Monday, June 27, 2016

Pelajar UiTM: Praktikal di Bahagian Perhubungan Korporat by shahroll




As salam, hello readers...

Lambat aku update pasal student praktikal UiTM ni. Biasanya aku malas nak update, sebab tak berapa nak kena dengan topik yang aku suka. Tapi kali ni aku akan cerita dalam blog sebab, aku perlu share dengan pembaca-pembaca blog shahrulhairydotcom

pelajar praktikal dari UiTM

Mereka dari fakulti pengurusan maklumat. Aku panggil "budak library" sebab lepas ni dorang bekerja dalam bidang keperpustakawanan. Kerja dalam library. So, tugas aku hari tu adalah mengenai bahagian perhubungan korporat library, menjurus kepada soal penggunaan media sosial dalam library uitm (PTAR)

Tak lama, dalam 1 jam setengah sahaja aku membebel pasal blog, FB, twitter, Youtube rasmi PTAR. Penggunaan software juga aku ada bagitahu. Soal macam mana nak manage akaun tu pun aku bagitahu semua. Tapi tak se-details kalau aku ajar kat luar, sebab aku sure mereka pun bukan minat dengan Social Media Manager yang aku buat dalam SH Network Media

Dengan harapan, esok-esok dah jadi pegawai dan masuk pulak bahagian korporat, dapat menghasilkan sesuatu yang best bila bekerja nanti. Aku tahu silibus korang yang korang belajar tu, takde cerita apa yang aku sampaikan. InsyaAllah, aku halalkan ilmu yang aku bagi dan sampaikan, aminn!

enjoy!



No comments: