Monday, December 14, 2015

Gegar Vaganza 2: Antara hiburan dan penajaan by shahroll




As salam, hello readers...

Pertama sekali, aku ucapkan TAHNIAH kepada Siti Nordiana yang memenangi tempat pertama a.k.a Johan untuk Gegar Vaganza musim kedua. Tak dinafikan, rezeki Nana untuk musim ini walaupun aku menjangkakan Ezad Lazim atau Nassier Wahab yang merangkul tempat pertama. Diluar jangkaan aku sebenarnya!

gambar: Siti Nordiana Alias

Nana yang sebelum ini kita tidak berapa tahu sangat dalam industri hiburan sebelum melangkah masuk ke GV2, kita kenal beliau sebagai penyanyi yang biasa-biasa disebabkan pembawaan lagu yang bagi aku, trendy untuk zaman itu bersama arwah Acik Spin. Tak perlu ditanya, mengapa dan kenapa Nana tenggelam timbul dalam industri, banyak sebab untuk ditulis satu-persatu.

Bersama GV2, baru aku tahu Nana ada buka butik jubah muslimah. That good! Penyanyi menjadi usahawan, bagi aku biasa. But after this, Nana dah boleh kembangkan business disamping kerjaya nyanyian juga meningkat dengan comeback dalam GV2.

Nana bukan biasa-biasa
Now dah terbukti Nana boleh membawakan pelbagai forte/genre lagu untuk dipersembahkan. Even suara Nana ni ada iras Siti Nurhaliza, tapi certain key and note, ada bezanya. Kena perlu lebih teliti dalam mendengar. Even Tok Ram pun puji nyanyian Nana, kan?

Habis part hiburan, now part penajaan.

Aku bukan nak kondem penaja yang menaja program tersebut. Tidak. Kalau ada yang terasa, harap maaf. Aku beri pendapat peribadi sahaja.

Selayaknya dan sememangnya kalau dah menaja, nak something ROI kepada business. Itu normal. Even aku sendiri pun camtu jugak bila aku ada sponsor mana-mana blogger untuk buat review. Tak dinafikan.

Cuma cara. Cara kau deliver, nak promote, nak bagitahu produk atau services tu, aku rasa kena berpada-pada. Aku rasa, mesti dah ada proper plan untuk isi slot promote tu kan? Aku tengok setiap kali commercial break, iklan penaja keluar. That good.

Then, pengacara pun banyak kali sebut tagline kau even sebut pun macam main-main tapi that working. Orang gelak-gelak sebut tagline kau, sampai melekat dalam kepala? that good, right?

Aku sangat faham dan mengerti, penajaan seperti ini bukan sikit-sikit anak, main juta-juta. Paham. Aku cuba.

Tapi, macam aku cakap, "berpada", sales tetap meningkat, kan?

enjoy!





No comments: