Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Thursday, August 10, 2017

5 tips untuk menjadi blogger yang terbaik by shahroll

Thursday, August 10, 2017



As salam, hello readers...

Baru balik dari Mcdonalds di Kota Kemuning berjumpa dengan sahabat dari Kuala Langat berkenaan dengan website dan juga Online Marketing. tak lama sangat masa diambil, dari jam 8.45 malam sehingga 10.15 malam. Boleh dikatakan sebagai personal coaching untuk dia memahami selok-belok pemasaran online dan sebagainya.

Itu aku ceritakan di entry yang lain (entry khas tu!)


blogger shahrulhairydotcom 

Disebabkan aku belum mengantuk sangat sebab minum kopi arabic Mcd (sape suruh minum, kan!) boleh aku update blog aku ni. Ok, menjadi seorang ber-title 'blogger' senang sebenarnya tapi untuk mengekalkan kualiti yang baik untuk blogger, itu agak sukar. Jika tak kena gaya, mungkin korang akan di banned!

5 tips untuk menjadi blogger yang terbaik

1) Sentiasa up-to-date
Untuk yang sepenuh masa, aku tak hairan. Tapi kebanyakkan blogger, mereka membuat secara separuh masa (part time) atau sebab hobi sahaja. Jika tergolong dalam bukan sepenuh masa, make sure korang sentiasa up-to-date dengan perkembangan semasa (bukan gossip/backstabbing semata!) tapi ilmu-ilmu berkenaan bidang blogging itu sendiri. Paling kurang, boleh menonton di youtube berkenaan tutorial tentang SERP, Ranking etc

2) Membaca bahan-bahan terbaru
Membaca amalan mulia, kan? Aha, tapi berapa ramai yang suka membaca. Untuk blogger, nak tak nak perlu membaca sebanyak yang mungkin berkenaan dengan topik diluar bidang blogging. Contohnya, jika korang dibayar untuk membuat review tentang produk kesihatan, sekurang-kurangnya korang perlu baca kandungan bahan yang terdapat pada produk. Ditambah pula dengan info-info berkaitan yang perlu korang search di dalam internet, research time!

3) Seminar berkenaan Online Marketing
Ada masa kelapangan atau ada seminar free, boleh saja pergi melihat perkembangan terbaru atau inovasi yang diberikan oleh speaker yang memberi talk. Aku juga suka pergi ke seminar-seminar yang dianjurkan oleh SME Corp yang banyak sekarang ni tentang Online Marketing.

4) Bergaul dengan usahawan
Bukan bermaksud untuk mendapatkan job semata-mata, tapi kita boleh ambil atau "pinjam" semangat juang mereka dalam bidang business, serap ke dalam bidang penulisan blog. Bagaimana mereka membina business mereka, begitu juga kornag develop blog korang. Dah berapa tahun menulis, apa pencapaian korang yang terbaik setakat ni?

5) Be yourself
Ini paling penting. Kalau berblogging tapi bukan passion, bukan sebab minat dalam menulis, baik berhenti sekarang. Jangan jadi sampah dalam dunia blogging. Dunia blogging bukan sehari dua punya kerja kalau korang baru nak mulakan menulis hari ni. Dalam setahun dua, perlu banyak berkorban masa dan tenaga bagi mencapai hasil yang maksimum.


enjoy!



Wednesday, October 19, 2016

Paparan depan Blogger yang cantik by shahroll

Wednesday, October 19, 2016



As salam, hello reader...

Sempat juga update blog shahrulhairydotcom hari ni. Banyak event pula untuk beberapa minggu dalam UiTM. Bermula dengan CSR: IMD di Kuala Besut dan juga Sambutan 60 tahun UiTM. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Tapi aku ada 1 event lagi, untuk team KiK bagi peringkat kebangsaan di PiCC di Putrajaya nanti.

Letih kan?

Yup, meletihkan juga tapi kalau dah namanya tugas (amanah) di gagahkan juga. Then tak lupa untuk clients aku yang menunggu website mereka siap, blog business mereka siap. InsyaAllah aku akan siapkan semuanya dalam masa terdekat.

Pernah tengok mukadepan laman web BLOGGER?

perghhh!!

Pertama kali aku tengok muka depan BLOGGER macam ni. Selalu macam dull je, tak de apa-apa rasanya. Ini pun aku terperasan masa buka www.blogger.com tempoh hari. Aku macam, "eh eh, lawa pulak!" huhuhu!

Bagi yang baru nak merasai diary online, boleh la guna platform blogger. Sebab dalam platform blogger, senang dan mudah untuk digunakan. Sebagai contoh, pemilihan nama blog tu sendiri.

Bila ko nak develop blog masak-masak, masa awal-awal lagi boleh check, dah ada tidak orang pakai nama tu. Kalau dah ada, nanti dorang suggest kan nama yang sesuai. Kalau ko tak suka, boleh fikirkan domain (URL) yang lain.

Contoh: www.sukamasak.blogspot.my

Itu contoh domain FREE yang dorang bagi, sebab korang dah pakai platform dorang tu. Sebab apa free? sebab, nama "blogspot" tu tak hilang dalam domain URL korang, so dorang dapat marketing free kat situ, unless korang beli domain untuk jadikan www.sukamasak.com (beli pada provider Malaysia, pun boleh!)

Bila blog ni dah korang publish, maka kerja seterusnya adalah dengan memasukkan kandungan (content entry) untuk membina online presence tak kira lah untuk personal branding ke, business branding ke, sekurang-kurangnya seminggu ada 2 artikel dimuat naik ke dalam blog yang baru ko bina. 

Janganlah 1 entry pun tak buat, lepas tu salahkan Google tak index blog ko? eh, HELLO! sila buat kerja sikit kalau nak bermain dengan SEO, ok? =)

selamat ber-blogging!


[ads] Nak belajar develop blog business dari A sampai Z? 
whatsApps: 012-3437359 (Shahroll)



Saturday, May 07, 2016

Khidmat blogger itu berkesan? apa buktinya? by shahroll

Saturday, May 07, 2016



As salam, hello readers...

Pelbagai cara digunakan untuk membina reputasi dan juga jenama yang diketengahkan oleh peniaga-peniaga atau pengusaha perniagaan samada makanan mahupun perkhidmatan. 

Platform seperti Facebook dan juga Instagram, mendominasi sumber pemasaran bagi mereka yang baru bejinak-jinak dalam perniagaan.

Bagaimana dengan blog?

Sebagai trainer di SH Network Media dan salah satu tugas aku adalah memberikan tunjuk ajar dan nasihat pada peniaga baru yang mahu menggunakan secara total dalam online. Maksudnya, 100% online.

Aku TAK GALAKKAN peniaga baru tembus pasaran menggunakan platform blogger. Aku lebih sarankan mereka gunakan Facebook Page (untuk business) dan juga Instagram. Memadai dengan 2 sumber platform tersebut untuk membuat awareness business.

Itu adalah untuk peringkat awal.

Seterusnya, jika kedua-dua platform berkenaan sudah mencapai target yang diingini, barulah boleh memikirkan cara lain untuk perniagaan, iaitu "Blogging Review"

contoh menggunakan khidmat blogger

Diakui, terlalu ramai blogger yang ada sekarang tetapi harus diingat, tidak semua memiliki standard yang diperlukan oleh pengusaha. Ada beberapa kriteria yang perlu ada untuk mencapai standard berikut.

Banyak faktor mendorong keupayaan blog yang ingin di laburkan untuk review. Jika anda perlukan khidmat nasihat, jangan segan bertanyakan di SH Network Media, ok?



enjoy!





Saturday, June 13, 2015

(quotes) Beautiful words from Farah Lee blog! by shahroll

Saturday, June 13, 2015




Those who kneel down to ALLAH can stand up for anything.
Don’t compare your life to others’. You have no idea what their JOURNEY is all about.
Kau bicara kau perlukan teman, mengisi kekosongan hidup dan membuang kelaraan. Tetapi apakah kau telah bersedia mempersiapkan diri untuk membawanya ke SYURGA, dan dari neraka menjauhkan?
Your job won’t take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in TOUCH.
Seorang TEMAN yang baik adalah yang akan membantumu untuk menjadi orang baik. Teman sejati yang boleh diajak bercinta untuk syurga.
"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." [Imam Nawawi]
Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu LEBIH BAIK daripada apa yang engkau kehendaki.
The most excellent JIHAD is that for the conquest of self.
Duhai hati, janganlah terkorban dengan DUNIA. Hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna.

 Farah Lee & Ally Iskandar

As salam semua! Best kan ayat-ayat kat atas tu? YUP! banyak lagi kata-kata indah yang ada di sidebar blog FARAH LEE aku baca tadi. Kebetulan aku drop by blog FL untuk baca update yang terkini, tapi malangnya tiada update since tahun 2013!

Mungkin sibuk, mungkin dah tak menulis di dalam dunia blogging Malaysia kot? Banyak komitmen yang lain selepas menjadi isteri kepada seseorang. Bagi aku, mana yang utama, utamakan lah yang utama itu =)

enjoy gaisss! Happy Saturday!



Tuesday, January 13, 2015

Bagaimana mengukur blog yang tinggi ROI (Return Of Investment) by shahroll

Tuesday, January 13, 2015



As salam, hello readers...

Blog ber-ROI tinggi? Macam mana tu eh? Ok, first sekali post entry kali ini tertumpu kepada mereka yang bekerja sebagai Marketing Officer, Public Relation atau Manager Digital Marketing dan yang berkenaan dengan bidang pengiklanan digital lah senang cerita. So, ini untuk kamu.

Bagaimana anda mengukur sesebuah blog itu boleh memberi pulangan yang tinggi kepada sesebuah syarikat/brand?

Aku cuba meletakkan diri aku seperti mereka yang bekerja di dalam bidang yang disebutkan tadi. Maka, aku akan mencari beberapa medium social media terutamanya dalam blog

A) Kekerapan post entry
Sebuah blog yang aktif mampu menarik keywords yang pelbagai dari enjin carian Google. Sehingga post entry ini, blog aku sudah mempunyai 1,700++ artikel sejak dari 2006. Nak check entry dalam blog tu, boleh lihat di "archive" di tepi sidebar (jika blogger tu letak lah)

B) Followers
Blogger yang aktif di blog saja cukup? TIDAK! sila minta "followers" mereka di Instagram, Twitter dan juga FB Pages. Jika sesuai dengan scale pengiklanan yang dicari, just proceed. Lebih dari 1 ribu followers tu dah kira bagus.

C) Google Analytic
Minta statistik dari Google Analytic (GA). Bagi aku, data dari GA adalah yang paling tepat dari mana-mana medium pengukuran blog.

D) Alexa & Google Rank
Ini boleh diperiksa guna extension Google Chrome. Kalau blog tu PAge Rank Google atas dari 2, blog itu juga dianggap sebagai "high return" dalam carian Google Index. Alexa juga boleh digunakan sebagai indikator untuk mengetahui betapa "popularnya" blog tersebut di sesebuah negara atau luar negara


blogger work!

1) Blogger Ternama
Blogger bertaraf gred A seperti ini, sentiasa menjadi buruan kerana hits blog mereka sangat tinggi. Mungkin sehari lebih 20 ribu visitor yang datang membaca blog mereka dan kandungan yang terdapat di dalam blog tersebut. Maka, pulangan dari mereka jika membuat pengiklanan adalah tinggi

2) Blogger Niche
Blogger yang fokus dalam satu benda. Contoh gadget. Tak ramai blogger yang boleh menulis pasal gadget dengan teliti dan menarik. So, mereka menjadi keutamaan bila adanya satu-satu event berkaitan dengan gadget. Hits mereka dalam bidang "niche" juga tinggi.

3) Blogger Campur-Aduk
Blogger jenis macam ni boleh refer kat aku. Jenis blog yang boleh kata personal, business, photo & video, lifestyle dan business. So, agak berterabur dan susah nak decide blog ni macam mana. Kekurangan sikit kalau nak dipilih jadi blogger no #1

Ini antara kategori umum dalam dunia blogging. Mungkin ada yang boleh terima, ada yang tak boleh terima kategori ni. Nak jadi "jaguh" dalam sebuah line/industry bukan mudah. Luka+duka mesti dilalui samada ditindas mahupun menindas! HEHE!


enjoy!


Thursday, May 08, 2014

Blogger hampir disaman RM100 ribu?? by shahroll

Thursday, May 08, 2014



As salam, hello readers...

Aku tak tahu macam mana nak mulakan. Benda ni serius, tapi aku garap penceritaan dalam blog supaya jadi relex dan tak bosan. Ok, we start...

Pada 24 April lepas, bila aku balik dari Restoren Hakim berjumpa dengan rakan design untuk berbincang serba sedikit kelas yang kami nak anjurkan lepas raya iaitu kelas Youtube+Design for Business

Sebaik sahaja aku balik (dalam pukul 1 pagi lebih kurang) tergerak hati aku nak buka email, walhal aku biasanya akan terus solat dan tidur. Tapi semacam ada benda dalam email tu yang aku NAK SANGAT buka dan ternyata, ada "benda" yang aku kena setel;

Surat Peringatan dari RIM

Siapa tu RIM? korang boleh baca di SINI. Aku yang mengantuk terus jadi segar dan sedikit menggelabah tahap kritikal. Ini adalah PERTAMA KALI aku diberi surat peringatan oleh mereka yang ada hubungkait dengan industri rakaman di Malaysia.

Lebih membimbangkan aku, surat ini di salin kepada (CC) Ketua Pengarah Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Mau tak tidur satu malam weh!

Tuesday, March 18, 2014

Ada apa dengan Felixia Yeap? by shahroll

Tuesday, March 18, 2014



As salam, hello readers...

Kekuatan masih di tahap terbaik walaupun backpain menyerang awal pagi 17hb (semalam) masa nak pergi kerja. Natijahnya, aku dapat suntikan di pinggul di Klinik Kesihatan UiTM. Masuk kali ni, dah 3 kali aku ambil suntikan backpain (2 kali tahun lepas)

Siapa Felixia Yeap ni?

Berbicara tentang Felixia Yeap (FY), aku hanya menyedari kemunculan beliau di dalam social media yang di "sharing" oleh ramai orang. Aku mula membaca serba sedikit tentang beliau, siapa gerangan pemilik nama ini?

Lahir pada 3 Julai 1986, orangnya manis, cantik lagi tinggi lampai seperti model. Berasal dari Ipoh, Perak memiliki ketinggian 173cm dan berzodiak Cancer. Sungguh pun belum secara rasmi memeluk agama Islam, corak dan cara pemakaiannya sungguh sopan dan manis dipandang.

Beliau juga fluent berbahasa Melayu dan menulis! 


Sebelum dikenali dengan fashion berhijab dan jubah, FY juga terlibat dengan kerjaya model, guru dan blogger. Mula menulis blog dalam tahun 2011. Walaupun kerjaya model membawa nama FY naik dimata dunia, beliau sanggup meninggalkan kerjaya itu dan memilih bidang lain. Aku rasa sangat awesome! Alhamdulillah...

Luahan hati FY: Past. Present. Future

Semua orang ada masa lalu bukan? dan masa lalu itu bukan semuanya baik, bagus dan menyenangkan. Walaupun pahit, itulah kita pada masa itu. Tetapi jika dikenang masa lalu itu, kita tak akan pernah maju kehadapan dan kita akan tenggelam dengan masa lalu itu sendiri.

Begitu juga dengan FY. Jalan yang dipilih dahulu, bukan jalan yang beliau hadapi ketika ini. Kesemua ini kehendak Allah kerana terdapat ayat dalam Al-Quran yang bermaksud, "Allah memberikan hidayah-Nya kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya", benarlah hidayah itu milik Allah. total!

liputan media (utusan): Bukan ratu kontroversi!

Kemunculan FY di social media memberikan impak yang besar terhadap fesyen-fesyen muslimah. Beliau kini mendapat pelbagai jemputan pelbagai pihak untuk ditemuramah, butik muslimah dan sebagainya. Aku sebagai muslim melihat, ini perkembangan yang sangat positif untuk non-muslim memberikan imej yang baik terhadap fesyen muslimah.


enjoy!

p/s: semua gambar milik Felixia Yeap blog



Tuesday, March 04, 2014

Blogger positif denggi? by shahroll

Tuesday, March 04, 2014



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, dapat jugak aku update sikit pasal aku. Kenapa dengan aku? Ada pape yang terok gila ke sepanjang aku tak update blog?

YE ADA!

Aku masuk Hospital sebab positif denggi!

sakit betul mende ni cucuk kat tangan.. huh!!

Dan itu bukan cerita utama. Banyak kerja-kerja utama aku yang tertangguh disebabkan, ulang-alik aku ke Klinik Kesihatan UiTM dan Hospital disebabkan beberapa penyakit.

Bermula dengan kepanasan suhu badan yang mendadak (Sabtu: 22/2) pastu pening kepala yang terok dan muntah-muntah. Allah, memang terduduk dan lunyai masa tu!

Aku dimasukkan ke Hospital selama 2 hari di Hospital Besar Klang. 1st time aku masuk dalam wad dan rasa "seronok" juga walaupun tak lama. Tapi aku jenis mudah bosan sebab tak boleh nak buat kerja, tak macam kat rumah kan?

Now, aku dah keluar wad dan dibekalkan cuti selama 11 hari. Aku akan bekerja balik pada 11/3/2014 dan aku pasti, kat pejabat banyak gila la kerja sedang "menunggu"...

Redho~...


Friday, September 27, 2013

Sertai komuniti bloggers di Google Plus! by shahroll

Friday, September 27, 2013



As salam, hello readers...

Jika kebiasaannya kita menyertai group atau pages komuniti dari Facebook dengan "Like" atau "Join Group", cerita yang sama juga di Google Plus. Apa yang menarik komuniti dalam G+ ni? Secara asasnya, fungsi tetap sama untuk perkongsian maklumat dan informasi cuma cara penyampaian berlainan.

Berlainan macam mana?

Kita boleh mencari niche komuniti yang kita ingin sertai. Jika korang seorang blogger professional, maka niche "Blogging" boleh disertai.  Ada komuniti dari Malaysia dan luar negara.  Secara peribadi, aku lebih suka menyertai komuniti dari luar negara kerana dapat mengetahui lebih maklumat dan tutorial.  Masih lagi belajar bagaimana menjadi seorang blogger seperti mereka

contoh niche dalam Google Plus

Aku baru saja explore komuniti dalam Google Plus. Selama aku menggunakan G+, jarang sekali buka menu-menu yang ada. Petang tadi baru berhajat membukanya disebabkan mahu menyebar luas pembaca blog dari seluruh dunia (walaupun blog ini Bahasa Melayu). Aku merasakan komuniti di sini agak ramai dan sesuai dijadikan tempat "ping" URL blog walaupun ada yang meletakkan tanda amaran awal-awal lagi supaya tidak "spam" link blog terlalu banyak dalam satu-satu masa.

Kalau korang Google Plus user, jom ke sana: Google Plus Community

enjoy!


Thursday, September 26, 2013

Tips: Kenapa banyak sangat media sosial kena urus? by shahroll

Thursday, September 26, 2013



As salam, hello readers...

Dalam era pemasaran digital sekarang, pelbagai sumber atau medium yang dapat kita gunakan untuk di eksploitasi bagi meningkatkan perniagaan dan jenama. Aku tidak menolak kemungkinan dengan muncul pelbagai medium seperti Twitter, Facebook, Instagram, Youtube, Keek, Vimeo dan seumpamanya menjadikan persaingan yang sengit antara pengusaha di dalam dunia online.

Aku memahami konsep Business To Customer (B2C) yang diterapkan dalam social media sekarang. Ada baik dan ada juga kurangnya. Tetapi aku tak berhajat nak cerita pasal B2C dalam post ni. Mungkin di lain post? =)

Aku ingin berkongsi satu (1) gambar yang di screen capture dari Instagram dalam my Samsung Note. Mungkin ini boleh dijadikan panduan oleh anda diluar sana untuk menggunapakai se-maksimum yang mungkin dalam pengendalian akaun media sosial masing-masing.

source: Instagram (hastag #socialmedia)

Setiap medium yang digunakan, mesti mempunyai kekuatan yang tersendiri. Contohnya Facebook Pages. Kenapa ramai orang menggunakan Facebook Pages untuk perniagaan? Kenapa tak guna Facebook Profile saja? Kenapa guna Youtube tidak Vimeo? Kenapa nak guna Pinterest sedangkan dah ada Facebook dan Instagram? 

Semua persoalan ini sebenarnya panjang untuk dihuraikan tetapi cukup aku katakan, sebagai Social Media Manager, ruang lingkup anda mesti berlegar dengan medium-medium seperti diatas. Tanggapan orang ramai, anda seorang expert dalam SMM? Yes! you're!

enjoy!


Wednesday, August 14, 2013

Bagaimana menjadi Blogger Professional? by shahroll

Wednesday, August 14, 2013



As salam, hello readers...

source: Google Image

"Saya nak jadi Blogger professional"

Bila kita sebut dan menyatakan sedemikian, apakah makna nya? Apa yang dikatakan "Professional" dalam blogging space? Lebih-lebih lagi blogging di Malaysia? Aku pasti setiap orang/blogger mempunyai definisi yang tersendiri dengan pelbagai pandangan.

Bagi aku, bila dikatakan "Pro", setiap kerja yang dilakukan diminta oleh 3rd party (pihak luar) untuk menulis artikel, review produk dan sebagainya mendapat bayaran yang setimpal.

Bagaimana pula dengan aku? adakah aku professional blogger? ataupun Amatur blogger? ataupun sekadar hobbyist?

Well, dalam konteks ini, suka aku classified sebagai hobbyist kerana aku ada kerja full time. Ada dan tak ada bayaran untuk sesuatu job atau event, bergantung kepada keadaan. Jika boleh pergi, aku dengan rela hati pergi tanpa sebarang bayaran. Kalau memerlukan review dalam blog ini, bayaran dikenakan berdasarkan reputasi semasa blog.

Anda mungkin menjadi seorang "professional blogger" jika;

#1- Menjaga blog anda sebaik mungkin
Membina blog, menjaga dan menguruskan sesebuah blog itu bukan mudah. Hanya dengan berbekalkan dedikasi, misi dan visi yang jelas mampu menggerakkan blog korang menjadi baik dan baik dari semasa ke semasa. Mungkin korang dah melaburkan masa, tenaga dan juga wang ringgit untuk blog. Disinilah terletaknya "bayaran" itu dikenakan atas usaha korang selama ni.

Tuesday, August 13, 2013

Raya seorang blogger by shahroll

Tuesday, August 13, 2013



As salam, hello readers...

Masih belum letih nak menulis. Sepatutnya aku dah tidur sekarang ni, tapi disebabkan "kejadian" dalam toilet menyebabkan, mata terbuntang segar. Apa lah, nak tidur pun tak senang. Sistem penghadaman agak aktif setelah rehat sebulan. HAHA.

Buka blog, tulis.

Malam ni rakan Facebook sibuk dengan "Meteor Shower" yang dikatakan jatuh pada malam ni (semalam). Aku tengok tak de yang berjaya shoot. Ada la seorang dua. Entah, tak berminat sangat dengan meteor apa semua. Seronok juga lah newsfeed aku dipenuhi pasal tu. HEHE.


Pasal raya, boleh la sambung sikit dari post lepas. Raya kedua boleh dikatakan full schedule lah. Dari Sungai Yu lepas tu ke Sawah Sempadan. Round round rumah saudara-mara yang setahun sekali singgah. Penat weh! total dalam 11 rumah bila keluar. Best? tak juga. lunyai rasa.

Rumah ke 5 rasanya ni, happy lagi lah.. HAHA!

Disebabkan raya kedua jatuh pada hari Jumaat, so stop dulu beraya dan sambung selepas solat jumaat. Best macam mana pun beraya, ingatlah solat jumaat tu WAJIB bagi lelaki untuk pergi. Lagi pun, dah raya ke-2 tak de dah rayanya sebab yang disyariatkan raya dalam islam adalam pada 1 Syawal sahaja (ruj: Khutbah khatib)

sawah pagi Tanjung Karang

Sekarang musim penanaman kedua di sawah. Padi kecik kecik lagi, baru nak naik. Bulan September atau Oktober dah cun kalau nak shoot outdoor kat sawah ni. Aku tak pernah buat shoot modelling kat sawah. Tak de model yang berminat nak shoot ala kampung dengan pakai baju kebaya bertemakan "gadis kampung" kot? Kalau ada, boleh bagitahu aku.

contoh gambar

Habis beraya dalam lebih kurang 6.00petang dan pulang ke rumah nenek di Sungai Yu. Esoknya pack barang dan balik ke rumah di Klang. That's my raya style. Every year. Seem legit right? HAHA!

enjoy!

Tuesday, July 02, 2013

Korang update blog kat mana? by shahroll

Tuesday, July 02, 2013



As salam, hello readers...

Menjadi penulis tak bertauliah lagi-lagi dalam ruangan blog peribadi adalah satu bentuk kepuasan yang tak terperi. Boleh hentam bahasa, boleh pakai segala bentuk gaya bahasa dan macam-macam lagi lah. Tak de sape nak bising, tol dak? Tapi kita kadang-kadang perlu akur jugak bila penulisan kita kadang-kadang disaduri bentuk berbaur "kewangan" bila satu-satu post itu dibayar! hehe...

update kat cafe pon boleh...

Update atau kemaskini blog sekarang dimana-mana saja. Kalau selalu di dalam rumah, sekali-sekala boleh dilakukan diluar rumah juga. Tapi jangan lupa bawak broadband korang! harapkan wifi kedai, alahai... susah!! nak-nak pulak time tu ngah peak ngan customer. Kebulur la nak pakai wifi free.

Skang broadband murah pe?

Tapi seriusli aku cakap, update di luar rumah agak mengganggu penumpuan kita kadang-kadang. Jangan bawak kawan! memang tak de la update tu. Paling best kalau ada smartphone, tak yah bawak laptop bagai, update je lam apps blogspot!

Tapi jenuh sket la nak taip lam smartphone =_=!

blog Klang blogger? HAHA! pon boleh!

Alasan lain, semasa korang tunggu client. Bukak balik post draft yang ada, sambung je penulisan yang tertunda. Etlis, tak de lah buang masa sangat bila client datang lambat kan? HAHA! Paling sedih bila idea tengah rancak, client datang. kih3...

Tak pon boleh wat kerja yang lain;

market betol mamat neh! haha...

Kerja yang tertangguh lain boleh disetelkan jugak. Zaman sekarang punya penangan. kerja dimana-mana. Natijahnya, sampai korang tak terperasan client korang dah terconggok depan mata! HAHA. Jangan amalkan ye?

enjoy!

Wednesday, April 03, 2013

Klang Blogger Meet Up Vol.2 by shahroll

Wednesday, April 03, 2013



As salam, hello readers...

Just short update untuk bulan April. Aku bakal adakan satu sesi lepak santai bersama bloggers, entrepreneurs & business matching pada Sabtu ini. Details seperti dibawah;



Masa: 8.30malam-10.30malam (2 jam)
Tempat: Bangi Kopitian, Bukit Tinggi Klang (rujuk maps kalau tak tahu)
Tarikh: 6 April 2013 (Sabtu)

Facebook Event: SINI

Apa yang tak boleh korang bawa?

Business yang ada unsur-unsur MLM, aku HARAMKAN sama sekali. Untuk business lain seperti produk, services aku benarkan. clear eh?

Dan semestinya, sharing knowledge digalakkan dalam sesi ni. Untuk bloggers, pasti banyak yang boleh dikongsikan begitu juga dengan entrepreneurs.

jom!

Friday, January 18, 2013

Antara media arus perdana dan juga media alternatif by shahroll

Friday, January 18, 2013



As salam, hello readers...

Hari ni aku terpanggil untuk membaca ruangan kolumnis atau blogger di Utusan Malaysia. Ada artikel yang menarik perhatian aku tentang "Budaya tegur-menegur antara media dan kerajaan" yang aku rasa banyak point yang boleh kita fikirkan sekejap.

Turn-off your political review.

Kita perlu paham apakah dia media massa dan juga media altenatif. Media massa memegang fraterniti kewartawanan. Selepas kita paham kedua media ini, baru dapat asingkan laporan mana yang tepat, benar, rasional. Ramai yang berpendapat bahawa, dunia persuratkhabaran masih ditakuk lama walhal mereka sudah lama "dicantas" oleh media alternatif yang lebih memajmuk kan maklumat sehingga ia menjadi perbualan rakyat marhaen.

Untuk pemahaman yang LEBIH, korang boleh baca;
Utusan Malaysia (Rencana)
The Malaysian Bar- Aktivisme dan Media Sosial

enjoy!


picture: Google 

*******************************
peserta: hanya 35 orang sahaja
bayaran: RM100 (tempahan awal sebelum 31 Jan 2013)
RM150 (tempahan lewat selepas 31 Jan 2013)
Tempat: Bilik Seminar 3, PKNS Biz Point, seksyen 7, Shah Alam.


Thursday, September 20, 2012

Penulis blog dipukul? by shahroll

Thursday, September 20, 2012



laporan surat khabar tak lama dulu...

As salam, hello readers...

Dari blog boleh membawa "pergaduhan" di alam realiti. Kenapa benda macam ni boleh terjadi? Tanggapan aku dengan keadaan seperti ini sedikit berbeza. Kalau diperhatikan, blogger-blogger yang bagaimana boleh mencetuskan konflik serta isu yang panas yang berlegar di alam maya?

Dapat jawapannya?

Berbalah kerana perbezaan pendapat, adakalanya menyebabkan ada nyawa yang tidak "berdosa" melayang. Aku tak tahu, kalau-kalau yang sedang baca ni blogger yang cepat "melenting" bila satu-satu isu itu dibangkitkan walhal perkara tu kecik je.

Hujah aku;

1# Jadi blogger yang disenangi ramai. Dengan cara itu, orang pun tak rasa menyampah dengan kau dan blog kau tu. Tapi jangan ingat semua readers suka dengan setiap isi blog yang kau tulis. Ada yang tak suka dan mengutuk, tapi kau tak tahu.

2# Mood yang santai membantu korang menghasilkan entry yang santai juga walaupun kau buat advertorial level maha dewa susah. Buat seringan yang mungkin sebab readers nak baca benda-benda berat ni baik baca newspaper. betul?

3# Apa pun yang kau tulis, upload dan apa saja kau lakukan dalam blog, pastikan sumber yang diambil adalah sahih. Kalau blog personal, pi lantak la dengan kesahihan tu. Sebab kau je yang tahu. LOL!

4# Pernah baca pasal blogger US kena saman sebab menyiarkan artikel dalam blognya walaupun artikel tersebut disahkan benar? HAaaa.. be careful la ek?

lain-lain point akan diupdate kalau ada lagi. Ini yang terlintas dalam kepala untuk waktu sekarang. Secara kesimpulan, jadilah blogger yang berhemah, anda mampu melakukannya. LOL!!

enjoy!

Saturday, September 01, 2012

8 perkara dalam Etika Kewartawanan Malaysia by shahroll

Saturday, September 01, 2012



As salam, hello readers...

Bidang kewartawanan memang satu bidang profesional yang kita sedia maklum akan fungsinya sebagai pelapor kepada sesebuah berita dan juga peranannya dalam membina sesebuah negara dengan penghasilan artikel yang dilaporkan. Itu semua orang tak boleh nafikan.

Kerja profesional.

gambar: Google

Ramai juga yang tidak mengetahui corak kerja bagaimana golongan ini bekerja mendapatkan maklumat untuk dijadikan berita. Jika dah tahu, alhamdulillah dan bagi yang tidak mengetahuinya, boleh baca 8 etika/ perkara yang perlu didokong oleh semua wartawan di Malaysia;


1. Tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapat maklumat yang benar;

2. Dalam melaksanakan tugas ini dia menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritik yang saksama;

3. Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar/filem dan dokumen;

4. Sebarang maklumat tersiar yang didapati tidak benar hendaklah diperbetulkan;

5. Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita;

6. Wartawan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri daripada plagiarisme dan hasutan, tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa bentuk sekalipun;

7. Wartawan hendaklah menghindari siaran berita rencana yang bersifat perkauman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia;

8. Wartawan hendaklah memahami undang-undang dan peraturan negara yang berkaitan secara langsung dengan profesion mereka. sumber: MPI blog

Kenapa aku bangkitkan isu etika kewartawanan ni? apa kaitan dengan blogger? Khususnya pengamal media baru?

Kerana, aku dapat perhatikan sejak kebelakangan ini ramai juga golongan-golongan blogger yang dijemput menghadiri untuk majlis-majlis rasmi ataupun berkaitan dengan dunia hiburan misalnya, tidak tahu akan "do & don't" dalam sesuatu majlis.

