As salam, hello readers...
Mendapatkan khidmat pengajar di gym adalah satu perkara yang penting jika korang bebetul ZERO dalam hal menggunakan peralatan. Jangan macam aku, hanya merujuk pada video Youtube dan terus melakukan senaman atau "workout" yang salah tanpa aku sedari!
Ceritanya begini,
Petang semalam, aku macam biasa datang ke gym UiTM untuk membuat cardio dan bentuk badan. Cardio yang aku tahu adalah membuat sedikit pemanas badan, tredmill dan kayuh basikal. Itu asas yang aku tahu.
Lepas tu, aku bermain alatan yang membina otot biceps, triceps. Aku boleh nampak hasilnya bila otot lengan aku semakin mengeras dan kembang dalam masa 3 minggu. Kalau lama lagi training, dapat hilangkan terus lemak-lemak degil yang ada.
Last sekali, aku bermain dumbell. Masa aku main dumbell inilah, pelajar dari Sains Sukan UiTM iaitu Lucy menegur aku tentang kesalahan yang aku buat. Dalam salah satu kesalahan aku iaitu ketika membuat "squat with weight" sepatutnya aku tak boleh squat sampai punggung cecah ke lantai, hanya separa sahaja.
Jika dibuat berterusan, menurut Lucy aku akan mengalami 2 kecederaan iaitu di lutut dan juga tulang belakang! Nampak tak bahayanya itu?
Ini latihan yang betul bila buat squat dengan dumbell
gambar: Google Image
Latihan asas membuat latihan squat ini, korang kena buat latihan menggunakan bola dulu. Paling tidak pun, korang bukak dada korang tu, lepas tu lock punggung ke belakang sedikit then lutut sama paras dengan kaki. Aku dapat bertahan selama 10 saat tanpa menggunakan bola.
Lagi satu, bila korang nak UP, pastikan up dengan perlahan-lahan. Aku silap jugak tadi, aku up cepat.
Thanks to Lucy yang beri aku ilmu semalam. Tanpa teguran tu, mungkin aku boleh dapat kecederaan serius. Itulah padahnya bila "berguru" dengan Youtube. Mungkin lepas ni, aku akan ambil Lucy sebagai instructor aku untuk buildbody (kalau harga tak mahal la kan? HAHA!)
enjoy!
2 comments:
terbaek bro.. ilmu tu.. :)
tq
ejulz:
YEahh! naseb dia tegur.. klw x parah aku! hehh..
tq singgah sini =)
Post a Comment