Showing posts with label Sendiri bebel. Show all posts
Showing posts with label Sendiri bebel. Show all posts

Sunday, May 10, 2015

Panduan Blogger: Blogger yang bagus adalah blogger yang membaca by shahroll

Sunday, May 10, 2015



As salam, hello readers...

Selamat Hari Ibu! Hari ni kan hari ibu, yang seluruh dunia sambut. Tak ketinggalan juga di Malaysia. Terima kasih kepada ibu saya yang menjaga kami semua dari kecik sampailah umur nak cecah 30-an ni kan (tua pulak rasa!) walaupun aku rasa, hari ibu adalah hari-hari adalah hari ibu! hehe..

Ok, now what?

Ermm, buku. Cerita pasal buku, berapa banyak korang, khususnya para blogger habiskan membaca buku dalam sebulan? 1? 2? atau maksimum 3 buah buku setebal 100 pages?

Kalau korang pembaca buku tegar, tahniah aku ucapkan! Sebab korang membantu otak korang untuk berkembang seiring dengan penulisan dalam blog yang korang tulis. Bergantung kepada bahan bacaan yang dibaca jugaklah.

antara buku yang baru dalam senarai dibaca

Menggunakan baucer buku yang aku dapat, sebab masih bergelar pelajar UiTM dalan jurusan Office Management. Habis dalam RM100 untuk 3 buku dan 1 Al-Quran. Aku membeli mengikut keperluan yang diperlukan otak untuk penghadaman naskah buku yang baik bagi pengembangan sel-sel otak untuk berhubung satu sama lain.

1) Al-Quran yang ada hadis, tawjid dan juga tafsir (aku suka!)

2) Pencetus Minda Jutawan- untuk aku meningkatkan semangat juang dalam berniaga

3) Chicken Soup for the soul- Berfikir Positif, antara buku yang bagus untuk korang miliki sebab banyak cerita pendek yang membakar motivasi kornag untuk lebih berjaya!

4) Pemikiran Tuan Guru (Nik Aziz Nik Mat)- Model pembangunan Islam bersama pemikiran yang terkandung dalam diri Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (sedekahkan Al-Fatihah...)


Apa buku korang baca?




Saturday, April 11, 2015

Blogspot Template baru 2015! by shahroll

Saturday, April 11, 2015


Selamat tinggal template lama! Memang lama gila aku tak tukar template blog ni, sejak 2013 rasanya. Konon dah ok la template tu, dengan link-link kat sidebar yang tak ada kena mengena pun aku letak. Now dah takde lagi! *no free link ok?*

Aku baru tukar template blog hari ni sejak jam 4 pagi. Dah lama nak tukar, tapi asyik bertangguh. Benda kalau bertangguh memang tak siap la jawabnya kan? Now aku tengah upload balik, cari balik link (ada backup HTML yang dulu) 

Cuma, korang rasa ok tak template ni?



Saturday, January 31, 2015

Pembukaan 2015 yang sangat busy! by shahroll

Saturday, January 31, 2015



As salam, hello readers...

Alhamdulillah (baru lepas sendawa!) dapat jugak aku update blog sejak 13hb lalu. Busy kemain si shahroll ni  eh? HEHE! Pembukaan yang baik tapi agak busy jugak lah weyyhh dengan kerja kat opis dan kerja yang lainnya. Pagi ni diberikan oleh Allah untuk mengemaskini task aku yang berlambak

Ada Apa Dengan 2015?

1) Aku bertukar department. Bukan lagi team BPA. Now aku sebahagian dari team JPSE. Boss lama, berjumpa lagi. *hye boss!*

2) Awal-awal tahun banyak terlibat dengan event kat opis. Dan semuanya aku masuk sebagai Ahli Jawatankuasa dan Ahli KiK (nampak lahapnya nak masukkan dalam SKT 2015?! HAHA!!)

3) Photography job still on-going. Alhamdulillah dapat job wedding dan Aqiqah untuk bulan Januari. Nak hire saya, sila wassap 0123437359 (my work: here)

4) Editing video pun berjalan. Buat masa ni ada 1-2 orang kawan-kawan FB yang offer job tuk editing, syukur Alhamdulillah

5) Recent task: making custom album!

just SMILE!!! hahahhaa....

Semoga 2015 berjalan dengan lancar... Aminn...


Friday, January 09, 2015

Kepentingan menyimpan kad bisnes untuk perniagaan anda! by shahroll

Friday, January 09, 2015



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, mata masih segar selepas bertemu dengan rakan di Subaidah Nasi Kandar, Bayu Perdana. Perbincangan santai sehingga ke perbincangan untuk perniagaan (untuk shooting video & montage business) memberikan aku ilham untuk aku menulis dalam blog pagi-pagi buta ni..

Korang simpan kad business orang lain?

Sekiranya korang ahli perniagaan yang tegar dan bagus, mesti korang simpan kad business tu kan. Bukan setakat menghargai kad-kad cantik yang mereka telah cetak dengan kos yang mahal dan berikan kepada kita, tapi lebih dari itu

antara kad business yang aku kumpulkan sejak 8 tahun lepas

Pelbagai kad business aku dapat dan berjumpa dengan mereka yang terlibat dengan pelbagai perkhidmatan yang diberikan. Kadang-kadang aku main ambil je dekat meja-meja masa sesi networking berlangsung seperti di seminar atau hotel. Mungkin satu hari nanti, kita perlukan perkhidmatan mereka kan? mana tahu...

Aku pergi kedai kereta, aku ambil satu. Aku pergi butik baju, aku ambil satu. Boleh kata mana je aku pergi kalau ada kad business, aku simpan. Boleh jugak buat "database" untuk aku invite ke kelas atau seminar yang bakal dan aku langsungkan

Kalau korang, macam mana?



Tuesday, August 26, 2014

My great birthday partyyyyyy!! by shahroll

Tuesday, August 26, 2014



As salam, hello readers...

Syukur Alhamdulillah, dengan izin-Nya aku masih lagi bisa menulis diruangan kecil dalam blog kesayangan ramai. Ecceh! agak lama tak update sebab banyak aktiviti dan kerja perlu aku siapkan. Paling tak sabar nak update pasal program YOK REWANG anjuran Tourism Malaysia Johor tempoh hari. Banyak memori indah bersama rakan-rakan baru disana. Itu aku cerita kemudian eh?

Aku balik dari Johor, pada malam 21hb ogos. Aku park kereta di Kementerian Pelancongan dan masa tu aku tengok jam dah pukul 9.00 malam. Dengan takde duit dalam dompet, gagahkan diri nak cari ATM Maybank dekat Putrajaya. Kalau tak cam ne aku nak bayar toll? huhu, sadis!

Di ringkaskan cerita, aku balik ke rumah lebih kurang jam 11.30 malam. Ada setengah jam lagi untuk masuk 22hb Ogos. Yelah, kebiasaannya birthday aku tak de pape yang special pun. Ucapan dan doa tu adalah. Tetapi berbeza dengan tahun ni (maklum lah, dah tua kot?) hehe...

pelbagai juadah disediakan.. Alhamdulillah...

Terima kasih kepada mak aku yang memahami anaknya yang sedang kelaparan walaupun dah berhenti di RnR untuk makan, perjalanan dari Johor ke Putrajaya memang boleh buat perot lapar balik! Aku disajikan dengan "kek" pulut kuning pada ulangtahun ke 27 kali ini. Syukurlah, masih diberi peluang sehingga kini.. Syukur ya allah...

Thanks juga kepada adik-adik aku & mak yang beri hadiah sebuah henset Nokia yang baru, dan nombor tu aku letak nombor Celcom. Mak aku ada nombor Celcom, so boleh jimat kat situ =)

Terima kasih juga kepada rakan-rakan Facebook yang wish, rakan-rakan Twitter, rakan-rakan WhatsApps. Terima kasih atas ucapan dan ingatan korang!

Sehingga jumpa pada harijadi aku yang akan datang (dengan izin Allah), aminn...

enjoy!


Wednesday, July 23, 2014

Raya 2014 yang HAMBAR! by shahroll

Wednesday, July 23, 2014



As salam, hello readers...

Detik melangkah ke bulan Syawal kali ini cukup pantas. Sepantas berapa kau jogging di tasik Shah Alam dalam 3 jam tu. Aku baru nak rasa "nikmat" kepenatan puasa, terawih dan lain-lain yang aku rasa tak akan dapat dalam bulan-bulan yang lain. sungguh.

Tapi masa tetap terus berlalu dan pergi. Itulah tanda besar kekuasaan Allah yang kau tak boleh halang. Kau semakin tua dan tua, sedar-sedar masuk dalam van jenazah! huhuhu...

Kenapa aku rasa HAMBAR?

entah. "kosong" sangat tahun 1435 hijrah ni. Nak kata banyak masalah, yes memang banyak! Bukan masalah diri sendiri, tapi melibatkan masalah-masalah negara Malaysia ku terchenta kena pelbagai musibah di peringkat antarabangsa.

Allah menguji Malaysia.

Walaupun tidak tuju secara langsung kepada diri, tetapi masalah seperti kehilangan MAS MH370, lepas tu MH17 yang ditembak di Ukraine cukup membuatkan aku bimbang. Lagi, dengan penculikan di Pulau Mabul, tembak mati dan sebagainya bertambah-tambah lagi aku risau.

Dugaan apakah ini?

Jika disorot kembali, track rekod Malaysia selaku negara Islam yang moden tidak terlalu teruk. Boleh dikatakan Malaysia negara islam moden contoh kepada negara OIC yang lain. Mungkin ada yang membantah kenyataan aku, tapi inilah pendapat peribadi aku...

Semoga Malaysia dalam lindungan Allah sentiasa! Aminn...


selfie from shahroll blogger!

enjoy!


Monday, May 19, 2014

Current update by shahroll

Monday, May 19, 2014



As salam, hello readers...

Just quick update only. Subhanallah, little bit busy since last week till the next! Antara yang bakal berlangsung;

20-22hb Mei 2014- Peperiksaan KPSL S27
25 Mei 2014- Persediaan pengajaran di Kolej Komuniti
28-30 Mei 2014- Persediaan untuk fasilitator Adobe Photoshop
7 Jun 2014- Program bersama Kolej Komuniti (Penceramah Jemputan)

I'm feel great!!
photo: Google Image

Alhamdulillah, rezki agak pack untuk bulan Mei dan sehingga bulan Jun. Coming soon, shooting untuk satu restoren di Bukit Tinggi untuk gambar-gambar restoren mereka. Masih di peringkat perbincangan sebutharga.

Gambatteh!

enjoy!


Wednesday, April 30, 2014

Setengah hari bersama pemaju rumah I & P Group dan melawat Flat Alam Impian by shahroll

Wednesday, April 30, 2014



As salam, hello readers...

Sabtu lepas (26 April) aku telah dipanggil oleh pihak pemaju untuk memohon pembiayaan rumah oleh bank-bank yang mereka sediakan. Sebenarnya, ini adalah cara pemaju untuk "menapis" mereka-mereka yang memohon rumah kos rendah ini, adakah layak memohon pinjaman rumah atau tidak.

Maka, kalau tak layak, rumah itu akan diberikan kepada mereka yang di dalam senarai menunggu (waiting list)

*Gambar rumah aku share dalam post INI*

berada di galeri I&P Group (sales gallery)

Bank yang menawarkan perkhidmatan peminjaman adalah Ambank. Setelah menunggu dalam 20 minit, aku pun dengar lah apa yang di katakan oleh perunding bank tersebut. Kira punya kira, tengok slip gaji semua bagai, aku PASS untuk memohon pinjaman tersebut. Kiranya aku ada 2 pilihan, samada nak pinjam bank ataupun pinjaman perumahan kerajaan.

Jika aku pinjam bank, kadar peratusan dia adalah sebanyak 4.6%+2% untuk BLR. Ini tidak fixed (tetap) kerana jika ekonomi merosot, nilai akan naik dan bayar untuk tiap-tiap bulan juga akan turut naik. Maka, aku fikir baik ambil loan kerajaan kerana kadar dia fixed hanya 4% sehingga habis tempoh pembayaran rumah.

Setel part tu, aku ke bakal rumah aku untuk ambil beberapa keping gambar untuk di tampal dalam blog;

contoh rumah, bukan rumah aku ni...

Pihak pemaju akan panggil semula pembeli rumah untuk "cabut undi" tingkat mana yang akan dapat. Rumah yang aku ambil gambar ni, memang dijadikan contoh kepada mereka yang datang ke flat ni. Pengawal keselamatan kat sini pon tak kisah nak ambil gambar di kawasan ni (orang Nepal!)

Bagi aku, rumah yang direka cantik, bagus dan semuanya kira OK, cuma ruangan dapur tu aku rasa agak kecil sikit. Fikir balik, rumah RM42k nak harap dapur besar, memang payah le!

Lagi pun nak duduk seorang diri je kan (buat masa ni) kalau dah berdua pun, masih lagi OK. hehe! syukur Alhamdulillah...

ground floor ada lot kedai sebanyak 8 buah!

Kemudahan di flat ini seperti lif, surau, mini taman permainan, parking motor & kereta, tempat pembuangan sampah. Melihat kapasiti parking, aku pasti akan sesak dengan penghuninya yang rata-rata akan ada 1 atau 2 buah kereta. Bayangkan kalau dah 9 tingkat? HAHA!

Aku minat kedai tu, macam nak sewa je. Nak bukak kedai kek & kerepek pisang tanduk

enjoy!


Thursday, April 03, 2014

Couple in Islam? by shahroll

Thursday, April 03, 2014



As salam, hello readers...

Rasulullah SAW (pbuh) said,” No one is single in heaven.” – narrated by Muslim
Image: Google 

Tetiba kan cerita pasal 'couple' bagai? Setiap orang mahukan pasangan sebab apa? Sebab semua itu sudah lumrah alam yang Allah kata, setiap apa yang ada di muka bumi ini, ada pasangannya.

Begitu juga dengan manusia.

Jika matahari pasangannya bulan, langit pasangannya bintang, hitam pasangannya putih maka lelaki pasangannya wanita.

Tetapi, dalam melangkah ke alam "suka+cinta" ini, dalam Islam sendiri menggariskan panduan. Aku suka quote dari portal dibawah ni;

Question: Do Muslims date? If they don't, how do they decide whom to marry?
Answer: "Dating" as it is currently practiced in much of the world does not exist among Muslims. Young Muslim men and women (or boys and girls) do not enter into one-on-one intimate relationships, spending time alone together, "getting to know each other" in a very deep way before deciding whether that's the person they will marry. Rather, in Islam pre-marital relationships of any kind between members of the opposite sex is forbidden.- source: About.com


Kadang, jiwa kita "meminta-minta" untuk berjumpa dan ingin mengenali lebih dekat terhadap pasangan yang kita suka. Walaupun begitu, tegahan sudah dilarang oleh Nabi Muhammad SAW berkata, "Jika berduaan bersama bukan muhrim, maka orang ketiga adalah syaitan"

Bagi aku sendiri, jika sekalipun dipanggil "dating" or what so called sekalipun, jangan pi tempat sunyi tak dak orang. Pergi la ke library ka, kedai buku ka, stesen bas ka, janji ramai orang. Lepas tu, limit kan masa berjumpa. Agak-agak tak dak apa nak cerita, balik lah.

Reality? Yeah!

source: Facebook

Peringatan untuk aku sendiri, jika rasa dah dekat untuk berumahtangga, cepat-cepat kumpul duit, no matter what! Lelaki memang kena kerja kuat, no matter what! Sakit atau penat boleh hilang atau sembuh, jangan manjakan sangat mata yang mengantuk, badan yang berbisa sakit. Alah bisa, tegal biasa, kan?

Aku suka link portal ni: One Islam Portal

My dream wedding, InsyaAllah =)
source: Tumblr

enjoy!


Friday, March 07, 2014

Bila dah positif denggi, banyakkan membaca kisah orang lain juga! by shahroll

Friday, March 07, 2014



As salam, hello readers...

Hampir seminggu aku MC dan duduk dirumah. Walaupun sudah seminggu berlalu, aku masih merasakan kesihatan belum pulih sepenuhnya. Alhamdulillah, masih berbaki sampai 10/3/2014 untuk aku "berehat" di rumah lagi.

Sebenarnya aku masih terkejut dan takut dengan kondisi aku sekarang.

Positif denggi? Hermm, ye betul!

image: Google

Bila dah tahu aku sakit "positif" ni, bermacam-macam emosi bergaul dalam diri. Entah, macam down pon ade. Macam "blank" pun ada. Serba-serbi macam tak kena. Selain aku minum banyak air, aku juga makan "sup ketam" seperti yang dicadangkan oleh rakan-rakan.

Air 100 plus tak lekang aku beli dekat kedai anney area rumah aku. Air mineral pon aku telan jugak. Janji air, mak aku cakap.

Aku mula selongkar cerita-cerita pesakit denggi yang ada dalam Internet.

Bahan bacaan:

Mangsa Denggi trauma- Utusan

Awas jika demam berulang- Kosmo

Cukuplah 2 artikel yang sama aku baca. Seram sejuk wehh!! Pesakit denggi, kalau tak MATI, kau hiduplah. Kalau tak, MATI! Aku tak rasa bila kali pertama BERJAYA tolak sakit ni, kau akan berjaya untuk kali kedua (based on story dalam portal tu) sesama berdoa agar kita dilindungi oleh Allah sentiasa.

Mahkluk Allah paling kecik pun mampu untuk mematikan manusia (dengan izin Allah) janganlah BONGKAK dengan apa yang kita ada sekarang ni ye?

Salam Jumaat!


Sunday, December 29, 2013

Catatan rakyat marhaen: Ahad malam di Giant, Bukit Tinggi Klang by shahroll

Sunday, December 29, 2013



As salam, hello readers...

Hujung bulan, tentunya barangan untuk bahan kering sudah habis untuk sebulan. Dan, Giant adalah tempat setiap bulan kami berkunjung untuk mendapatkan bekalan itu. RM400++ perbelanjaan untuk satu troli penuh dengan pelbagai barangan seperti gula, beras, tepung, susu pekat manis, pencuci baju dan sebagainya.


sumber: Google



Hampir mencecah ke RM500 sebenarnya.

Abah aku pakar dalam membeli-belah. Aku? Tidak. Aku lebih suka tunggu diluar, sementara adik-adik perempuan aku menemani abah aku di dalam. Aku suka memerhati. Bukan perhatikan awek-awek Melayu lalu-lalang di Giant. Bukan.

Tapi aku suka memerhati gelagat manusia yang datang ke Giant. Ada yang sihat walafiat, ada yang bertongkat, ada yang sakit tapi mahu juga berjalan-jalan bersama anak menantu dan lain-lain. Tambahan pula, malam ni hujan agak lebat, makanya banyak juga kereta-kereta bersesak parkir di depan pintu masuk.

Mana tiada kereta, teksi menjadi pengangkutan utama untuk datang ke Giant. Hermm, bayarannya sekitar RM5 (yang aku tahu) mngkin lebih. Tidak mengapalah, janji sampai untuk membeli-belah disini.

Warga asing juga suka berbelanja. Lebih-lebih lagi Bangla. Di Klang, banyak juga pendatang seperti Vietnam, Indonesia, Myammar dan China disini. Tapi, yang menonjol warga Bangla. Mungkin populasi mereka di sini saban tahun meningkat kali?

Lepak di Giant sambil minum air teh brew kegemaran aku, Jasmine Milk Tea menjadi kemestian. Each A Cup itu berharga RM4.60 untuk saiz besar. Cukup menenangkan disamping dengar suara riuh kanak-kanak yang bermain di playground yang disediakan.

*pejam mata*


.......... bersambung.....


Sunday, December 22, 2013

Panduan untuk Peniaga Kecil by shahroll

Sunday, December 22, 2013



As salam, hello readers...

Aku berada di Cyber Cafe di Centrepoint, Klang sementara mak dan abah aku beli alat tulis untuk adik-adik aku yang masih bersekolah. Dalam pada tu, aku lepak di cyber cafe untuk cari maklumat pasal "panduan membuka kedai roti"

gambar: Google

Dan aku terjumpa satu blog yang best untuk dijadikan panduan aku, terima kasih atas penulisan yang telah dikongsikan dalam blog beliau.

Cuma, dalam entry "Panduan Peniaga Kecil" aku nak report balik dalam blog aku;


Friday, December 13, 2013

Homemade Pizza "Apartment Pizza" by shahroll

Friday, December 13, 2013



As salam, hello readers...

Selsema+batuk makin menjadi. Allah.... dengan hidang teh panas tanpa gula, rasa sedikit rasa selesa di tekak. Walaupun camni, aku terus menulis sebab aku suka nak share cerita dengan korang semua =) harap tak demam sebab Sabtu ni aku ada kelas mengajar blog perniagaan di Kolej Komuniti Klang

Alhamdulillah, hajat aku nak buat pizza di rumah tercapai. Dan lebih seronok makan bersama family. Ada 2 keping pizza telah dihidang hari ni dan menunya sama saja iaitu Crab & Chicken Delight (nama nak best je! haha..)

My sister yang ambil gambar ni, thanks Azza!

Dough yang aku buat, agak sedikit kurang menjadi untuk pertama kali mencuba. Keras dan agak liat. Ini dikomen oleh mak aku sendiri sebagai "Great Tester" aku dirumah. Apa-apa komen yang keluar, aku cuba untuk improve for the next time. Yup, buat dough pizza pun ada skill juga ya =)

Antara topping yang aku gunakan untuk buat my "Apartment Pizza

Aku gunakan bahan-bahan yang segar dibeli dari Giant Klang. Antaranya cili benggala hijau dan merah, chicken luncheon, stick crab, daging lembu Ramly, Italian Herbs, tomato, Dolmio dan Cheese. Semua barang tersebut dalam RM55 untuk modal permulaan.

Kenapa aku guna terms "Apartment Pizza" ni?

Aku nak jadikan ianya satu brand. Disebabkan aku tinggal disebuah apartment, maka aku ingat nak pakai nama ini bila aku nak mulakan perniagaan jualan pizza, khas ni apartment ini. Sebagai permulaan aku sasarkan jualan disini saja dulu. Ok kan? Sebab disini pun dah ada 4 block apartment, tambah lagi ada 4 tingkat. Lumayan juga tu ($$$) hehe...

Aku belum rangka apa-apa lagi. Just in my head fikir pasal benda tu. Hope lepas aku sihat ni, aku boleh lah fikir kedepan pasal hal ni.

Ok guys! aku dah mula sejuk gila dah ni, hope tak demam la esok.. see again, adios!

enjoy!


Wednesday, November 13, 2013

Esok Interview? Ok, I'm ready! by shahroll

Wednesday, November 13, 2013



As salam, hello readers...

PEH! agak lama meninggalkan blog aku ni. Maaf la ye, bukan nak "diva" sangat la kan, but sejak kebelakangan ni aku sibuk sikit dengan "dunia realiti". Kalau korang baca balik post-post sebelum ni, korang fahamlah eh? HAHA! Korang sehat tak?

Kepada yang ambil SPM, all the best aku ucapkan. Mana yang nak kawin lagi tu, aku ucapkan tahniah jugak lah! haha...

Blog ini akan "terabai" seketika memberi laluan kerja-kerja memproses custom album perkahwinan yang aku shoot tempoh hari. Ada 3 buah custom album yang perlu aku siapkan dalam masa terdekat ni. Semoga berjalan lancar dan dimudahkan Allah S.W.T aminn....

Dan, esok juga aku akan pergi ke Pendaftar UiTM untuk sesi temuduga kenaikan pangkat ke gred 22. Alhamdulillah, kali ini dipanggil lagi setelah pada tahun 2011 aku hanya menjadi calon simpanan saja. Kali ini? aku buat yang terbaik lagi dari yang lepas!

Naik Pangkat a.k.a Promotion imagination? HAHA!!

Aku difahamkan seramai 37 orang calon untuk sesi temuduga esok. Aku serahkan bulat-bulat kepada Allah S.W.T untuk menentukan untung nasib. Bagi aku, jika kenaikkan pangkat itu lebih baik dari sekarang, Kau permudahkan lah Ya Rabb. Jika kenaikkan pangkat itu menyusahkan aku kelak, Kau berikan lah petunjukmu Ya Rabb.....

Aku hanya mencuba. Kepada calon lain, aku rasa korang juga mempunyai harapan yang baik =)

"Besar pangkat, maka besar juga lah amanah dan tanggungjawab" - SH

enjoy!


Monday, September 23, 2013

Petang Ahad bersama kereta Iswara Aeroback by shahroll

Monday, September 23, 2013



As salam, hello readers...

Setelah membayar habis kereta aku dengan bank, memang "manja" dia sekarang ni. Sikit-sikit masuk bengkel, sikit-sikit beli part baru, sikit-sikit kena tambah minyak (leaking oil) paling teruk bila dia meragam masa buat top overhaul. Melayang RM wehh. Dan petang tadi, melayang lagi RM230 beli starter baru.

Sebelum decide nak beli, ingat nak suruh mekanik ketuk-ketuk je starter tu. Dulu, jiran aku tolong aku ketuk-ketuk mende tu and then boleh jalan start la kereta kan. Lepas aku bawak bengkel, ketuk dah tak mau hidup. Memang sah nak yang baru la tu.

Amoi bengkel tu kata kat aku, yang recon RM200 dan yang baru RM230. Dah alang-alang tukar, ambil yang baru sekali lah. Ada warranty 3 bulan.


starter lama, teruk bebeno rasanya...

Kereta aku tahun 1998 punya pengeluaran. Dah lebih kurang 15 tahun usianya. 3 owner merasa kereta ni. Aku owner ke-3. Bayangkan dah berapa lama kereta ni berkhidmat untuk ketiga-tiga owner kan? Sejak aku beli sampai habis bayar (7 tahun) memang tip-top. Jarang sekali buat hal. Tapi yelah, mungkin usia kereta dah sampai ke maksimum, mula lah macam-macam =(

Problem major yang pernah aku lakukan pada kereta ni;


Mungkin dah tiba masanya nak membeli kereta baru? tapi dengan ekonomi sekarang, rasanya kena tangguh beberapa tahun lagi. HEHE. selagi ada, lenjan je lah. Janji boleh jalan *sambil buka mudah.my tengok harga kereta baru*

HAHA...

enjoy!


Friday, September 06, 2013

Minggu yang mencabar by shahroll

Friday, September 06, 2013



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, minggu yang "mencabar" bakal berakhir. Sepanjang minggu ni, aku dah 3 malam stay up untuk menyudahkan tugasan-tugasan yang ada. Diantaranya tugasan study (ada masih berbaki, duh!) dan tugasan client serta tugasan-tugasan pejabat yang lain.

Mata dah lebam macam panda.

heyylooo.. HAHA!
photo: Google Image

Tugasan client merangkumi tugasan seperti menyiapkan 2 projek assignment menggunakan Macromedia Director macam aku posting entry lepas. Research & study menggunakan software tu ambil masa juga, tapi Alhamdulillah cepat tangkap penggunaannya. Telah selamat pun deliver assignment tu tepat pada waktunya walaupun mengalami file crash semasa nak publish! 

Sempat recover kembali semula dalam masa 5 jam bersengkang mata dengan bermula dari awal (pedih woo!) bayaran yang dikenakan juga setimpal dengan hasil kerja dan waktu diluangkan.

