Showing posts with label SH Network. Show all posts
Showing posts with label SH Network. Show all posts

Sunday, March 05, 2017

Bagaimana membuat video promo di online? by shahroll

Sunday, March 05, 2017



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, dapat juga aku update sikit dalam blog shahrulhairy dot com walaupun agak tight jadual yang aku rasa tak cukup untuk luahkan dalam 1 post entry, gituh! hehe

Tapi aku nak juga update sikit tentang keperluan video untuk perniagaan korang atau video online marketing yang mana, korang boleh push di dalam Youtube atau paling kurang pun di Facebook page (upload di page atau personal FB juga boleh!)

Kenapa video?


Sebab, orang suka menonton video dan data internet juga dah semakin murah sejak perang sesama mereka untuk data plan mobile kan. So, penggunaan video semakin meluas dan terutamanya kepada belia muda-mudi memang suka melayan video-video pendek sekarang ni.

Itu salah satu faktor.

Antara faktor lainnya, video ni orang boleh 'catch' cepat apa info yang korang nak sampaikan, betul? Dari korang membaca tulisan aku dalam blog ni, dengan korang menonton video aku di channel Youtube, mana lebih seronok? Mesti video kan? ahaaa gituh!

Gaming dalam sosial media untuk segment video masih hijau di Malaysia. Even bloggers/vloggers Malaysia juga masih tak ramai membuat video untuk kegunaan sendiri hatta untuk job review sekalipun. Kalau ada, hanya seketul dua yang aktif dan bagus.


enjoy!



Tuesday, October 04, 2016

SH Network Media: Your Branding Partner by shahroll

Tuesday, October 04, 2016



As salam, hello readers...

Masih belum mengantuk? Meh baca blog abam SH (nama pena dalam FB!) nak? hehe, dah pekena kopi keras tadi, mata agak segar terus walaupun tadi lepas dinner mata dah kuyu. Malam ni nak cerita ringkas je pasal business yang aku running sekarang.

Alhamdulillah, untuk business yang aku jalankan iaitu SH Network Media sekarang semakin baik. Baik dari segi penerimaan ilmu yang disampaikan oleh aku sendiri dalam bidang online, maksud aku pemasaran online.

Betul, aku memang nak lebih ramai usahawan kecil dan sederhana mantap dalam ilmu pemasaran online dengan mengetahui teknik asas sehingga ke teknik yang aku boleh panggil "Master" untuk meningkatkan awareness dan branding produk korang.

Kat bawah ni adalah review dari ramai-ramai client aku yang pernah personal coaching untuk meningkatkan brand beliau dalam online.

Usahawan dalam bidang beauty

Terima kasih atas review yang jujur yang ditulis melalui wall FB page SH Network Media. Aku menyediakan 3 platform untuk personal coach iaitu Blogging, FB Ads dan juga Instagram. Untuk usahawan baru nak berjinak dalam online market, sila cuba 3 platform ini dahulu. Serius, 3 dahulu. Baru boleh nak try medium yang lain bila dah power dalam 3 channel ni.

abam SH untuk sesi personal coach!

Suka minum kopi dan suka lepak dekat Starbucks bila ada client abam SH nak buat personal coach. Kopi+coaching is my fav place to be more interactive and generate more ideas come! Yes, true!

happy make money, guys!

enjoy






Monday, June 27, 2016

Pelajar UiTM: Praktikal di Bahagian Perhubungan Korporat by shahroll

Monday, June 27, 2016



As salam, hello readers...

Lambat aku update pasal student praktikal UiTM ni. Biasanya aku malas nak update, sebab tak berapa nak kena dengan topik yang aku suka. Tapi kali ni aku akan cerita dalam blog sebab, aku perlu share dengan pembaca-pembaca blog shahrulhairydotcom

pelajar praktikal dari UiTM

Mereka dari fakulti pengurusan maklumat. Aku panggil "budak library" sebab lepas ni dorang bekerja dalam bidang keperpustakawanan. Kerja dalam library. So, tugas aku hari tu adalah mengenai bahagian perhubungan korporat library, menjurus kepada soal penggunaan media sosial dalam library uitm (PTAR)

