Wednesday, October 19, 2016

Paparan depan Blogger yang cantik by shahroll




As salam, hello reader...

Sempat juga update blog shahrulhairydotcom hari ni. Banyak event pula untuk beberapa minggu dalam UiTM. Bermula dengan CSR: IMD di Kuala Besut dan juga Sambutan 60 tahun UiTM. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Tapi aku ada 1 event lagi, untuk team KiK bagi peringkat kebangsaan di PiCC di Putrajaya nanti.

Letih kan?

Yup, meletihkan juga tapi kalau dah namanya tugas (amanah) di gagahkan juga. Then tak lupa untuk clients aku yang menunggu website mereka siap, blog business mereka siap. InsyaAllah aku akan siapkan semuanya dalam masa terdekat.

Pernah tengok mukadepan laman web BLOGGER?

perghhh!!

Pertama kali aku tengok muka depan BLOGGER macam ni. Selalu macam dull je, tak de apa-apa rasanya. Ini pun aku terperasan masa buka www.blogger.com tempoh hari. Aku macam, "eh eh, lawa pulak!" huhuhu!

Bagi yang baru nak merasai diary online, boleh la guna platform blogger. Sebab dalam platform blogger, senang dan mudah untuk digunakan. Sebagai contoh, pemilihan nama blog tu sendiri.

Bila ko nak develop blog masak-masak, masa awal-awal lagi boleh check, dah ada tidak orang pakai nama tu. Kalau dah ada, nanti dorang suggest kan nama yang sesuai. Kalau ko tak suka, boleh fikirkan domain (URL) yang lain.

Contoh: www.sukamasak.blogspot.my

Itu contoh domain FREE yang dorang bagi, sebab korang dah pakai platform dorang tu. Sebab apa free? sebab, nama "blogspot" tu tak hilang dalam domain URL korang, so dorang dapat marketing free kat situ, unless korang beli domain untuk jadikan www.sukamasak.com (beli pada provider Malaysia, pun boleh!)

Bila blog ni dah korang publish, maka kerja seterusnya adalah dengan memasukkan kandungan (content entry) untuk membina online presence tak kira lah untuk personal branding ke, business branding ke, sekurang-kurangnya seminggu ada 2 artikel dimuat naik ke dalam blog yang baru ko bina. 

Janganlah 1 entry pun tak buat, lepas tu salahkan Google tak index blog ko? eh, HELLO! sila buat kerja sikit kalau nak bermain dengan SEO, ok? =)

selamat ber-blogging!


[ads] Nak belajar develop blog business dari A sampai Z? 
whatsApps: 012-3437359 (Shahroll)



No comments: