Showing posts with label food menu. Show all posts
Showing posts with label food menu. Show all posts

Wednesday, June 08, 2016

Ramadhan Menu: Ikan Rohu Kari Cair by shahroll

Wednesday, June 08, 2016



As salam, hello readers...

Dah lama kan tak nampak abam SH masak? Kali ni, resepi yang senang nak buat untuk korang semua. Aku masak mana ada yang susah-susah, semua stok yang sesenang je bagi korang cuba ye!

Aku beli ikan Rohu (1st time beli!) dekat pasar Shah Alam seksyen 7, belakang UiTM tu. Seekor RM9 lebih camtu. Banyak gak dapat bila dah potong-potong.

Nah, kat bawah resepi dia k? selamat mencuba!

Ikan Rohu Kari Cair oleh SH

IKAN ROHU KARI CAIR
Bahan-bahan:
1) 3 ketul ikan Rohu
2) 1 biji bawang merah+ 4 biji bawang putih
3) 1 biji tomato (ricih halus)
4) 1 ulas halia
5) 1 peket kecil kari Babas
6) 5 batang cili padi
7) 1 biji kentang USA
8) Garam+Perasa

Cara masak:
1) Panaskan minyak.potong bawang merah+putih+halia dan masuk dalam kuali. Layukan
2) Masukkan tomato dan masak sehingga layu
3) Masukkan 1 peket serbuk kari Babas dan masukkan 4 cawan air. Masukkan ikan Rohu+kentang dan perlahankan api.

4) Masukkan cili api dan siap untuk dihidang

enjoy!




Friday, April 29, 2016

Salmon soup: Masakan ringkas untuk para suami! by shahroll

Friday, April 29, 2016



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, ber-update lagi abam shahroll dalam blog ni. Sekarang update tak boleh selalu ya, al-maklum lah sekarang berbeza situasinya sebelum abam shahroll kawin. Maka, mana yang ber-update ni, bersyukur lah kalian, dapat membaca dan stalker blog abam. HAHA!

Terima kasih kat wife abam shahroll, yang paham pasal life seorang blogger (part time cam abam). Muahciked!

ok, kali ni abam shahroll nak bagi resepi mudah, cepat dan pantas untuk para suami kat luar sana. Sekali-sekala memasak untuk isteri, mesti best kan?

salmon soup by SH

Memasak ni bukan susak pun. Orang kata campak-campak je jadi. Cuma rasa masin tak masin tu je lah menjadi indikator masakan ko sedap ke tidak. Chef kat luar sana bil abaca blog aku ni, tolong jangan nak kecam sangat eh sebab aku bukan chef pun! haha...

Apa yang perlu ada nak buat salmon soup ni?
1) Kepala ikan salmon
2) Tomato
3) Bawang putih+merah
4) Daun sup
5) Halia

Cara masak:
1) ambil periuk dan penuhkan dengan air. Masukkan kepala ikan Salmon tu.
2) Lepas dah berwap sikit, masukkan bawang merah dan putih yang korang kena potong. Tak payah tumbuk pun takpe.
3) Masukkan sikit garam+serbuk perasa
4) Minyak ikan salmon semula jadi mula keluar. Biarkan dan masukkan tomato
5) Hidangkan bersama nasi panas, yummeh!

Aku dah cakap, senang je. Praktis kan masakan ni bila isteri atau wife korang tengah berpantang atau outstation. Cepat, mudah dan menyelerakan!

selamat mencuba.

enjoy!




Thursday, July 23, 2015

Food review: Nasi kambing penyet Sahara, Meru Klang by shahroll

Thursday, July 23, 2015



As salam, hello readers...

Sempat juga aku merasai Nasi kambing penyet Sahara yang lokasinya tak jauh dari pinggir bandar Shah Alam. Spesifiknya, di jajahan Meru, Klang. Warung kampung yang kecil, tapi mampu menampung pelanggan yang berskala besar, lebih-lebih lagi waktu puncak (lunch hour)

Parking kereta kat sini luas, jangan risau. Makanan kat sini juga aku lihat pantas dihidangkan sebab warung ni cuma ada 3 hidangan yang popular iaitu kambing penyet, ayam penyet dan burung puyuh.

set hidangan Nasi kambing penyet Sahara

Set menu kambing penyet ni yang paling laris sekali aku lihat masa makan disini. Hampir setiap meja aku perhatikan, memesan set makanan yang ini. Bau dia paling tak tahan sebab aroma kambing panggang bersama sos special dan ada semangkuk sup menaikkan lagi selera makan tengahari korang!

Harga RM9.00/hidangan

Review:
1) Kambingnya hampir boleh dikatakan dipotong nipis dan ada yang rangup sedikit dagingnya. Bahagian tulang kambing juga banyak dalam 1 pinggan dan ada yang banyak daging tetapi secara purata pembahagian itu sama rata.

2) Sup dia best! lemak-lemak macam ada kiub perasa ayam sikit. Better hanya bau serai dan bawang putih semata.

3) Portion nasi itu aku tambah 1 pinggan lagi. Kalau korang perut kecik, makan sepinggan dah cukup kenyang! Nak ratah kambing macam tu aje pun sedap!

4) Dalam pinggan kambing tu, ada hirisan bawang besar, timun, salad dan tomato. Sambil kunyah daging, leh sauk tomato sekali.

5) Air laici lain harga. Tak termasuk dengan harga set makanan ni ye.

Sedap ke makanan ni?

licin!

sumber: Google Image

enjoy!



Sunday, May 03, 2015

Mee Udang: Usop mee udang dari Pulau Sayak by shahroll

Sunday, May 03, 2015



As salam, hello readers...

Kali ini aku nak membawa keenakkan Mee Udang dari Pulau Sayak! Mana tu eh? Lokasinya di Kedah dan spesifik tempat adalah di Kuala Muda, Kedah. Aku pergi untuk kali pertama, semasa aku dan team IMD pergi menikmati makan malam sambil di depan kedai ada pantai yang menggamit memori *jika pergi couple la* HEHE!

Usop Mee Udang, Kuala Muda, Kedah

Aku order mee udang untuk harga yang biasa iaitu RM9/pinggan (3 ekor udang: 1 besar, 2 sederhana). Harga disini masih berbaloi untuk dinikmati bersama rakan-rakan dan keluarga. Paling mahal pun mee udang special cuma RM20 sahaja (ada 5 ekor udang besar!)

Di area sini, ada beberapa kedai mee udang yang lain, tetapi kami dibawa ke Usop Mee Udang ni, mungkin famous dan menjadi "port" makan untuk orang luar yang mengunjungi negeri Kedah Daul Aman

Alamat:
K639, Kampung Teluk Bilek, Kota Kuala Muda, Kuala Kedah, 08500

Rating:

Kebersihan: 4/5
Harga: 4/5
Rasa: 5/5
Suasana: 5/5
Layanan: 3.5/5

Kedai ini juga termasuk dalam direktori Openrice dot com: SINI

enjoy!




Thursday, February 19, 2015

(FOOD) Nasi Lemak Pak Musa, Banting yang awesome? by shahroll

Thursday, February 19, 2015



As salam, hello readers...

Ahad lepas aku berkesempatan pergi ke Banting bersama abah aku untuk membeli bekalan kerepek disana. Aku bukan nak beli kerepek pisang, cuma memenuhi permintaan rakan baru aku iaitu Tuan Zack yang sedang mencari kerepek Maruku, Rempeyek dan Bawang. Kami di LCCT tak buat kerepek lain, makanya ke Banting la kita....

Sebelum pergi ke tempat yang dituju, bersarapan dulu di salah sebuah kedai Nasi Lemak yang dikatakan popular sekitar Banting.

Kedai yang berhadapan dengan parit besar, tidak sama sekali mengundang bau yang tidak enak semasa menjamah makanan. BEST!

Apa nama kedai tu?

Warisan Pak Musa
Nasi Lemak Sotong


Nasi Lemak Pak Musa, kerap kali nama itu terpacul jika anda ke Banting dan mendapat rekemen yang tinggi dari peng-review makanan. Maka dengan itu, aku pun nak le try. Betul ke sedap nyer tu?

Sebenarnya kedai yang ada disini banyak. Pak Musa punya kedai penuh dengan pelanggan. Kalau duduk di tempat kedai lain, makanya tak dapat nak makan nasi lemak Pak Musa la. Makan kedai lain punya nasi lemak, tetap nasi lemak sotong

Secara keseluruhannya, nasi lemak Pak Musa bagi aku sama saja dengan tempat lain, cuma dia present sotong tu kat pinggan kecil yang lain. Tak campur dengan pinggan nasi lemak. Nasinya tak terlalu lembik dan agak bertabur (abah aku suka!) dan sambalnya yang ummmphh!! Itu yang lazat kalau jual nasi lemak, sambal kena power!

enjoy!

p/s: sorry tiada gambar nasi lemak, sebab dah habis makan baru teringat nak snap! gosshhh...


Monday, December 22, 2014

Blogger Food: Ikan Steam Portugis by shahroll

Monday, December 22, 2014



As salam, hello readers...

Ahad lepas aku ada buat satu menu yang sepatutnya aku kena grilled, tapi disebabkan tak boleh nak grilled terpaksalah tukar method dari grilled ke steam. Menu apa tu eh? Ikan Bakar Portugis! Walaupun berlainan cara masak, rasa sos yang aku buat tak mengecewakan aku dan mak aku sebagai juri undangan, eccehh!!

sebelum ikan di steam-kan

Resepi untuk "Ikan Steam Portugis" seperti berikut;

Bahan kisar
1) Bawang Merah
2) Bawang Putih
3) Halia
4) Belacan
5) Cili kering
6) Cili Merah
7) Bunga Kantan

Bahan-bahan
1) Ikan Kembung besar 2 ekor
2) Kacang panjang
3) Tomato (potong dadu)
4) Kacang Bendi
5) Bunga Kantan
6) Air Asam Jawa
7) Aluminium foil & daun pisang

Cara Masak;

1) Kisarkan bahan-bahan tadi, lepas tu masak sos tu dalam kuali dengan api sederhana. Untuk sos yang cair, boleh masukkan 2 cawan air. Masukkan air asam jawa dalam sos. Sedikit garam dan gula

2) Lepas siap sos, susun ikan dalam aluminium foil di lapik dengan daun pisang. Letakkan sayuran yang telah dipotong kemas ke dalam aluminium bersama-sama dengan ikan kembung tadi

3) Siap untuk di steam atau grill

Amacam? nak try buat tak? HEHE! kalau dah cuba buat, jangan lupa post dalam blog! Paling malas pun, letak dalam Facebook mention aku ye.. 

enjoy!



Tuesday, December 09, 2014

Taugeh menu: Teknik memasak taugeh dengan cepat dan mudah! by shahroll

Tuesday, December 09, 2014



As salam, hello readers...

Lama aku pending post pasal taugeh ni. Dah letak kat dalam "save" mode je sekarang ni, maklum lah banyak kerja katanya dengan buat kerja menambah baik modul untuk mengajar usahawan online yang berminat untuk private coaching dengan aku nanti, Alhamdulillah...

Aku memang suka makan taugeh sebenarnya...

Kenapa? sebab taugeh ni murah tapi cepat layu kalau tak cepat masak. Samada korang masak taugeh semata-mata, atau campur dengan mee kuning, bihun atau kuey tiaw. Jangan pulak campur dengan nasi pulak! Dah jadi lain tu...

Aku ada beberapa hidangan yang aku masak sendiri, ikut tekak selera aku la eh..

Taugeh Rendam

Taugeh Campur Taofu

Taugeh Kari

2 menu atas tu aku buat sendiri, yang last tu bukan. Mak aku yang masak. Actually, taugeh ni bagus untuk diet korang sebab dia banyak khasiat yang diperlukan oleh badan korang. Just type "khasiat taugeh" dalam Google ok?

Nak resepi dia? Ada permintaan aku akan share la eh.. HEHE!!

enjoy!



Tuesday, June 10, 2014

Chicken wing recipes on Google Image? by shahroll

Tuesday, June 10, 2014



As salam, hello readers...

Semalam aku berkesempatan melayan channel kesukaan aku, Food Asian Network (FAN) sebelum ni aku suka layan Asian Food Channel (AFC) tapi, bila dah melayan FAN, AFC agak kurengg sket bagi aku. Mungkin FAN lebih santai...

Dalam channel tu, kerap juga aku lihat Mat Salleh ni hidang kepak ayam pedas-pedas. Gila sangat dorang ni sebab bahan pemedas tu kebanyakkan bahan kimia yang pedas dia tahap tinggi. Aku paling kuat pon, pakai cili api je kot? hehe..







sumber: Google Image

Meleleh air liur tak? ahahh! Tapi di kawasan kejiranan aku ni, terutamanya Sabahan ada yang jual kepak ayam ni. 1 kepak RM1.50 dan ya, aku rasa agak mahal. Tapi bila fikir balik, kira murah la tu sebab kepak ayam tu diperap entah berapa banyak perasa, pastu effort nak bakar lagi kan? So, awak tinggal ngapp je..

Teringin juga nak ada bisnes makanan cam ni. Mungkin satu hari nanti, mungkin. Cukuplah dengan apa aku buat sekarang, penat nak handle semua sekali dalam 1 masa =)

enjoy!


Saturday, July 20, 2013

Buah Avocado: Masak atau jus? by shahroll

Saturday, July 20, 2013



As salam, hello readers...

Hai! jumpa lagi di lain post. Aku baru je lepas tengok rancangan AFC kat Astro. So, aku nak share ngan korang pasal 1 buah ni yang dinamakan "Avokado" hijau+hitam kulit luarnya. Korang pernah buat 1 sajian dengan buah ni?

Aku tak pernah. Tapi pengalaman aku dulu masa pergi jalan-jalan ke Sabah, minum air jus avokado sangat sedap tapi mahal. Kat sini pon ada jual tapi tak ramai sangat. Peniaga Sabahan selalu jual di Semenanjung air jus ni.


Gambar Hiasan
Avocado Salad (Tumblr)

Dengan ter-inspirasinya aku dengan rancangan tadi, aku rasa nak mencuba avokado salad. Sebab avokado mempunyai rasa lemak manis. Kebaikan buah avokado ni boleh dibaca kat SINI.

Nak resepi salad ni? lihat dibawah;

Ingredients
1 can tuna, packed in water
1 avocado, pitted and peeled
2 tablespoons olive oil
2 tablespoons lemon juice
1 green onion, sliced
One-half cup chopped parsley
Salt and pepper


Method
Place tuna and water into a bowl.
Chop avocado and add along with the rest of the ingredients.
Toss well and serve with crisp bread.

source: AFC website

enjoy cooking!

Wednesday, January 19, 2011

Who is Anis Nabilah? Please ANSWER me! by shahroll

Wednesday, January 19, 2011
As salam to all,


Lately, mood blogging dah semacam lari kepada side masakan pulak. Bak kata **phreak-ID**, dah ala-ala blogger Mat Gebu katanya. Wah! Jangan begitu, aku tak de niat nak jadi chef nie. Cuma aku suka masak (yang simple2 je) cam Nasik Goreng ke, Mee Goreng ke, now nak belaja nak masak yang berat-berat sket =D


Ok, who Anis Nabilah? Lawyer kot? tak pun, perisik? NO LAH! She is talented CHEF yang baru naik (dah top rasanya) dalam bidang masakan. Kalau korang jenis layan channel AFC (Asia Food Channel) kat Astro, sure korang taw.


Chef Anis Nabilah
picture credit: Google

Lawa kan? Aku dah kata, mata aku belum rosak lagi (hopefully NOT!). Dah la lawa, pandai pulak masak, memang calon pilihan korang kan? Tapi, korang tak leh amek AN, sebab aku dah cop! (pulakk..!) HAHa, gurau2 je..*wink*

Bukan senang nak masuk kat channel AFC nie
picture credit: placesandfoods

Aku quote resepi dari Tumblr Anis Nabilah yang aku nak try la pas nie, cam sedap je! =D *sluurrpppss**

BREAD PUDDING PISANG BERSAMA SOS VANILA

Bahan-Bahan:

> Puding Roti
1 buku besar roti putih
5 biji telur
800ml susu segar
½ cawan gula kastor
3 sudu besar tepung custard
100gm mentega
7 biji pisang rastali / emas (dipotong nipis)
4 sudu besar mentega kacang
250gm coklat masakan (dicairkan)


> Sos Vanila
1 liter susu segar
5 sudu besar tepung custard
1 biji kuning telur
½ cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan:

Panaskan ketuhar pada suhu 170c. 
Sapukan sedikit mentega pada loyang. Sapukan mentega dan mentega kacang pada kedua-dua belah roti dan potongkan 4.

Dalam mangkuk yang berlainan pukulkan telur, gula kastor, susu segar dan tepung custard sehingga sebati

Susunkan roti yang telah dipotong kedalam loyang, selepas susun lapisan pertama susunkan pisang diatas roti dan tuangkan sedikit coklat keatasnya. 

Tuangkan pula sedikit bancuhan telur tadi, dan lakukan langkah sama pada lapisan kedua dan seterusnyadan akhiri dengan lapisan roti bersama coklat dan bancuhan telur tadi.

Masukkan kedalam ketuhar dan bakar selama 45 minit
Sediakan sos vanila sambil menunggu pudding siap dimasak

Pukulkan semua bahan-bahan sehingga sebati.
Masukkan kedalam periuk dan masak menggunakan api yang perlahan.

Kacaukan sos sehingga pekat dan mendidih
Padamkan api dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan bersama pudding roti. 

************

Adakah aku baru join race makan-makan, aku dah tersampok nak jadi food blogger? Arghhhh!! kena belajar ngan KY speaks aaa pas nie! can ar KY xiansheng?? =D 

see ya next!