Showing posts with label further study. Show all posts
Showing posts with label further study. Show all posts

Friday, October 05, 2012

(Study) Bukan semua perkara kita tahu by shahroll

Friday, October 05, 2012



As salam, hello readers...

Hari ni aku cuti bekerja untuk menduduki peperiksaan akhir untuk paper CSC134. Paper apa tu? boleh dikatakan paper berkaitan dengan komputer dan internet. Ye, belajar Office Management pun kena tahu system input/output computer, Internet, buat blog (eh?) dan macam-macam lagi la berkenaan komputer.

Apa pun, benda dah lepas. Walaupun aku mampu jawab semua bahagian (A,B & C) aku tak cukup masa untuk part C. So, kepada Allah aku berserah. Tawakal setelah berusaha membeca 12 slide yang dibekalkan oleh lecturer.

Ada 1 paper lagi belum selesai. Business Math.

Aku bab math ni kurang bagus sket. Setakat nak buat kira-kira duit masuk/keluar tu pandai le (basic akaun?) tapi bila dah melibatkan macam-macam nombor, ok, aku nak muntah!

Lucky me ada seorang kawan terbaek dari Kuala Langat, Azhazul Azri (Degree holder in Accounting) bantu aku dalam "permasalahan" kira-kira neh.

rajin? Ok, itu hanya illusi... HAHA!

BlerghhhhH~

lagi... lagii... *muntah*

2 calculator scientific? HELL YEAH!!

Business Math ni sebenarnya senang. Entah kenapa susah nak lekat dalam kepala aku ni ha. Benda-benda lain senang pulak macam paper CSC tu. Itulah yang dikatakan "bukan semua perkara kita tahu" kadang-kala kena minta bantuan orang lain dalam menyelesaikan permasalahan yang kita hadapi.

Kita ada kemampuan kita tersendiri yang mana orang lain tiada. Kita pula yang membantu menyelesaikan masalah dorang. Something like symbiosis in circle life cam tu.

Janji kita ada kemahuan nak belajar dan learnt something from expert. Baru boleh growth up kita punya knowledge, kan?

selamat berhujung minggu peeps!

enjoy!

Thursday, March 17, 2011

APPLICATION FOR ENTRY TO UiTM FOR THE YEAR 2011! by shahroll

Thursday, March 17, 2011
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Just short notice. Sekarang UiTM telah membuka pengambilan pelajar untuk sesi Jun/Sept 2011. Sama ada korang nak masuk di peringkat Pra Diploma ke, Degree ke, korang boleh melawati laman web http://online.uitm.edu.my


Dimaklumkan juga kat korang, sebahagian program di dalam UiTM, permohonan kemasukan Sesi 2011 ke UiTM dan IPTA adalah melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi (UPU). Sila layari http://upu.mohe.gov.my

Ok, hope korang leh share info nie yang mana tak online tu ya! As salam..

Friday, January 07, 2011

Dah masuk semester 4 di UiTM Shah Alam by shahroll

Friday, January 07, 2011
As salam to all,


Hari nie aku skip tengok cerita "Bukan Diriku". Alah, nanti malam ade lagi ulangannya, pe de hal. Dari semalam aku just "ping" blog aku dengan tekan button "share" facebook kat sebelah kanan blog aku tu. Korang ade tekan gak ke? makasih eh =D


Petang2 cam nie, just entry ringan je. Malas pulak nak buat entry berat (ade, still pending) then, kadang2 entry yang berat, reader bukan nak baca pon, hehe (my bad! just assume lah..)


Ok, Next week, bermula lah kehidupan busy aku dengan attend kelas. This sem pelik sikit, sebab lambat seminggu. Entah ape problem pon, aku tak taw. Cuma hari tu aku dah call KP (Ketua Program) pasal kelewatan nie. Right now, aku baru register 3 paper. Lagi 2 paper aku tengah congak2 nak amek paper yang "D" dulu ke atau yang lain. **blurry**



Kalau ikutkan plan study, aku habis Diploma Office Management nie pada semester 7, aku dah kira2 yang aku akan tambah 1 sem lagi. Huarghhh, kawan2 aku grad dulu la gamaknya nie. Tak pe lah, aku follow kendian k! =D. Tiap kali musim konvo, aku suka gile dengan telatah manusia yang datang dan pergi. Entahlah, dibuai perasaan lain... sangat =)


WAKE UP! WAKE UP! For this sem, must better lah dari sem lepas (cakap jerk!), dan aku sendiri tak percaya aku leh pergi sejauh nie. Thanks jugak kat kawan2 yang ada kat samping aku sepanjang aku belajar nie. Korang roxx dowh! hehe.. k lah, jom hi-tea petang!


