Showing posts with label food review. Show all posts
Showing posts with label food review. Show all posts

Sunday, October 01, 2017

Kari Kepala Ikan power @ seksyen 21 Shah Alam by shahroll

Sunday, October 01, 2017



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, dapat juga aku update blog ni buat sekian lama. Berhabuk ye dak? ahaaa! Busy benar rasanya tahun ni. Ok lah, untuk edisi kali ni, aku nak share dengan korang tempat makan tengahari aku makan Kari Kepala Ikan power yang ada di seksyen 21, Shah Alam.


Kari Kepala Ikan Power @ Shah Alam 

Bagi korang yang tak biasa dengan Shah Alam, kedai ni terletak berhampiran dengan kilang gula CSR tu. Kedai makan ni takde signboard pun. Tapi tersembunyi sesuatu menu yang perghhhhh merecik hawau!. kalau tak jumpa jugak, cuba cari station minyak Petron memang dekat dah tu dengan kedai Kari Kepala Ikan Power ni.

Hari tu aku dikenakan RM17 untuk hidangan Kari Kepala Ikan, Nasi putih+belacan+sayuran ulam2 dan Teh Ais. Ikan dia macam gambar diatas, penuh satu pinggan.

Jom layan video review aku dibawah ni;


Memang tak rugi korang bawak 1 family layan kari kepala ikan power kat sini. Harga berpatutan. Korang kena mintak kat owner untuk makan berapa orang, nanti dia sediakan dalam pinggan. Kalau korang ambil sendiri di tempat lauk, apa yang tinggal je lah. So, request!


Happy weekend guys!





Wednesday, August 02, 2017

Menu terbaik Sarawak di Sarawak's Bowl @ Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur

Wednesday, August 02, 2017



As salam, hello readers...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis di blog terbaik di Malaysia iaitu shahrulhairydotcom dan hari ni, aku akan membawa korang semua, menjelajah makanan yang jauhhhh dari sebelah malaysia timur iaitu SARAWAK

Terima kasih kepada Kiple yang mana telah mengaturkan satu program yang mana di panggil Kiple Influencer Program (KIP) dan aku berbangga menjadi salah sorang daripada KIP squad!



Untuk pergi ke Sunway Putra, Kuala Lumpur aku memilih untuk naik pengangkutan awam sahaja. Sebab senang kan? Naik je KTM dari Shah Alam dan terus ke station Putra. Jalan sikit, dah boleh nampak Sunway Putra mall dekat je dengan station KTM.


Tak susah mahu ke outlet terbaru Sarawak's Bowl disini. Just naik ke level 4, sampailah korang ke Sarawak's Bowl. Aku tak keseorangan masa ni, ada beberapa orang bloggers dibawah KIP datang lebih awal dari aku untuk sesi food review, nice! 


Apa yang best? Jom kita tengok menu-menu yang aku snap untuk tatapan korang.


Sarawak's Bowl: Walai Jami Our Home


Mains menu
Menu utama yang ada di Sarawak's Bowl adalah seperti Sarawak Laksa uncle Liew, Sarawak Kolo Mee, Mee Jawa Nyonya Tey (lembu), Sarawak Mee Sua, Sarawak Mee Kuah Manuk, Ba Zhen Mee Sua, Nasi Lemak Ayam Goreng Paha, Kolo Mee 3 Rasa, Nasi Lemak Rendang Ayam Pak Latip, Nasi Lemak Daging Masak Hitam Manis, Ayam Pansoh dan juga Bubur Ayam.

terbaik semua menu-menu dari Sarawak ni kan? fuuhhhh!! 






Snacks


Beverage

Banyak kan menu dia dalam tu? so, kami di hidangkan beberapa menu dari Sarawak's Bowl dan minuman yang ummph! Menu yang paling aku nantikan adalah, Mee Kolok Sarawak la, yummeh!


Sarawak Laksa uncle Liew

Hidangan pertama yang dihidangkan kepada kami. bau dia saja dah buat aku tak sabar nak 'ngapp' (makan). Rasa dia agak kuat, like herb camtu, but nicely la. Tak disangkal udangnya fresh dan rasa pedas dia, tidak begitu menyengat. saya bagi 4 bintang!


Sarawak Kolok Mee

Personally, aku memang dah lama cari mee kolok korang tahu tak? So, bila ada kesempatan makan mee kolok yang original dari Sarawak, terus jatuh cinta! Mee yang lembut, daging yang juicy membangkitkan selera bagi penggemar mee kolok Sarawak. Oh, dorang berikan sekali sup ayam dalam mangkuk yang kecil bersama mee kolok ni ya. Aku berikan 5 bintang kat mee kolok ni, yumm yumm!


Mee Jawa Nyonya Tey (lembu)

Kuah yang pekat, daging yang lembut dan satay yang juicy. Ini menu yang ketiga yang dihidangkan dan aku syorkan mereka yang suka kan kuah yang pekat dan lazat, cuba lah mee jawa ni, ok? 4 bintang untuk hidangan terbaik ni.


Ba Zhen Mee Sua

Bagi mereka yang sukakan sup ayam, boleh mencuba hidangan Ba Zhen Mee Sua. Sup herba yang agak kuat herbs dia dan ayam yang lembut. Kurma cina yang ada dalam menu tersebut, membangkitkan aroma yang tersendiri bagi membuka selera korang. Aku bagi 4 bintang


Nasi Lemak Daging Masak Hitam Manis

Aku tertarik dengan daging yang hitam manis. Syok weh! Sambal dia, aku memang suka rasa manis dan pedas yang terdapat dalam sambal tu. Bila semua items bersatu, meletops di mulut! Aku bagi 5 bintang.


Ayam Pansoh

Satu lagi tarikan yang ada di sini adalah, Ayam Pansoh. Ayam yang disajikan didalam buluh dan bersamanya adalah nasi ungu yang seakan-akan pulut hitam kan? tapi nasi ni sedap korang tahu tak? Bukan makan nasi perang tu ye, haha! Rasa ayam yang marveles, aku kasi 5 bintang!

Bagi sesi membasahkan tekak, pihak Sarawak's Bowl menyediakan beberapa minuman yang terdapat di outlet ni. Sedap? best? semua pun terbaik! nama-nama air minuman ni ada di dalam menu di atas. Kornag baca eh? ahaa!



Kopi Susu Cham

Personally, aku lebih suka Kopi Susu Cham. Lemak dan pekat teh yang disediakan kat sini, memang kena dengan aku yang gemarkan kopi susu yang kuat aroma dan pekat rasanya. Aku syorkan yang kaki kopi tu, minum this one. Marvelesss!

Bagi korang yang nak berkunjung ke Sarawak's Bowl, boleh lihat alamat mereka dibawah;

Lot S28 & S29, 2nd Floor, Setapak Central Mall,
67, Jalan Taman Ibu Kota, Taman Danau Kota,
53300, Kuala Lumpur.

facebook page: Sarawak's Bowl
Instagram: Sarawak's Bowl



Friday, June 24, 2016

Iftar 2016 @ Misuari Seafood by shahroll

Friday, June 24, 2016



Hanis & SH

As salam, hello readers...

Bercakap pasal iftar kat luar, aku dan isteri hujung-hujung ramadhan baru keluar berbuka di kedai makan. Dan kedai makan pertama untuk edisi 2016 ni di area Sg Udang, Klang. Asalnya sebab dah keluar petang, alang-alang berbuka sekali kat sini.

Misuari Seafood area Sg. Udang ni aku main redah je. Sebab lalu kawasan sini dah lama, tapi tak pernah pun rasa seafood yang ada kat sini. Dan kebetulan masa nak u-turn, ternampak restoren ni, tu yang pergi.

1st impression, kedai makan cantik. Ok lah untuk area kawasan bandar tak bandar ni kan, nice deco jugak. Orang Kelantan atau orang Thai, aku tak sure. Bunyi lain macam pun ada, sekejap macam Kelantan, sekejap macam Thai. HEHE!

Kedai ni agak tak popular dala, pencarian Google, tapi agak hebat dalam Instagram. Now Instagram dah cecah 300 juta pengguna setiap hari!

Alhamdulillah, aku makan sup ekor dengan kerabu mangga. Isteri makan tomyam dengan kailan ikan masin. blurppss! RM39 sahaja untuk 2 orang, syukur!


A photo posted by Shahroll.SH (@shahroll.sh) on

enjoy!



Wednesday, June 08, 2016

Ramadhan Menu: Ikan Rohu Kari Cair by shahroll

Wednesday, June 08, 2016



As salam, hello readers...

Dah lama kan tak nampak abam SH masak? Kali ni, resepi yang senang nak buat untuk korang semua. Aku masak mana ada yang susah-susah, semua stok yang sesenang je bagi korang cuba ye!

Aku beli ikan Rohu (1st time beli!) dekat pasar Shah Alam seksyen 7, belakang UiTM tu. Seekor RM9 lebih camtu. Banyak gak dapat bila dah potong-potong.

Nah, kat bawah resepi dia k? selamat mencuba!

Ikan Rohu Kari Cair oleh SH

IKAN ROHU KARI CAIR
Bahan-bahan:
1) 3 ketul ikan Rohu
2) 1 biji bawang merah+ 4 biji bawang putih
3) 1 biji tomato (ricih halus)
4) 1 ulas halia
5) 1 peket kecil kari Babas
6) 5 batang cili padi
7) 1 biji kentang USA
8) Garam+Perasa

Cara masak:
1) Panaskan minyak.potong bawang merah+putih+halia dan masuk dalam kuali. Layukan
2) Masukkan tomato dan masak sehingga layu
3) Masukkan 1 peket serbuk kari Babas dan masukkan 4 cawan air. Masukkan ikan Rohu+kentang dan perlahankan api.

4) Masukkan cili api dan siap untuk dihidang

enjoy!




Wednesday, June 01, 2016

Lamb Chop sejuk jadi hidangan? come on MURNI! by shahroll

Wednesday, June 01, 2016



As salam, hello readers...

Di seksyen 7 Shah Alam, aku dan wife sempat makan malam di Restoren Murni. Agak lama plan nak makan kat sini, disebabkan ramai yang bagi review makanan kat sini sedap-sedap. Aku pun nak juga try, betul ke sedap?

Restoren Murni ni canggih weh! Dari segi order makanan dan juga bayar bil. Kau orang duduk je, lepas tu pelayan amik order guna tablet pastu makanan sampai! less then 15 minit gak la.

Lepas tu, bila kau dah habis makan, tak payah pergi kaunter. Ada pelayan yang bawa beg duit dengan tablet gak, dengan siap resit.

cool kan?

Aku try makan Nasi Goreng Raja Lamb Chop. Nasi goreng dia biasa je. Lamb Chop pun sejuk. Nak kata best, tak juga. Cuma air dia bernama I LOVE YOU je bagi aku, best.

Mungkin kena repeat makan di HQ dia kat SS2. Kata member aku, area Shah Alam punya makanan, tak berapa nak best *dia komen dalam FB aku, masa aku check-in* HAHA!

not bad...

enjoy!



Saturday, May 07, 2016

Khidmat blogger itu berkesan? apa buktinya? by shahroll

Saturday, May 07, 2016



As salam, hello readers...

Pelbagai cara digunakan untuk membina reputasi dan juga jenama yang diketengahkan oleh peniaga-peniaga atau pengusaha perniagaan samada makanan mahupun perkhidmatan. 

Platform seperti Facebook dan juga Instagram, mendominasi sumber pemasaran bagi mereka yang baru bejinak-jinak dalam perniagaan.

Bagaimana dengan blog?

Sebagai trainer di SH Network Media dan salah satu tugas aku adalah memberikan tunjuk ajar dan nasihat pada peniaga baru yang mahu menggunakan secara total dalam online. Maksudnya, 100% online.

Aku TAK GALAKKAN peniaga baru tembus pasaran menggunakan platform blogger. Aku lebih sarankan mereka gunakan Facebook Page (untuk business) dan juga Instagram. Memadai dengan 2 sumber platform tersebut untuk membuat awareness business.

Itu adalah untuk peringkat awal.

Seterusnya, jika kedua-dua platform berkenaan sudah mencapai target yang diingini, barulah boleh memikirkan cara lain untuk perniagaan, iaitu "Blogging Review"

contoh menggunakan khidmat blogger

Diakui, terlalu ramai blogger yang ada sekarang tetapi harus diingat, tidak semua memiliki standard yang diperlukan oleh pengusaha. Ada beberapa kriteria yang perlu ada untuk mencapai standard berikut.

Banyak faktor mendorong keupayaan blog yang ingin di laburkan untuk review. Jika anda perlukan khidmat nasihat, jangan segan bertanyakan di SH Network Media, ok?



enjoy!





Saturday, December 19, 2015

Kongsi resepi: SUP TULANG AUSSIE by shahroll

Saturday, December 19, 2015



As salam, hello readers...

Hari tu ada janji dengan rakan Facebook untuk share resepi sup tulang. Aku pun share lah kat sana, dan nak juga share resepi ni dengan pembaca shahrulhairy dot com jugak kan? mana aci tak bagi dalam blog, kan? HEHE!

Lepas balik dari kerja, aku ke pasaraya Giant untuk beli barang keperluan masak sup tulang. Tulang yang aku gunakan dari Australia, tu pasal letak nama Sup Tulang Aussie ;p

Sup Tulang Aussie by shahroll

Bahan-bahan:
500gram tulang lembu Aussie
Serbuk rempah sup (Mak Ani)
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Lobak
Daun sup

Cara masak:
1) Panaskan kuali dengan minyak masak. Masukkan bawang merah+putih dan halia. Tumbok dulu bahan tu.

2) Lepas 5 minit, masukkan serbuk sup dan masukkan tulang lembu. Masukkan air sikit dalam 1 cawan besar.

3) Masukkan lagi air sampai tenggelam tulang tu. Kecikkan api dapur.Masukkan daun sup


4) Reneh dalam 2 jam. siap!

Sebagai tambahan, korang boleh letak meggi ataupun mee hon la eh. Kalau aku, selera dengan meggi Giant ni je. Rebuskan dalam 5 keping, then tos kan.

Selamat mencuba!




Monday, December 07, 2015

Nasi Ayam Hainan Klang: Resepi dari shahroll!

Monday, December 07, 2015



As salam, hello readers...

Pernah makan nasi ayam kan? Masakan tak pernah, berapa ramai yang jual nasi ayam kat Malaysia ni. Cuma, nasi ayam hainan adalah cara berlainan dari Hainan iaitu kepulauan China yang popular masakan nasi ayam. Singapore mengangkat Nasi Ayam Hainan ni sebagai makanan kebangsaan!

Nasi Ayam Hainan: shahroll style

Aku yang suka masak ni, teringin nak makan nasi ayam hainan style. Aku tengok Youtube sebagai rujukan utama sebab aku kalau baca resepi-resepi ni lambat. Baik tengok video, cepat sikit nak belajar tu. HEHE!

Apa yang aku buat, aku rebus ketulan ayam. Lagi best kalau ada seekor ayam la. Masukkan halia+garam+ajinamoto sket. Rebus ayam tu lebih kurang 20minit.

Then, bilas beras. Beras dimasukkan dalam pan yang ada bawang+bawang putih+pandan+halia. MAsukkan beras tadi lepas bahan tadi agak lunyai. Gaul-gaul lebih kurang 5 minit, masukkan dalam periuk nasi.

Masukkan air rebusan tadi dalam periuk nasi, then masak.

Simple kan? Harap korang boleh buat jugak.

enjoy!




Tuesday, December 01, 2015

Mana nak makan Mee Jawa Pedas @ Klang? by shahroll

Tuesday, December 01, 2015



As salam, hello readers...

Sebenarnya aku tak berniat pun nak makan kat restoren yang berdepan dengan Masjid Bandar Klang ni. Saja singgah nak layan kopi tarik pekat (my fav now!!) sebab hujan renyai-renyai sejuk baq ang! Tapi aku ada ternampak seorang brader baikkk punya layan mee jawa, aku pun order la satu pinggan.

Mee Jawa Pedas+Kopi tarik pekat

Dua benda ni RM6 sahaja. Untuk minum petang, sesuai la bajet ni. Aku perhatikan dalam pinggan ni, biasa saja. Tapi yang membezakan mee jawa lain yang pernah aku rasa, dia ada hirisan tomato segar dengan bubuh cili padi. Memang ngammm dia punya rasa dengan lidah aku. Kuahnya tak terlalu pekat sangat. Sedang-sedang kecairan kuah dia.

Berdepan dengan Masjid Bandar Klang

enjoy!




Monday, November 09, 2015

Kenapa Nasi Bujang? by shahroll

Monday, November 09, 2015



As salam, hello readers...

Sesi throwback masa aku kat Pulau Langkawi diteruskan lagi. Aku nak cerita pasal kedai makan yang ada kat sini. Lebih tepat, berdekatan dengan hotel kami menginap iaitu Adya Hotel di Pekan Kuah. Kedai makan yang paling hampir adalah Thai Seafood yang korang boleh berjalan kaki sahaja untuk chill dan pekena kopi tarik kaw (pekat)!

Nasi Bujang set+Kopi tarik kaw (pekat)

Kenapa dipanggil "Nasi Bujang" eh? Mungkin sebab nasi putih dan letak telur goreng je kot kan? orang bujang kan simple and easy je kalau bab makan. Janji kenyang, ye dak? HEHE!

Tapi serius, sup kat restoren ni sedap. Sedap sangat. Kalau tak, tak kan aku repeat sampai 3 kali datang ke sini. Kopi tarik dia pun best. Pekat dan rasa creamy lain macam sket!


Bukan orang Thai

Biasanya, kedai-kedai makan camni samada orang Kelantan atau mixed dengan sempadan Thailand. Pure Thailand tak sure, boleh ke buka kedai camni kat Malaysia atau sempadan Malaysia. Korang boleh cuba kelainan dia kalau dalam Kelantan atau ke sempadan, rasa dia camna.

Masa aku makan kat sini, tukang kira dia cam orang Melayu Kelantan. So, aku anggap kedai ni tokey dia orang sini, pekerja dia mixed Thailand. sawadikaa!

enjoy!




Monday, September 28, 2015

Resepi sihat: Tomyam putih dada ayam ala Thailand by shahroll

Monday, September 28, 2015



As salam, hello readers...

Resepi yang lepas, aku ada share dengan korang pasal tomyam putih jugak kan? tapi guna buntut ayam dan kali ni resepi yang sama juga, cuma aku tukar ayam dia bahagian dada pulak dan tambah bahan tomato hijau.

Tomyam putih dada ayam

Bahan-bahan dia korang boleh refer balik post entry aku yang lepas kat atas tu. Cuma isi ayam tu korang boleh la ubah-ubah nak letak apa. Try guna daging lembu pun ok juga. Ikut selera korang kan.

Lagi pun, makan sup camni baik untuk kesihatan dan menjaga badan. Makan nasi sikit dengan sup ayam gini dah boleh buat korang rasa kenyang dan yang penting, kalau nak diet tu, kawal makanan eh!

Aku letak balik menu-menu sihat aku tahun lepas untuk tatapan korang. Aku amalkan makan macam ni lebih kurang 3 minggu. Hasil dia memang tak mengecewakan!



Mostly aku kongsikan banyak dada ayam dalam diet aku seharian. Mungkin ada yang tak makan dada yam, tapi aku syorkan korang try makan dada ayam tapi biar ada perasa black pepper ke, rasa daun basil ke, thyme ke janji boleh masuk dalam tekak.

InsyaAllah aku share lagi resepi best dalam blog aku ni ye

enjoy!



Friday, August 28, 2015

Thailand inspire: Tomyam putih bontot ayam by shahroll

Friday, August 28, 2015



As salam, hello readers...

Memasak memang faveret aku. Aku suka masak, tapi ikut mood aku dan cara masak aku pun main campak-campak je pun. Janji kena dengan selera tekak aku, sudah. Malam ni aku teringin nak makan tomyam putih macam kat kedai aku makan tempoh hari. Bahan-bahan pun aku pakai mana yang ada dan ada sikit adjusting dari segi bahan.

Bontot dan punggung sama je...


Bahan:
1) Bawang merah separuh
2) Bawang putih 2 ulas
3) Daun limau purut+halia
4) Kiub Knorr 1 ketul
5) Limau nipis 3 biji (diperah airnya)
6) Punggung ayam 6 ketul

Cara memasak:
1) Masukkan bawang merah+putih+daun limau+halia. Tumis sampai naik bau

2) Masukkan air masak 1 mangkuk. Reneh dan masukkan kiub knorr

3) Masukkan punggung ayam, kecilkan api. Reneh 10 minit bagi punggung ayam empok

selamat mencuba, ya!


enjoy!




Wednesday, August 19, 2015

Foodsbury cafe seksyen 9, Shah Alam by shahroll

Wednesday, August 19, 2015



As salam, hello readers...

Bertempat di belakang Shell seksyen 9, Shah Alam tersembunyi satu cafe indah dan stailo menghiasi cafe Foodsbury. Aku bersama Hanis menjejaki cafe ni sebab dia teringin nak rasa menu yang ada disini setelah melihat gambar-gambar yang ada di Instagram mereka (ok, point taken!)

my order

Aku cafe macam ni memang suka. Suka nak ambil gambar dengan suasana cafe tu sendiri. Boleh dikatakan Foodsbury membuat hiasan dalaman dorang secara minimal. Tak terlalu penuh dengan hiasan dan tak terlalu sedikit. Mostly yang berkunjung disini mereka yang muda-mudi camtu. Ada gak yang berusia sebab anak dorang yang bawak ke sini.

our lovely cake!

Konsep cafe disini agak unik ya. Korang kena order di kaunter dan bayar dulu. No more makan "hit and run" punya style lah. Eh, ada ke orang macam tu? HEHE! Then, air yang dihidangkan TIADA GULA sebaliknya mereka menyediakan satu botol air gula untuk korang letak sendiri berapa banyak gula korang nak. 

Cool aite?

Mushroom Soup

Secara keseluruhan, makanan kat sini OK dan harga yang berpatutan. Kiranya kalau korang nak dating ke, ada perjumpaan dengan client ke boleh berkunjung disini. Lagi satu, kalau datang seorang diri, buku di rak banyak disediakan untuk bacaan korang!

capture by Hanis


Sunday, July 26, 2015

Ramly Burger Restaurant @ seksyen 2, Shah Alam

Sunday, July 26, 2015



As salam, hello readers...

Aku baru perasan kewujudan restaurant Ramly Burger kat area seksyen 2 ni. Kebiasaannya aku ke sini untuk menikmati sup atau nasi campur yang ada di medan selera berhadapan dengan bangunan. Disebabkan warna korporat rasmi Ramly Burger nampak catchy, aku pun terperasan la jugak!


simple and nice

Dalam ni ada juga dijual produk Ramly yang lain. Mana peniaga burger tu, boleh dapatkan daging burger, kicap, sos, mayonis dan keperluan niaga korang yang lain. Dan, yang best nya lagi, boleh makan kat sini, macam restoren fast food yang lain tu

set chicken chop+ice lemon tea

Aku try set hidangan chicken chop dengan air ice lemon tea. Harga keseluruhan lebih kurang RM13 in total. Costly sikit mana yang bajet RM10 untuk makan tengahari. Disebabkan aku nak merasai chicken chop Ramly, aku keluarkan duit sikit lah.

Review:

1) Kentang goreng Ramly tak payah aku cerita, sedap! Tapi bit salty sikit

2) Ayam nya OK, garing tapi black pepper dia boleh ditingkatkan rasanya lagi. 
Rasa lemak dia agak tinggi. Low kan sedikit.

3) Sayur koslow dia, biasa saja

Aku puji staff Ramly yang cekap buat kerja ambil order dan hidangkan terus di meja tanpa aku pergi semula ke kaunter. Mesra, dan tersenyum buat pelanggan pun happy nak keluarkan duit untuk makan disini.

Lihat juga, Ramly Burger di Klang: Restaurant Ramly Burger @ Klang

enjoy!




Thursday, July 23, 2015

Food review: Nasi kambing penyet Sahara, Meru Klang by shahroll

Thursday, July 23, 2015



As salam, hello readers...

