ikan salmon semula jadi mula keluar. Biarkan dan masukkan tomato
5) Hidangkan bersama nasi panas, yummeh!

Aku dah cakap, senang je. Praktis kan masakan ni bila isteri atau wife korang tengah berpantang atau outstation. Cepat, mudah dan menyelerakan!

selamat mencuba.

enjoy!




Monday, September 28, 2015

Resepi sihat: Tomyam putih dada ayam ala Thailand by shahroll

Monday, September 28, 2015



As salam, hello readers...

Resepi yang lepas, aku ada share dengan korang pasal tomyam putih jugak kan? tapi guna buntut ayam dan kali ni resepi yang sama juga, cuma aku tukar ayam dia bahagian dada pulak dan tambah bahan tomato hijau.

Tomyam putih dada ayam

Bahan-bahan dia korang boleh refer balik post entry aku yang lepas kat atas tu. Cuma isi ayam tu korang boleh la ubah-ubah nak letak apa. Try guna daging lembu pun ok juga. Ikut selera korang kan.

Lagi pun, makan sup camni baik untuk kesihatan dan menjaga badan. Makan nasi sikit dengan sup ayam gini dah boleh buat korang rasa kenyang dan yang penting, kalau nak diet tu, kawal makanan eh!

Aku letak balik menu-menu sihat aku tahun lepas untuk tatapan korang. Aku amalkan makan macam ni lebih kurang 3 minggu. Hasil dia memang tak mengecewakan!



Mostly aku kongsikan banyak dada ayam dalam diet aku seharian. Mungkin ada yang tak makan dada yam, tapi aku syorkan korang try makan dada ayam tapi biar ada perasa black pepper ke, rasa daun basil ke, thyme ke janji boleh masuk dalam tekak.

InsyaAllah aku share lagi resepi best dalam blog aku ni ye

enjoy!



Wednesday, January 19, 2011

Who is Anis Nabilah? Please ANSWER me! by shahroll

Wednesday, January 19, 2011
As salam to all,


Lately, mood blogging dah semacam lari kepada side masakan pulak. Bak kata **phreak-ID**, dah ala-ala blogger Mat Gebu katanya. Wah! Jangan begitu, aku tak de niat nak jadi chef nie. Cuma aku suka masak (yang simple2 je) cam Nasik Goreng ke, Mee Goreng ke, now nak belaja nak masak yang berat-berat sket =D


Ok, who Anis Nabilah? Lawyer kot? tak pun, perisik? NO LAH! She is talented CHEF yang baru naik (dah top rasanya) dalam bidang masakan. Kalau korang jenis layan channel AFC (Asia Food Channel) kat Astro, sure korang taw.


Chef Anis Nabilah
picture credit: Google

Lawa kan? Aku dah kata, mata aku belum rosak lagi (hopefully NOT!). Dah la lawa, pandai pulak masak, memang calon pilihan korang kan? Tapi, korang tak leh amek AN, sebab aku dah cop! (pulakk..!) HAHa, gurau2 je..*wink*

Bukan senang nak masuk kat channel AFC nie
picture credit: placesandfoods

Aku quote resepi dari Tumblr Anis Nabilah yang aku nak try la pas nie, cam sedap je! =D *sluurrpppss**

BREAD PUDDING PISANG BERSAMA SOS VANILA

Bahan-Bahan:

> Puding Roti
1 buku besar roti putih
5 biji telur
800ml susu segar
½ cawan gula kastor
3 sudu besar tepung custard
100gm mentega
7 biji pisang rastali / emas (dipotong nipis)
4 sudu besar mentega kacang
250gm coklat masakan (dicairkan)


> Sos Vanila
1 liter susu segar
5 sudu besar tepung custard
1 biji kuning telur
½ cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan:

Panaskan ketuhar pada suhu 170c. 
Sapukan sedikit mentega pada loyang. Sapukan mentega dan mentega kacang pada kedua-dua belah roti dan potongkan 4.

Dalam mangkuk yang berlainan pukulkan telur, gula kastor, susu segar dan tepung custard sehingga sebati

Susunkan roti yang telah dipotong kedalam loyang, selepas susun lapisan pertama susunkan pisang diatas roti dan tuangkan sedikit coklat keatasnya. 

Tuangkan pula sedikit bancuhan telur tadi, dan lakukan langkah sama pada lapisan kedua dan seterusnyadan akhiri dengan lapisan roti bersama coklat dan bancuhan telur tadi.

Masukkan kedalam ketuhar dan bakar selama 45 minit
Sediakan sos vanila sambil menunggu pudding siap dimasak

Pukulkan semua bahan-bahan sehingga sebati.
Masukkan kedalam periuk dan masak menggunakan api yang perlahan.

Kacaukan sos sehingga pekat dan mendidih
Padamkan api dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan bersama pudding roti. 

************

Adakah aku baru join race makan-makan, aku dah tersampok nak jadi food blogger? Arghhhh!! kena belajar ngan KY speaks aaa pas nie! can ar KY xiansheng?? =D 

see ya next!

Sunday, August 29, 2010

Spain style recipes marinate chicken (BBQ) by shahroll

Sunday, August 29, 2010
Salam all! =)


Aritu kat posting SINI  aku dah janji ngan korang kan nak share "resipi" ayam perap ala Spain aku tu. kenapa aku pilih Spain kat hujung tu, korang sedia maklum lah kan. Pemenang untuk worldcup aritu,saja aku abadikan kemenangan tu ngan boh nama negara tu dalam masakan aku ni =P


Terus kepada bahan-bahan yang korang perlukan untuk buat BBQ ni k! Exclusive dari dapur rumah Chef Shahroll! hahaha~


** Bahan-bahan yang aku dah asingkan by mangkuk.. =D

Korang kena ada tomato,bawang merah (kecik),bawang putih,serai, lengkuas, halia,bawang merah besar. Korang boleh buat ikut kadar yang sesuai lah. Kalau banyak ayamnya, lagi banyak kuantiti yang perlu korang guna.

Selain tu, korang kena ada (tiada dalam gambar) Kulit kayu manis, bunga lawang dan sedikit madu yang korang boleh beli kat Tesco. Bahan2 tadi korang blander sikit2, dan tambahkan sedikit air masak. then buat sampai bahan tadi habis.

Selesai korang buat blander tu tadi, letak dalam mangkuk ala2 besar jugak untuk di kacau dengan sebaiknya. Masukkan 1 senduk cili merah (cili boh pon ok..), 1 sudu kecik serbuk kari, sedikit garam,sedikit ajinamoto dan sedikit gula eh.

Hasilnya:-

**bahan-bahan yang korang dah blander dan masukkan beberapa rempah yang dinyatakan diatas tadi =D

Kalau yang tak tahan makan pedas tu, kurangkan sedikit cili merah tu la eh. Aku dah try dan resultnya... perghhh!~ korang nilai sendiri lah.. setakat baca je law tak cuba, tak mendapat le.. =D

Masa korang panggang nanti, sapu ayam ngan campuran minyak+kicap+sedikit madu, untuk jadikan ayam berkilat2 macam kat kedai tu.. fffuaahh~ stop dulu lah, nanti terasa nak panggang malam2 buta nie.. hahah! 

Salam..