Showing posts with label Fitness. Show all posts
Showing posts with label Fitness. Show all posts

Monday, June 26, 2017

Lemonex: Kurus tanpa sengaja dalam masa 14 hari yang awesome! by shahroll

Monday, June 26, 2017



As salam, hello readers...

Alhamdulillah dah sampai Syawal ke-2 hari ni dan pastinya untuk 1 Syawal semalam, memahat memori indah untuk kita semua. Aidilfitri disambut sederhana tetapi meriah seperti kelazimannya di Malaysia. Syukur kepada Allah SWT dengan kemenangan yang di berikan kepada hambaNya yang sebulan menunaikan perintahNya.

Berbalik kepada tajuk post, aku akan bercerita mengenai satu produk minuman kesihatan yang baik untuk kesihatan, khusus untuk mereka yang menjaga penampilan diri.

Terima kasih kepada LEMONEX MALAYSIA di atas artikel yang telah ditulis di laman web mereka (lemonex Malaysia) dan di kongsikan di dalam blog ini untuk tujuan hebahan.

KENALI LEMONEX

Apa tu LEMONEX? Ok, secara ringkas, LEMONEX adalah minuman campuran botani lemon (Premix Lemon Drink) yang sangat berkesan dalam membantu anda menjadi lebih kurus dan sihat. Lemonex sangat berkhasiat dalam melancarkan Pencernaan , menstabilkan tekanan darah tinggi, detoksifikasi racun dalam tubuh, Vitamin C yang membantu dalam menyingkirkan lemak dan sekaligus menurunkan berat badan.

LEMONEX mengandungi ‘grapefruit’ iaitu buah limau gedang salah satu buah yang mampu mengurangkan berat badan dengan efektif. LEMONEX membantu anda untuk lebih bertenaga,singkirkan lemak dengan mudah dan membuatkan anda terkurus tanpa sengaja.

LEMONEX: KURUS TANPA SENGAJA!

Mesti korang nak tahu, apa kandungan yang terdapat dalam 1 sachet LEMONEX ni kan? Oh, sebelum aku lupa, sebotol LEMONEX ada 30 sachet yang boleh diamalkan setiap hari selama 1 bulan penggunaan.


4 Bahan utama yang terkandung dalam Lemonex

GRAPE FRUITS (Buah limau Gedang)
Grapefruits atau buah limau gedang ini sangat dalam menyingkirkan berat badan yang tidak diperlukan oleh badan. Komponen dalam grapefruits ini membantu untuk mengaktifkan enzim AMPK yang menggalakkan pembakaran lemak dengan meningkatkan kadar metabolisme badan.

LEMON
Lemon membantu membakar kalori dalam badan melalui peningkatan metabolisme badan. Ia meningkatkan kadar percernaan karbohidrat dalam badan dan seimbangkan kadar gula dalam darah. Dengan itu, ia mencegah insulin dihasilkan dan mengurangkan penyimpanan lemak dalam badan.

CITRIC ACID
Citric acid/Vitamin C adalah antioksida yang meningkatkan kadar metabolisma dan membakar lemak tahap maksimum. Menurut hasil kajian,semakin tinggi Vitamin C dalam badan,semakin besar peluang untuk membakar lemak ketika
bersenam.

NANO SUGAR
Nano sugar adalah partikel halus sucralose. Ia pengganti terbaik untuk gula biasa. Nano sugar mengadungi nilai kalori dan karbohidrat yang rendah. Jadi ia mengurangkan jumlah gula yang bakal ditukarkan kepada lemak dalam badan.

Antara mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan bersama LEMONEX



CARA MINUM LEMONEX
1. Minum lemonex 1 sachet 15 minit sebelum sarapan
2. Minum air 2-3L sehari
3. Selepas 7 malam jangan minum manis atau bergula




Bagi korang yang berminat nak menurunkan berat badan secara TIDAK SENGAJA ni, boleh hubungi team LEMONEX seperti dibawah;

Whatsapp: 012-343 7359 (YEOP)

atau di Facebook page






Friday, August 28, 2015

Running shoes dari Adidas by shahroll

Friday, August 28, 2015



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, selesai buat kerja berbayar. Kerja apa eh? kerja pakai Microsoft Publisher untuk buat mock-up e-magazine. Biasanya produk Microsoft aku cuma guna Words dengan Powerpoint, tapi untuk publisher aku jarang guna, tapi boleh la setakat nak buat kerja tu kan.

Kasut lari baru!

Yup, aku ada beli kasut lari baru @ running shoes Adidas dari Al-Ikhsan. Harga promosi RM159 sahaja. Ringan dan cantik!

masih "dara" belum rasmi nak pakai

Kasut sebelum ni yang warna oren tu masih ada, tapi tapak dia dah tak best. So aku beli yang baru ni lah. Actually aku beli kasut ni dan buat untuk hantaran tunang aku yang lepas. Sweet kan? HAHA!!

Aku tak masuk gym UiTM lagi ni. Banyak main kat track je. Malas pulak rasanya nak pergi gym UiTM sebab kalau sekali masuk RM4/entry. HEHE! Dah nak jimat-jimat duit sekarang ni.



enjoy!




Friday, December 12, 2014

Koleksi menu Yee Mee untuk program kurus badan! by shahroll

Friday, December 12, 2014



As salam, hello readers...

Sepanjang aku berdiet, aku tetap makan macam biasa. Nasi aku makan gak tapi dalam kuantiti yang sedikit. Biasa 3 senduk, korang boleh kurangkan jadi 2 senduk (untuk permulaan). Then, aku suka makan yee mee dengan pelbagai masakan yang aku try-error sebenarnya. Main hentam gak sebenarnya, HAHA!!
Yee Mee daging campur ayam
Secara basic nya, yee mee tu aku rebus je pun. Lepas tu aku masukkan daging masak kicap dengan ayam gaul kicap. Sayur tu pulak aku celur je. Setel!

Yee Mee rebus berkuah
Jenis ni pulak, aku sediakan kuah macam korang nak buat char kuey tiaw punya kuah. Then masukkan yee mee. Nak letak pedas boleh, nak letak ayam lebih pun boleh! Ikut selera dan tekak masing-masing

Yee Mee Hailam
Aku tak pakai minyak masak ni. Aku guna planta. Rasa dia lemak-lemak sikit, lepastu campurkan sikit halia. Kira kasi lawan sikit la dengan rasa kicap tu. Nak best, letak baby kailan dengan 2 ekor udang. Lazzzottt!!

Sedap dan ringkas menu kali ni k? hope korang leh try!

enjoy!



Wednesday, October 01, 2014

Bagaimana nak mengukur Kcal, Fat & Heart rate? by shahroll

Wednesday, October 01, 2014



As salam, hello readers...

Sejak aku dah mula balik ke gym UiTM, banyak kenalan sudah aku kenal dengan trainer-trainer kat sini. Kebanyakkannya pelajar-pelajar UiTM itu sendiri dari fakulti Sains Sukan. 

Dalam banyak-banyak tu, aku sempat berkenalan dengan Wani. Budaknya peramah dan bagus sebab tak lokek ilmu pasal fitness. Moga Allah murahkan rezeki dia dengan ilmu yang disampaikan, aminn!

Minggu lepas aku ada ternampak iklan pasal jam tangan kat kaunter. Kebetulan wani yang jaga masa tu. Aku tanya lah, jam ni jam biasa ke? Rupanya bukan. Jam yang boleh detect heart rate korang bila korang tengah buat senaman di gym. Specially masa korang tengah senam kat treadmill atau cycling.

Jam yang ditunjukkan dalam WhatsApps

Harga jam ni RM120 dapat nego RM115 lah. Dapat jam ni dengan alat heart rate tu. Benda tu korang kena letak kat degupan jantung, nanti jam akan detect berapa rate degupan jantung korang. Best kan?

aku dah beli!!

Heart rate aku masa aku test alat ni, seperti dalam gambar diatas. Saja test kot la jam ni tak berfungsi pulak. Setelah aku rasa puas hati dengan seller jam ni, sebab aku banyak bertanya pasal jam ni, baru lah aku balik ke rumah. Malas pulak nak belek manual tuk aku baca. Lagi senang dengar penerangan dari yang pakar. HEHE!

Jumaat ni aku akan ke gym lagi tuk full test alat ni. Anything aku akan update k??

enjoy!


Friday, September 19, 2014

Bagaimana corak pemakanan untuk program kuruskan badan? #eatclean #fitness by shahroll

Friday, September 19, 2014



As salam, hello readers...

Dalam menjalankan aktiviti senaman untuk kesihatan badan, jangan lupa tentang makanan yang korang ambil. Sia-sia je korang senam bagai nak rak, tapi makan tak kawal. 30% dari senaman yang korang buat dan 70% dari segi pemakanan yang korang ambil sehari-hari.

Antara contoh yang korang boleh "tiru" dari cara aku makan;

 Chicken breast+Vegetables+Egg

Yee Mee+Chicken breast+Kailan

Mashed potatoes+Chicken breast+vegetables

Tuesday, September 16, 2014

Fitness bersama shahroll!

Tuesday, September 16, 2014



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, sempat aku update lagi untuk kali ni. Story entry aku nak cerita balik pasal aku pernah buat training selama 3 minggu di gym UiTM sebelum aku disahkan sakit denggi. Agak kecewa, tapi pasti ada hikmah kan? Kita ulang semula main di gym!

Kali ni aku tak keseorangan. Ada officemate yang berminat untuk turut serta ke gym seminggu 3 kali bermula pada hari Isnin, Rabu & Jumaat. Aku cuma nak kembalikan stamina yang dulu. Kenapa? Sebab tak cepat penat, otak rasa fresh dan yang lebih penting, dapat memelihara jantung daripada lemah.

Dan, makanan yang baik dan seimbang juga perlu korang jaga okeh?

 My Officemate: Syazwan!

Try angkat bar besi 5kilo

Antara benda wajib yang kitorang akan buat adalah;

1) Berbasikal sejauh yang mungkin (cecah 200 kalori cukup dah..)
2) Main treadmil sejauh yang mungkin jugak
3) Angkat besi untuk pump tangan
4) Dumbell

Lain-lain peralatan tak sentuh sangat. Bak kata student Sport Rec yag ada kat dalam ni, berlatih biar spesifik. Kalau nak buat kaki, more to mesin yang buat otot kaki kuat. So, tak yah main dumbell. Gitu lah ceritanya...

 Lama tak angkat dumbell, rasa sket 20kg

setting RunKeeper untuk record larian aku sepanjang bulan/tahun/hari

Majulah Sukan Untuk Negara!
#fitmalaysia


enjoy!


Saturday, February 08, 2014

Sepetang Bersama Instructor 2014 @ UiTM gym by shahroll

Saturday, February 08, 2014



As salam, hello readers...

Mendapatkan khidmat pengajar di gym adalah satu perkara yang penting jika korang bebetul ZERO dalam hal menggunakan peralatan. Jangan macam aku, hanya merujuk pada video Youtube dan terus melakukan senaman atau "workout" yang salah tanpa aku sedari!

Ceritanya begini,

Petang semalam, aku macam biasa datang ke gym UiTM untuk membuat cardio dan bentuk badan. Cardio yang aku tahu adalah membuat sedikit pemanas badan, tredmill dan kayuh basikal. Itu asas yang aku tahu.

Lepas tu, aku bermain alatan yang membina otot biceps, triceps. Aku boleh nampak hasilnya bila otot lengan aku semakin mengeras dan kembang dalam masa 3 minggu. Kalau lama lagi training, dapat hilangkan terus lemak-lemak degil yang ada.

Last sekali, aku bermain dumbell. Masa aku main dumbell inilah, pelajar dari Sains Sukan UiTM iaitu Lucy menegur aku tentang kesalahan yang aku buat. Dalam salah satu kesalahan aku iaitu ketika membuat "squat with weight" sepatutnya aku tak boleh squat sampai punggung cecah ke lantai, hanya separa sahaja.

Jika dibuat berterusan, menurut Lucy aku akan mengalami 2 kecederaan iaitu di lutut dan juga tulang belakang! Nampak tak bahayanya itu?

Ini latihan yang betul bila buat squat dengan dumbell
gambar: Google Image

Latihan asas membuat latihan squat ini, korang kena buat latihan menggunakan bola dulu. Paling tidak pun, korang bukak dada korang tu, lepas tu lock punggung ke belakang sedikit then lutut sama paras dengan kaki. Aku dapat bertahan selama 10 saat tanpa menggunakan bola.

Lagi satu, bila korang nak UP, pastikan up dengan perlahan-lahan. Aku silap jugak tadi, aku up cepat.

Thanks to Lucy yang beri aku ilmu semalam. Tanpa teguran tu, mungkin aku boleh dapat kecederaan serius. Itulah padahnya bila "berguru" dengan Youtube. Mungkin lepas ni, aku akan ambil Lucy sebagai instructor aku untuk buildbody (kalau harga tak mahal la kan? HAHA!)

enjoy!


Monday, February 03, 2014

5 gambar cadangan makanan berkhasiat untuk kuruskan badan! by shahroll

Monday, February 03, 2014



As salam, hello readers...

Entry yang lepas aku ada share pasal himpunan makanan yang aku buat selama seminggu kan? Korang boleh tengok dan baca balik pada link tersebut. Dan, post yang ini juga akan aku share jugak untuk memberi idea/inspirasi terhadap menu diet korang. Mungkin korang dah buntu apa nak try makan untuk membangkitkan selera makan walaupun korang sedang berdiet!

Here we go!

Tauhu panggang bersama taugeh, timun dan tomato. 
Sedikit hirisan bawang merah dan halia

Dada ayam rebus bersama sayuran brokoli, tomato, saderi dan lobak merah.
Sup lemon air dari rebusan tadi

Dada ayam rebus bersama kailan cina rebus bersama sayuran.
Air mineral campur lemon+timun (detox terbaik!)

Daging panggang bersama sayuran. Sedikit roti whole grain

Ayam rebus bersama kentang. Sup lemon air dari rebusan ayam

Amacam? selera dah naik belum? Kalau berminat nak dapatkan detail resepi dari aku, boleh emailkan ke shahrollphoto@gmail.com nanti aku cuba reply la se-ringkas dan se-paham yang mungkin. Tak reti pulak aku nak listing resepi panjang-panjang. HAHA!

stay fit, stay workout!

enjoy!


Wednesday, January 29, 2014

Bagaimana nak kurus dalam masa seminggu sahaja? Ketahui rahasianya disini!! by shahroll

Wednesday, January 29, 2014



As salam, hello readers...

Tajuk macam aku jual ubat kurus kan? seriusli, aku tak de idea nak letak tajuk yang lagi sedap dari ni. HAHA! kalau ada idea lain, nanti lah aku tukar eh? Tapi hajat aku bukan nak jual barang ke apa, sekadar nak kongsi bagaimana aku mula membuat "penghijrahan" dalam menghasilkan berat badan yang boleh dikatakan "nak kurus" itu

Aku mempunyai berat yang agak berlebihan. Hampir dekat 100 kilogram jugaklah, itu pun last year punya timbangan. Then, aku mula nak mengorak langkah untuk menjadi kualiti hidup sihat dan kuat, aku ambil tindakan drastik. Drastik la sebab aku tak pernah-pernah nak buat semua ni sepanjang aku hidup!

Gambar SELEPAS (baju merah) dan SEBELUM (baju biru)

Gambar diatas adalah manusia yang sama cuma baju je berbeza. Dan, gambar ini juga menjadi kayu pengukur untuk aku terus dan terus membuat latihan senaman cardio dan bina badan (sikit-sikit la..) tapi aku lebihkan pada pembakaran lemak (cardio) di perut dan lengan. Memang situ lemak paling degil sekali korang nak hapuskan!

Sepanjang seminggu tu jugak, korang kena "pantang" dengan makanan. Bukan TAK MAKAN eh, cuma kawal dan jaga. Aku boleh bagi contoh rutin makanan aku disini: Fitness Food SH

Cara aku senang. Makan itu pada masa dan kerap. Jangan lupa juga, air mineral sehari cuba minum dalam 4-5 liter sehari. Aku just cakap CUBA, bukan WAJIB. Kalau tak boleh sampai, ikut mana korang larat sebab bila minum air banyak, pembakaran lemak senang berlaku.

enjoy!


Wednesday, January 22, 2014

Himpunan makanan seimbang gaya shahroll? let's eat clean! by shahroll

Wednesday, January 22, 2014



As salam, hello readers...

Mungkin pembaca semua tak tahu sekarang aku dalam proses "perubahan" untuk menjadi hidup lebih berkualiti. Amboihh~ lebih berkualiti tu, cam bagus je bunyinya? HAHA! Tak de apa sangat, cuma aku secara "tiba-tiba" ter-inspirasi untuk kurangkan berat badan TANPA perlu untuk ambil apa-apa makanan tambahan. Lebih kurang macam eksperimen la jugak ni...

Apa yang aku buat selama seminggu?

Bermula dari 12 Rabiulawal 1435 (selasaHari Keputeraan Nabi Muhammad) aku macam dapat "semangat" baru untuk ubah gaya pemakanan, gaya hidup dan gaya kehenseman (hensem??) dari detik itu, aku mulakan dengan membuat senaman di trek jogging dan gym (target: 1 week) dan target itu tercapai bila melangkah ke hari Isnin lepas. Now masuk ke 2 week dah pun!

Makanan macam mana aku makan?

Makanan orang Barat kata "Eat Clean", terms ni pun aku dapat dari Instagram. Sebab aku selalu post gambar makanan dalam IG aku supaya senang aku keep track apa yang aku makan sepanjang tempoh aku membuat perubahan tersebut. Hasilnya agak bagus, sebab pembuangan air besar dan kecil lebih 2 kali sehari.

My foods...


makan malam: Ikan Selar steamed bersama sayuran dan 
sekeping roti Whole grain. Minum air suam

Serapan pagi: 4 keping Whole grain ber-inti salad dan sos tomato. 
Minum susu HL (disarankan)

makan tengahari: Sayuran campur direbus bersama ikan kembung 2 ekor dan perahan jus lemon. Sedap dan mengenyangkan!. Minum air mineral

Wednesday, November 03, 2010

Hello ladies! Can you imagine that your boyfriend have "distended stomach"?? by shahroll

Wednesday, November 03, 2010
Salam all! =D


You still love your boyfriend if him have distended stomach (DS)? LOL~ Ok, pada mereka (kaum lelaki) yang ada masalah perut booncet nie, jangan susah hati, sebab hari nie aku jadi ala-ala instructor, nak bagi petua kasik peruk kempess! (padahal ko pon sama Roll, bonncet!) uhu~


** so ugly aaaa..** photo credits: Google

According Kevin Zahri (KZ), WHY your stomach can be like that because: READ this. Aku quote sikit dari blog KZ, " jika makan berlebihan, badan tiada pilihan melainkan simpan makanan berlebihan itu sebagai lemak…tidak kira makanan berlebihan itu daripada lemak, protein ataupun carbohydrate
tempat simpanan lemak badan terpulang kepada genetics & also jantina. Bagi lelaki biasanya tempat utama adalah perut.. "

SH: Owh! baru lah aku paham kenapa perot aku jadi boncet! **grin**

Dengan kesedaran yang agak tinggi, aku pun mulakan berdiet dengan TAK MAKAN nasi selama seminggu. Percubaan yang dulu aku gagal, sebab aku "lemah" dengan masakan mak aku, ayam masak kicap! But, now aku mula tekad! =D

** Baru cool perot cam nie..**picture credits: Google
heh~ (senyum bangga!)

Matlamat jangka pendek: Nak dapat perot cam kat atas nun... heh~ baru lah sihat! kot la boleh masuk Hero Remaja ke, tak pon masuk Majalah Maskulin ke.. **pangggg** berangan Roll! haihhs~ baru seminggu kot ko diet nie.. =P. then aku belek2 web KZ, tips nak bagi perut lelaki semacho yang mungkin. korang baca kat SINI

**picture credits: Mstar**


BIG Thanks pada KZ yang bagi tips yang super cool! Sebenarnya aku nak search lam Google "Fitness fees at Klang" alih2, keluar lak blog ko bro! huhu~ terbaek dari ladang..

Ok lah, aku harap korang doakan kejayaan aku k! haha.. salam..