As salam..

Thursday, August 26, 2010

Berminat sambung belajar? by shahroll

Thursday, August 26, 2010
Salam all! =D


Mood blogging aku datang jam 1:18 pagi ! hehe~ tu lah kadang jadi blogger nie masa memang tak menentu sangat sebab, bagi aku kalau benda yang berkaitan dengan mood or emotion, memang cam tu. Actually aku baru habiskan KFC yang adik aku bawak dari tempat kerja. Thats why lah aku leh berblogging time cam ni =P


Korang yang dah bekerja ( swasta 0r Government) ada hati lagi tak nak further study? Kebanyakkan dorang yang sambung nie sebab nak menaik kan taraf pendidikan dan sekali gus layak untuk diberi posisi yang baik di jawatan di tempat kerja. Termasuk jugak lah dengan aku nie. Posting aku pasal study korang leh g kat SINI dan SINI


Sekarang, aku nak explain kat korang mode belajar samada korang nak pilih mode Pelajar Luar Kampus (PLK) ataupun Pengajian Jarak Jauh (PJJ) kat UiTM nie. Apa PLK dan PJJ?


Quote untuk PLK:-


Pusat Pengajian Luar Kampus (PPLK) mengendalikan program-program yang ditawarkan kepada calon-calon BUMIPUTRA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dan SEDANG BEKERJA.  Kuliah pengajian diadakan selepas waktu bekerja dari 6.00 petang hingga 10.00 malam pada hari bekerja.
Terkini sebanyak 29 program PLK ditawarkan oleh 14 buah Fakulti di Shah ALam dan 10 diKampus Cawangan.  Untuk butiran lanjut sila klik ‘program ditawarkan’ dilaman web PPLK. Jumlah keseluruhan pelajar melebihi 5000 orang diseluruh Malaysia.
source: PPLK website 


So, korang yang bekerja dah sememangnya layak lah untuk masuk mode nie dan kelas pulak hari2 kena attend. Anda sanggup? yeahh! untuk segenggam Diploma / Ijazah kena lah berusaha sikit. Fakulti yang ada di Shah Alam nie adalah Faculty Business, Faculty Office Management dan Faculty Accounting. Which one you like? =D

Ok, nie quote untuk PPJJ:-

Electronic distance education program (e-PJJ) is an innovative approach in terms of learning and teaching in UiTM.  Through e-PJJ, you as a student would determine the time, place and teaching mode that are suitable with your needs and lifestyle

The e-PJJ program offers various facilities and services to serve you to achieve your ambition and dreams.  Apart from that, you would gain skills in the use of IT in your daily activities.  This innovative program is a combination of variety learning methods which consists of study materials, additional reference materials, lecturer support, forum interaction and discussion between students as well as face-to-face seminars.
The e-PJJ learning method uses effective learning educational technology and one of the best and most appropriate ways of promoting effective learning.
The objective of this centre is to offer programmes through distance education to upgrade the knowledge and enhance the career development of Bumiputeras. It is also to help develop human capital as to achieve higher productivity and hence contribute to national development.

source: PPJJ website


Senang cerita, untuk mode nie memang sesuai untuk orang2 yang tak ada masa nak attend ke kelas hari2 dan sentiasa sibuk. Kalau korang amek mode nie, korang akan jumpa dengan lecturer ( face to face) sebulan sekali cam tu, selebihnya korang belajar on the line lah.

Sebarang masalah korang leh tengok staff InED di SINI. Mereka sedia membantu korang untuk improve kan knowledge korang yang sedia ada. Sudah ada pilihan? =D

Salam!