Showing posts with label scriptwriting. Show all posts
Showing posts with label scriptwriting. Show all posts

Sunday, March 06, 2011

About script-writer .. by shahroll

Sunday, March 06, 2011
As salam to all,


Selamat hari ahad. Hari nie aku cuma nak siapkan assignment2 yang belum aku sentuh. My God! Aku cuma fikirkan pasal Ahad minggu depan je nie. Kenapa? Nantikan update seterusnya jika korang sanggup nak tunggu lah. Sekarang aku update sikit2 je, nak kejar masa. Betul lah masa itu emas. haha~


picture credit: HERE

Awal pagi tadi, around 3am (GMT+8) aku layan movie dekat channel DIVA (Astro 702). Cerita tu mengisahkan seorang penulis skrip yang agak berumur dan pihak studio menganggap, skrip nya tidak bermutu lagi disebabkan faktor umur. Maka, dengan itu beliau membuat strategi untuk menjual skrip nya itu pada pihak studio tadi.

Anak buahnya seorang penjual kereta berkomplot dengan makciknya tadi, untuk jual skrip itu. Ada masalah dipertengahan cerita ni. Skrip itu sebenarnya tidak bermutu untuk beberapa halaman disebabkan idea asal "dicedok" dari sebuah filem yang lain. Timbul konflik disitu.

Disebabkan syarat di Hollywood begitu ketat pasal skrip, makciknya bertindak mengubah beberapa halaman tadi kepada ideanya sendiri. Aku tengok kehidupan seorang penulis skrip memang "teruk".

picture credit: HERE

Teruk bukan pasal apa, nak buat 1 halaman pon aku tengok seksa nak keluarkan IDEA. Aku tengok movie tu, barulah aku paham situasi penulis skrip nie. Idea datang bukan kira masa dan laptop sentiasa di sisi. Huhu~ cool lah.

Sesiapa yang baca blog aku nie yang bergelar penulis skrip, boleh la kongsikan pengalaman korang jugak ya? Boleh orang biasa-biasa macam saya, menyelami kehidupan seorang penulis skrip, khasnya di Malaysia. 

Thanks for read! Happy sunday all.. As salam..

Wednesday, November 17, 2010

Seminar / Bengkel Cinematic : Story Telling [scriptwriting] by shahroll

Wednesday, November 17, 2010
Salam semua =D

Selamat menyambut Hari Raya Qurban! Baru balik dari solat sunat di masjid berdekatan. After this, akan drive ke KLIA pula, kunjungan ke rumah saudara. Baik, aku nak tanya, korang selama menulis, tulis dalam blog nie kan, ada rasa nak cuba menjadi penulis skrip tak? Khasnya pada blogger yang pandai berblog buat novel tu.. haaa.. aku ada berita baekkk punyer!

** Seminar anjuran (Dr) Mahadi J Murat**
SeMedia | FINAS dan UiTM

Satu bengkel akan diadakan di Pawangan P.Ramlee (FINAS) Hulu Langat pada 5 Disember 2010 seperti poster diatas. Korang akan dibimbing oleh fasilitator "The Imager". Siapa penganjur (Mahadi J Murat) nie? sila klik di SINI.

Yup! Pengarah yang bergelar Doktor yang cukup sinonim dengan dunia perfileman / sebalik tadbir dalam dunia seni. Beliau juga bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya Pendidikan. Beliau memiliki Ijazah sarjana filem (Universiti Westminster, London). Hebat bukan?

Dengan bermodalkan hanya RM50, korang akan menimba ilmu penulisan skrip yang mana bagi aku tak de lah mahal sangat. Berbanding kalau korang pergi ke Pavilion shopping baju, mau gak dekat Rm400-RM500 kan.. huhu~ maaf! bukan nak kutuk orang yang suka bershopping eh.. =D perumpamaan saja..

Kalau anda berkenan dihati nak book seat korang, boleh email di mahadijmuratworkshops@gmail.com dan untuk pembayaran melalui apa, itu korang kena tanya kat Doktor ye.. =D. Aku pon nak masuk bengkel nie, mana tahu tuah badan, boleh jadi penulis skrip yang terkenal seperti Adza Irdawati kan? hehhe. cool owh!

What are you waiting? peluang datang sekali je.. hehe.. salam!