Showing posts with label uitm shah alam. Show all posts
Showing posts with label uitm shah alam. Show all posts

Tuesday, June 26, 2012

Bermula kelas PLK... by shahroll

Tuesday, June 26, 2012


As salam, hello readers...


Baru dapat update blog hari ni. Jadual yang begitu padat pada minggu lepas (Sabtu & Ahad) membuatkan aku malas nak update blog (mood kelaut). Pengisian hujung minggu itu aku hiasi dengan berjumpa dengan pelbagai orang atas nama berniaga. Ahad pula, diluangkan untuk keluarga membeli barangan keperluan semasa.


Now, pasal pengajian aku pulak di UiTM.


Hari ni baru aku dapat masuk ke kelas (course MAT 108) atau bahasa mudahnya, business math. Honestly, ni paper repeat aku. HAHA! Apa nak segan, gagal sekali bukan gagal untuk kali ke-2 kan?


Yang bestnya, lecturer tu still kenal aku. Adush! ingat dah lupa =p dan dalam kelas tu cuma ada beberapa orang sahaja, lebih kurang 12 cam tu. Lain-lain budak junior.


Minggu pertama kelas bermula tak de apa sangat. Cuma macam biasalah, sedikit taklimat pasal quiz,test,final exam yadda yadda yadda and so on lah. Bebudak full time yang belajar paham la ek?


gambar hiasan...

Aku tak banyak ambil paper untuk semester ni, cukuplah cuma 2 paper je. Business Math dengan Computer Application (CSC). Tak mau aku berat-berat kan kepala dengan ambik banyak-banyak paper end up, kau terpaksa repeat!


Biar lambat sikit grad dari tak grad langsung =p


enjoy!

Thursday, June 21, 2012

Jom share: Pandangan & tambahbaikan blog Research JSP! by shahroll

Thursday, June 21, 2012


As salam, hello readers...


Straight to the point je la eh? Blog dari Unit Penyelidikan dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR 1) meminta jasa baik korang tak kiralah dari bloggers ataupun pembaca tetap di blog shahrulhairy dot com ni ke untuk memberi sedikit pandangan.


Staff dan student UiTM dialu-alukan!


Tujuan tidak lain dan tidak bukan, untuk memantapkan cara penyampaian dan kandungan yang terbaik untuk tatapan pembaca blog research berkenaan. Kalau banyak idea yang dilontarkan dalam kotak maklum balas berkenaan, lebih baik =)


JOM SHARE di SINI

enjoy!

p/s: Jika korang student UiTM dan ada blog, boleh juga kalau buat 1 posting KHAS untuk review kan blog research tersebut ataupun edarkan survey ini dalam komuniti korang eh? THANKS! UiTM Dihatiku =)

Tuesday, October 18, 2011

Bila nak masuk kelas balik? HUHU... by shahroll

Tuesday, October 18, 2011


As salam, hello readers...


Minggu terakhir dalam dalam bulan Oktober agak sibuk. Dengan nak melayan audit kat office sampai kerja-kerja luar yang aku kena handle. Alhamdulillah, masih dalam kawalan yang baik. Dan, syukur masih bernafas secara percuma yang Allah kasi kat aku =)


Lari dari kepenatan memerah keringat (buat slide actually...)


Belek facebook kawan-kawan, nampak moment yang paling best dalam hidup sebagai student! huhu, time ni semua dok sebok ngan subject ni. Killer subject? Boleh tahan la. HAHA...


Apa pun, Prof. Fauziah memang COOL dan TERBAIK! Jikalau Prof. baca blog saya ni (kalau lah.. kot la TERbaca ke...) saya dan rakan-rakan yang lain mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian Prof. mengajar kami tanpa mengira nilai ringgit semata-mata, kerana bagi Prof. nilai ilmu yang disampaikan lebih berharga dari ganjaran berbentuk RM semata. (kumpul pahala lebih baik taw!)


