Wednesday, November 11, 2015

Best ke pergi ke Haji Ismail Group (HIG) di Langkawi? by shahroll




As salam, hello readers...

Pertama kali menjejakkan kaki ke kompleks Haji Ismail Group atau orang kenal dengan nama HIG singkatannya. Dalam kompleks ni ada pelbagai kedai, selain dari kedai coklat milik Haji Ismail. Aku dah teruja gila sebab banyak coklat yang dijual dalam kedai ni, terus aku snap gambar!

pintu masuk HIG

I'm to be like, "WAAAAA this is heaven!!" haha, maklum la, tak pernah masuk kedai coklat banyak-banyak camni. Dah banyak, murah la jugak rasanya harga kat sini. Kalau dah datang sini, coklat Malaysia memang tak pandang dah. Mesti cari coklat dari Australia, New Zealand senang cerita coklat luarnegara lah.

jenis yang camni la kan...

Ada satu white coklat dari New Zealand tu, satu bar besar dalam RM13.90 je. Oklah, sebab tebal dan besar coklat tu. Aku pernah makan, sebab tu aku beli seketul. Wat lepas gian nak makan coklat sedap. Pastu, coklat jenis Twins pun ada. BEsar dan kecik. Yang besar RM10.90 dan yang kecik RM6.90

Antara coklat yang aku borong

Coklat DAIM kat sini sebungkus RM17.90 tapi kalau beli 3 bungkus dalam RM33.00 je. So, better la korang beli banyak-banyak k? HAHA!

pintu masuk warna hijau tu...

Datang sini jangan bawak sikit duit. Bawak dalam RM200-RM300 ye? Sebab kalau bawah RM50, sikit je dapat coklatnya. Tak puas korang nak shopping coklat nanti. HEHE!

Last but not least,

muka penulis mesti kena ada.. HAHA!!

enjoy!



No comments: