Showing posts with label uitm. Show all posts
Showing posts with label uitm. Show all posts

Monday, November 07, 2016

Apa itu KIK? by shahroll

Monday, November 07, 2016



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, dapat lagi menaip dalam blog shahrulhairydotcom lagi pagi ni. Baru setel untuk kerja-kerja social media manager untuk satu company Malaysia yang produce air minuman tenaga. Apa tu? nantilah aku cerita ye!

[ADS: divorceattorneynyc.com]

Now aku nak cerita pasal KIK. Apa tu KIK? Ok, itu adalah singkatan kepada Kumpulan Inovatif & Kreatif. KIK ni sebenarnya diambil dari orang Jepun yang mengamalkan Kaizen di tempat kerja. Boleh rujuk kat sini apa itu Kaizen ye.

Secara ringkasnya, KIK ni adalah penambahbaikan proses kerja di tempat kerja. So, projek aku bersama kumpulan KIK yang baru aku join tahun lepas adalah untuk memudahkan kerja pustakawan rujukan untuk merekod data pelajar/pelanggan yang merujuk kepada mereka untuk mendapatkan sesuatu informasi.

Lebih kurang begitu lah ceritanya.

Aku di PICC Putrajaya

Alhamdulillah, kumpulan KIK aku kali ni sampai ke peringkat kebangsaan dan dapatlah 10 kumpulan terbaik untuk sektor perkhidmatan awam. Nak bangga? boleh la...

Aku akan reveal kan, apa yang dah aku buat untuk kumpulan aku sebelum ke PICC. Aku dalam team ni boleh dikatakan ahli yang buat multimedia dan grafik. Montaj ke, design ke semua lah aku buat. Cuma slide presentation je aku touch-up untuk kasi cantik. Content semua orang lain yang buat.

malam sehari sebelum event

Malam tu sebelum buat perbentangan di PICC, aku bawak laptop yang ada hasil kerja yang dah dibuat bersama kumpulan. Masa ni montaj masih dalam draf, tapi dah final nak guna apa dan nak masukkan bahan apa. Masa ni agak genting sebab aku dalam keadaan agak stress disebabkan beberapa faktor.

Namun, itu bukan satu alasan untuk aku tak siapkan amanah yang diletakkan dibahu aku. Aku setelkan kerja ni siap dalam jam 2 pagi camtu. Tak kisah lah aku tidur pukul berapa pun, janji kerja siap! itulah abam SH kalau buat kerja...

nampak abam SH punya cawan kopi? pekat tu baq ang!

masih guna Sony Vegas PRO 12 untuk suntingan montaj

Aku akui, masa pergi ke PICC mood aku memang melayang habis sebab malam dah penat pulun wat kerja. Lepas aku siapkan semua termasuk lah susun semula slide tu aku masukkan montaj diawal slide bagi memudahkan kerja untuk pembentangan. Alhamdulillah, sukses tanpa ada masalah yang 'besar'

Basuh muka sikit, kasi muka ada senyum! air kat PICC kuning weh!

panorama depan PICC, nampaklah Putrajaya...

Aku ambil keputusan itu 'stop' dalam KIK untuk seketika lepas habis peringkat ini. Walaupun ramai yang kata akan ke peringkat international, aku tetap untuk undurkan diri dari team KIK ini. Bukan apa, aku dalam bahagian korporat perlu menanggung kerja di bahagian penerbitan untuk buat kerja-kerja design buletin dan sebagainya. So, banyak kerja abam SH ni nanti, tak fokus!

last but not least...

"Messy" is a word we use to explain a conflict with an expectation we had. Eliminate the expectation, and you eliminate the "messy".-Steve Maraboli


Monday, June 27, 2016

Pelajar UiTM: Praktikal di Bahagian Perhubungan Korporat by shahroll

Monday, June 27, 2016



As salam, hello readers...

Lambat aku update pasal student praktikal UiTM ni. Biasanya aku malas nak update, sebab tak berapa nak kena dengan topik yang aku suka. Tapi kali ni aku akan cerita dalam blog sebab, aku perlu share dengan pembaca-pembaca blog shahrulhairydotcom

pelajar praktikal dari UiTM

Mereka dari fakulti pengurusan maklumat. Aku panggil "budak library" sebab lepas ni dorang bekerja dalam bidang keperpustakawanan. Kerja dalam library. So, tugas aku hari tu adalah mengenai bahagian perhubungan korporat library, menjurus kepada soal penggunaan media sosial dalam library uitm (PTAR)

Tak lama, dalam 1 jam setengah sahaja aku membebel pasal blog, FB, twitter, Youtube rasmi PTAR. Penggunaan software juga aku ada bagitahu. Soal macam mana nak manage akaun tu pun aku bagitahu semua. Tapi tak se-details kalau aku ajar kat luar, sebab aku sure mereka pun bukan minat dengan Social Media Manager yang aku buat dalam SH Network Media

Dengan harapan, esok-esok dah jadi pegawai dan masuk pulak bahagian korporat, dapat menghasilkan sesuatu yang best bila bekerja nanti. Aku tahu silibus korang yang korang belajar tu, takde cerita apa yang aku sampaikan. InsyaAllah, aku halalkan ilmu yang aku bagi dan sampaikan, aminn!

enjoy!



Thursday, October 22, 2015

Mini Konvensyen Kumpulan Inovasi Kreatif (KiK) peringkat Zon Tengah bersama 1PRO by shahroll

Thursday, October 22, 2015



As salam, hello readers...

Pasal KiK dah lama tak update dalam blog ni. Bukan apa, dah lama tak aktif untuk ber-KiK untuk beberapa tahun ni. Tapi untuk edisi 2015, sebuah kumpulan baru KiK dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) iaitu 1PRO telah pun wujud bagi mengetengahkan sistem bagi meja rujukan.

gambar ihsan: Piko Taz (fb)

Ahli kitorang seramai 11 termasuk dengan fasilitator. Yang hadir pada hari konvensyen hari tu adalah seramai 7 orang semua sekali. Ada yang tak hadir disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, perjuangan 1PRO diteruskan dengan kerjasama yang diberikan oleh semua ahli kumpulan yang masih memberikan komitmen yang tinggi sebelum dan selepas konvensyen dianjurkan.

Seronok aku dengan kumpulan ni. Sebab aku suka bekerjasama dengan orang yang bagus dan terbaik dari segi kerja. Sebelah aku tu adalah Puan Jazz dan Puan Siti Aisyah Saadan. Ketua kumpulan aku adalah Puan Aisyah yang banyak membuat slide tentang projek kitorang ni. TERBAIK KETUA!

selpie dulu sebelum membentang projek

Di PTAR ada 4 kumpulan yang ada pada tahun 2015 ni. Ada kumpulan Keylite, Manhaj, Shine dan 1PRO. Alhamdulillah yang dapat anugerah kumpulan 1PRO untuk Anugerah Inovasi ICT dan juga Shine untuk Anugerah Kumpulan Berpontensi. Syukurlah!

masa membentang! heyy tido ke! HAHA... aku dulu bentang sorang-sorang, untuk kali ni ada partner. Suara dia pon best!

Aizat dan Puan Jazz. Suara mantap!

our team! 1PRO!

Pelbagai soalan yang ditanya oleh juri/panel. Yup, diakui kami selaku kumpulan baru dan rata-rata ahli yang ada juga masih baru dalam KiK agak gementar dengan soalan-soalan yang diajukan kepada kami. Setiap ahli tahu dan faham fungsi yang terdapat dalam sistem ini, tetapi kami serahkan kepada Ketua untuk menghadam semua soalan yang mereka tanya.

Aku juga ada mencelah, sebab panel nampaknya mula "memprovok" kitorang dengan soalan-soalan panas mereka. Kah!

SOARING UPWARDS!

enjoy!





Saturday, October 03, 2015

(GYM) Berapa kali dalam seminggu buat workout untuk kesihatan? by shahroll

Saturday, October 03, 2015



As salam, hello readers...

Aku kembali ke gym UiTM setelah beberapa bulan tak singgah buat workout kat sini atas faktor masalah kesihatan (wabak denggi). Post entry aku dalam blog ni dah banyak, boleh cari nanti ya? Dari segi pemakanan dan apa yang aku main kat dalam gym, semua dah aku tulis.

Ni kira macam aku buat comeback la (konon!!)

Gym UiTM berdepan dengan DATC

Bayaran yang dikenakan untuk walk-in adalah sebanyak RM4 sekali masuk. Kalau tak bawak tuala kecil untuk lap peluh, RM2 ringgit lagi diperlukan. Korang boleh mintak kunci loker untuk letak barang kat dalam bilik persalinan.

Kat dalam gym ni, ada banyak peralatan yang boleh korang cuba. Masa aku memula masuk, hampir semua alat aku nak main. Penat dan letih badan weh! Jadi aku tetapkan jadual, seminggu untuk build-up stamina, main tredmill dan basikal. Main itu je lah selama 1 jam!

Then, bila masuk minggu ke-2, boleh try main alat yang kempiskan perut tu. Kalau perut tu dah nampak boroi, boleh try ok! then ulang-ulang main tredmill dan basikal.

Masa yang ada antara jam 5 petang hingga 7 malam, akan jadi penuh bila jam menunjukkan waktu 6.15 petang. Masa ni lah gym tu akan rasa "jammed" sebab ramai yang akan datang untuk workout. Sebab tu, aku suka datang awal-awal. Dapat sejam cukup dah.

Lagi satu, kat sini boleh request instructor dari kalangan pelajar UiTM sportrec (sains sukan). Ada lah bayaran-bayaran tertentu yang perlu dibayar untuk perkhidmatan dorang.

Lepas workout, jangan lupa makan pisang berangan yang jual kat sini, satu biji RM1 je.

HAHA! enjoy...




Thursday, December 04, 2014

(ads) INVITATION TO THE UiTM FACULTY OF MUSIC 30TH ANNIVERSARY CELEBRATION CONCERT

Thursday, December 04, 2014

Please be informed that the UiTM Faculty of Music in collaboration with our faculty alumni association (Persatuan Alumni Fakulti Muzik UiTM) will be having a concert to commemorate 30 years of music at UiTM with the following details:- 

Date: December 21, 2014 (Sunday)
Venue: Dewan Filharmonik Petronas, KLCC
Time: 8.30 -10.30 pm 

The concert will showcase performances which are educational outcomes of studies at the UiTM Faculty of Music. Performances will vary from solo to orchestra settings playing music from the various styles of Malaysian traditional, Classical Western, Jazz, and Crossover performed by UiTM Faculty of Music alumni, faculty members, students, and friends. 

The concert will highlight the UiTM choir as well as original works and arrangements by Composition students, UiTM Faculty of Music faculty members, and alumni.

Tickets are available at the price of RM200, RM60 and RM40 (student with valid ID) from the Malaysian Philharmonic Orchestra box office (+603 2142 2009 / 2143 2009), MPO website at www.mpo.com.my or Ms Khatriza Saffian at UiTM Faculty of Music (012-35803958)


Friday, June 13, 2014

Khutbah Jumaat dari Masjid UiTM Shah Alam by shahroll

Friday, June 13, 2014



As salam, hello readers...

Menunaikan Solat Jumaat adalah kewajipan seorang lelaki yang sudah baligh dan di dalam hadis ada menyebutkan, adalah berdosa jika seseorang lelaki itu meninggalkan solat jumaat selama 3 jumaat. Korang boleh cari hadis berkenaan k?

Post kali ni adalah berkenaan dengan khutbah jumaat. Bezanya, kali ni aku share dengan korang tajuk khutbah kali ni disebabkan, ketinggian rasa insaf itu menyusup ke dalam jiwa aku, apatah lagi jika aku share dengan korang kan?

Tajuk: Malam Pertama, adakah kita bersedia?

Malam pertama yang dirujuk oleh khatib adalah bukan malam pertama dalam perkahwinan. Malam pertama perkahwinan itu hanyalah "hadiah" dari Allah kepada hamba-hambaNya supaya taat akan semua perintahNya. Ini malam pertama di alam kubur yang khatib bacakan dihadapan jemaah yang dimuliakan oleh Allah SWT...

Aku berikan intipati dari apa yang disampaikan;

#1-Cukupkan amalan kita untuk bertemu dengan sang malaikat iaitu The Denied and The Denier (Munkar dan Nakir) sebelum kita dapat bertemu dengan Allah?

#2-Apakah yang telah kamu kerjakan diatas muka bumi untuk menegakkan agama Allah?

#3-Allah mengampunkan segala dosa kepada hamba-hambaNya, akan tetapi dosa-dosa sesama manusia, manusia itu sendiri perlu meminta maaf dan memaafkan

#4-Apalah guna hidup di dunia serba mewah, lengkap tetapi pada penghujung kehidupan, semua itu ditinggalkan

#5-Disaat nyawa ditarik oleh malaikat, disaat itu jugalah hijap dibuka dan nyatalah semua yang ada didunia ini tipu helah semata-mata. Kembali kepada Al-Quran dan hadis

#6-Basahkan lidah dengan zikrullah bukan setakat selepas solat, tetapi pada setiap masa agar HATI tenang dan menjadi lembut disebabkan zikir yang diucapkan

Itulah sedikit sebanyak yang aku boleh share pada pembaca-pembaca blog aku. Yang mana pembaca wanita tu, ambil ikhtibar dan sentiasa muhasabah diri, tidak terkecuali untuk diri sendiri juga =)

enjoy!


Saturday, February 08, 2014

Sepetang Bersama Instructor 2014 @ UiTM gym by shahroll

Saturday, February 08, 2014



As salam, hello readers...

Mendapatkan khidmat pengajar di gym adalah satu perkara yang penting jika korang bebetul ZERO dalam hal menggunakan peralatan. Jangan macam aku, hanya merujuk pada video Youtube dan terus melakukan senaman atau "workout" yang salah tanpa aku sedari!

Ceritanya begini,

Petang semalam, aku macam biasa datang ke gym UiTM untuk membuat cardio dan bentuk badan. Cardio yang aku tahu adalah membuat sedikit pemanas badan, tredmill dan kayuh basikal. Itu asas yang aku tahu.

Lepas tu, aku bermain alatan yang membina otot biceps, triceps. Aku boleh nampak hasilnya bila otot lengan aku semakin mengeras dan kembang dalam masa 3 minggu. Kalau lama lagi training, dapat hilangkan terus lemak-lemak degil yang ada.

Last sekali, aku bermain dumbell. Masa aku main dumbell inilah, pelajar dari Sains Sukan UiTM iaitu Lucy menegur aku tentang kesalahan yang aku buat. Dalam salah satu kesalahan aku iaitu ketika membuat "squat with weight" sepatutnya aku tak boleh squat sampai punggung cecah ke lantai, hanya separa sahaja.

Jika dibuat berterusan, menurut Lucy aku akan mengalami 2 kecederaan iaitu di lutut dan juga tulang belakang! Nampak tak bahayanya itu?

Ini latihan yang betul bila buat squat dengan dumbell
gambar: Google Image

Latihan asas membuat latihan squat ini, korang kena buat latihan menggunakan bola dulu. Paling tidak pun, korang bukak dada korang tu, lepas tu lock punggung ke belakang sedikit then lutut sama paras dengan kaki. Aku dapat bertahan selama 10 saat tanpa menggunakan bola.

Lagi satu, bila korang nak UP, pastikan up dengan perlahan-lahan. Aku silap jugak tadi, aku up cepat.

Thanks to Lucy yang beri aku ilmu semalam. Tanpa teguran tu, mungkin aku boleh dapat kecederaan serius. Itulah padahnya bila "berguru" dengan Youtube. Mungkin lepas ni, aku akan ambil Lucy sebagai instructor aku untuk buildbody (kalau harga tak mahal la kan? HAHA!)

enjoy!


Wednesday, December 11, 2013

Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) 2012?? Thanks Allah! by shahroll

Wednesday, December 11, 2013



As salam, hello readers...

Allahuakbar, lama betul tak update. Alhamdulillah, terluang juga masa untuk blog ni awal pagi. Mata masih segar tetapi sedikit selsema. Musim hujan ni kena jaga kesihatan la ye semua. Selsema, batuk dan demam tu biasa dengan cuaca sekarang.

Mungkin ni post terpendek aku rasanya. Just nak share dengan pembaca semua yang aku dapat menjejakkan kaki ke atas pentas untuk mengambil sijil Anugerah Pekerja Cemerlang 2012 dan majlis tu akan diadakan pada 23 haribulan Disember 2013. Syukur...

Sepanjang 7 tahun aku bekerja, ini anugerah paling tertinggi aku dapat. Sebelum itu, aku dapat Anugerah Staf Inovasi dan Kreativiti pada 2007, setahun selepas aku masuk kerja. Dan untuk 2013, ianya berbaloi dengan kerja keras yang aku lalui.

sumber: Google

Dan, aku sangat happy dan seronok dengan kerja aku sekarang. Mungkin mereka yang "tak paham" dengan kerja aku, mengatakan kerja yang simple saja, namun hakikatnya jika korang di tempat aku, korang akan rasalah macam mana "senangnya" kerja itu. Dan, aku juga mahu untuk bertukar tempat, namun tiada sesiapa yang sudi. HAHA!

Sistem penggiliran 5 tahun bertukar department, membuatkan aku sedikit lega. Yelah, mungkin lepas ni ada ornag ganti tempat aku, nak juga tengok hasilnya bagaimana. Better or worse? Haaa...

Ok lah, itu je nak cerita. thanks! =)

enjoy!

Sunday, August 18, 2013

5 tips untuk belajar sambil bekerja by shahroll

Sunday, August 18, 2013



As salam, hello readers...

Hasrat untuk melanjutkan pelajaran memang bagus dan terpuji sekali. Orang yang begini, aku tabik spring sebab, aku andaikan mereka dah fikir semasak-masaknya tentang pengorbanan masa, wang ringgit, tenaga dan sebagainya untuk mencari ilmu menambahkan pengetahuan yang ada. Teruskan ya?

Sepanjang aku ber-Diploma dari tahun 2008 sampai la sekarang (tak habis-habis lagi haa..) ada lebih kurang RM2,000 lebih dah aku belanjakan. Itu duit yuran saja lah, makan minum tak termasuk. Walaupun kami bekerja, kadang-kadang "semput" juga memikirkan nak bayar tu kan? So, pepandai korang nak nak menyimpan duit. HEHE!

Apa tips aku nak bagi?

#1- Sentiasa bersedia membuat tugasan
Bersedia macam mana? sedia dari segi masa. Sifat malas kadang-kadang mempengaruhi kosistensi korang untuk menghadap assignment yang ada. Kadang tak susah mana pun, tapi kalau dah malas, apa pon tak boleh!

#2- Perlu ada kawan dalam kelas
Maksudnya, kawan 1 batch. Bila belajar part-time ni, kawan memang penting. serius! Ada "masalah" sikit kalau korang masuk dalam kelas yang tak de kawan yang biasa buat tugasan sama-sama. Kenapa? kita tak tahu tahap komitmen dan juga kerajinan. 

#3- Tidak kedekut informasi
Kedekut di sini membawa pengertian, jangan simpan informasi yang penting dan tidak menyampaikan kepada kelas lain. Setiap kelas akan ada ketua kelas, so si ketua ni akan blast information kalau kelas batal ke, assignment kena hantar awal dan lain-lain. Kalau tak memang naya weh!

#4- Terima seadanya
Bagi aku gelak jap! HAHAHAHA! ok dah, part ni korang kena "pasrah" bila dapat lecturer yang tak best, tak masuk kepala dengan korang dan yang tak flexibel. Lecturer jenis macam ni agak susah untuk korang "mengipas" untuk dapat markah lebih. Walhal, korang tak payah kipas pon kalau korang memang dah bagus? 

#5- Nikmati keseronokkan menjadi pelajar
Apa pun yang korang lakukan, buat dengan hati yang enjoy. Baru "feel" nak belajar tu meresap dalam seluruh jiwa raga. Jangan fikir nak segulung Diploma tu je, jangan. Benda tu kertas biasa yang dicop oleh institusi tempat korang belajar. Paling kuat pon, merasa lah pakai jubah konvo? HEHE.

di depan Fakulti Teknologi Pejabat (FTP), Puncak Alam

enjoy!

Sunday, July 07, 2013

Seminar 2: BEL 313 @ UiTM Puncak Alam by shahroll

Sunday, July 07, 2013



As salam, hello readers...

Setiap hari Ahad adalah hari untuk orang bersuka ria. Tak terlepas juga aku. Tapi aku bersuka-ria dalam kelas. Macam aku tulis dalam post lepas, pasal Blended Learning. Walaupun aku bercampur dengan pelajar BL, aku mendapat pengalaman belajar yang baru dengan mereka.

Walaupun seminar pertama agak "blurr" sikit.

Setiap kali pertemuan dalam kelas dipanggil "seminar" dan setiap seminar hanya berlangsung 2 jam saja. Macam aku, start 8.35pagi dan habis 10.35pagi. Senang je kan?

Apa yang diajar dalam 2 jam tu?

bangunan tertinggi di sini: FTP!
credit to: Lurvians blog

Basically, 2 jam bukan pengajaran yang berlansung. Belajar melalui iClass. Dalam iClass kehadiran dikira dari bentuk "posting" di dalam iClass tu. Serupa macam bermain forum je.

Hari ni banyak membincangkan pasal assignment group dan individu. Assignment group aku bersama Kak Mariana, Ayu dan Kak Ieda. Dia nak 4 orang dalam group tu. Then, dalam seminar ke-5 dan 6 berlangsungnya forum dalam kelas dimana 2 orang akan menjadi pencadang dan 2 lagi pembangkang. Serupa macam BEL311 dulu.

Tajuk assignment individu aku dah dapat. Lecturer minta 500-850 patah perkataan! Opss! agak banyak ni. Dalam English pula tu. HEHE!

God bless to me!

enjoy.

Sunday, June 30, 2013

Blended Learning concept: Memeningkan atau memudahkan? by shahroll

Sunday, June 30, 2013



As salam, hello readers...

Hari ni merupakan seminar pertama untuk kelas BEL313. Apa benda course ni? ia adalah course untuk critical thinking. Dan yang paling best, kelas ni adalah Blended Learning (BL). Tak macam selalu, kelas ni banyak menggunakan i-class untuk berhubung dengan pensyarah. Hanya ada hari-hari tertentu berjumpa dan berbincang dengan pensyarah di dalam kelas.

Aku datang dari student PLK (Pelajar Luar Kampus) dan aku merasakan agak janggal sedikit dengan mode BL.

Syukur ada kawan sekelas, Mariana yang guide aku dalam mode ni. Menggagau gak lah memula. Dari tempat, masa dan kelas mana, semua dapat info dari Kak Marina neh! Thanks kak! huhu.

Lepas balik dari kelas hari ni, baru lah nak bukak website Ined (download jadual) dengan I-Class. Kalau tak, haram lah nak bukak. HEHE


Thanks to our lecturer, Puan Faridah Jaafar yang mesra, talkative dan suka share experience dan pandangan beliau. Untuk 1st impression, beliau seorang yang boleh tolerate, easy going dan mahukan semuanya berjalan dengan lancar. FOr this time, kita tengok cam ne nanti for 2-3 seminar after this =)

Pening ke BL concept?

Ada pro and cons lah. Bagi aku yg datang dari mode PLK, kena sesuaikan diri dengan banyak masa diluang dalam i-class berbanding kalau PLK, hanya habis didalam kelas sahaja. Kalau ada pun tengok i-class, untuk ambil nota/rujukan saja. Tak lebih dari itu.

Dan, kalau BL ni pulak, korang memang habiskan masa untuk berbincang dengan rakan-rakan secara maya. Lebih kurang macam e-PJJ. Tapi BL masih ada kelas (dipanggil seminar) pada hari Sabtu dan Ahad bertempat di UiTM Puncak Alam.

Aku cuba mode BL ni sebaik mungkin. Mana tahu lama-lama selesa pulak, senang lah untuk next semester. Aku ada lagi paper yang memerlukan BL. HUHU. Wish me luck bebeh!

enjoy!

Saturday, June 22, 2013

Semester baru! 2 paper je?? by shahroll

Saturday, June 22, 2013



As salam, hello readers...

Minggu ke-2 baru nak masuk kelas. Biasalah, dah masuk semester ke-9 ni, dah "masak" kalau 1st week tu tak ramai yang datang pun. Dan yes, semalam kelas OMT155 baru nak bermula. Join dengan kelas dorang, 1st impression, macam boleh "ngam" ngan bebudak junior neh. HAHA!

Kelas yang aku ambil ni pasal Interpersonal Communication.

Aku dan amek kelas ni dulu. Biasalah, lecturer yang dulu aku tak tahulah pasal ape nak "gagalkan" paper tu. Walaupun... walaupun... aku dah buat yang paling mantop!

Biarkan. Mende lama.

HAHA!

Kelas satu lagi belom lagi masuk. Bermula pada 30hb ni. Kelas tu patut dah lama ambil, BEL313 (Critical Thinking). Nasib ada kawan sorang yang belum ambil. Ada gak teman. Dari masuk kelas tak de member-member, gossshhh!!

enjoy! happy weekend guys!

Thursday, October 04, 2012

(UiTM) Ranking dalam Times Higher Education by shahroll

Thursday, October 04, 2012



As salam, hello readers...

Entry taip cepat. Dato' VC ada update dalam facebook page beliau tentang kedudukan beberapa Universiti tempatan dalam Times Higher Education (THE). Dibawah kedudukan tersebut:-

Ranking dunia Universiti terkini dari Times Higher. Walaupun UiTM bukan Universiti Penyelidikan tetapi ranking amat di banggakan. Syabas Warga UiTM.

RANKING UNIVERSITI DI MALAYSIA
(1) Universiti Putra Malaysia (UPM) (Rank dunia: 428)
(2) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (Rank dunia: 437)
(3) Universiti Sains Malaysia (USM) (Rank dunia: 464)
(4) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Rank dunia:523)
(5) Universiti Malaya (UM) (Rank dunia: 596)
(6) Universiti Teknologi MARA (UiTM) (Rank dunia: 626)
(7) Multimedia University (MMU) (Rank dunia: 891)
(8) Universiti Malaysia Sabah (Rank dunia: 1222)
(9) Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) (Rank dunia: 1341)
(10) International Islamic University of Malaysia (UIA) (Rank dunia: 1411)

Sent from my iPad
Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar
Vice Chancellor

TAHNIAH UiTM!! Sentiasa Dihatiku..

Tuesday, January 25, 2011

Belajar bahasa ke-3, agak menyeronokkan! by shahroll

Tuesday, January 25, 2011
As salam to all,


Right now, aku ada belajar bahasa ketiga untuk sem nie. Dan untuk Office Management, bahasa ketiga adalah bahasa Mandarin. Aku baru je belajar yang basic-basic pasal Mandarin nie dan my lecturer is Ng Leng Leng (laoshi).


Penekanan pada awal kelas pada sebutan-sebutan number yang bermula dari 1 hingga puluh-puluh. Agak kekok gak nak sebot masa memula tu, but nak belajar bahasa apa pun, sama jugak kekoknya. Nama pun 3rd language.


Untuk basic, tak de belajar pasal tulisan Cina lagi, sekadar tulisan rumi saja. itu pun kena gak hafal dia punya sabdu (tanda-tanda bacaan) yang ada. Contoh? macam nie Xuéshēng bermakna pelajar (tengok tanda bacaan kat E ) yang tu la kena faham dan hafal.


Picture: Google


Buku dibekalkan dengan CD untuk membantu pelajar dalam proses mendengar dan menambahbaik sebutan dengan betul. Aku kadang tersasul2 gak bunyi Mandarin nyer. Dah jadi lain maknanya. Tatabahasa dalam Mandarin pun lain, terbalik dari Bahasa Melayu. So, kalau direct translation, agak pelik sikit la bunyik nyer.


Kalau diberi pilihan, aku lagi suka Jepun. Tapi, Mandarin pon ok jugak sebab boleh belajar dari kawan2 yang berbangsa Cina kat Malaysia. Cuma now aku agak keliru dengan beberapa dialek yang ada macam Kantonis.


Ok lah, see next! Zàijiàn! As salam.. =)

Wednesday, November 17, 2010

Seminar / Bengkel Cinematic : Story Telling [scriptwriting] by shahroll

Wednesday, November 17, 2010
Salam semua =D

Selamat menyambut Hari Raya Qurban! Baru balik dari solat sunat di masjid berdekatan. After this, akan drive ke KLIA pula, kunjungan ke rumah saudara. Baik, aku nak tanya, korang selama menulis, tulis dalam blog nie kan, ada rasa nak cuba menjadi penulis skrip tak? Khasnya pada blogger yang pandai berblog buat novel tu.. haaa.. aku ada berita baekkk punyer!

** Seminar anjuran (Dr) Mahadi J Murat**
SeMedia | FINAS dan UiTM

Satu bengkel akan diadakan di Pawangan P.Ramlee (FINAS) Hulu Langat pada 5 Disember 2010 seperti poster diatas. Korang akan dibimbing oleh fasilitator "The Imager". Siapa penganjur (Mahadi J Murat) nie? sila klik di SINI.

Yup! Pengarah yang bergelar Doktor yang cukup sinonim dengan dunia perfileman / sebalik tadbir dalam dunia seni. Beliau juga bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya Pendidikan. Beliau memiliki Ijazah sarjana filem (Universiti Westminster, London). Hebat bukan?

Dengan bermodalkan hanya RM50, korang akan menimba ilmu penulisan skrip yang mana bagi aku tak de lah mahal sangat. Berbanding kalau korang pergi ke Pavilion shopping baju, mau gak dekat Rm400-RM500 kan.. huhu~ maaf! bukan nak kutuk orang yang suka bershopping eh.. =D perumpamaan saja..

Kalau anda berkenan dihati nak book seat korang, boleh email di mahadijmuratworkshops@gmail.com dan untuk pembayaran melalui apa, itu korang kena tanya kat Doktor ye.. =D. Aku pon nak masuk bengkel nie, mana tahu tuah badan, boleh jadi penulis skrip yang terkenal seperti Adza Irdawati kan? hehhe. cool owh!

What are you waiting? peluang datang sekali je.. hehe.. salam!

Wednesday, November 10, 2010

Anda masih mencari kerja? UiTM menawarkan pekerjaan kepada anda! by shahroll

Wednesday, November 10, 2010
Salam semua =)


Korang masih mencari-cari pekerjaan? ke nak tukar kerja? Ok, aku ada berita best nak bagitaw kat korang yang, sekarang UiTM ada buka peluang pekerjaan melalui laman webnya www.uitm.edu.my dan ada lebih 17 pekerjaan yang ditawarkan untuk pembukaan bulan Oktober nie.


Sila klik link nie: Jawatan Kosong di UiTM


UiTM ingin mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakkan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak/sementara di Kampus Shah Alam dan Cawangan.


Kepada calon yang berminat, segeralah mengisi borang online ye! All the best for all.. =)

Thursday, November 04, 2010

[Ads] Convocation Promo: Just RM300?? UNBELIEVABLE price!! by shahroll

Thursday, November 04, 2010

Salam all! =). Musim untuk berkonvo tiba lagi. Macam biasa juga, ramai graduan yang tercari-cari photographer yang sesuai dengan kehendak "poket" anda dan yang lebih penting, kepuasan anda sebagai pelanggan terjamin. Jika dilihat keadaan semasa, convography kini menjadi satu "trend" dimana gambar-gambar yang terhasil daripada PRO-photographer menjadikan si pemilik album nanti tersenyum lebar!

Kini, dengan pelaburan anda di SH iMAGE serendah RM300++ sangat berbaloi untuk anda mendapatkan koleksi gambar sepanjang berkonvo. Dengan *unlimited pictures yang dibekalkan,dapat lah menatap sepuasnya gambar anda bersama rakan-rakan serta keluarga.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi number diatas. Segala perbualan tidak akan dirakam, jangan risau! =P (lawak je...)

p/s: *tertakluk pada terma dan syarat

salam..

Monday, September 27, 2010

[edu] Information Blogging by shahroll

Monday, September 27, 2010
Salam all! =)

Last week, i have done with my presentation in Public Speaking class. Alhamdulillah, almost gave the attention what i deliver. In this posting, i will show my slides for your review how i make it so simple.

Influence by Steve Job's method of speech, lots of video in youtube i'm saw and study how to gave the best or to be a good presenter. Now, i got it. =D
My slides just simple and grab from internet sources. Every quotes or citation, i put there.

Judge my slide, come on! =)




Public speaking presentation blog


Present just gave 10 minutes and i'm done it in 12 minutes because have little bit problem during i want to present it. I hope got good mark! =D enjoy everyone..

Salam!

Thursday, September 23, 2010

2 day for event "Hari Mesra" at UiTM! by shahroll

Thursday, September 23, 2010
Salam all! =D


Sejak semalam aku agak bz dengan kerja-kerja luar office. Aku macam biasa buat kerja-kerja seronok macam punggah barang, amek barang, jadi budak flyers.. dan semua tu memang aku suka! Sebab apa? aku dapat tingkatkan skill public speaking aku dengan bebudak yang lalu-lalang..


Biasanya aku try carik foreigner student lah.. boleh la improve my english.. but sejak semalam dan hari nie, boleh la dibilang dengan jari berapa kerat yang ada. Bebudak lain ada jugak, but selepas jam 11 pagi baru booth2 penuh.. Pagi kan kelas, so bit slow la..


** My booth di sini | Jabatan Sokongan Penyelidikan
Picture credits: JSP

Rata-rata aku survey bebudak yang datang ke booth kami, belum tahu sepenuhnya tentang SCOPUS dan ISI. Korang yang mana belum tahu tu, specially bebudak UiTM semua, boleh datang je kat PTAR ( Perpustakaan Tun Abdul Razak 1) dekat2 ngan Menara SAAS tu kan,masuk ke PTAR 1 then naik ke tingkat 3. Nampak JABATAN SOKONGAN PENYELIDIKAN tu je, korang leh serang tuk amik software ENDNOTES nie. Bende nie FREE ok! korang just guna je. Best tak?

