Saturday, October 03, 2015

(GYM) Berapa kali dalam seminggu buat workout untuk kesihatan? by shahroll




As salam, hello readers...

Aku kembali ke gym UiTM setelah beberapa bulan tak singgah buat workout kat sini atas faktor masalah kesihatan (wabak denggi). Post entry aku dalam blog ni dah banyak, boleh cari nanti ya? Dari segi pemakanan dan apa yang aku main kat dalam gym, semua dah aku tulis.

Ni kira macam aku buat comeback la (konon!!)

Gym UiTM berdepan dengan DATC

Bayaran yang dikenakan untuk walk-in adalah sebanyak RM4 sekali masuk. Kalau tak bawak tuala kecil untuk lap peluh, RM2 ringgit lagi diperlukan. Korang boleh mintak kunci loker untuk letak barang kat dalam bilik persalinan.

Kat dalam gym ni, ada banyak peralatan yang boleh korang cuba. Masa aku memula masuk, hampir semua alat aku nak main. Penat dan letih badan weh! Jadi aku tetapkan jadual, seminggu untuk build-up stamina, main tredmill dan basikal. Main itu je lah selama 1 jam!

Then, bila masuk minggu ke-2, boleh try main alat yang kempiskan perut tu. Kalau perut tu dah nampak boroi, boleh try ok! then ulang-ulang main tredmill dan basikal.

Masa yang ada antara jam 5 petang hingga 7 malam, akan jadi penuh bila jam menunjukkan waktu 6.15 petang. Masa ni lah gym tu akan rasa "jammed" sebab ramai yang akan datang untuk workout. Sebab tu, aku suka datang awal-awal. Dapat sejam cukup dah.

Lagi satu, kat sini boleh request instructor dari kalangan pelajar UiTM sportrec (sains sukan). Ada lah bayaran-bayaran tertentu yang perlu dibayar untuk perkhidmatan dorang.

Lepas workout, jangan lupa makan pisang berangan yang jual kat sini, satu biji RM1 je.

HAHA! enjoy...




2 comments:

Unknown said...

Salam singgah. Lama tak pii gym. Sebab tu rasa berat ja badan nii.

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Encik Rashid:

Waalaikumsalam encik! lama x pi gym? kena pi la pasni, kasi kuruih sket.. hehehe