Showing posts with label seminar. Show all posts
Showing posts with label seminar. Show all posts

Thursday, September 10, 2015

Panpages Malaysia: Digital SME Day 2015 @ Sunway Pyramid Convention Center part #1 by shahroll

Thursday, September 10, 2015



As salam, hello readers...

GO FAST! AIM SHARP! begitu bergaya tagline yang dibuat oleh pihak penganjur iaitu Panpages Malaysia. Semalam, aku berkesempatan dan diberi ruang serta peluang menghadiri seminar yang dianjurkan di Sunway Pyramid Convention Center. 

Menghimpunkan pelbagai syarikat-syarikat kecil dan sederhana dalam satu seminar bagi meningkatkan kefahaman dan cetusan idea-idea baru yang terdapat di seminar ini.

official poster Digital SME Day 2015!

Aku datang seawal 7.30 pagi di sini. Walaupun awal, masih ada yang awal dari aku untuk sesi pendaftaran. Minuman pagi disediakan untuk peserta seminar dan hidangan disajikan oleh Sunway Hotels & Resort. So yummy and delicious!

shahroll @ Digital SME Day!

Sementara hall belum dibuka oleh petugas Panpages, aku makan-makan dulu dan berkenalan-kenalan dengan business owner yang ada di sini. Ada seorang tu usia dia baru 22 tahun tapi wakilkan boss dia untuk hadir di seminar ni. Bagus! good exposure sebab muda-muda yang patut datang dan gain knowledge dan experience! *aku pun muda lagi!*

Business Networking

Salah satu hall dibuka kepada semua business owner untuk melekatkan business card dan ambil gambar business card orang lain. Cara yang berlainan dari letak kad tu di dalam mangkuk. Dan, panpages buat database untuk mengumpulkan senarai perniagaan yang kita jalankan dalam website mereka.

Aku pun letak 1 business card disini.

seminar bermula!

Tepat jam 9.01 pagi, hall telah pun dibuka untuk para peserta. Aku masuk dan terus duduk di hadapan sekali dalam barisan yang ke-7, sebab barisan 1 hingga 6 untuk orang yang tertentu boleh duduk tetapi yang selepas tu, free seating! Aku suka ingatkan korang, bila pergi seminar sila bawa jaket ya? Sejuk kemain dalam hall ni.

Ok lah, aku akan sambung post entry pasal seminar ni dengan kandungan yang terbaik. InsyaAllah!

enjoy!





Tuesday, March 10, 2015

(ads) Google Seminar Series For SMEs: Analytics for Online Strategies and Growth

Tuesday, March 10, 2015




FREE ADMISSION!!
Come & Join US

For further information, please contact : 
Mr. Mohamad Firdhouse Tajuddin (firdhouse@smecorp.gov.my) @                   03-2775 6114

Event Date: 
Thursday, March 12, 2015

***********************

Ok guys! Aku akan pergi ke event ni. Dah email pun Tuan Firdhouse siap booking tempat lagi kau! Sebab apa aku beriye nak pergi ni? Sebabnya, aku baca tentatif programnya cukup padat dengan ilmu-ilmu yang boleh kita ambil untuk absorb dalam perniagaan kita, lebih-lebih di era digital ni.

Aku akan ke sana menaiki train KTM dan dia sebelah bangunan KL Sentral sahaja. So no need aku nak tempuh jammed apa ke bagai.

Alamatnya:

DEWAN PERDANA, ARAS 5, BLOCK B
SME CORP MALAYSIA



jumpa kat sana!




Thursday, December 25, 2014

Bengkel Online Cashflow: Satu anjakan pemikiran untuk meluaskan empayar! by shahroll

Thursday, December 25, 2014



As salam, hello readers...

Alhamdulillah malam semalam bertempat di seksyen 13, Shah Alam aku bersama rakan se-badminton sama-sama menimba serba sedikit ilmu tentang cashflow ataupun aliran tunai kewangan. Terima kasih kepada rakan fotograpi iaitu saudara Musz yang telah lama aku kenal sejak zaman main kamera lagi.


sesi "hot seat" bersama sifu-sifu dalam pelbagai bidang

Tidak sukar mencari tempat berbengkel kerana dia berhadapan dengan bangunan RichWork yang ada gambar Azizan Osman. Besar gila terpampang dan bengkel ini adalah setiap hari Rabu, jam 8 malam sehingga 11 malam.

Apa yang best pasal Bengkel Cashflow Online ni?

Saturday, October 25, 2014

Panel Jemputan Stormreaders: Seminar Media Sosial bersama SH iMAGE by shahroll

Saturday, October 25, 2014



As salam, hello readers...

Menjadi panel jemputan untuk sebuah syarikat terkemuka dalam penjualan barangan muslim tidak aku menduga sama sekali. Terima kasih kepada rakan aku yang sudi hubungi aku di SH iMAGE dan kepada team Stormreaders Damansara Damai (HQ), terima kasih diucapkan diatas kepercayaan dan amanah yang diberikan.

Ok lah, sebelum aku berceloteh aku pamerkan poster dibawah ni;

poster SWAT

Tengok ayat digunakan. "Perkongsian" dari Shahrul Hairy Shaharuddin. Aku lah tu yang berkongsi serba sedikit ilmu pemasaran online bersama rakan-rakan yang hadir. Aku panggil "rakan-rakan" sebab memang dah jadi rakan aku peserta seminar ni, Alhamdulillah.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang memberikan respond yang terbaik sepanjang sesi berlangsung. Ingat tak ramai yang bertanya, rupanya sesi Q & A menjadi satu sesi "coffee talk" macam di kedai mamak, dok bersembang apa yang tak kena, apa yang boleh dibuat dengan itu ini dan sebagainya. Syukur, korang beri perhatian yang maksimum dalam seminar tu *happy*

Thursday, November 18, 2010

The Online Business today: Google nak beli Twitter? by shahroll

Thursday, November 18, 2010
Salam semua =D


How your day? semua nya ok ke? ada yang masih bercuti dan ada yang sudah bekerja. Ok, tadi aku ada terbaca di laman web http://techcrunch.com di ruangan twitter, yang mana Google sedang dalam perbincangan nak beli saham dari Twitter? huhu~ cool giler!


Bagi aku, Google dah cukup perfect! Tambah pulak kalau beli saham lam Twitter, bertambah2 superb la kan? Then, aku ada joint forum-forum oversea, they said, Google nie dah monopoli dalam bidang pencarian maklumat (searching information).. huhu~ itu aku dah lama tahu LOL~


Dalam posting INI, aku dah ceritakan bagaimana idea2 dari Biz Stone develop dan buat twitter tu. Apa yang aku nak utarakan di sini: Sejauh mana perkembangan online business di Malaysia?


Ada banyak perkhidmatan di Malaysia berorentasikan pemasaran berteraskan online. itu tak aku nafikan. Tapi, sejauh mana pulak penerimaan masyarakat di Malaysia? Ok, secara kasar, perkiraan aku, penduduk Malaysia lebih kurang 28 juta, dan dalam angka tu, berapa banyak yang menggunakan internet? Berapa banyak yang guna Online banking?


Persoalan demi persoalan yang aku nak sampaikan nie banyak, tapi untuk post ni, cukup hanya 2 nie dulu. Kita start dengan perkembangan business online then baru kupas pasal penerimaan orang ramai.


Kalau dulu nak jual barang, mesti nak kena ada kedai, betol tak? Dengan kepesatan teknologi, sekarang korang boleh jual online je. No need to rental shop dah, jimat disitu. Lain2 teknologi macam aku sebut kat atas, twitter yang mana kalau korang yang jenis advance, amik order thru tweet from client. Hidup biar senang. ahaha~


Sekarang, dalam Facebook bersepah orang jual macam-macam. Take advantage from technology la kan namanyer tu. See? sekarang dah mudah dengan dah bersepah smartphone (dah murah dah pon..) terus ada connect with Facebook and twitter. Dah tak main tepon2 yang tak de connect ngan 2 mende alah nie.. Budak sekolah pon dah mampu beli tepon cam nie skang.. LOL~


Then, bila penjual dah advance cam nie, how pulak penerimaan orang ramai. Ada 3 jenis lapisan sekarang. Celik IT, Buta IT dan Tak Tahu IT. Bukan aku nak kutuk orang yang tak reti IT and buta pasal IT k, just nak bagi gambaran lah, senang korang nak paham apa yang aku sampaikan nie.


Mana yang taw, ok lah. Cam ne yang 2 lagi tu? That why sekarang, aku tengok kerajaan sungguh-sungguh bagi kat pelajar (khasnya luar bandar) bagi menggunakan laptop dan ada internet. Nie semua nak bagi korang celik IT la nie. Aku naseb2 je celik, sebab dulu suka main game.. hahah~


Sekarang semua gadget dah murah2 kan, laptop baru berapa je plus beli broadband, sebulan ada serendah RM49 hengget. Ok lah tu, orang kata hidup skang semua nak 'stay connect" even masuk jamban pon boleh bertwitter. HAHAH! insane giler.. hermm technology change everything.. do you? =p


Haip, sambung next post! salam...

Wednesday, November 17, 2010

Seminar / Bengkel Cinematic : Story Telling [scriptwriting] by shahroll

Wednesday, November 17, 2010
Salam semua =D

Selamat menyambut Hari Raya Qurban! Baru balik dari solat sunat di masjid berdekatan. After this, akan drive ke KLIA pula, kunjungan ke rumah saudara. Baik, aku nak tanya, korang selama menulis, tulis dalam blog nie kan, ada rasa nak cuba menjadi penulis skrip tak? Khasnya pada blogger yang pandai berblog buat novel tu.. haaa.. aku ada berita baekkk punyer!

** Seminar anjuran (Dr) Mahadi J Murat**
SeMedia | FINAS dan UiTM

Satu bengkel akan diadakan di Pawangan P.Ramlee (FINAS) Hulu Langat pada 5 Disember 2010 seperti poster diatas. Korang akan dibimbing oleh fasilitator "The Imager". Siapa penganjur (Mahadi J Murat) nie? sila klik di SINI.

Yup! Pengarah yang bergelar Doktor yang cukup sinonim dengan dunia perfileman / sebalik tadbir dalam dunia seni. Beliau juga bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya Pendidikan. Beliau memiliki Ijazah sarjana filem (Universiti Westminster, London). Hebat bukan?

Dengan bermodalkan hanya RM50, korang akan menimba ilmu penulisan skrip yang mana bagi aku tak de lah mahal sangat. Berbanding kalau korang pergi ke Pavilion shopping baju, mau gak dekat Rm400-RM500 kan.. huhu~ maaf! bukan nak kutuk orang yang suka bershopping eh.. =D perumpamaan saja..

Kalau anda berkenan dihati nak book seat korang, boleh email di mahadijmuratworkshops@gmail.com dan untuk pembayaran melalui apa, itu korang kena tanya kat Doktor ye.. =D. Aku pon nak masuk bengkel nie, mana tahu tuah badan, boleh jadi penulis skrip yang terkenal seperti Adza Irdawati kan? hehhe. cool owh!

What are you waiting? peluang datang sekali je.. hehe.. salam!

Saturday, March 13, 2010

Ada apa dengan SEGAMAT?? by shahroll

Saturday, March 13, 2010
Salam for all beloved readers... :)








How your day today? Hope better from yesterday... acececeh~ speaking london ko.. hahaha, Haipp!!.. SH baru balik dari SEGAMAT semalam untuk meng"cover" talk my boss di UiTM Segamat.. macam besa kene tangkap gambar lah.. First time datang sana, dan first impression SH untuk UiTM sana, BOLEHH LAA.. heheh..








** eiittchh!! inosen giler muke.. miakakak~




**Antara simpang di Segamat... :)




**Rupa-rupanyaaaa!!.. miakakakak~ :P







Sana best jugak, suasana tenang cam kampung2 sket.. kat luar mmg banyak kepala sawit dan getah.. and banyak jugak kubur... complete set ada, Islam, Kristian, Buddha.... hehehe...SH suka perkampungan sana dengan rumah2 yang rare ( kecik,lusuh,) dan ada rumah tinggal yang berdekatan dengan kubur... best tu!








My frens dari sana, Eny yang dulu dari Shah Alam transfer ke sana.Punyalah tak teringat masa datang petang Khamis haritu,dah masuk UiTM baru tingat.. wakakak also berjumpa dengan abey Jidan ( Zaidan) yang dulu kija bahagian Sistem Maklumat PTAR1, now dah jadi Penolong Pegawai ( Big boss nieehh) kat sana... huehueheu.. thumb UP!! :)






**kaki Abg Zul tuh.. muehahahha...


** Merenung masa depan yang belom pasti di VIP Hotel, Segamat.. huhu


**********************************************************************

Belah Malam pulakkkk...






** Dibawa oleh Puan Maznah ke Restoren tepi sungai.....



** adess.. dah aku berdiet plak time ni... ( HAHAHAH.. gelak jahat!!)



** Bersama Prof. Kamil Hj. Ibrahim... sempoi ja kan Prof... best2! :)
(Bekas Pengarah UiTM Segamat)






BIG THANX for Puan Maznah, Timbalan Pustakawan,Cik  Nurul, Pustakawan PTDI and also Cik Asmahani yang menyambut kedatangan kontijen dari Shah Alam dengan meriah ye... SH dapat buku ( Cerpen) even im not given the talk.. hehehe.. ermm, klaw saya bagi talk, nak honorium lah ye! ehehehe..






aite, pengalaman kat sana belum puas lagi sebab tak jumpe supeeerrbb model & Bloggers yang terkenal, Hanis Zalikha.. ishhh.. mane daaa ko punyer fakulti...huehuehue.. Ok, see later... salam...



**Photos credit for Layla

Tuesday, February 23, 2010

SH di Terengganu part #1 by shahroll

Tuesday, February 23, 2010
Salam to all readers...


Agak menarik selepas 5 hari tak UPdate pape lam blog nie, byk peristiwa telah berlaku. Tapi, pergi ke Dungun, Terengganu akan SH cerita kan terlebih dahulu kerana pergi ke sana bukan makan angin semata-mata, tapi sarat dengan pelbagai perihal dan wacana perambahan pemikiran sebagai seorang pemikir.. fuahhh~ agak extrim ehh!! :P



** cam bese, posing kat kereta.. huhuhu~ nak pergi ke UiTM Shah Alam...




Jumaat pagi yang hening, SH memulakan perjalanan dari rumah ke UiTM Shah Alam, dekat Kolej Seroja untuk berkumpul disitu.. jam 8.30 pagi sampai, ingatkan orang paling lambat.. rupanyaaa. paling CEPAT!!.. huhu dorang yang lain masih dalam perjalanan dan ada yang pergi minum2....



Actually Seminar Pustakawan nie dihadiri oleh para pustakawan a.k.a pegawai2 lah.. SH sorang jek bukan pegawai, tapi tiket besaaaaa punyaaa untuk pergi sama.. hahah.. tak de lah, sebab SH nie AJK Pengangkutan dari Shah Alam.. menguruskan pegawai2 dari Shah Alam ke Terengganu... hooyeahh!!




**Saya BENCI Jemmed!! hahhh!!



**Mentari yang tetap gagah berdiri disebelah Timur..... :)




Bas yang dinaiki oleh SH adalah bas baru, so agak best lah jugak.. dari segi entertaiment, hampess gas sebab TV LCD p xleh guna arial tu x leh nak detect siaran.. pe jadah~ haha sorang pon xdek bawak DVD ke pe ke.. so langsung je la dengan rado.. tu pun sekat2 gak.. herrmm~ layan kepala juga baguss~... ( tidooow~) :P




** Konon tidow la.. ye ke?? :P hampir2 nak tido dah nie.. haha..




** Bas yang best dan driver bas yang syok!! heh thanx to Bro Zamani yang membawa bas secara selamat! :)





**Lepas solat Jumaat di Masjid di area Sungai Ular, Chukai...



Panas terik masa lepas solat kat area Sungai Ular... nasib baik dapat tempat nak solat, sebab tempat agak limited dengan orang yang ramai ditambah pula kami yang musafir nie seramai 2 bas.. huhu~ meriah owwhh~.. **abaikan muka tengah kepanasan tuuuw~...





**makcik nie power!! hehe.. ape mende tu ehh???



Salah satu kedai makan yang pelayan nyer sangat lah bagus!.. sebab pe, orang tak order pon otak2 versi Terengganu nie, tapi die boh je kat tempat kami duduk tu.. haha mane leh tahan mende depn mata.. so, kami pon makan je leww.. otak2 Terengganu nie ikan campor sama kelapa... woo~layann2.. then layan SATA pulak... mende SATA tu kelapa campor isi ikan lah.. dipanggang cam gambo kat atas tu, tapi didalam masih basahhh~... teranggkat beb.. hehe





**ko tengok bape banyak daa daunnn.. heee~


Bagus tol peniaga nie.. mesra alam.. Go for Green.. sebab semua balutan pakai daun kelapa dengan daun pisang.. wadda best kan... kopok lekor kat sini agak kecik,lembik p sedapppp dengan sos yang masam2 manis die.. fuuhh~ mencengkammm.. nie bukan SH makan soang ok.. nie ramai yang makan lagi.. huu~




orait, part #2 akan bersambung.... salam~ :)