Then, kalau nak penerangan lebih lanjut, korang leh bertanya bertubi-tubi kat pegawai yang in-charge pasal nie. Sekarang nie kalau korang nak buat reference, yang korang lampirkan masa submit assignment ( ke.. korang tak buat nie??) dah tak payah nak susah2 buat manual, pakai ENDNOTES semua settle! Automatik maa.. best kan? =D

Sambutan untuk event nie, memang bagus. Banyak student2 mula interested dengan mende nie. bagus! korang menuju ke masa depan yang cerah... =D korang ingat aku tipu ke? heheh silap la..

Kepada yang nak mengadakan kelas KHAS untuk belajar ENDNOTES nie, korang leh hubungi pegawai yang bernama En. Shahrol Nizam Johol (03- 5521-1705) ataupun Cik Siti Rohayu (03-5521-1706).. clear kan? =D

Ok lah, sesapa yang masih kabor2 lagih, just comment kat sini, aku try jawab seberapa yang tepat yang boleh, sebab hari2 dah dengar dorang explain kat bebudak kan.. so duplicate lah!huhuhu~

See ya! salam...

Thursday, August 26, 2010

Berminat sambung belajar? by shahroll

Thursday, August 26, 2010
Salam all! =D


Mood blogging aku datang jam 1:18 pagi ! hehe~ tu lah kadang jadi blogger nie masa memang tak menentu sangat sebab, bagi aku kalau benda yang berkaitan dengan mood or emotion, memang cam tu. Actually aku baru habiskan KFC yang adik aku bawak dari tempat kerja. Thats why lah aku leh berblogging time cam ni =P


Korang yang dah bekerja ( swasta 0r Government) ada hati lagi tak nak further study? Kebanyakkan dorang yang sambung nie sebab nak menaik kan taraf pendidikan dan sekali gus layak untuk diberi posisi yang baik di jawatan di tempat kerja. Termasuk jugak lah dengan aku nie. Posting aku pasal study korang leh g kat SINI dan SINI


Sekarang, aku nak explain kat korang mode belajar samada korang nak pilih mode Pelajar Luar Kampus (PLK) ataupun Pengajian Jarak Jauh (PJJ) kat UiTM nie. Apa PLK dan PJJ?


Quote untuk PLK:-


Pusat Pengajian Luar Kampus (PPLK) mengendalikan program-program yang ditawarkan kepada calon-calon BUMIPUTRA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dan SEDANG BEKERJA.  Kuliah pengajian diadakan selepas waktu bekerja dari 6.00 petang hingga 10.00 malam pada hari bekerja.
Terkini sebanyak 29 program PLK ditawarkan oleh 14 buah Fakulti di Shah ALam dan 10 diKampus Cawangan.  Untuk butiran lanjut sila klik ‘program ditawarkan’ dilaman web PPLK. Jumlah keseluruhan pelajar melebihi 5000 orang diseluruh Malaysia.
source: PPLK website 


So, korang yang bekerja dah sememangnya layak lah untuk masuk mode nie dan kelas pulak hari2 kena attend. Anda sanggup? yeahh! untuk segenggam Diploma / Ijazah kena lah berusaha sikit. Fakulti yang ada di Shah Alam nie adalah Faculty Business, Faculty Office Management dan Faculty Accounting. Which one you like? =D

Ok, nie quote untuk PPJJ:-

Electronic distance education program (e-PJJ) is an innovative approach in terms of learning and teaching in UiTM.  Through e-PJJ, you as a student would determine the time, place and teaching mode that are suitable with your needs and lifestyle

The e-PJJ program offers various facilities and services to serve you to achieve your ambition and dreams.  Apart from that, you would gain skills in the use of IT in your daily activities.  This innovative program is a combination of variety learning methods which consists of study materials, additional reference materials, lecturer support, forum interaction and discussion between students as well as face-to-face seminars.
The e-PJJ learning method uses effective learning educational technology and one of the best and most appropriate ways of promoting effective learning.
The objective of this centre is to offer programmes through distance education to upgrade the knowledge and enhance the career development of Bumiputeras. It is also to help develop human capital as to achieve higher productivity and hence contribute to national development.

source: PPJJ website


Senang cerita, untuk mode nie memang sesuai untuk orang2 yang tak ada masa nak attend ke kelas hari2 dan sentiasa sibuk. Kalau korang amek mode nie, korang akan jumpa dengan lecturer ( face to face) sebulan sekali cam tu, selebihnya korang belajar on the line lah.

Sebarang masalah korang leh tengok staff InED di SINI. Mereka sedia membantu korang untuk improve kan knowledge korang yang sedia ada. Sudah ada pilihan? =D

Salam!