Wednesday, June 22, 2016

Kad NSK: Kumpul mata ganjaran dengan NSK by shahroll




As salam, hello readers...

Alhamdulillah berpuasa lagi kita tahun ni, dah setengah bulan kita melaksanakan ibadah puasa ye? mudah-mudahan Tuhan menerima ibadah kita dengan pahala yang setimpal, InsyaAllah. Disamping itu, ada diantara kita yang bertungkus-lumus menyiapkan segala tempahan kuih-muih, baju, peralatan rumah dan sebagainya untuk menyambut lebaran tak lama lagi.

Begitu juga dengan kami!

eh, apasal tunjuk kad?

Tempahan produk popia simpul cinta dari Hanis Pastry mendapat tempahan hampir 60 balang kecil yang comel ni kepada pelanggan. Alhamdulillah, rezeki dari Allah SWT yang beri. Disebabkan NSK ni dekat dengan rumah kitorang, maka pembelian bahan mentah memang beli kat situ.

Lepas 2 kali pembelian, baru buat kad ni. RM10 diperlukan sebagai wang pendaftaran (sekali sahaja).

Tujuan? nak kumpul mata ganjaran macam kad-kad mall yang lain. InsyaAllah, bulan ni nak try berbelanja dapur kat NSK. Nak compare dengan Econsave yang selama ni kitorang beli belanja dapur kat situ.

Ok lah, selamat berpuasa semua!

enjoy



No comments: