Friday, June 24, 2016

Iftar 2016 @ Misuari Seafood by shahroll




Hanis & SH

As salam, hello readers...

Bercakap pasal iftar kat luar, aku dan isteri hujung-hujung ramadhan baru keluar berbuka di kedai makan. Dan kedai makan pertama untuk edisi 2016 ni di area Sg Udang, Klang. Asalnya sebab dah keluar petang, alang-alang berbuka sekali kat sini.

Misuari Seafood area Sg. Udang ni aku main redah je. Sebab lalu kawasan sini dah lama, tapi tak pernah pun rasa seafood yang ada kat sini. Dan kebetulan masa nak u-turn, ternampak restoren ni, tu yang pergi.

1st impression, kedai makan cantik. Ok lah untuk area kawasan bandar tak bandar ni kan, nice deco jugak. Orang Kelantan atau orang Thai, aku tak sure. Bunyi lain macam pun ada, sekejap macam Kelantan, sekejap macam Thai. HEHE!

Kedai ni agak tak popular dala, pencarian Google, tapi agak hebat dalam Instagram. Now Instagram dah cecah 300 juta pengguna setiap hari!

Alhamdulillah, aku makan sup ekor dengan kerabu mangga. Isteri makan tomyam dengan kailan ikan masin. blurppss! RM39 sahaja untuk 2 orang, syukur!


A photo posted by Shahroll.SH (@shahroll.sh) on

enjoy!



No comments: