Showing posts with label Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label Shah Alam. Show all posts

Sunday, October 01, 2017

Kari Kepala Ikan power @ seksyen 21 Shah Alam by shahroll

Sunday, October 01, 2017



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, dapat juga aku update blog ni buat sekian lama. Berhabuk ye dak? ahaaa! Busy benar rasanya tahun ni. Ok lah, untuk edisi kali ni, aku nak share dengan korang tempat makan tengahari aku makan Kari Kepala Ikan power yang ada di seksyen 21, Shah Alam.


Kari Kepala Ikan Power @ Shah Alam 

Bagi korang yang tak biasa dengan Shah Alam, kedai ni terletak berhampiran dengan kilang gula CSR tu. Kedai makan ni takde signboard pun. Tapi tersembunyi sesuatu menu yang perghhhhh merecik hawau!. kalau tak jumpa jugak, cuba cari station minyak Petron memang dekat dah tu dengan kedai Kari Kepala Ikan Power ni.

Hari tu aku dikenakan RM17 untuk hidangan Kari Kepala Ikan, Nasi putih+belacan+sayuran ulam2 dan Teh Ais. Ikan dia macam gambar diatas, penuh satu pinggan.

Jom layan video review aku dibawah ni;


Memang tak rugi korang bawak 1 family layan kari kepala ikan power kat sini. Harga berpatutan. Korang kena mintak kat owner untuk makan berapa orang, nanti dia sediakan dalam pinggan. Kalau korang ambil sendiri di tempat lauk, apa yang tinggal je lah. So, request!


Happy weekend guys!





Tuesday, March 08, 2016

Dara Lamb Grill: Keenakan tanpa batasan @ seksyen 7, Shah Alam by shahroll

Tuesday, March 08, 2016



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, bertemu kembali kita dalam blog yang dah cecah pageviews 1juta kali bacaan. Terima kasih kepada pembaca yang baru dan lama kerana jejak ke dalam blog shahrulhairydotcom ni ye? Kali ni aku nak story pasal makanan western di Dara Lamb Grill, Shah Alam.

Burger+fried fries

Terletak di seksyen 7, tak lah sukar mana untuk mencari tempat makan kat sini. Dara Lamb Grill betul-betul berdepan dengan Hospital Shah Alam, bersebelahan dengan Naluri Cafe. Sila waze dengan betul! HEHE....

Dara Lamb Grill mula beroperasi pada 1 Ogos 2014! lama dah tu...

fresh & eat!

Kat sini ada 2 set yang best. Malaysian MOO dan Maxi MOO. Harga pun lebih kurang je, tapi aku syorkan ambil set Maxi MOO, macam aku makan kat atas ni. Maxi MOO disedapkan oleh sesame burn, beef patty, special sauce, lettuce, onions & tomatoes.

another menu? HERE

Dengan patty dia yang double, for sure mana perut yang size sama dengan aku (besaq sket lah!) boleh habiskan burger ni, unless kalau korang dah makan dulu kat memana, memang tak leh habis! Make sure korang datang sini dengan perut yang kosong! HEHE...

speechless!!

Ok gaiss, kalau korang nak try makanan kat sini, boleh datang ke Dara Lamb Grill di seksyen 7, Shah Alam. Alamat penuh kat bawah.

enjoy!

No.24, Jalan Plumbum N7/N,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor

Website: Dara Lamb Grill


Friday, October 23, 2015

Mencari rumah kos rendah di U10 Shah Alam? Jom tengok Alam Budiman by shahroll

Friday, October 23, 2015



As salam, hello readers...

Pencarian rumah kos rendah di Selangor, ibarat mimpi di siang hari, ye dak? Lelagi sekarang zaman yang penuh dengan kenaikan kos sara hidup, kos itu kos ini membuatkan kita pun give up nak beli rumah. Tetapi dengan kerajaan Selangor yang ada sekarang ni, InsyaAllah masalah rumah tu dapat di selesaikan. 

Ini bukan post politik ya pembaca semua, ini post untuk membantu mereka yang cari rumah dengan kadar yang mampu milik =)

Skim Rumah Selangorku

Pernah dengar tak? Tak? Ok, aku salah seorang yang dapat rumah dengan skim rumah Selangorku di Alam Impian, Shah Alam. Boleh rujuk balik posting lama aku untuk rumah yang aku beli pada tahun 2014.

Now aku nak highlight projek perumahan yang ada di Alam Budiman di U10, Shah Alam. Luas rumah tersebut adalah 850 kaki persegi. Agak luas untuk rumah jenis flat/apartment.


pangsapuri Alam Budiman

Korang boleh tengok laman web dia kat sini. Rumah dijangka siap Disember 2015 (hujung tahun ni!) dan boleh masuk pindah pada awal 2016. Cantik sangat tu untuk korang yang takde rumah dan masih mencari rumah di Selangor.

Ada syarat tak beli?

Mesti ada. Syarat dia, rumah ni dijual bawah program Selangorku dan semestinya korang kena register dekat Lembaga Perumahan Selangor. Boleh lihat kat sini syarat-syaratnya.

ada 12 blok semuanya.

Itulah serba sedikit informasi yang aku boleh share dengan korang semua. Nak beli atau tidak, terletak pada pilihan masing-masing. InsyaAllah ada rezki, rumah yang ada ni menjadi milik korang! Aminn, aku doakan ya!

contoh rumah siap

Galeri rumah boleh tengok-tengok kat sini jugak.

enjoy!





Saturday, October 17, 2015

Harmony Driving Shah Alam: Apa kelebihan kami berbanding yang lain?

Saturday, October 17, 2015




Assalamualaikum dan selamat pagi Sabtu semua pembaca blog shahrulhairydotcom, moga sentiasa sihat walafiat, aminn! Hujung minggu macam ni, aku seronok nak update blog sebab banyak idea sedang mencurah-curah dalam kepala. Salah satunya cerita pasal lesen motor dan kereta. Nak aku share tak? HEHE!

Ok aku start flashback dulu. Aku mula ambil lesen motorsikal dan kereta 10 tahun yang lepas. Masa tu umur aku baru 18 tahun, memang cukup-cukup nak ambil lesen untuk memudahkan aku bergerak ke sana-sini. Lagipun, kalau aku tak ambil lesen kereta, siapa lagi aku nak harapkan masa tu untuk aku bawak family. Sudahnya, aku ambil lesen kereta dengan motorsikal sekaligus, senang.

Itu 10 tahun lepas, lama kan?

Now, zaman berubah. Harga pun ada perubahan sikit tapi selaras dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak sekolah memandu. Nampak macam mahal, tetapi itulah yang TIADA CAJ TERSEMBUNYI daripada korang nampak iklan yang MURAH, tapi sebenarnya penuh dengan caj tambahan.

Harmony Driving Shah Alam

Tuan Mohd Zulhafiz Kusnaini

Alhamdulillah, sekarang beliau telah membuka perniagaan bagi memudahkan urusan bagi pelanggan mengambil lesen memandu. Ianya adalah dengan kerjasama syarikat Harmony Driving, beliau telah pun menyelia beberapa pelanggan yang berdaftar dibawah seliaannya.

di pejabat urusan Harmony Driving

Apa kelebihan ambil lesen bersama Harmony Driving Shah Alam?

Aha, ini main point aku untuk tatapan korang yang baru nak ambil lesen memandu. Jika dah penat pilih agen yang bagus, boleh cuba-cuba berhubung dengan Tuan Zulhafiz untuk nasihat percuma dari beliau. Lain? baca dibawah;

menarik kan?

Tuan Zulhafiz ada bagitahu, bayaran ansuran sehingga 4 kali bayaran itu yang menjadi main selling point bila berhadapan dengan client baru. Memang betul, kaedah bayaran seperti ini yang pelanggan mahukan, untuk memberi ruang "nafas" kepada pelanggan untuk mengambil lesen memandu.

Apa lagi yang best pasal Harmony Driving Shah Alam?

litar memandu yang baik dan diselenggara

kereta yang baru

Begitu juga dengan motorsikal

bersih!

Korang rasa gugup nak bawak kereta sebenar? Di sana juga ada disediakan kereta simulasi bagi mereka yang nak membiasakan diri sebelum membawa kereta yang sebenar di litar. Bagus juga inesiatif yang diambil bagi mengurangkan risiko yang tidak terjangka.

Vromm Vrommm!!

Bagi mereka yang berminat untuk mengambil lesen kereta atau motorsikal, boleh lihat laman blog Tuan Mohd Zulhafiz dibawah dengan promo code: shahrulhairydotcom semasa membuat pendaftaran;

Pandu Harmony blog: http://www.panduharmony.com

enjoy!




Wednesday, September 30, 2015

Mana nak cari Rojak dan Cendol Shah Alam sedap? by shahroll

Wednesday, September 30, 2015



As salam, hello readers...

Cendol dan Rojak memang popular dikalangan masyarakat Malaysia. Gandingan dua menu ini tidak boleh disangkal. Kalau jual cendol, rojak mesti ada. Kalau tak rojak pun, laksa. Peniaga-peniaga lori bergerak banyak di sekitar Shah Alam. Yang aku tahu ada di seksyen 7 berdekatan dengan i-City dan seksyen 16.

rojak dan cekdol seksyen 16, Shah Alam

Apa yang best pasal Cendol Pak Akob ni? Tak sama ke dengan cendol-cendol yang dijual kat tempat lain?

Rasa dia sama saja. Tak ubah macam cendol lain. Kalau nak rasa tapai, boleh minta pada brother yang jual, masukkan tapai. So, rasa masam-masam sikitlah cendol tu. Dari segi kepekatan santan, biasa juga. Tapi kacang dia letak banyak. Aku suka kacang merah tu.

Rojak dia pula, tepung dia tak berapa best. Cuma kuah dia je bagi aku syok. Manis lemak. Aku syak dia letak banyak gula merah dalam kuah rojak dia. Ke memang pakai gula tu? ke gula pasir? HEHE!! Timun bukan dihiris, tapi di sagat. Maka, nipis-nipislah timun yang korang dapat.

Secara keseluruhan, korang harus menikmati menu kat sini. Senang je nak jumpa lori cendol Pak Akob kat seksyen 16. Dia bebetul parking tepi jalan, dekat dengan Masjid seksyen 16. Nak makan sini jangan harap nak selesa, sebab meja dengan kerusi sangat limited.

Boleh tapau bawak balik, makan dekat rumah. Much better baby!

enjoy!



Wednesday, August 19, 2015

Foodsbury cafe seksyen 9, Shah Alam by shahroll

Wednesday, August 19, 2015



As salam, hello readers...

Bertempat di belakang Shell seksyen 9, Shah Alam tersembunyi satu cafe indah dan stailo menghiasi cafe Foodsbury. Aku bersama Hanis menjejaki cafe ni sebab dia teringin nak rasa menu yang ada disini setelah melihat gambar-gambar yang ada di Instagram mereka (ok, point taken!)

my order

Aku cafe macam ni memang suka. Suka nak ambil gambar dengan suasana cafe tu sendiri. Boleh dikatakan Foodsbury membuat hiasan dalaman dorang secara minimal. Tak terlalu penuh dengan hiasan dan tak terlalu sedikit. Mostly yang berkunjung disini mereka yang muda-mudi camtu. Ada gak yang berusia sebab anak dorang yang bawak ke sini.

our lovely cake!

Konsep cafe disini agak unik ya. Korang kena order di kaunter dan bayar dulu. No more makan "hit and run" punya style lah. Eh, ada ke orang macam tu? HEHE! Then, air yang dihidangkan TIADA GULA sebaliknya mereka menyediakan satu botol air gula untuk korang letak sendiri berapa banyak gula korang nak. 

Cool aite?

Mushroom Soup

Secara keseluruhan, makanan kat sini OK dan harga yang berpatutan. Kiranya kalau korang nak dating ke, ada perjumpaan dengan client ke boleh berkunjung disini. Lagi satu, kalau datang seorang diri, buku di rak banyak disediakan untuk bacaan korang!

capture by Hanis


Friday, August 01, 2014

Food Review: HOMST Restoren Cina Muslim di seksyen 13, Shah Alam by shahroll

Friday, August 01, 2014



As salam, hello readers...

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke restoren cina muslim untuk berbuka puasa. Ini cerita di hujung-hujung puasa yang lalu. Aku bersama rakan-rakan "seperjuangan" dalam sesi makan-makan datang ke sini dengan satu matlamat, merasai kenikmatan berbuka puasa dengan menu makanan cina muslim yang di khabarkan enak dan terbaik!

Lokasi restoren terletak di seksyen 13, Shah Alam betul-betul tepi jalan susur keluar ke station minyak Petron. Senang je landmark dia (belakang Tesco Extra)

Homst Restaurant, branch Shah Alam

Tempahan tempat telah dibuat awal oleh rakan seperjuangan makan-makan kali ni. Puak pemisah yang ada masa ini aku, Syazwan & Nizam (boss nih!) semua bagai muka serigala jadian menunggu mangsa untuk menjamah menu-menu yang dipilih.


Menu makanan di Homst Restaurant

Jika korang tanya aku dari segi harga, terus-terang aku katakan, harga nampak murah tapi ikut portion yang dipilih. Kalau pilih saiz besar, besar sikit lah pelaburan yang kena keluar. Ada yang dah fixed price =)

Apa yang kami order?
1-Crab Meat Shark Fin Soup
2-Sizzling Taufu
3-Salted Egg Yolk Soft Shell Crab
4-Lemon Chicken
5-Asparagus
6-Buttered Prawns
7-Deep Fried Sotong

Crab Meat Shark Fin Soup

Hidangan ni aku bagi 5/5 star der! Fuhh, sekali makan memang ketagih. Rasa lemak-lemak yang sekata, taburan isi ketam yang seimbang, membuatkan korang rasa terapung-apung bila menikmati sajian ni. Menu yang sangat aku rekemen untuk korang!

Sizzling Taufu

Hidangan taufu ni sebenarnya biasa-biasa je. Ada taucu sikit, ada telur separuh masak dengan sayur campuran. Rasa taucu yang kuat agak kemasinan sikit disitu. 3/5 untuk hidangan ni...

Salted Egg Yolk Soft Shell Crab

Aku agak kecewa dengan ketam lembut goreng ni sebenarnya. Sebab apa? rasa daun kari dia kuat sangat dan tepung yang tebal! Memula makan macam sedap, 3-4 kali suap, terus out! Menu yang dinanti-nanti tetapi sedikit keciwa... 2/5!

Friday, June 13, 2014

Khutbah Jumaat dari Masjid UiTM Shah Alam by shahroll

Friday, June 13, 2014



As salam, hello readers...

Menunaikan Solat Jumaat adalah kewajipan seorang lelaki yang sudah baligh dan di dalam hadis ada menyebutkan, adalah berdosa jika seseorang lelaki itu meninggalkan solat jumaat selama 3 jumaat. Korang boleh cari hadis berkenaan k?

Post kali ni adalah berkenaan dengan khutbah jumaat. Bezanya, kali ni aku share dengan korang tajuk khutbah kali ni disebabkan, ketinggian rasa insaf itu menyusup ke dalam jiwa aku, apatah lagi jika aku share dengan korang kan?

Tajuk: Malam Pertama, adakah kita bersedia?

Malam pertama yang dirujuk oleh khatib adalah bukan malam pertama dalam perkahwinan. Malam pertama perkahwinan itu hanyalah "hadiah" dari Allah kepada hamba-hambaNya supaya taat akan semua perintahNya. Ini malam pertama di alam kubur yang khatib bacakan dihadapan jemaah yang dimuliakan oleh Allah SWT...

Aku berikan intipati dari apa yang disampaikan;

#1-Cukupkan amalan kita untuk bertemu dengan sang malaikat iaitu The Denied and The Denier (Munkar dan Nakir) sebelum kita dapat bertemu dengan Allah?

#2-Apakah yang telah kamu kerjakan diatas muka bumi untuk menegakkan agama Allah?

#3-Allah mengampunkan segala dosa kepada hamba-hambaNya, akan tetapi dosa-dosa sesama manusia, manusia itu sendiri perlu meminta maaf dan memaafkan

#4-Apalah guna hidup di dunia serba mewah, lengkap tetapi pada penghujung kehidupan, semua itu ditinggalkan

#5-Disaat nyawa ditarik oleh malaikat, disaat itu jugalah hijap dibuka dan nyatalah semua yang ada didunia ini tipu helah semata-mata. Kembali kepada Al-Quran dan hadis

#6-Basahkan lidah dengan zikrullah bukan setakat selepas solat, tetapi pada setiap masa agar HATI tenang dan menjadi lembut disebabkan zikir yang diucapkan

Itulah sedikit sebanyak yang aku boleh share pada pembaca-pembaca blog aku. Yang mana pembaca wanita tu, ambil ikhtibar dan sentiasa muhasabah diri, tidak terkecuali untuk diri sendiri juga =)

enjoy!


Thursday, May 29, 2014

22 gambar sekitar Pangsapuri Alam Impian seksyen 35, Shah Alam by shahroll

Thursday, May 29, 2014



As salam, hello readers...

Sambungan pasal rumah yang bakal aku duduki nanti iaitu Pangsapuri Tun Teja 1 di Alam Impian. Gambar dirakam selepas aku pergi jumpa dengan pegawai bank untuk semakan gaji seperti aku tulis dalam post yang lepas

Alhamdulillah, stage sekarang tinggal untuk urusan lawyer rumah dan Perbendaharaan di Putrajaya untuk urusan pinjaman kerajaan. Hope semuanya berjalan dengan lancar, aminn...

Rumah tingkat Ground Floor dan tingkat 1 di khaskan untuk mereka yang kurang upaya (OKU), bermula level 2 hingga 13 untuk orang awam. Tahnia pemaju yang perihatin dengan keperluan penduduk. 

Gambar sekitar rumah pangsapuri tersebut...

parking motor

tempat pembuangan sampah

permainan kanak-kanak

2 buah lif untuk tower A & B

parking kereta (hadapan)



Wednesday, May 21, 2014

Lagi kedai makan yang sedap dan murah, Aida Ikan Bakar seksyen 6 by shahroll

Wednesday, May 21, 2014



As salam, hello readers...

Kalau pasal makan, memang kedai ini yang aku cari. Selain ikan bakar dia yang ummphh! ada lagi menu special yang patut korang rasa kat kedai ni. Apa dia?

Burung Puyuh Madu!

Aku tak pasti samada burung puyuh atau burung wak-wak. Tengok pada size, macam burung puyuh aje. Tapi yang pastinya, rasa madu yang dipanggang pada burung memang terbaik!


Hidangan makan tengahari

Harga disini cukup murah dan berpatutan disamping restoren ini dah dinaiktaraf ruang makannya yang lebih luas untuk menampung pelanggan yang ramai pada waktu makan tengahari. Hidangan kat atas ni RM10 sahaja beserta dengan Teh Ais.

Murahkan?

Aku ada post entry pasal Aida Ikan Bakar kat SINI.

enjoy!


Monday, February 10, 2014

Karnival Karangkraf 2014 havoc!! by shahroll

Monday, February 10, 2014



As salam, hello readers...

Syarikat Karangkraf yang bertempat di seksyen 15, Shah Alam tidak perlu diperkenalkan lagi kerana mereka merupakan syarikat terbesar yang mengeluarkan pelbagai bahan bacaan seperti majalah, novel, buku cerita kanak-kanak, buku masakan dan lain-lain lagi. Hari ni aku dan adik-adik sempat ke "markas" Karangkraf untuk sama-sama memeriahkan suasana di hari terakhir


Walaupun hari terakhir, orang ramai tak putus-putus datang ke sini. Tarikan utama bukan sahaja dapat diskaun buku-buku yang dijual sehingga 80% malah terdapat pelbagai booth yang disediakan seperti booth Zakat, booth JPJ, booth Sinar dan booth berkaitan dengan grup Karangkraf

Aku suka tengok buku masakan di Studio F, bangunan Karangkraf

Jika tahun lepas, buku-buku masakan dicampur sekali di booth belah belakang bersama dengan novel, kali ni nampak lebih teratur. Ruang dalaman di bangunan Karangkraf dijadikan tempat pengunjung untuk membeli buku-buku jenis masakan, Islamik dan Buku kanak-kanak. Sejuk ada air-cond, best! HAHA!

Studio F tu terletak di bangunan ni...

Aku park kereta di bulatan jalan, tak jauh dari Karangkraf. Tapi kalau berjalan, berpeluh gak la. Dan yang best nya tahun ni, mereka menyediakan shuttle sebanyak 15 kereta yang pelbagai seperti Alza, Proton BLM dan Persona untuk mengangkut pelawat yang datang berkunjung. 

Borak-borak dengan pemandu kereta shuttle tu, kereta ini sebenarnya digunakan untuk staff-staff Karangkraf yang park kereta di area seksyen 20 (berdekatan dengan Petronas) sebabnya apa? Park yang ada di Karangkraf adalah untuk pelawat/pelanggan sahaja! #RESPECT!

Memang enjoy Ahad aku

Thanks Karangkraf!

Monday, August 05, 2013

Sekitar kemeriahan Uptown Shah Alam @ seksyen 24, padat! by shahroll

Monday, August 05, 2013



As salam, hello readers...

Semalam aku sempat pergi meninjau kawasan paling "panas" di jajahan Shah Alam seksyen 24 iaitu Uptown Shah Alam yang menyaksikan ramai gila manusia pergi ke sana. Aku membawa family members yang lain terpaksa menempuh jalan yang sesak dan parking yang jauh!

Jam menunjukkan 12.15pagi dan baru nak mencari barang seperti kasut, tudung dan lain-lain. Habis menjelajah (tak semua kedai) dalam jam 2.00pagi lebih kurang. Itu pun dah lembik nak berjalan!

welcome to Uptown Shah Alam!

Masuk je ke pintu utama, dah terasa bahang limpahan manusia membanjiri tapak niaga yang rata-rata golongan bawah 35 tahun yang ramai. Keluarga ada jugak tapi tak ramai. Yang bawak anak kecik pon tak ramai. Sebab dah tahu sesak kot, tu malas nak berhimpit bagai. HAHA.

masa puncak: 12.30pagi-1.30pagi

Di depan pintu masuk Uptown

Korang kalau nak parking kereta tu, jangan harap la nak park dekat-dekat. Letak kereta di depan sikit. Berjalan lebih kurang 200 meter cam tu. Ok lah, jogging pepagi kan? HEHE. Apa yang best dalam uptown ni sampai ramai nau yang suka windows shopping?

selendang? shawl? jeans? short pant? u named it! HAAAAA...

BANYAKNYA PILIHAN!

Itulah dia mengapa ramai datang sini "cuci mata" dengan barang-barang yang ada kat sini. Aku? aku tak de beli apa pun, walaupun banyak jeans Levis 501 yang cantik cutting nya! arghhh.. tahan tahan.. napsu semua tu! haha..

enjoy!

Monday, November 05, 2012

(promotion) All You Can Eat!! at Tung Yuen restaurant, Hotel Blue Wave Shah Alam by shahroll

Monday, November 05, 2012



As salam, hello readers...

Ini adalah sambungan entry dari post sesi cuba rasa media/bloggers di Blue Wave Hotel, Shah Alam. Masih tidak terlewat lagi untuk aku review apa yang sudah aku rasa dan makan di Tung Yuen Chinese Restaurant. Sebanyak 9 hidangan yang telah dihidangkan kepada kami. Penggemar claypot dan sizzling pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba dan menikmati hidangan yang lazat ini.

Tetapi aku sempat rasa beberapa menu yang dihidangkan.

Pengalaman luar biasa menjamu selera makan tengahari dan makan malam di hotel bertaraf lima bintang sepanjang Oktober dan November ini tujuh hari seminggu menerusi seleksi menu yang disediakan. 

Penampilan istimewa 14 sajian berbeza Claypot & Sizzling bersama variasi hidangan Dim Sum, Sup, Ayam/Itik, Ikan & Makanan Laut, Sayur-sayuran, Mee dan Nasi serta pencuci mulut.

Jom kita review satu persatu;


Menu #1- Nama agak panjang ye, tapi korang boleh baca namanya kat atas tu. Campuran susu dan butter menambat hati sesiapa saja yang merasai fish fillet ini. Isi ikan nya juga lembut.

Menu #2- Daging yang dimasak secukup rasa dengan sos pedas. Cukup nikmat. Kepingan daging yang lembut menambahkan selera kepada sesiapa saja.

Menu #3- Yang ini agak unik sedikit. Bukan unik apa, kerana sos yang digunapakai dalam masakan ini adalah sos kopi. Pelik? jangan risau, rasa daging kambing ini sangat sedap dan "bau" kambing itu tidak terhinggap di hidung korang

Menu #4- Paling mantap malam itu. Aku rasakan banyak juga ayam yang dah aku habiskan dalam plate ni. Rasa dia memang ummpph!! terbaek dari ladang rasanya. Walaupun nampak macam "simple" je kan, tapi rahsia disebalik masakan ni, chef je yang tahu. HEHE!

penulis sedang test masakan yang dihidangkan bersama food blogger yang lain... Chifan! =D

dekorasi di dalam restoren...
photo credit: Cik Lily Putih blog

Promosi ini tersedia di Tung Yuen Chinese Restaurant, Aras 1 Grand BlueWave Hotel Shah Alam bermula 11.30 pagi hingga 2.30 petang (makan tengahari) / 6.00 petang hingga 10.30 malam (makan malam) 7 hari seminggu pada harga istimewa bagi kategori dewasa dan kanak-kanak. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat menerusi talian 03-5511 8811 sambungan 2616 (Tung Yuen Chinese Restaurant)

Harga: RM55.00++ (Dewasa) RM27.50++ (Kanak-kanak berumur 4 hingga 11 tahun)

Info tentang Tung Yuen Chinese Restaurant
Tung Yuen Chinese Restaurant terletak di Aras 1, Grand BlueWave Hotel Shah Alam menawarkan hidangan khusus dalam sajian Kantonis dan Szechuan. Ia mendapat pengiktirafan daripada JAKIM untuk sijil pengesahan HALAL dan berupaya menampung kapasiti pengunjung seramai 200 orang pada satu masa. Restoren ini beroperasi mulai jam 11.30 pagi-2.30 petang / 6.00petang-10.30 malam.

Claypot & Sizzling: Chef Patrick Ng, (Chef Masakan Cina)

photo credit: Linoralow blog