Wednesday, December 11, 2013

Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) 2012?? Thanks Allah! by shahroll




As salam, hello readers...

Allahuakbar, lama betul tak update. Alhamdulillah, terluang juga masa untuk blog ni awal pagi. Mata masih segar tetapi sedikit selsema. Musim hujan ni kena jaga kesihatan la ye semua. Selsema, batuk dan demam tu biasa dengan cuaca sekarang.

Mungkin ni post terpendek aku rasanya. Just nak share dengan pembaca semua yang aku dapat menjejakkan kaki ke atas pentas untuk mengambil sijil Anugerah Pekerja Cemerlang 2012 dan majlis tu akan diadakan pada 23 haribulan Disember 2013. Syukur...

Sepanjang 7 tahun aku bekerja, ini anugerah paling tertinggi aku dapat. Sebelum itu, aku dapat Anugerah Staf Inovasi dan Kreativiti pada 2007, setahun selepas aku masuk kerja. Dan untuk 2013, ianya berbaloi dengan kerja keras yang aku lalui.

sumber: Google

Dan, aku sangat happy dan seronok dengan kerja aku sekarang. Mungkin mereka yang "tak paham" dengan kerja aku, mengatakan kerja yang simple saja, namun hakikatnya jika korang di tempat aku, korang akan rasalah macam mana "senangnya" kerja itu. Dan, aku juga mahu untuk bertukar tempat, namun tiada sesiapa yang sudi. HAHA!

Sistem penggiliran 5 tahun bertukar department, membuatkan aku sedikit lega. Yelah, mungkin lepas ni ada ornag ganti tempat aku, nak juga tengok hasilnya bagaimana. Better or worse? Haaa...

Ok lah, itu je nak cerita. thanks! =)

enjoy!

2 comments:

Yana Yassin said...

Tahniah,.. pernah dapat APC selepas 4 tahun keja. Alhamdulillah.

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

YY:
Terima kasih... 4 tahun dah dapat?? HEBAT!! huhuhu...