Syabas Prof! Semoga lebih ramai lagi Lecturer UiTM yang boleh bagi khidmat yang baik seperti Prof. SALUTE!! =)


 Prof. Fauziah yang baju warna Oren itu.. =D

cilok dari Facebook Farid! muahahahah!!

OK! sambung kerja balik. Lega sket lepas cerita kat korang aku rindu nak masuk kelas balik! HAHA... see ya!

enjoy!


Tuesday, September 06, 2011

Korang nak menang ipad2? Aku ada caranya! by shahroll

Tuesday, September 06, 2011


As salam, hello readers...


So many draft entry! Goshhh~, dah malas ke aku nak update blog ni? HEHE, yang dapat post ni pun sebab tangan ni dah dok gatal sangat nak picit button "publish post" aharks!


Ni pasal quiz yang akan berlangsung pada bulan Oktober nanti. So, watch out pada mereka yang suka masuk contest. Korang leh tengok kat link SINI


Kepada student-student UiTM tu, rajin-rajin le bertanya kat department yang buat contest ni. Actually, quiz ni from Web of Knowledge ISI yang buat. Department JSP tu sebagai perantara orang sana dengan pengguna di Malaysia. =) harap maklum ye?

Enjoy! and good luck!


Wednesday, May 11, 2011

Selamat Berkonvo member2 yang berkonvo! by shahroll

Wednesday, May 11, 2011


Morning bloggers!


Sejak beberapa minggu kebelakangan nie, cuaca agak menggila dengan "kepanasan" yang agak tinggi. Sampai aku kena mandi banyak kali! urghhh.. tapi Alhamdulillah, 2-3 hari dah nampak "slow" sikit panasnya, ade hikmah disebalik kejadian, pernah ke difikirkan? i leave it the question to u.. 


Okey, esok bermulanya konvokesyen. Kawan2 aku semua dah ambil jubah, korang dah amek belom? Tak berkonvo pulak nanti kang. Antara kawan aku yang berkonvo untuk kali ke 74 nie adalah... calon-calonya....



Eryy Ezzani a.k.a Big Bro: Beliau ambil Diploma Business. Rakan satu tempat, lain2 department. Department dia best, bahagian membeli buku. Seorang rakan yang cool, relax dan understanding! yeahh!! keep on track bro!


Alyz: Rakan dari zaman tagged lagi. Zaman diploma aku dah datang dia punya konvo, now aku datang lagi sebab di adah habes Degree pulak. Tak sure degree pe dia amek, tapi macam Human Resource gitu la, ye ke Lyz? ahaha~


Aisyah: Ok,kawan nie aku baru kenal. Sebab beberapa minggu sudah dia ada buat SKP kat tempat aku. Nice person, suka buat joke, suka bagi idea, boleh berkomunikasi dengan baik and now dah kerja sebagai Librarian di KFCH. Degree dalam Information Study.


Untuk konvo kali ni, dorang akan merasmikan bangunan baru di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) yang aku pergi masa Amanat VC beberpa bulan lepas. Cool yoooww!


Worait, cukop untuk itu. Aku ucapkan SEKALUNG TAHNIAH diatas kejayaan korang. Kejayaan korang, aku tumpang sekali nak gembira leh? ahahah~ aku punya study belom habis2 lagi, tunggu la ye? LOL~


Chaw!

Monday, April 18, 2011

Peringatan mesra dari Bahagian Peperiksaan UiTM by shahroll

Monday, April 18, 2011


Hello peeps!


Now aku dapat rasakan "bahang" final exam tak lama lagi. Esok, Isnin for sure ramai student akan study last kopek (last minit lah tu) untuk buat revision pasal topik2 sukar dan yang susah. Aku? Aku tetap bekerja macam biasa, dan pada tarikh aku nak periksa pulak, bacalah. Now focus kat MAT108 lah, sebab horror syal carry mark guwa.


Tak ketinggalan jugak kat OM200. Aku risau tol mark aku leh berubah2. Aku pon pelik. Hope tak de paper yang kantoi. Mintak jauh! =_=


Aku masuk portal rasmi UiTM, and ada pesanan mesra dari Bahagian Peperiksaan, bagus kan UiTM neh? =D



Message:
The Examination Affairs Division of UiTM would like to wish all students the very best in the coming final examinations scheduled from April 20 to May 10, 2011. We would also like to remind students to observe the following : 


1) Take good care of your health and practise good time management;
2) Stay focused on studying and revising;
3) Double-check your exam schedule, for the right time and venue;
4) Come at least 30 minutes before examination begins;
5) Bring along with you these important items:  
    Student Matriculation Card
    Statement of Qualification to sit for the examination;
6) Refrain from copying or cheating during the examination. The risk is just too great!;
7) Please be appropriately attired in accordance with the University Dress Code.




WITH BEST WISHES


Zaemah Sukaimi 
Head 
Examination Affairs Division
UiTM SHAH ALAM
[original source: UiTM]



My dead date is 26, 28 and 29 April. GOSH! scary ah! Wish i can do the best for my final. Pray for me k? love u all readers! =) see ya!


chaw!




picture: Raudha blog


Friday, April 15, 2011

Gambar kenangan 1956-2006 UiTM sentiasa di Hatiku by shahroll

Friday, April 15, 2011

Salam Jumaat yow!

Gambar2 yang aku amek kat bawah nie, ada di sekitar lorong untuk ke HEP dan juga library di UiTM Shah Alam. Board disebelah kiri dan kanan memenuhi gambar2 lama a.k.a kenangan sepanjang 50 tahun penubuhan UiTM sebagai Universiti yang mengangkat martabat Melayu di dalam bidang pendidikan. Now, sedang giat tentang Destini Anak Bangsa. (clik here)

Ok lah, bukan nak cerita pasal agenda UiTM, apa yang aku nak tekankan kat sini adalah pasal gambar. Bila aku teliti balek gambar2 lama a.k.a kenangan 50 tahun nie, terdetik juga, " oh, kalau la dulu orang tak pikir pasal kamera, sure tak de gamba2 ni".. damn yeah!

Maksud aku, pencipta2 kamera zaman2 dulu lah, kalau dorang tak mencipta kamera, masakan ada semua gambar2 nie kan? Huhu~ dah berbalik pada sejarah penciptaan kamera pulak!

Dan, yang lebih penting, tak kira lah professional or not yang mengambil gambar ketika itu, sebab gambar yang lama, nilai sesuatu gambar itu menjadi ukuran (bagi aku) even gambo tu senget ke, tak kena RO3 nyer lah yada yada yada.. bla bla.. as long "ada gambar" it ok lah to me.. =)

Enjoy!
Dah lama gambar2 nie terpampang, aku je baru nak melihat secara "detail"


What the classic lah? Love this tone! 
(kamera digital jangan harap lah nak dapat tone cam nie Ori from kamera filem)


Nie may be dah pakai Digital kamera, sebab dah masuk era 2000 HAHA!


Aiseh! aku ter spot lah pulak awek Melayu nie. LAWA dowh! Readers aku yang tahu siapa dia neh, leh la roger2 aku.. kot la skang dah jadi Dekan Fakulti ke.. 

Stay tune!


Thursday, March 24, 2011

Minggu yang busy? Boleh tahan la.. by shahroll

Thursday, March 24, 2011
Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia,


Hari nie kerja-kerja men"transfer" gambar-gambar yang aku ambil untuk Hari Mesra PTAR 2011. Dan aku wakil untuk booth Jabatan Sokongan Penyelidikan ditugaskan untuk penyebaran maklumat (EndNotes X3) dan mengambil gambar untuk booth JSP sahaja. Bukan keseluruhan event tu aku cover.


Program yang dijalankan berjalan dengan lancar dan Alhamdulillah untuk sambutan di booth JSP amatlah memberangsangkan. Tanpa membuat game yang keterlaluan. Cukup sekadar membaling dart untuk menghiburkan pelanggan/pelajar yang datang bertandang di booth kami. Agak skema pulak ayat aku yeh? haha..


Ok lah, yang best aku dapat jumpa dan shoot Prof. Dato' Dr. Abdullah Mohamad Said, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) yang murah dengan senyuman, cool lah Dato'! =D



picture credit: JSP blog

Aku akan update lagi nanti. Banyak nak up, tapi cukuplah nie dulu. Banyak-banyak nanti berat pulak blog nie, huhu~ stay tunez peeps! As salam..

Tuesday, March 22, 2011

Hari bermesra-mesra dengan pelanggan by shahroll

Tuesday, March 22, 2011
Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera,


Update awal pagi. Aku baru je lepas update blog department, benda yang sama gak, Hari Mesra Pelanggan. Cumanya ayat kat sana lebih formal lah. Kalau lam blog aku nie, hantam je ayatnya. =p


Hari nie memang busy nak siapkan kelengkapan untuk booth kitorang. Almost done, cuma ade sikit2 je lagi nak touch-up. Kali nie tak de istilah "booth TERBAIK", tapi aku memang TAK HARAP pon benda tu, janji aku puas booth aku cantik dan orang ramai berkunjung! =D


PTAR+Mahasiswa.. awesome!

Aku bersama 2 pegawai aku berkerah tenaga siapkan seberapa banyak yang boleh data di letakkan di board panel. Agak teruja, sebab kebanyakkan data adalah untuk kegunaan student yang akan datang nanti. Sebab ape? sebab, semua soalan adalah based dari data yang kitorang tampal tu. Aku dah bagi hint2 nie, pepandai korang la carik.. huhu~


Ok lah.. tunggu update seterusnya.. as salam..

Thursday, March 17, 2011

APPLICATION FOR ENTRY TO UiTM FOR THE YEAR 2011! by shahroll

Thursday, March 17, 2011
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Just short notice. Sekarang UiTM telah membuka pengambilan pelajar untuk sesi Jun/Sept 2011. Sama ada korang nak masuk di peringkat Pra Diploma ke, Degree ke, korang boleh melawati laman web http://online.uitm.edu.my


Dimaklumkan juga kat korang, sebahagian program di dalam UiTM, permohonan kemasukan Sesi 2011 ke UiTM dan IPTA adalah melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi (UPU). Sila layari http://upu.mohe.gov.my

Ok, hope korang leh share info nie yang mana tak online tu ya! As salam..

Friday, February 25, 2011

Sambutan Maulidur Rasul peringkat UiTM by shahroll

Friday, February 25, 2011
As salam to all,


Alhamdulillah, hari ini aku berkesempatan pergi ke Masjid UiTM seawal jam 9.15 pagi untuk mendengar ceramah yang pada mulanya aku tak tahu siapakah ahli panel yang akan beri ceramah tentang sambutan Maulidur Rasul kali nie. Aku pergi sorang dari office dan berjumpa dengan rakan2 lain di dalam masjid.


Inilah Masjid di dalam UiTM, dan tempat diadakan ceramah tadi.

Di persekitaran, terdapat banyak sepanduk2 yang aku percaya adalah dari setiap fakulti dan bahagian dalam UiTM yang berarak untuk sambutan Maulidur Rasul. Difahamkan, terdapat 10 kontijen daripada staff (campur fakulti dan bahagian) dan 5 kontijen daripada pelajar. Untuk makluman, penyertaan kali ini agak memberangsangkan dari tahun sebelumnya.


Keadaan di dalam masjid. Masa nie Dato' Naib Canselor ada bersama jemaah yang lain untuk memberikan sepatah 2 kata serta menyampaikan hadiah untuk Tilawah Al-Quran yang telah dimenangi oleh pelajar antarabangsa (lelaki).

Setelah penyampaian itu, Dato' VC mempunyai urusan yang lain, tetapi komitmen Dato' terhadap pembangunan insaniah di UiTM, tak dapat disangkal. Sesibuk mana pun, tetap akan meluangkan masa. Salute sama Dato' VC. Dan, ahli panel untuk memberikan ceramah telah pun kelihatan, memula tengok macam tak kenal, lepas 2-3 kali tengok, Ya Allah! Aku kenal dengan Ustaz Amin nie. He is blogger. YES! ini blog beliau http://www.ustazamin.com

shahroll bersama Ustaz Amin

Kalau tak silap, ustaz Amin banyak keluar di kaca Tv untuk program "Tanyalah Ustaz". Patut pon macam pernah nampak. Plus, aku memang follow blog beliau. Dan, ceramah beliau banyak berkisar tentang perkongsian ilmu. Dan lebih menyeronokkan, ceramah beliau tak boring. Aku ulang, TAK BORING. Sebab slide demi slide akan ada unsur2 multimedia (tayagan video) dan aku masih ingat sampai sekarang, pasal Istanbul, Turki. Tengok video kat bawah nie.

Maaf, rakam pakai Nokia C3

Actually, aku tak pernah tengok filem "FETIH 1453" nie. Aku berborak ngan kawan office aku, Bard, apesal tak de movie yang cam nie ditayang? uhuhu~ not bad what. Cool kot? untuk contoh trailer yang lain boleh click SINI
Selain itu, Ustaz amin juga berkongsi cerita tentang pengalaman beliau di Saint Petersburg, Rusia tentang beliau meng-interview para penyelidik yang menyelidik (pengkaji) tentang Bahasa Melayu. Saksikan video nie;

quote from: Ustaz Amin blog

Tak cukup rasanya masa yang diberikan oleh Ustaz Amin akan pengalamannya semasa beliau di Rusia. Beliau menambah lagi, ".. Kalau ada pelajar PhD melanjutkan pelajaran, pergilah ke Rusia, pergilah kaji tentang Alam Nusantara dan Alam Melayu itu sendiri.." teruja aku mendengarnya, macam esok aku nak ambil PhD, huhu~

Terima kasih juga kepada television Al-Hijrah yang datang buat coverage. Tak sangka pulak mereka datang ke UiTM. Boleh la korang melihat nanti di kaca tv ya! =D see next! As salam..

Thursday, February 24, 2011

Program jualan di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam by shahroll

Thursday, February 24, 2011











As salam to all,

Tengahari tadi aku sempat jenguk2 ke dalam Dewan Sri Budiman (DSB) untuk melihat peniaga berniaga jualan mereka. Rata-rata banyak yang jual coklat. Yummyy! sedap kot? so, aku try beli coklat plus with Durian kat salah sebuah gerai yang ada.

Ada jual baju, buku dan ada jugak tayangan filem dalam tu (lihat atas). Bagus la ade aktiviti cam nie, dapat mendedahkan perniagaan dari Bumiputera yang ada untuk dikembangkan.

Aritu tak banyak sangat yang jual coklat neh (sila rujuk Coklat Fair)

nak beli lagi la coklat tu.. sedap!!

Minggu ke 09 dalam 2011: Banyak event! by shahroll

Thursday, February 24, 2011
As salam to all,


Pe kaba?hope sehat belaka la ye. 4 hari kau aku tak hapdet blog. Punya la busy kan? (ye la tu!) HAHA! bukan pe, asal aku login blogger nie, sure mata dah stok melekat2 nak tidoq. aduh! Penangan semester ni, hebak! (slang Kelantan puhhliss!)


Kat tempat kerja aku, ade event yang best sedang berlangsung dari 21hb sampai la esok, 25hb, yang mana Amanah Raya Berhad buat promosi la kirenyer. Best juga masa opening hari tu.


photo credit: JSP Blog

Opening, dimulakan dengan bacaan doa oleh Pustakawan PTAR, En. Izwan Salem dan di susuli dengan Pegawai Kanan oleh ARB. Then, Pemangku Ketua Pustakawan, Puan Faridah Talib pula memberikan ucapan sekaligus merasmikan majlis tersebut. Even majlis nie dibuat pada hari Isnin, yang rata2 masih dalam Monday Blues, dengan kebijaksanaan Pegawai dari ARb itu, membuat kami tak lah bosan sangat, sebab tak formal! Cakap santai kata orang... tu yg best..

Dan yang best, ada kuiz yang boleh disertai dan boleh menang RM350 setiap hari! haha.. leh try nie.. mana taw naseb badan betuah ke kan.. see next guys! As salam..

Friday, January 14, 2011

Cabaran menjadi seorang pelajar luar kampus (PLK) di universiti tempatan by shahroll

Friday, January 14, 2011
As salam to all,


Sempat gak update untuk hari nie. Today aku EL sebab bawak mak aku ke klinik. Antara tengkuk ngan leher nya, tak selesa katanya. Nenek aku saspek kena darah tinggi, mujur lah doktor kata bukan. Cuma ada sedikit ketegangan pada urat. My mom need rest. =)


Aite, pejam celik aku dah berada dalam semester ke 5 (course sem 4) sekarang nie. Bagi aku, semester ke-3 paling mencabar aku. Entah lah, kebanyakkan kawan2 aku pon cakap cam tu gak, but lepas nie dah tak de la "rasa" cam tu lagi, dugaan kot? alang-alang, biar sampai habis!


So, boleh lah aku nak kongsi kan ngan korang sedikit cebisan pengalaman aku dah berada di alam kampus sebagai pelajar nie. Setiap sem, boleh dikatakan setiap lecturer bagi kata-kata semangat tuk teruskan pelajaran. Mean, dia brainwash korang untuk lebih bagus dalam pelajaran. Yelah, pelajar PLK nie memang banyak masalah yang dihadapi.


Sebagai contoh, kalau pelajar tu dah berkeluarga. Kalau bujang ok la lagi, itu pon kadang tak dapat score 3.0 ke atas (aku la tu..) Kalau dah berkeluarga nie paham2 je lah, mana nak layan anaknya, suami lagi, banyak faktor. Kalau tak kena gaya (persefahaman) antara keduanya, mungkin mengundang perselisihan.


Itu dari segi personal lah. Bayangkan dengan bekerja sambil belajar. Bunyi cam penat kan? sure malam2 korang kena study then buat assignment. Ok, kalau bab assignment nie yang agak berat sket. Kalau assignment persendirian ok lagi, masuk bab berkumpulan, tak kena ngan kumpulan (ahli2nya) sure problem! Aku dah merasa keadaan tu sem lepas! Naseb2 aku lepas paper tu.


Kekuatan jaringan sesama kawan2 pon penting. Kalau dalam kelas aku, Dijah paling aktif dengan penyebaran maklumat. Salute sama ko wehhh!! Dalam belajar nie, lagi-lagi mode PLK, susah ar kalau ada orang jenis "kaki simpan". Belajar sorang2 je, sendiri mau Anugerah Dekan je kot? kah kah~


Aku baru create 1 pages kat Facebook pasal PLK nie. Sesapa yang nak join tu, silakan lah. Mana la taw nak sambung belajar balik kan? =D as salam...


Friday, January 07, 2011

Dah masuk semester 4 di UiTM Shah Alam by shahroll

Friday, January 07, 2011
As salam to all,


Hari nie aku skip tengok cerita "Bukan Diriku". Alah, nanti malam ade lagi ulangannya, pe de hal. Dari semalam aku just "ping" blog aku dengan tekan button "share" facebook kat sebelah kanan blog aku tu. Korang ade tekan gak ke? makasih eh =D


Petang2 cam nie, just entry ringan je. Malas pulak nak buat entry berat (ade, still pending) then, kadang2 entry yang berat, reader bukan nak baca pon, hehe (my bad! just assume lah..)


Ok, Next week, bermula lah kehidupan busy aku dengan attend kelas. This sem pelik sikit, sebab lambat seminggu. Entah ape problem pon, aku tak taw. Cuma hari tu aku dah call KP (Ketua Program) pasal kelewatan nie. Right now, aku baru register 3 paper. Lagi 2 paper aku tengah congak2 nak amek paper yang "D" dulu ke atau yang lain. **blurry**



Kalau ikutkan plan study, aku habis Diploma Office Management nie pada semester 7, aku dah kira2 yang aku akan tambah 1 sem lagi. Huarghhh, kawan2 aku grad dulu la gamaknya nie. Tak pe lah, aku follow kendian k! =D. Tiap kali musim konvo, aku suka gile dengan telatah manusia yang datang dan pergi. Entahlah, dibuai perasaan lain... sangat =)


WAKE UP! WAKE UP! For this sem, must better lah dari sem lepas (cakap jerk!), dan aku sendiri tak percaya aku leh pergi sejauh nie. Thanks jugak kat kawan2 yang ada kat samping aku sepanjang aku belajar nie. Korang roxx dowh! hehe.. k lah, jom hi-tea petang!


As salam..

Thursday, December 09, 2010

Workshop for Librarian: Peranan pustakawan dalam penyelidikan by shahroll

Thursday, December 09, 2010
As salam to all,

Hujan agak lebat hari nie masa aku pergi kerja. My abah dah balik dari tempat kerja, syukur lah tak basah kuyup sangat. Motor aku dah rosak rantai nyer, nak tak nak kena gak lah bawak kereta rempit aku tu (calar balar dah kereta tu..) =(. sampai office tak lewat! yeahh.. 

Hari nie kat pat kerja aku ada buat workshop untuk librarian. Khas untuk librarian saja ok! aku je bukan golongan itu. HAHA! So, nanti aku ceritalah serba sedikit amende fungsi workshop tu.
**Gambar Hiasan je..**
source: Google

Secara ringkas, penceramah (terdiri daripada pegawai perpustakaan) akan menceritakan dari segi librarian dan peranan dalam membantu/membuat penyelidikan selaras dengan keperluan semasa, samada untuk pelajar PhD mahupun pelajar Master.

Event berlangsung di Pusat IT, perpustakaan Tun Abdul Razak yang bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. 1 day punya workshop hokkeh! =D

Penceramah terdiri daripada Puan Asmah Maarof, En. Shahrol Nizam Johol dan juga Cik Siti Rohayu Yusuff.

See next post! salam...

Wednesday, November 10, 2010

Anda masih mencari kerja? UiTM menawarkan pekerjaan kepada anda! by shahroll

Wednesday, November 10, 2010
Salam semua =)


Korang masih mencari-cari pekerjaan? ke nak tukar kerja? Ok, aku ada berita best nak bagitaw kat korang yang, sekarang UiTM ada buka peluang pekerjaan melalui laman webnya www.uitm.edu.my dan ada lebih 17 pekerjaan yang ditawarkan untuk pembukaan bulan Oktober nie.


Sila klik link nie: Jawatan Kosong di UiTM


UiTM ingin mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakkan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak/sementara di Kampus Shah Alam dan Cawangan.


Kepada calon yang berminat, segeralah mengisi borang online ye! All the best for all.. =)

Thursday, November 04, 2010

[Ads] Convocation Promo: Just RM300?? UNBELIEVABLE price!! by shahroll

Thursday, November 04, 2010

Salam all! =). Musim untuk berkonvo tiba lagi. Macam biasa juga, ramai graduan yang tercari-cari photographer yang sesuai dengan kehendak "poket" anda dan yang lebih penting, kepuasan anda sebagai pelanggan terjamin. Jika dilihat keadaan semasa, convography kini menjadi satu "trend" dimana gambar-gambar yang terhasil daripada PRO-photographer menjadikan si pemilik album nanti tersenyum lebar!