Sempat juga aku merasai Nasi kambing penyet Sahara yang lokasinya tak jauh dari pinggir bandar Shah Alam. Spesifiknya, di jajahan Meru, Klang. Warung kampung yang kecil, tapi mampu menampung pelanggan yang berskala besar, lebih-lebih lagi waktu puncak (lunch hour)

Parking kereta kat sini luas, jangan risau. Makanan kat sini juga aku lihat pantas dihidangkan sebab warung ni cuma ada 3 hidangan yang popular iaitu kambing penyet, ayam penyet dan burung puyuh.

set hidangan Nasi kambing penyet Sahara

Set menu kambing penyet ni yang paling laris sekali aku lihat masa makan disini. Hampir setiap meja aku perhatikan, memesan set makanan yang ini. Bau dia paling tak tahan sebab aroma kambing panggang bersama sos special dan ada semangkuk sup menaikkan lagi selera makan tengahari korang!

Harga RM9.00/hidangan

Review:
1) Kambingnya hampir boleh dikatakan dipotong nipis dan ada yang rangup sedikit dagingnya. Bahagian tulang kambing juga banyak dalam 1 pinggan dan ada yang banyak daging tetapi secara purata pembahagian itu sama rata.

2) Sup dia best! lemak-lemak macam ada kiub perasa ayam sikit. Better hanya bau serai dan bawang putih semata.

3) Portion nasi itu aku tambah 1 pinggan lagi. Kalau korang perut kecik, makan sepinggan dah cukup kenyang! Nak ratah kambing macam tu aje pun sedap!

4) Dalam pinggan kambing tu, ada hirisan bawang besar, timun, salad dan tomato. Sambil kunyah daging, leh sauk tomato sekali.

5) Air laici lain harga. Tak termasuk dengan harga set makanan ni ye.

Sedap ke makanan ni?

licin!

sumber: Google Image

enjoy!



Sunday, July 12, 2015

Berbuka puasa di Uncle Sam @ seksyen 15 Shah Alam

Sunday, July 12, 2015



As salam, hello readers...

Beberapa hari lepas, aku dan team KPP berbuka puasa di Uncle Sam yang terletak di seksyen 15, Shah Alam. Spesifiknya Dataran Otomobil. Aku dah beberapa kali pergi ke cafe Uncle Sam untuk menikmati juadah yang disediakan.


Meat Black Pepper set

Ketika berbuka puasa disini, aku lihat memang ramai pelanggan yang menempah seat mereka kat sini. Boleh dikatakan FULL HOUSE hari tu. Aku dan team KPP dapat meja yang panjang, so lebih selesa dan relex.

Team KPP terdiri daripada Khairul Idzwan, Zuraimi, Rozita, Hafsah, Zayani dan Odi. Bukan selalu dapat borak santai dan chill out bersama walaupun satu tempat kerja! Semua di lain-lain bahagian kan?

We do Chocolate Fountains for weddings and events in Brisbane, Gold Coast and Sunshine Coast. visit here: http://www.angelchocolatefountains.com.au

Terima kasih Khairul Idzwan yang belanja berbuka pada hari tersebut. Semoga dimurahkan rezeki dan lebih sukses dimasa hadapan!


selamat berbuka!


Sunday, July 05, 2015

Mana takoyaki yang sedap? by shahroll

Sunday, July 05, 2015



As salam, hello readers...

Snek makanan takoyaki yang terkenal dari Jepun ni sebenarnya berasal dari daerah Osaka. Aku mula pandai makan snek Jepun ini bermula dari kunjungan aku ke Jaya Jusco dulu dan ada dijual disitu. Secara asasnya, cara pembuatannya sama, bahannya juga sama yang tak sama orang yang jual! =p

cara penyediaan Takoyaki

Oleh kerana aku suka makan benda ni, lelebih lagi inti Octopus! Selain dari tu, kat Malaysia ni penjual-penjual takoyaki dia lebih kreatif. Boleh letak sosej, isi ketam dan juga udang. Kenapa tak buat isi ikan macam salmon ke, ikan sardin ke ek? HEHE!


So, mana tempat makan takoyaki yang best untuk korang cuba makan? Aku bagi hint-hint dulu boleh? HAHA! suspen sehhh... Kios dia terletak di seksyen 7, Shah Alam. Bebetul di depan food court area belakang Jakel tu. Aku bagi gambar dulu eh....

Grrrrr... ghaummm!! Takoyaki Octopus!!


p/s: entry ini bersambung....