Tak lama, dalam 1 jam setengah sahaja aku membebel pasal blog, FB, twitter, Youtube rasmi PTAR. Penggunaan software juga aku ada bagitahu. Soal macam mana nak manage akaun tu pun aku bagitahu semua. Tapi tak se-details kalau aku ajar kat luar, sebab aku sure mereka pun bukan minat dengan Social Media Manager yang aku buat dalam SH Network Media

Dengan harapan, esok-esok dah jadi pegawai dan masuk pulak bahagian korporat, dapat menghasilkan sesuatu yang best bila bekerja nanti. Aku tahu silibus korang yang korang belajar tu, takde cerita apa yang aku sampaikan. InsyaAllah, aku halalkan ilmu yang aku bagi dan sampaikan, aminn!

enjoy!



Saturday, June 11, 2016

SH Network Media: social media company expert in Malaysia

Saturday, June 11, 2016



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, dah masuk ramadhan ke-6 hari ni kita berpuasa. Syukur! sambil berpuasa, kerja dalam media sosial buat seperti biasa. Alhamdulillah, SH Network Media diberi kepercayaan untuk menguruskan beberapa brand dalam platform social media marketing.

Siapa SH Network Media sebenarnya?

official Instagram SH Network Media

Siapa yang belum tahu tu, meh aku cerita sikit. Pada 2014, aku mengimpikan satu perniagaan berasaskan online. Ya, online semata-mata. Duduk depan PC dan buat kerja. Masa tu, aku masih running business SH iMAGE Production. Disebabkan aku sudah bermula pada 2006 untuk marketing, why not aku expand services aku untuk part marketing juga kan?

Dalam tahun 2015 dah start build up SH Network Media tapi belum register kat SSM. So, pada tarikh 18 Mac 2016 secara rasmi aku register SSM di Shah Alam bagi membolehkan aku berniaga dalam keadaan 'halal'. Tapi sekarang perniagaan online juga WAJIB kena daftar ye sebelum 2017!

Selain itu, aku di SH Network Media juga menawarkan consultation bagi brand-brand baru yang nak masuk mass market untuk platform media sosial. Lagi-lagi untuk peniaga kecil dan sederhana (IKS) sebab bagi aku, kekurangan IKS adalah dalam bentuk pemasaran. 

Official logo SH Network Media

Apa kerja SH Network Media buat?

1) Menawarkan perkhidmatan nasihat/rujukan bagi pemasaran online

2) Membantu membina platform seperti Facebook page, Instagram, Twitter dan Youtube bagi peniaga baru atau yang baru meng-online kan perniagaan

3) Mengenalpasti kaedah-kaedah terbaru (marketing strategy) bagi syarikat yang melantik SH Network Media sebagai syarikat menguruskan akaun media sosial

4) Membuat kerja-kerja "behind the scene" untuk brand anda!

Jelaskan apa yang aku cuba terangkan ni? Kalau tak paham juga, boleh whatsApps dan boleh meet-up dengan team aku untuk mendapatkan penjelasan yang lebih details.


enjoy!



Monday, May 23, 2016

Kelas Blogging dan Pengurusan Media Sosial oleh SH Network Media by shahroll

Monday, May 23, 2016



As salam, hello readers....

Alhamdulillah, kelas blogging dan pengurusan media sosial mendapat respon yang baik dari rakyat Facebook yang rata-rata mahu mendapatkan perkhidmatan SH Network Media sebagai mentor mereka dalam berbisnes online. tak lupa juga kepada rakan-rakan blogger yang promote di wall masing-masing tentang adanya kelas ini.

Terima kasih juga mereka yang sudi share dan like post-post aku di wall FB.

i'm your branding partner!

Kenapa business owner kena tahu part marketing?
1) pemilik perniagaan perlu tahu selok-belok taktikal marketing yang relevan pada masa sekarang. Cukupkah dengan publish di newspaper atau iklan di TV sudah mencukupi? itu yang ada modal besar, tetapi kalau modal yang kecil atau sederhana, mungkin berbeza cara marketingnya.

2) kena tahu semua channel marketing yang ada dalam online selain dari facebook, Instagram dan juga twitter?

