Showing posts with label gym. Show all posts
Showing posts with label gym. Show all posts

Saturday, October 03, 2015

(GYM) Berapa kali dalam seminggu buat workout untuk kesihatan? by shahroll

Saturday, October 03, 2015



As salam, hello readers...

Aku kembali ke gym UiTM setelah beberapa bulan tak singgah buat workout kat sini atas faktor masalah kesihatan (wabak denggi). Post entry aku dalam blog ni dah banyak, boleh cari nanti ya? Dari segi pemakanan dan apa yang aku main kat dalam gym, semua dah aku tulis.

Ni kira macam aku buat comeback la (konon!!)

Gym UiTM berdepan dengan DATC

Bayaran yang dikenakan untuk walk-in adalah sebanyak RM4 sekali masuk. Kalau tak bawak tuala kecil untuk lap peluh, RM2 ringgit lagi diperlukan. Korang boleh mintak kunci loker untuk letak barang kat dalam bilik persalinan.

Kat dalam gym ni, ada banyak peralatan yang boleh korang cuba. Masa aku memula masuk, hampir semua alat aku nak main. Penat dan letih badan weh! Jadi aku tetapkan jadual, seminggu untuk build-up stamina, main tredmill dan basikal. Main itu je lah selama 1 jam!

Then, bila masuk minggu ke-2, boleh try main alat yang kempiskan perut tu. Kalau perut tu dah nampak boroi, boleh try ok! then ulang-ulang main tredmill dan basikal.

Masa yang ada antara jam 5 petang hingga 7 malam, akan jadi penuh bila jam menunjukkan waktu 6.15 petang. Masa ni lah gym tu akan rasa "jammed" sebab ramai yang akan datang untuk workout. Sebab tu, aku suka datang awal-awal. Dapat sejam cukup dah.

Lagi satu, kat sini boleh request instructor dari kalangan pelajar UiTM sportrec (sains sukan). Ada lah bayaran-bayaran tertentu yang perlu dibayar untuk perkhidmatan dorang.

Lepas workout, jangan lupa makan pisang berangan yang jual kat sini, satu biji RM1 je.

HAHA! enjoy...




Wednesday, October 01, 2014

Bagaimana nak mengukur Kcal, Fat & Heart rate? by shahroll

Wednesday, October 01, 2014



As salam, hello readers...

Sejak aku dah mula balik ke gym UiTM, banyak kenalan sudah aku kenal dengan trainer-trainer kat sini. Kebanyakkannya pelajar-pelajar UiTM itu sendiri dari fakulti Sains Sukan. 

Dalam banyak-banyak tu, aku sempat berkenalan dengan Wani. Budaknya peramah dan bagus sebab tak lokek ilmu pasal fitness. Moga Allah murahkan rezeki dia dengan ilmu yang disampaikan, aminn!

Minggu lepas aku ada ternampak iklan pasal jam tangan kat kaunter. Kebetulan wani yang jaga masa tu. Aku tanya lah, jam ni jam biasa ke? Rupanya bukan. Jam yang boleh detect heart rate korang bila korang tengah buat senaman di gym. Specially masa korang tengah senam kat treadmill atau cycling.

Jam yang ditunjukkan dalam WhatsApps

Harga jam ni RM120 dapat nego RM115 lah. Dapat jam ni dengan alat heart rate tu. Benda tu korang kena letak kat degupan jantung, nanti jam akan detect berapa rate degupan jantung korang. Best kan?

aku dah beli!!

Heart rate aku masa aku test alat ni, seperti dalam gambar diatas. Saja test kot la jam ni tak berfungsi pulak. Setelah aku rasa puas hati dengan seller jam ni, sebab aku banyak bertanya pasal jam ni, baru lah aku balik ke rumah. Malas pulak nak belek manual tuk aku baca. Lagi senang dengar penerangan dari yang pakar. HEHE!

Jumaat ni aku akan ke gym lagi tuk full test alat ni. Anything aku akan update k??

enjoy!


Tuesday, September 16, 2014

Fitness bersama shahroll!

Tuesday, September 16, 2014



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, sempat aku update lagi untuk kali ni. Story entry aku nak cerita balik pasal aku pernah buat training selama 3 minggu di gym UiTM sebelum aku disahkan sakit denggi. Agak kecewa, tapi pasti ada hikmah kan? Kita ulang semula main di gym!

Kali ni aku tak keseorangan. Ada officemate yang berminat untuk turut serta ke gym seminggu 3 kali bermula pada hari Isnin, Rabu & Jumaat. Aku cuma nak kembalikan stamina yang dulu. Kenapa? Sebab tak cepat penat, otak rasa fresh dan yang lebih penting, dapat memelihara jantung daripada lemah.

Dan, makanan yang baik dan seimbang juga perlu korang jaga okeh?

 My Officemate: Syazwan!

Try angkat bar besi 5kilo

Antara benda wajib yang kitorang akan buat adalah;

1) Berbasikal sejauh yang mungkin (cecah 200 kalori cukup dah..)
2) Main treadmil sejauh yang mungkin jugak
3) Angkat besi untuk pump tangan
4) Dumbell

Lain-lain peralatan tak sentuh sangat. Bak kata student Sport Rec yag ada kat dalam ni, berlatih biar spesifik. Kalau nak buat kaki, more to mesin yang buat otot kaki kuat. So, tak yah main dumbell. Gitu lah ceritanya...

 Lama tak angkat dumbell, rasa sket 20kg

setting RunKeeper untuk record larian aku sepanjang bulan/tahun/hari

Majulah Sukan Untuk Negara!
#fitmalaysia


enjoy!


Saturday, February 08, 2014

Sepetang Bersama Instructor 2014 @ UiTM gym by shahroll

Saturday, February 08, 2014



As salam, hello readers...

Mendapatkan khidmat pengajar di gym adalah satu perkara yang penting jika korang bebetul ZERO dalam hal menggunakan peralatan. Jangan macam aku, hanya merujuk pada video Youtube dan terus melakukan senaman atau "workout" yang salah tanpa aku sedari!

Ceritanya begini,

Petang semalam, aku macam biasa datang ke gym UiTM untuk membuat cardio dan bentuk badan. Cardio yang aku tahu adalah membuat sedikit pemanas badan, tredmill dan kayuh basikal. Itu asas yang aku tahu.

Lepas tu, aku bermain alatan yang membina otot biceps, triceps. Aku boleh nampak hasilnya bila otot lengan aku semakin mengeras dan kembang dalam masa 3 minggu. Kalau lama lagi training, dapat hilangkan terus lemak-lemak degil yang ada.

Last sekali, aku bermain dumbell. Masa aku main dumbell inilah, pelajar dari Sains Sukan UiTM iaitu Lucy menegur aku tentang kesalahan yang aku buat. Dalam salah satu kesalahan aku iaitu ketika membuat "squat with weight" sepatutnya aku tak boleh squat sampai punggung cecah ke lantai, hanya separa sahaja.

Jika dibuat berterusan, menurut Lucy aku akan mengalami 2 kecederaan iaitu di lutut dan juga tulang belakang! Nampak tak bahayanya itu?

Ini latihan yang betul bila buat squat dengan dumbell
gambar: Google Image

Latihan asas membuat latihan squat ini, korang kena buat latihan menggunakan bola dulu. Paling tidak pun, korang bukak dada korang tu, lepas tu lock punggung ke belakang sedikit then lutut sama paras dengan kaki. Aku dapat bertahan selama 10 saat tanpa menggunakan bola.

Lagi satu, bila korang nak UP, pastikan up dengan perlahan-lahan. Aku silap jugak tadi, aku up cepat.

Thanks to Lucy yang beri aku ilmu semalam. Tanpa teguran tu, mungkin aku boleh dapat kecederaan serius. Itulah padahnya bila "berguru" dengan Youtube. Mungkin lepas ni, aku akan ambil Lucy sebagai instructor aku untuk buildbody (kalau harga tak mahal la kan? HAHA!)

enjoy!


Monday, February 03, 2014

5 gambar cadangan makanan berkhasiat untuk kuruskan badan! by shahroll

Monday, February 03, 2014



As salam, hello readers...

Entry yang lepas aku ada share pasal himpunan makanan yang aku buat selama seminggu kan? Korang boleh tengok dan baca balik pada link tersebut. Dan, post yang ini juga akan aku share jugak untuk memberi idea/inspirasi terhadap menu diet korang. Mungkin korang dah buntu apa nak try makan untuk membangkitkan selera makan walaupun korang sedang berdiet!

Here we go!

Tauhu panggang bersama taugeh, timun dan tomato. 
Sedikit hirisan bawang merah dan halia

Dada ayam rebus bersama sayuran brokoli, tomato, saderi dan lobak merah.
Sup lemon air dari rebusan tadi

Dada ayam rebus bersama kailan cina rebus bersama sayuran.
Air mineral campur lemon+timun (detox terbaik!)

Daging panggang bersama sayuran. Sedikit roti whole grain

Ayam rebus bersama kentang. Sup lemon air dari rebusan ayam

Amacam? selera dah naik belum? Kalau berminat nak dapatkan detail resepi dari aku, boleh emailkan ke shahrollphoto@gmail.com nanti aku cuba reply la se-ringkas dan se-paham yang mungkin. Tak reti pulak aku nak listing resepi panjang-panjang. HAHA!

stay fit, stay workout!

enjoy!


Wednesday, January 29, 2014

Bagaimana nak kurus dalam masa seminggu sahaja? Ketahui rahasianya disini!! by shahroll

Wednesday, January 29, 2014



As salam, hello readers...

Tajuk macam aku jual ubat kurus kan? seriusli, aku tak de idea nak letak tajuk yang lagi sedap dari ni. HAHA! kalau ada idea lain, nanti lah aku tukar eh? Tapi hajat aku bukan nak jual barang ke apa, sekadar nak kongsi bagaimana aku mula membuat "penghijrahan" dalam menghasilkan berat badan yang boleh dikatakan "nak kurus" itu

Aku mempunyai berat yang agak berlebihan. Hampir dekat 100 kilogram jugaklah, itu pun last year punya timbangan. Then, aku mula nak mengorak langkah untuk menjadi kualiti hidup sihat dan kuat, aku ambil tindakan drastik. Drastik la sebab aku tak pernah-pernah nak buat semua ni sepanjang aku hidup!

Gambar SELEPAS (baju merah) dan SEBELUM (baju biru)

Gambar diatas adalah manusia yang sama cuma baju je berbeza. Dan, gambar ini juga menjadi kayu pengukur untuk aku terus dan terus membuat latihan senaman cardio dan bina badan (sikit-sikit la..) tapi aku lebihkan pada pembakaran lemak (cardio) di perut dan lengan. Memang situ lemak paling degil sekali korang nak hapuskan!

Sepanjang seminggu tu jugak, korang kena "pantang" dengan makanan. Bukan TAK MAKAN eh, cuma kawal dan jaga. Aku boleh bagi contoh rutin makanan aku disini: Fitness Food SH

Cara aku senang. Makan itu pada masa dan kerap. Jangan lupa juga, air mineral sehari cuba minum dalam 4-5 liter sehari. Aku just cakap CUBA, bukan WAJIB. Kalau tak boleh sampai, ikut mana korang larat sebab bila minum air banyak, pembakaran lemak senang berlaku.

enjoy!


Wednesday, November 03, 2010

Hello ladies! Can you imagine that your boyfriend have "distended stomach"?? by shahroll

Wednesday, November 03, 2010
Salam all! =D


You still love your boyfriend if him have distended stomach (DS)? LOL~ Ok, pada mereka (kaum lelaki) yang ada masalah perut booncet nie, jangan susah hati, sebab hari nie aku jadi ala-ala instructor, nak bagi petua kasik peruk kempess! (padahal ko pon sama Roll, bonncet!) uhu~


** so ugly aaaa..** photo credits: Google

According Kevin Zahri (KZ), WHY your stomach can be like that because: READ this. Aku quote sikit dari blog KZ, " jika makan berlebihan, badan tiada pilihan melainkan simpan makanan berlebihan itu sebagai lemak…tidak kira makanan berlebihan itu daripada lemak, protein ataupun carbohydrate
tempat simpanan lemak badan terpulang kepada genetics & also jantina. Bagi lelaki biasanya tempat utama adalah perut.. "

SH: Owh! baru lah aku paham kenapa perot aku jadi boncet! **grin**

Dengan kesedaran yang agak tinggi, aku pun mulakan berdiet dengan TAK MAKAN nasi selama seminggu. Percubaan yang dulu aku gagal, sebab aku "lemah" dengan masakan mak aku, ayam masak kicap! But, now aku mula tekad! =D

** Baru cool perot cam nie..**picture credits: Google
heh~ (senyum bangga!)

Matlamat jangka pendek: Nak dapat perot cam kat atas nun... heh~ baru lah sihat! kot la boleh masuk Hero Remaja ke, tak pon masuk Majalah Maskulin ke.. **pangggg** berangan Roll! haihhs~ baru seminggu kot ko diet nie.. =P. then aku belek2 web KZ, tips nak bagi perut lelaki semacho yang mungkin. korang baca kat SINI

**picture credits: Mstar**


BIG Thanks pada KZ yang bagi tips yang super cool! Sebenarnya aku nak search lam Google "Fitness fees at Klang" alih2, keluar lak blog ko bro! huhu~ terbaek dari ladang..

Ok lah, aku harap korang doakan kejayaan aku k! haha.. salam..