Kini, dengan pelaburan anda di SH iMAGE serendah RM300++ sangat berbaloi untuk anda mendapatkan koleksi gambar sepanjang berkonvo. Dengan *unlimited pictures yang dibekalkan,dapat lah menatap sepuasnya gambar anda bersama rakan-rakan serta keluarga.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi number diatas. Segala perbualan tidak akan dirakam, jangan risau! =P (lawak je...)

p/s: *tertakluk pada terma dan syarat

salam..

Friday, March 19, 2010

Sekitar event CalREx @ UiTM Shah Alam by shahroll

Friday, March 19, 2010
Salam to all readers...




Hari nie last untuk event CalREx 2010 di UiTM Shah Alam.Banyak booth2 yang dibuka dari pelbagai agensi/company/syarikat yang "merisik" pelajar2 dari UiTM yang sememangnya yang kita tahu bahawasanya pelajar2 keluaran UiTM, sentiasa hangat di pasaran! yeahh....






Dari apa yang SH membuat tinjauan tadi di sekitar Dewan Sri Budiman, bukan setakat booth2 yang menawarkan pekerjaan, malah ada talk untuk para pelajar dengar dan menghayati di dalam dewan DSB.Selain itu, ada juga sesi temuduga yang di lakukan di luar dewan DSB.






Thanx to Milo yang menaja minuman SH.. cewwahh! padahal mmg free pun untuk orang ramai minum.. hahah~ also thanx to Maggi.. tapi tak makan pun meggi tu... Di dewan Annexe pulak, macam2 company antaranya macam UEM, PLUS,JUSCO,BANK RAKYAT,KFC dan beberapa lagi yang tak berapa nak ingat.. hanya yang terpofulerss je ingat.. hhuhuh...






Jika melangkah jauh sikit ke depan, akan nmpk booth2 untuk Ko-Korikulum yang ada kat UiTM... senang cerita, badan persatuan lah.. haaa.. ada ROTU,Skuad Pancaragam..pe lagi eh..haa macam2 gak lah.. pastu dalam PTAR sendiri ada SPRM nyer talk... meriahh dowww UiTM... rugikkk tak datang.. :D








** Nama panjang untuk CalREx.. tehee~



** WAJIB shoot nie.. uhuhu~




** Nak carik kerja kosong??.. dorang leh bagi kerja.. :)



** Bank Rakyat... " SAYA MESTI PILIHHHHH" :)



** SH pergi masa time tak ramai orang pulak... huhu actually ramai ouuhh!


** Ada pembukaan untuk HRM, journalist... etc.. leh contact NSTP... :)



** Haaa.. JJ pon adeee.. korang leh aa try! :)



** banyak2 mende... nie paling MAHAL... 


Meriah tak?? tu la sape tak swoh datang.. heheheh.. apa pon, braVo to UiTM yang menganjurkan event nie.. really enjoy with info yang disediakan oleh pihak syarikat.. yeahhh.. see later guyz! salam.. :)

Wednesday, March 17, 2010

CaIREx 2010 @ UiTM Shah Alam

Wednesday, March 17, 2010

Salam to all readers....

Hari nie ( Rabu) berlangsungnya CaLREx 2010 di UiTM Shah Alam. Event nie dah bermula sejak semlam (16/3) di Dewan Sri Budiman (DSB). Banyak booth2 yang ada untuk para pelajar/staf dan juga orang ramai yang ingin melihat peluang2 pekerjaan di sini.


Untuk maklumat lanjut boleh ke link sini http://www.jobshop.uitm.edu.my aite, salam guyz! :)