3) bila semua part marketing diterokai, baru boleh lihat medium yang mana memberikan ROI yang tinggi (Return Of investment) untuk perniagaan anda.


4) Bajet marketing mesti 50% belanja dari keuntungan perniagaan dan konsisten!

Untuk itu, aku sememangnya membuka kelas private coaching untuk business owner membuat langkah membina jenama di online!

Details adalah seperti dibawah;
KELAS BLOGGINGKelas blogging yang dianjurkan oleh SH Network Media meliputi pengajaran untuk modul-modul seperti dibawah:- 
1) Website & blog, apakah perbezaannya?2) Kegunaan Blog dalam jualan online?3) Theme atau layout yang sesuai untuk bisnes4) Apa itu SEO dan juga Google Index?
WA: 012-3437359 (SH)
"take action now!!"




Wednesday, April 20, 2016

Nak buat website murah? by shahroll

Wednesday, April 20, 2016



Assalamualaikum & hello readers...

Peniaga online terutamanya, seringkali ambil mudah dengan website perniagaan. Ibarat orang yang tiada rumah, tapi nak duduk dalam rumah. Hah, macam mana tu? =)

Pentingnya website untuk meningkatkan imej perniagaan (online presence) dan juga jenama (branding). Dan seringkali juga aku consult dengan client, perkara pertama yang perlu untuk berniaga online, build up your proper website (dengan bajet yang ada!)

nota untuk client

Aku akan tengok, business apa yang client tu buat. Contohnya kalau client tu buat biz pakaian, so aku akan consult apa yang perlu ada dalam sesebuah website tu. Tak semua benda boleh bubuh (kalau jenis copy paste punya orang) dia nak masukkan semua, padahal tak pakai pun link tu nanti. kan?

Bajet yang elok adalah RM1000 hingga RM2000 untuk sesebuah website. Ini untuk jenis template sahaja, kalau custome mungkin lebih. Kenapa harga agak tak murah ye?

Sebabnya, aku sendiri berpengalaman handle website corporate dan juga eCommerce, banyak kerja yang akan dilakukan. Dalam quotation aku akan lengkap aku bagi kerja-kerja yang aku bakal lakukan.

So, dengan harga sebegitu tidaklah terlalu besar, mungkin sederhana. Kos hosting+domain, then kos upah developer nak buat lepas tu kos lain-lain.

kerja-kerja editing gambar juga termasuk

Jika korang berminat untuk membangunkan website untuk produk dan juga perkhidmatan, aku boleh bagi har terbaik yang bersesuaian dengan bajet yang korang ada. InsyaAllah, aku dapat membantu.



Saturday, April 16, 2016

Pengiklanan di sosial media yang berkesan? SH Network Media jawapannya! by shahroll

Saturday, April 16, 2016




Assalamualaikum! biasa kan gambar ni dalam newsfeed Facebook korang? kalau tak ada tu, maknanya tak sampailah reach target aku kat korang. Sebab apa? sebab aku hanya setting kepada the right audience sahaja. Ataupun korang memang dan pakar dalam pemasaran, so tak perlukan khidmat aku untuk membantu menaikkan jenama korang lagi.

tetapi, bagaimana yang baru nak bermula?

Disini lah tugas aku bermula. Aku memulakan dengan memberikan consultation berkenaan dengan nature of business yang dorang jalankan. Apa yang diniagakan? apa produk yang dijual? perlu ke guna itu, ini? perlu ke upah designer untuk poster?

Semua persoalan itu aku akan huraikan dan berikan solusi yang paling tepat untuk membuat sesuatu kerja-kerja online marketing. Nampak macam mudah, "alah, upload je la dalam FB dengan Insta, ada la sales nanti" bercakap memang la mudah, tapi nak melaksanakannya tak semuadah ABC ye =)

Perlu ada susunan strategi dan timing yang tepat untuk melancarkan sesuatu produk/perkhidmatan yang dijual. Kalau tidak, marketing ke mana, duit yang dileburkan pun tah kemana!


enjoy!







Saturday, March 19, 2016

SH Network Media sudah berdaftar dengan SSM, anda bila lagi? by shahroll

Saturday, March 19, 2016



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, dapat lagi bertemu dengan korang dalam ruangan blog shahrulhairydotcom. Cepat betul masa berlalu dah masuk bulan Mac dan nak hujung bulan dah pun! Allahuakbar, pantas betul.