Selain tu, aku juga perlu menyiapkan slideshow untuk Kursus Jangka Pendek Fotograpi yang akan dilakukan di Kolej Komuniti Klang, Sabtu ni. Aku difahamkan seramai 27 pelajar akan mengikuti kursus berkenaan. Sudah siap tetapi cuma perlu tambah gambar dan sebagainya untuk menceriakan slide. Pengisian? just straight to the point!

Ahad minggu ini (8 Sept) akan berakhirnya kelas BEL313 aku selepas mengambil final test. Alhamdulillah, tak de final exam. Tapi masih seram sejuk juga, belum sempat belek mana-mana yang patut. Lepas balik dari mengajar di Kolej Komuniti, kena berkejar pula untuk assignment lain. Waaahh!

Seorang client tanya malam tadi, "How amazing your life with these at all?"

Senyum dan angguk. HEHE!

enjoy!

Friday, August 30, 2013

Mau balik INDIA sudah! by shahroll

Friday, August 30, 2013



As salam, hello readers...

Kita kalau dah selesa dengan "hasil kerja" seseorang tu, memang payah la nak bertukar tangan pula. Cam tu lah aku sekarang ni bila tukang gunting kegemaran aku dah nak balik negeri. Aku gunting rambut selalunya di Tesco Bukit Tinggi, ground floor berdepan dengan KFC. Aku cuma memanggil "boss" je sebab tak tanya pulak nama dia sepanjang aku bergunting rambut. Lama jugak lah.

Sanggup tunggu turn dia gunting walaupun ada kosong sebelah dia. Malas aku nak gunting yang tak de "taste" aku kan. Macam aku cakap tadi lah, "hasil kerja"

macho tak boss neh?

Dia ni duduk di India. Agra katanya. Walaupun tak fasih berbahasa Melayu, kira boleh juga lah berkomunikasi. Potong tepi, nipis atas boss. Ayat yang kerap aku ulang kalau nak potong rambut.

Last hari tu (minggu lepas) macam biasa datang kedai Salon Setia. Dia cakap dengan aku slow, "esok mari datang, potong sama kawan", gitu hah ayat nyer.. grammar tunggang langgang ape hal? HAHA!

Dia dah set-up kedai gunting rambut kat India. Baguslah untuk perkembangan karier dia sebagai tukang gunting. Selama 3 tahun menapak di Malaysia, akhirnya dapat bukak business sendiri kat sana. Cool brother!

Tunggu aku datang ke INDIA!

enjoy!

Sunday, August 18, 2013

5 tips untuk belajar sambil bekerja by shahroll

Sunday, August 18, 2013



As salam, hello readers...

Hasrat untuk melanjutkan pelajaran memang bagus dan terpuji sekali. Orang yang begini, aku tabik spring sebab, aku andaikan mereka dah fikir semasak-masaknya tentang pengorbanan masa, wang ringgit, tenaga dan sebagainya untuk mencari ilmu menambahkan pengetahuan yang ada. Teruskan ya?

Sepanjang aku ber-Diploma dari tahun 2008 sampai la sekarang (tak habis-habis lagi haa..) ada lebih kurang RM2,000 lebih dah aku belanjakan. Itu duit yuran saja lah, makan minum tak termasuk. Walaupun kami bekerja, kadang-kadang "semput" juga memikirkan nak bayar tu kan? So, pepandai korang nak nak menyimpan duit. HEHE!

Apa tips aku nak bagi?

#1- Sentiasa bersedia membuat tugasan
Bersedia macam mana? sedia dari segi masa. Sifat malas kadang-kadang mempengaruhi kosistensi korang untuk menghadap assignment yang ada. Kadang tak susah mana pun, tapi kalau dah malas, apa pon tak boleh!

#2- Perlu ada kawan dalam kelas
Maksudnya, kawan 1 batch. Bila belajar part-time ni, kawan memang penting. serius! Ada "masalah" sikit kalau korang masuk dalam kelas yang tak de kawan yang biasa buat tugasan sama-sama. Kenapa? kita tak tahu tahap komitmen dan juga kerajinan. 

#3- Tidak kedekut informasi
Kedekut di sini membawa pengertian, jangan simpan informasi yang penting dan tidak menyampaikan kepada kelas lain. Setiap kelas akan ada ketua kelas, so si ketua ni akan blast information kalau kelas batal ke, assignment kena hantar awal dan lain-lain. Kalau tak memang naya weh!

#4- Terima seadanya
Bagi aku gelak jap! HAHAHAHA! ok dah, part ni korang kena "pasrah" bila dapat lecturer yang tak best, tak masuk kepala dengan korang dan yang tak flexibel. Lecturer jenis macam ni agak susah untuk korang "mengipas" untuk dapat markah lebih. Walhal, korang tak payah kipas pon kalau korang memang dah bagus? 

#5- Nikmati keseronokkan menjadi pelajar
Apa pun yang korang lakukan, buat dengan hati yang enjoy. Baru "feel" nak belajar tu meresap dalam seluruh jiwa raga. Jangan fikir nak segulung Diploma tu je, jangan. Benda tu kertas biasa yang dicop oleh institusi tempat korang belajar. Paling kuat pon, merasa lah pakai jubah konvo? HEHE.

di depan Fakulti Teknologi Pejabat (FTP), Puncak Alam

enjoy!

Tuesday, August 13, 2013

Raya seorang blogger by shahroll

Tuesday, August 13, 2013



As salam, hello readers...

Masih belum letih nak menulis. Sepatutnya aku dah tidur sekarang ni, tapi disebabkan "kejadian" dalam toilet menyebabkan, mata terbuntang segar. Apa lah, nak tidur pun tak senang. Sistem penghadaman agak aktif setelah rehat sebulan. HAHA.

Buka blog, tulis.

Malam ni rakan Facebook sibuk dengan "Meteor Shower" yang dikatakan jatuh pada malam ni (semalam). Aku tengok tak de yang berjaya shoot. Ada la seorang dua. Entah, tak berminat sangat dengan meteor apa semua. Seronok juga lah newsfeed aku dipenuhi pasal tu. HEHE.


Pasal raya, boleh la sambung sikit dari post lepas. Raya kedua boleh dikatakan full schedule lah. Dari Sungai Yu lepas tu ke Sawah Sempadan. Round round rumah saudara-mara yang setahun sekali singgah. Penat weh! total dalam 11 rumah bila keluar. Best? tak juga. lunyai rasa.

Rumah ke 5 rasanya ni, happy lagi lah.. HAHA!

Disebabkan raya kedua jatuh pada hari Jumaat, so stop dulu beraya dan sambung selepas solat jumaat. Best macam mana pun beraya, ingatlah solat jumaat tu WAJIB bagi lelaki untuk pergi. Lagi pun, dah raya ke-2 tak de dah rayanya sebab yang disyariatkan raya dalam islam adalam pada 1 Syawal sahaja (ruj: Khutbah khatib)

sawah pagi Tanjung Karang

Sekarang musim penanaman kedua di sawah. Padi kecik kecik lagi, baru nak naik. Bulan September atau Oktober dah cun kalau nak shoot outdoor kat sawah ni. Aku tak pernah buat shoot modelling kat sawah. Tak de model yang berminat nak shoot ala kampung dengan pakai baju kebaya bertemakan "gadis kampung" kot? Kalau ada, boleh bagitahu aku.

contoh gambar

Habis beraya dalam lebih kurang 6.00petang dan pulang ke rumah nenek di Sungai Yu. Esoknya pack barang dan balik ke rumah di Klang. That's my raya style. Every year. Seem legit right? HAHA!

enjoy!

Monday, August 05, 2013

Sekitar kemeriahan Uptown Shah Alam @ seksyen 24, padat! by shahroll

Monday, August 05, 2013



As salam, hello readers...

Semalam aku sempat pergi meninjau kawasan paling "panas" di jajahan Shah Alam seksyen 24 iaitu Uptown Shah Alam yang menyaksikan ramai gila manusia pergi ke sana. Aku membawa family members yang lain terpaksa menempuh jalan yang sesak dan parking yang jauh!

Jam menunjukkan 12.15pagi dan baru nak mencari barang seperti kasut, tudung dan lain-lain. Habis menjelajah (tak semua kedai) dalam jam 2.00pagi lebih kurang. Itu pun dah lembik nak berjalan!

welcome to Uptown Shah Alam!

Masuk je ke pintu utama, dah terasa bahang limpahan manusia membanjiri tapak niaga yang rata-rata golongan bawah 35 tahun yang ramai. Keluarga ada jugak tapi tak ramai. Yang bawak anak kecik pon tak ramai. Sebab dah tahu sesak kot, tu malas nak berhimpit bagai. HAHA.

masa puncak: 12.30pagi-1.30pagi

Di depan pintu masuk Uptown

Korang kalau nak parking kereta tu, jangan harap la nak park dekat-dekat. Letak kereta di depan sikit. Berjalan lebih kurang 200 meter cam tu. Ok lah, jogging pepagi kan? HEHE. Apa yang best dalam uptown ni sampai ramai nau yang suka windows shopping?

selendang? shawl? jeans? short pant? u named it! HAAAAA...

BANYAKNYA PILIHAN!

Itulah dia mengapa ramai datang sini "cuci mata" dengan barang-barang yang ada kat sini. Aku? aku tak de beli apa pun, walaupun banyak jeans Levis 501 yang cantik cutting nya! arghhh.. tahan tahan.. napsu semua tu! haha..

enjoy!