As salam, hello readers...
Menunaikan Solat Jumaat adalah kewajipan seorang lelaki yang sudah baligh dan di dalam hadis ada menyebutkan, adalah berdosa jika seseorang lelaki itu meninggalkan solat jumaat selama 3 jumaat. Korang boleh cari hadis berkenaan k?
Post kali ni adalah berkenaan dengan khutbah jumaat. Bezanya, kali ni aku share dengan korang tajuk khutbah kali ni disebabkan, ketinggian rasa insaf itu menyusup ke dalam jiwa aku, apatah lagi jika aku share dengan korang kan?
Tajuk: Malam Pertama, adakah kita bersedia?
Malam pertama yang dirujuk oleh khatib adalah bukan malam pertama dalam perkahwinan. Malam pertama perkahwinan itu hanyalah "hadiah" dari Allah kepada hamba-hambaNya supaya taat akan semua perintahNya. Ini malam pertama di alam kubur yang khatib bacakan dihadapan jemaah yang dimuliakan oleh Allah SWT...
Aku berikan intipati dari apa yang disampaikan;
#1-Cukupkan amalan kita untuk bertemu dengan sang malaikat iaitu The Denied and The Denier (Munkar dan Nakir) sebelum kita dapat bertemu dengan Allah?
#2-Apakah yang telah kamu kerjakan diatas muka bumi untuk menegakkan agama Allah?
#3-Allah mengampunkan segala dosa kepada hamba-hambaNya, akan tetapi dosa-dosa sesama manusia, manusia itu sendiri perlu meminta maaf dan memaafkan
#4-Apalah guna hidup di dunia serba mewah, lengkap tetapi pada penghujung kehidupan, semua itu ditinggalkan
#5-Disaat nyawa ditarik oleh malaikat, disaat itu jugalah hijap dibuka dan nyatalah semua yang ada didunia ini tipu helah semata-mata. Kembali kepada Al-Quran dan hadis
#6-Basahkan lidah dengan zikrullah bukan setakat selepas solat, tetapi pada setiap masa agar HATI tenang dan menjadi lembut disebabkan zikir yang diucapkan
Itulah sedikit sebanyak yang aku boleh share pada pembaca-pembaca blog aku. Yang mana pembaca wanita tu, ambil ikhtibar dan sentiasa muhasabah diri, tidak terkecuali untuk diri sendiri juga =)
enjoy!
No comments:
Post a Comment