Aku pun dah lama tak update blog sebab banyak permintaan untuk membuat website dan juga kerja-kerja sampingan lain. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun pinggang aku pun dah senggal-senggal buat kerja yang diamanahkan. HEHE!!

[6 Facts That You Need To Know About Zebra’s New TC70 Handheld Computer- barcodewire]

Dan, yang paling penting sekali aku nak bagitahu semua orang pasal SH NETWORK MEDIA dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) okeh!!


Official cert from SSM yesterday

Maka dengan ini, SAH lah nama company aku ni untuk digunakan dalam sebarang urusan perniagaan yang aku jalankan. Jenis perniagaan yang aku letak dalam ni adalah;

1) Memberikan latihan dan khidmat nasihat atas dan luar talian (online dan offline)
2) Khidmat nasihat dalam pemasaran online
3) Memberikan khidmat foto/video dan multimedia
4) Menjual produk kecantikan dan kesihatan serta barangan keperluan harian


Happy weekend gaisss!!

enjoy!



Wednesday, July 29, 2015

Social Media Marketing: Bangunkan kemahiran anda bersama SH Network Media

Wednesday, July 29, 2015



As salam, hello readers...

Seakan menjadi satu trend dimana, setiap perniagaan yang dijalankan di online, mempunyai sekurang-kurangnya 1 pengurus yang menjalankan aktiviti pemasaran (sales manager online) yang menggunakan media sosial. Tak dinafikan, jika anda tercicir melakukan aktiviti online+social media, brand anda juga tidak berapa kelihatan.

Bagaimana SH Network Media boleh membantu?




1) Membangunkan pengurus media sosial
Dengan kepakaran kami yang sedia ada sejak tahun 2007 sehingga sekarang, penceramah utama kami menekankan teknik yang berkesan dalam membangunkan pengurus media sosial supaya cekap, telus dan berdaya saing. Teknik-teknik yang disampaikan secara santai dak tidak terlalu formal penyampaiannya.

Baca disini training yang pernah dianjurkan: Social Media Training & Saya seorang Social Media Manager


2) Silibus tambahan untuk multimedia
Silibus tambahan ini merupakan pakej seperti pembelajaran Adobe Photoshop, Adobe illustration yang perlu dan akan digunakan bagi mereka yang menguruskan media sosial sesebuah syarikat. Ini keperluan tambahan jika berminat untuk belajar sekaligus.

3) Membuat Content Creator
Dengan content creator dan copywriting yang baik dapat meningkatkan prestasi jualan dan kesedaran (awareness) yang berpanjangan di dalam media sosial. Bahagian ini akan diajarkan untuk mereka yang belum mahir membuat content.

Untuk butiran lanjut, boleh ajukan pertanyaan kepada;

email: shahrollphoto@gmail.com 
WhatsApps: 012-3437359 (SH Network Media)





Monday, July 27, 2015

SH Network Media website in progress

Monday, July 27, 2015



As salam, hello readers...

Website untuk SH Network Media sedang dalam pembangunan. Yup, medium yang digunakan untuk website ini adalah blogspot, tetapi menggunakan template seakan Wordpress dan yang paling penting adalah responsive kepada tablet dan juga smartphone.

nantikan kemunculan website SH Network Media!

Sementara itu, para pembaca dan usahawan yang nak berhubung dengan mereka, boleh pergi ke Facebook page ya?


enjoy!!





Thursday, July 16, 2015

Visual Content and Design from Malaysia: SH Network Media

Thursday, July 16, 2015



Strategi pemasaran bagi keperluan perniagaan adalah berbeza-beza. Kita tidak boleh memberikan satu dua perkara yang dirasakan ianya tepat untuk perniagaan yang kita jalankan. Mesti ada beberapa "back-up" strategi yang lain.

Visual Content
Aku memerhatikan mereka yang menggunakan Visual Content yang mengubah hala "Followers" kepada "Buyer" dalam rangka pemasaran mereka. Memerlukan keserasian diantara designer membuat kandungan visual tersebut dengan perniagaan yang dibuat.

contoh Visual Content untuk SH Network Media

Kebiasaannya, quotes-quotes yang diambil adalah dari sumber Google. Dan, kita berikan credit kepada mereka yang mencipta quotes tersebut. Make it simple and clear to read. Motivasi quotes adalah general untuk semua jenis perniagaan sebagai bahan update di dalam Instagram dan Facebook Page

menggunakan perisian Adobe Photoshop
sumber: shahrollphoto



BERMINAT UNTUK TEMPAH?

Aku hanya open untuk 5 company sahaja. Dan setiap company aku boleh provide 20 design seperti diatas mengikut keperluan dan bahan yang korang mahu. Aku cari+design dan hantar dalam email.

Apa yang bakal anda dapat?
1) 20 design visual content for marketing
2) Pelbagai quotes dari pelbagai sumber di Google
3) Tempoh siap hanya 4 hari sahaja!
4) Sistem sokongan untuk perniagaan anda dari segi marketing
5) Tiada perubahan setelah design siap!
6) Bagi pelanggan luar Malaysia, harga di dalam USD

Boleh hubungi aku di WhatsApps: 0123437359 atau email: shahrollphoto@gmail.com untuk pertanyaan lanjut


enjoy!




Friday, June 26, 2015

SH Network Media dan Creative Mind bergabung tenaga! by shahroll

Friday, June 26, 2015



As salam, hello readers...

Sebelum berbuka puasa tadi, aku siapkan page "About me" sebab dah lama sangat aku pending page tu. Tak nak lah pembaca setia blog aku ni, tak tahu siapa aku kan? HEHE! Ok, what story??

Tak sempat lagi aku nak cerita pasal SH NETWORK MEDIA dalam blog personal. Tak apa lah, may be korang boleh LIKE dulu Facebook page? Thank youuuuu!

Sebenarnya aku dan seoran rakan, Hafiz Rahman dari Creative Mind bergabung tenaga menghasilkan satu latihan/training untuk bidang pemasaran online, design dan branding!

sesi perbincangan

Projek ni kami berdua sepakat untuk menghimpunkan belia dan separa belia untuk join training kami. Untuk slot SME pula, akan menyusul. Jangan risau, module yang diketengahkan adalah dari pengalaman kami sendiri, bukan setakat "sembang kosong" saja.

Sekali imbas tentang kami kami berdua;

SH Network Media- memberikan perkhidmatan khidmat nasihat untuk perniagaan online. Disamping itu, kami menawarkan kempen kesedaran (campaign awareness) untuk produk dan perkhidmatan. Sesuai dengan bajet tertentu, di SH Network Media sedia membantu para peniaga online bergerak maju kehadapan.

Creative Mind- memberikan khidmat nasihat untuk branding dan juga design yang berkualiti tinggi. Memberikan bisnes anda looking international dan fresh design. Design yang berkualiti menghasilkan imej dan meningkatkan keyakikan pengguna di online.

follow my IG: shahrollphoto


stay tune!!




Sunday, May 17, 2015

SOCIAL MEDIA MANAGER: Online Crash Course

Sunday, May 17, 2015




SOCIAL MEDIA MANAGER: ONLINE CRASH COURSE

Satu-satunya program yang dibuat secara ONLINE bagi mereka yang ingin menjadi seorang social media manager yang baik, efisyen dan berdaya saing untuk membangunkan jenama dan perniagaan. 

Kenapa pilih saya?

1) Bahasa yang digunakan bahasa Melayu biasa. Seperti anda baca sekarang. *nak santai pon boleh, dalam kelas online!*

2) Hanya 4 jam saja! Fokus anda untuk mencari ilmu.

3) Pengalaman sendiri dari trainer. Jatuh bangun dalam business dan online marketing

4) Yuran pelaburan tinggi? Percayalah, anda mendapat "sesuatu" dari program ini.

5) Selepas habis sesi, kita akan follow-up dengan anda selama 1 bulan secara PERCUMA!

Apa yang WAJIB anda lakukan? TINDAKAN!! Dail 0123437359 atau WhatsApps juga boleh. Email: shahrollphoto@gmail.com