Lebih tepat, sumber kerahsiaan yang tak patut didedahkan.
(5) Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita.
Terkadang kita "terkeliru" samada info yang kita perolehi itu samada boleh disiarkan atau tidak dalam blog kita kerana kita masih menganggap "Ini belog saya, saya punya suka" jika kita tidak berhati-hati dalam menulis dalam blog kita sendiri, kita mungkin bakal berhadapan dengan perkara-perkara melibatkan perundangan negara.

Lebih-lebih lagi melibatkan organisasi atau orang perseorangan.

Tepuk jari, tanya otak. Kita bebas nak buat apa saja dalam blog masing-masing selagi tidak mencetuskan kontroversi ataupun fitnah semata. Sape nak buat dipersilakan, tapi aku cuma ingatkan je satu perkara;

Akta Fitnah 1957: Bertujuan melindungi masyarakat daripada menjadi bahan fitnah orang yang tidak bertanggungjawab. Fitnah adalah kata-kata dusta mengenai orang lain dan dihebahkan atau disiarkan kepada pihak ketiga. Akta fitnah merupakan undang-undang sivil. 
Jika fitnah itu mengandungi unsur jenayah, tuduhan boleh dikenakan di bawah Kanun Keseksaan (S.449) dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara dan/atau denda. Dalam kes fitnah, tanggungjawab membuktikan sesuatu (burden of proof) terletak pada yang dituduh membuat fitnah. 
Pihak yang tertuduh perlu membuktikan bahawa kenyataan/ keterangannya itu adalah benar dan merupakan berita atau ulasan yang adil (fair  comment) dan dibuat untuk kepentingan orang ramai.
enjoy! 

Saturday, August 25, 2012

(case study) Blogger Defamation? by shahroll

Saturday, August 25, 2012


As salam, hello readers...

Masa aku berada di part 4, aku ada belajar pasal subjek LAW. Bukan major law, belajar pasal company dan law. Tapi ada sentuh sikit pasal benda defamation. Cumanya sekarang, aku related-kan dengan dunia blog dengan istilah defame ini.

[ads-text] Looking for photographer? Shahroll Photography ready for you!

Amende tu eh?

Untuk skop blogger, boleh baca guideline nya di SINI. Banyak input korang boleh perolehi dari situ. Ada yang boleh pakai dan ada yang hanya digunapakai dalam law US sahaja.


Do blogs have the same constitutional protections as mainstream media?
Yes. The US Supreme Court has said that "in the context of defamation law, the rights of the institutional media are no greater and no less than those enjoyed by other individuals and organizations engaged in the same activities."
Walaupun dunia Internet begitu luas dan penuh dengan segala sumber dan bermacam lagi, aku rasa sedikit "sekatan" melegakan sesetangah pihak. Betul tak? Tapi dah bertentangan pula dengan kebebasan suara dalam Internet, cam ne tu?

Apa pun, aku tertarik dengan 1 kes di luar negara yang melibatkan blogger di luar negara.

Baca: Truth doesn't protect Minnesota blogger from defamation suit; judge upholds Johnny Northside verdict. ($60,000 judgment to be appealed by blogger who court found reported truthfully)

enjoy!

Thursday, November 17, 2011

Ringgit Malaysia terkumpul hasil dari berblogging by shahroll

Thursday, November 17, 2011
As salam, hello readers...


Setiap penulisan yang di post di dalam blog masing-masing mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan mampu menarik para pembaca tak kira dimana mereka berada. Dengan kekuatan itu, maka "upah" nya pasti berbaloi jika kena pada tempatnya.


Hamboih, ayat macam skrip TV1 plak. Mencik ah! =p


Berblogging sebab suka-suka. Ayat paling biasa dalam etmosfera blogging world. But bagi aku, Blogging Didahulukan Duit Diutamakan memang cukup sedap ayat ni eh? #kopipesNajibtag

Tak de orang suka buat perkara sia-sia. Begitu jugak dengan blogging. Tak perchaye? Tengok bawah ni...


Untuk baca tutorial pasal Churp-Churp, sila ke:-

Hasil pendapatan dulu-dulu dengan Nuffnang

Aku bukan top bloggers. So, pendapatan suam-suam kuku je. Kalau yang top, lebih daripada aku nyer lah. Korang sure cakap kan "eh, ngan tulis hape-hape lam blog pon leh dapat duit??"

Come on lah weh, bukan sesenang nak generate money ok. Banyak disiplin yang harus korang tempuhi. Paling penting kuncinya sabar dan konsisten.

Diakui, ramai bloggers skang ni. Tak kisah la pure or just copy paste punya blog, still blogger lah tu. Cuba email kat dorang, senang tak nak generate money? Kalau dia kata senang, SAH pentipu!

Kalau tak bersengkang mata nak "hidupkan" blog tu naik, bagi rank yang bagus, orang tahu komitmen kau, sukar lah kalau ko just setakat buat hangat2 tahi ayam. Selalunya cam tu..

Jam 8 Malaysia VS Indonesia kan? Jom tengok bola pulak, leh dapat traffic FREE...


enjoy!