Showing posts with label Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Jumaat. Show all posts

Friday, June 13, 2014

Khutbah Jumaat dari Masjid UiTM Shah Alam by shahroll

Friday, June 13, 2014



As salam, hello readers...

Menunaikan Solat Jumaat adalah kewajipan seorang lelaki yang sudah baligh dan di dalam hadis ada menyebutkan, adalah berdosa jika seseorang lelaki itu meninggalkan solat jumaat selama 3 jumaat. Korang boleh cari hadis berkenaan k?

Post kali ni adalah berkenaan dengan khutbah jumaat. Bezanya, kali ni aku share dengan korang tajuk khutbah kali ni disebabkan, ketinggian rasa insaf itu menyusup ke dalam jiwa aku, apatah lagi jika aku share dengan korang kan?

Tajuk: Malam Pertama, adakah kita bersedia?

Malam pertama yang dirujuk oleh khatib adalah bukan malam pertama dalam perkahwinan. Malam pertama perkahwinan itu hanyalah "hadiah" dari Allah kepada hamba-hambaNya supaya taat akan semua perintahNya. Ini malam pertama di alam kubur yang khatib bacakan dihadapan jemaah yang dimuliakan oleh Allah SWT...

Aku berikan intipati dari apa yang disampaikan;

#1-Cukupkan amalan kita untuk bertemu dengan sang malaikat iaitu The Denied and The Denier (Munkar dan Nakir) sebelum kita dapat bertemu dengan Allah?

#2-Apakah yang telah kamu kerjakan diatas muka bumi untuk menegakkan agama Allah?

#3-Allah mengampunkan segala dosa kepada hamba-hambaNya, akan tetapi dosa-dosa sesama manusia, manusia itu sendiri perlu meminta maaf dan memaafkan

#4-Apalah guna hidup di dunia serba mewah, lengkap tetapi pada penghujung kehidupan, semua itu ditinggalkan

#5-Disaat nyawa ditarik oleh malaikat, disaat itu jugalah hijap dibuka dan nyatalah semua yang ada didunia ini tipu helah semata-mata. Kembali kepada Al-Quran dan hadis

#6-Basahkan lidah dengan zikrullah bukan setakat selepas solat, tetapi pada setiap masa agar HATI tenang dan menjadi lembut disebabkan zikir yang diucapkan

Itulah sedikit sebanyak yang aku boleh share pada pembaca-pembaca blog aku. Yang mana pembaca wanita tu, ambil ikhtibar dan sentiasa muhasabah diri, tidak terkecuali untuk diri sendiri juga =)

enjoy!


Friday, May 25, 2012

Tazkirah Jumaat: virus hati & vaksinnya by shahroll

Friday, May 25, 2012


As salam, hello readers


Selesai sudah aku menghadirkan diri dalam satu majlis ilmu tadi yang mana penceramah yang datang dari Pusat Pemikiran Kefahaman Islam (CITU) membawakan tajuk ini dengan santai dan sedap untuk didengar.


Ustaz Mohd Afiz Hasan


Tajuk ceramahnya minggu ini berkaitan dengan hati. Tajuk yang best dan kena dengan situasi semasa dan alam pekerjaan. Menurut beliau, jika hati yang "rosak" tidak dirawat, maka keseluruhan kerosakan itu akan terpancar kerana apa yang ada di dalam hati akan terkeluar.



Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah HATI. (HR. Bukhari dan Muslim) 



Banyak kupasan yang telah dikupas oleh Ustaz berkenaan hati ini. Beliau tak menggunakan sangat slide yang telah dibawa, tapi lebih pada penceritaan diselang-selikan dengan hadis dan ayat-ayat Al-Quran. Itulah kelebihan pada mereka yang datang ke majlis ilmu =)


Apa pun, aku letakkan slideshare untuk korang membacanya k? Semoga bermanfaat! =D


Friday, March 23, 2012

Khutbah Jumaat : Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama pasangan by shahroll

Friday, March 23, 2012


As salam, hello readers...

Hari ni aku mendengar khutbah Jumaat di Masjid UiTM Shah Alam. Langsung saja kepada point telah dikhutbahkan tadi (sementara masih ingat):-


Gambar hiasan

1) Lelaki adalah pemimpin bagi wanita dalam memandu kerukunan dan keharmonian rumahtangga.

2) Lelaki harus bijak serta bersabar dengan kerenah yang ditimbulkan oleh pasangan (isteri) kerana si isteri diciptakan dengan tulang yang paling bengkok diatasnya. 

3) Mendidik isteri secara berterusan dengan hikmah serta sabar.

4) Sila baca surah An-Nisaa' ayat 1 dna ayat 30.

5) Yang belum berkahwin (masih belajar), tetapi ada timbul rasa cinta terhadap seseorang wanita, jauhi perkara yang boleh menjerumus kepada kemaksiatan luaran dan dalaman.

6) Suami yang baik lagi elok diantara lelaki yang lain adalah menyediakan keperluan asas seperti rumah yang luas, elok kenderaannya serta mempunyai jiran yang baik untuk keluarganya.

7) Menghormati hak isteri dan juga sebaliknya.

Inilah point yang masih saya ingat. Mungkin ada yang terlepas dengar tadi, insyaallah kalau ingat saya share lagi. Assalamualaikum =)

Thursday, March 17, 2011

Tazkirah Online: Dari Titik Peluh Sendiri

Thursday, March 17, 2011
Hadith :
Dari Zubair bin Awwam r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:”Apabila kamu menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu di punggungnya lalu dijualnya dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya, itulah yang lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang ramai diberi ataupun tidak.”

(al-Bukhari)


Huraian:

1)Orang yang berjaya ialah orang yang mampu menempuh berbagai rintangan dan cabaran dalam hidup. Walau daripada mana ceruk asal seseorang itu, sekiranya dia rajin berusaha maka kejayaan akan menjadi miliknya. 

Bukankah rezeki Allah S.W.T ada di mana-mana. Cuma yang bakal menentukan hanyalah ‘mahu’ atau ‘tidak’ kerana kemalasan akan menjunamkan seseorang itu ke lembah kehinaan. 

2)Begitu juga dengan sikap malu hendaknya biarlah bertempat. Kata orang malu bertanya sesat jalan, malu makan perut lapar dan malu dalam mencari rezeki alamat hidup akan melarat. 

3)Sesungguhnya Islam memandang mulia pada manusia yang bekerja membanting tulang empat kerat untuk mencari sesuap nasi atau rezeki yang halal berbanding dengan mereka yang hidup meminta-minta daripada orang lain.



BERUSAHA!!!!

Friday, July 02, 2010

Tazkirah Jumaat: Kelebihan Surah Yassin

Friday, July 02, 2010
Salam all!


Mari kita muhasabah diri dengan membaca tazkirah dibawah ini. Kita mulakan sesi tazkirah kita dengan surah Al-Fatihah.... ( Aminn..)


Apa kah kelebihan yang ada di dalam Surah Yassin itu??
Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri
Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. 
Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah
dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah
s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam
Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka
bercucuk tanam.
 Tanaman akan subur.
Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini
dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok 
diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. 
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1   - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11  - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.
Ayat 50 : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.
Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala,
baca 
dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 - 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan  badan.Untuk doa ayat 78. “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.
Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang
menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala
makhluk.”
Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut 
pastu baca pada air 100x berdoa apa sahaja hajat
****************************************************************************
Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah: 
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi
                penawar ubat yang mujarab
Ad Tin  - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah,
                 tidak boleh beranak.
 *****************************************************************************************************************

Seelok-eloknya dibaca :
1. Selepas sembahyang subuh
2. (3) Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yang dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, Insha Allah dengan berkat Allah SWT ianya termakbul.
Wassalam.. =)


source: Blog iium

Friday, May 21, 2010

Jumaat: (21052010) Kebaikan membanyakkan Selawat

Friday, May 21, 2010
Salam all... =)
Sempena dengan hari Jumaat hari nie, mari kita muhasabah diri kita, renung2 kan kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang kita masih bernafas sampai ke hari ini...


Mari kita lihat Hadis ini:



Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang disebelah kanan: "Tunggu dahulu;" lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja."
 
Abu Umamah r.a




Apa yang dapat kita pelajari dari hadis tersebut?


1) Setiap manusia diberikan dua malaikat. Setiap satu berada di kanan dan di kiri bagi menulis segala amal yang dilakukan. 

2) Malaikat yang berada di sebelah kanan bertugas mencatat amal kebaikan serta menjadi ketua kepada yang di sebelah kiri di mana yang berada di sebelah kiri bertugas mencatat amal yang jahat.


3) Disebabkan luasnya rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T terhadap hamba-Nya maka setiap satu kebaikan ditulis oleh malaikat dengan sepuluh kebajikan. Sebaliknya bagi setiap amal yang jahat ditulis dengan satu kejahatan sahaja. 


4) Setiap kejahatan tidak terus dicatat dosanya melainkan setelah diberi tempoh enam atau tujuh jam (dengan arahan malaikat yang di sebelah kanan). Sekiranya manusia itu beristighfar dan sempat bertaubat dalam tempoh waktu tersebut maka kejahatan itu tidak akan ditulis dalam daftar amalnya.








Friday, May 07, 2010

Jumaat : 07052010

Friday, May 07, 2010


Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. 


Surah Al-Baqarah ayat: 268


***********************************************

Abu Laith As-Samarqandhy berkata; 10 kebaikan terkandung di dalam sodaqah. 5 di dunia dan 5 kebaikan di Akhirat.



Lima Faedah yang diperolehi di dunia ialah;
1. Membersihkan harta.
2. Membersihkan dosa-dosa yang diperbuat oleh seseorang.
3. Menolak beranika bala dan penyakit.
4. Mengembirakan hati golongan fuqara dan Masaakin.
5. Mendatangkan barokah dan melapangkan rezki.




Lima kebaikan di akhirat ialah;
1. Mendapat naungan aryash Allah di akhirat.
2. Meringankan hisabnya.
3. Menambah berat timbangan amal kebajikan.
4. Memudahkannya menyeberangi titian.
5. Meningkatkan darjatnya di Syurga.



credit for this LINK

-Di hari Jumaat, kita perbanyakkan bersedekah mudah2an mendapat kebaikan dari amal yang dilakukan. Insyaallah...


p/s: mood : Lagu Rabiatul Adawiyah : In-Team

Friday, April 30, 2010

Jumaat: Mengapa Al-Fatihah begitu penting?

Friday, April 30, 2010
Salam untuk semua,


Didalam solat kita akan membaca surah ini yang pertama sekali. Betul tak? Maka, mengapa Al-Fatihah begitu penting untuk dibaca serta di fahami. Shahrul cuba menyampaikan dengan sebaik mungkin, sebab ini berhubung dengan soal agama serta akidah.




Surah al-Fatihah adalah surah yang penting dalam solat. Jika bacaan surah al-Fatihah tidak betul dari segi makhrajnya atau sebutan hurufnya boleh menyebabkan solat tidak sempurna, dan jika berubah dari segi makna boleh membatalkan sembahyang. Kepentingan surah al-Fatihah dalam solat sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tidak dikira solat seseorang itu melainkan dengan adanya Al-Fatihah”. (Ibnu Hibban)




Jelas disitu bukan? marilah sama2 kita membetulkan apa yang tidak betul dalam pembacaan kita, mudah-mudahan kita diberkati oleh Allah s.w.t ...insyaallah.. 






**Tafsiran....


[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 


[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. 


[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 


[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). 


[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan

.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus. 


[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.







Boleh layari laman web Al-Quran in Malay ( side bar sana) untuk membaca kandungan al-Quran dalam bahasa Melayu. Mudah-mudahan mendapat berkat.

Friday, September 11, 2009

LENKA by shahroll

Friday, September 11, 2009


Salam to all readers... Salam Jumaat tuk umat Islam seluruh dunia.. :)


1.) Hari nie dah masuk hari ke 21 umat islam seluruh dunia berpuasa dan tinggal hanya 9 hari saja mahu masuk ke bulan Syawal. Sangat CEPAT masa berlalu dan Ramadhan tahun ini juga sangat pantas bergerak masa. Adakah aku akan berjumpa dengan Ramadhan lagi tahun depan?? Ya Allah.... panjangkan umur ku agar dapat aku bersujud untuk-MU.. aminn...


2.) Ape kes Cover Album LENKA plak nie?? huhuh.. korang nak taw tak shahrul skang ngah addict dengar lagu tajuk " Trouble is a Friend" .. heuhue.. layan oo lagu nie.. masa 1st time denga lagu nie kat Pusat IT, tempat shahrul kerja... ada sorang staf nie pasang lagu nie.. so, so fast la lagu nie tangkap orang tuk minat.. euhueheu...


** Try listen k!!! :)



This Lyric:

Trouble Is A Friend lyrics
Songwriters: Kripac, Lenka; Salter, Thomas;

Trouble he will find you no matter where you go, oh oh
No matter if you're fast, no matter if you're slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the mourn, oh oh
You're fine for a while but you start to lose control

He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don't forget as you ease on down the road

He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh

So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Oh how I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave, I try
Oh oh, I try!

He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh

So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Ooo, oh ooo, ooo ahh


Cheerz!! wassalam... Selamat HAri Raya to all bloggy.. :)


Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
http://akudankamu.fotopages.com/
shahrollphoto@gmail.com
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359

Friday, September 04, 2009

Shahroll Photo Crew!!!! by shahroll

Friday, September 04, 2009
salam to all readers...

uikz!!.. dah jumaat lew.. esok cuti!! yeahh.. ermm.. petang nie ada FINAL EXAM for subject Personal Development.. uhhh~ wish me luck k!! :) haa.. postin
g aku kali nie nak MENGAJAK anda semua yang ada FACEBOOK or melayunya kata MUKABUKU tu, meh aaaaa join group aku lam tu... hehehhee nie link die :
SHAHROLL PHOTO CREW dan dibawah sikit screenshot ( sesape yg xde akaun facebook la yee.. aku bg gambaran skett.. )





** eheh~ baru berape orang jerk.. tu panggey korang sume.. huhu :P


** boh situ korang nyer link ke pe ke.. leh sesama review artwork or resepi masakan ke.. (?) uhuu..


haaa.. ok tu je aku nak post... de pape aku UP lagi !! wassalam.. take care... :)


Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
http://akudankamu.fotopages.com/
shahrollphoto@gmail.com
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359

Friday, August 21, 2009

LAst Day 2day... by shahroll

Friday, August 21, 2009
salam to all bloggy...

Salam Jumaat semua.... hari nie kat pat kije aku de wat bacaan Yassin ngan Tahlil dan sedikit tazkirah.. Alhamdulillah selamat semua berjalan lancar even aku kne bertugas di kaunter kan.. :)
majlis berakhir pada jam 1o.30 pagi yang mana majlis itu bermula pada jam 9.00 pagi....

Macam bese jugak, lepas majlis ada makan2 kudapan or jamuan sket laa.. p hari nie special sket coz makanan nie memang fevret aku kat kampung.. mende nie namenyer " Nasi Ambeng".. haaa.. makanan JAWA nie.. sesape dak jawe taw lah..

Citer sket la ek.. klw kat kenduri kendara kaum JAWA ( aku lah tu.. hehe) ada satu hidangan Nasi yang diletakkan di dalam talam then ada lauk pauk di atas nasi itu beralaskan daun pisang.. then di makan beramai2 kat talam tu... BEST!!! :)

lauk pauk tu macam tempe,serunding, mee goreng, sohon goreng,dan yg best ayam goreng belah 2... uhhhh. aku selalu rembat peha dlu.. wakakakak... p kat opis td nie bukan le yg kat talam tu, lebih kecil sket.. macam nasik lemak bungkus.. meh tengok gambo bawah ni..




** wakakak... ketat lak muka aku arini.. eheheh...


** nie la mendew nyer... kenyanggg ooo.. :X


** yeahhh.. mkn depan PC!!! pekerja CEMERLANG bukan?? hahahahah.... :P

ok guys.. dah nak pkol 12 dah nie.. kang 12.15 dah restt lak nak p solat Jumaat.. see later all.. wassalam... wehhh.. p solat Jumaat tu.. jgn montenggg jerk.. kang jadi monyet... hueuhue... ( untuk lelaki ok.. pompuan sile ignore it.. muehehe)


** Ah-lanwahsahlan Ya Romadhon...


Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
http://akudankamu.fotopages.com/
shahrollphoto@gmail.com
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359

Friday, August 07, 2009

Hayya Bil Jihad by shahroll

Friday, August 07, 2009

هَيَّا بِا لْجِهَادِ

الى الأ مام يا أمة الإسلام
يارب انصردين الإسلام
على ألأ عا دىجملى يإكمال
ياإخوانى المسلمين هيا للقتال
اذكرالرحمن اذكرالرحيم
على الأ عا دى جملى بإكمال

هيايارجال هيّا بالجهاد
هيايارجال هيّا بالكفاح

عيش عزيزا أومت شهيدا
ولاتبالى للعدو... ولاتبالىللعدو
الله اكبر... الله اكبر... الله اكبر... هيّا بالجهاد




Salam to all... Jumaat kali nie terasa nak denga lagu2 lama dari koleksi Brothers.. nah!! Hayya Bil Jihad... wassalam...


Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
http://akudankamu.fotopages.com
shahrollphoto@gmail.com
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359

Friday, July 24, 2009

Jumaat : 24-07-09 BaQarah :9-16

Friday, July 24, 2009
Al-Baqarah ayat 9-16

[9]
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

[10]
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

[11]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".

[12]

Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

[13]

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

[14]

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".

[15]

Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

[16]

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.



Alhamdulillah,masih lagi Allah bagi nikmat "bernafas" dan hidup lagi pada Jumaat kali ini... Insyaallah,jumaat hari ini lebih baik dari jumaat yang lepas... wassalam.. :)


Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
http://akudankamu.fotopages.com
shahrollphoto@gmail.com
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359

Friday, July 17, 2009

Jumaat : 17-07-09 : Al-Baqarah 1- 8

Friday, July 17, 2009
Al- Baqarah
ayat 1- 8


[1]
Alif, Laam, Miim.

[2]
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa

[3]
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

[4]
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

[5]
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

[6]
Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman

[7]
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

[8]
Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.





Video pilihan author minggu ini : Your Mother





Semoga Jumaat hari ini lebih baik dari Jumaat yang lepas... Insyaallah..


Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
http://akudankamu.fotopages.com
shahrollphoto@gmail.com
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359

Friday, July 10, 2009

Jumaat : 10-07-09 Al-Fatihah

Friday, July 10, 2009

Al- Faatihah


[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Semoga Jumaat hari ini lebih baik dari Jumaat yang lepas.. Insyaallah...



Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
http://akudankamu.fotopages.com
shahrollphoto@gmail.com
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359