Showing posts with label convography. Show all posts
Showing posts with label convography. Show all posts

Sunday, November 16, 2014

Latest project: Convography untuk sekolah rendah! by shahroll

Sunday, November 16, 2014



As salam. hello readers...

Alhamdulillah, pagi Ahad yang nyaman dapat aku update blog aku lagi. Jarang-jarang aku dapat update, bukan direct publish. Selalunya lama pending je, dah siap baru publish. Kali ni fresh dari "oven" okeh!


Aku tak dapat update hari-hari sebab sedang sibuk menyiapkan projek convography untuk sekolah kebangsaan area Klang ni. Darjah 6 sekarang dah ada Majlis Graduasi kau tahu? Kelassss toqq!

Murid seramai 109 pelajar dan ada 3 kelas semuanya. Now dah siap edit gambar full, untuk gambar half je lagi untuk aku cropping.

Almost done!

Printing samada hari Isnin atau Selasa sebab aku nak deliver pada 20hb (khamis) camtu, sebab bebudak sekolah pun cuti pun dalam minggu tu jugak rasanya. InsyaAllah semuanya akan siap ikut jadual yang ditetapkan (macam kontraktor pulak!)

Happy Sunday!!


Sunday, May 20, 2012

Photographer konvo yang HOT by shahroll

Sunday, May 20, 2012


As salam, hello readers...


Konvokesyen kali ke-76 di UiTM. Dulu bebudak ni konvo kat Dewan Sri Budiman je, now dah best sebab Dewan Agong Tengku Canselor (DATC) lebih luas dan senang ibu bapa nak park kereta.


Peniaga-peniaga konvo juga punyai tempat yang besar untuk berniaga. Dikatakan, peniaga di dalam kawasan tapak konvo ni dapat pulangan yang lumayan. TERBAIK!


Foto sumber: SH iMAGE

Aku ada datang ke DATC aritu. Shoot 3-4 keping untuk buat stock photo (selalunya aku buat design-design gambarnya). Dengan matahari terpacak tepat di atas kepala (tengahari la tu) memang la HOT! =p


Apa yang aku perhatikan?


DSLR bukan untuk photographer anymore. Yes, ibu bapak/adek beradek/kawan-kawan pon dah layan DSLR amek gambar. Tak kisah lah cantik or not, janji DSLR. Apa yang photographer freelancer macam aku ni boleh offer lagi?


KUALITI!


Yes, itu aku akan pastikan. Kualiti seiring dengan kemahiran+upah yang diberi. Kemahiran yang tinggi tetapi upah yang tidak setimpal, memang "down". Bukan setakat down moral, down kualiti juga, kan?


enjoy your weekend readers!

Thursday, November 04, 2010

[Ads] Convocation Promo: Just RM300?? UNBELIEVABLE price!! by shahroll

Thursday, November 04, 2010

Salam all! =). Musim untuk berkonvo tiba lagi. Macam biasa juga, ramai graduan yang tercari-cari photographer yang sesuai dengan kehendak "poket" anda dan yang lebih penting, kepuasan anda sebagai pelanggan terjamin. Jika dilihat keadaan semasa, convography kini menjadi satu "trend" dimana gambar-gambar yang terhasil daripada PRO-photographer menjadikan si pemilik album nanti tersenyum lebar!

Kini, dengan pelaburan anda di SH iMAGE serendah RM300++ sangat berbaloi untuk anda mendapatkan koleksi gambar sepanjang berkonvo. Dengan *unlimited pictures yang dibekalkan,dapat lah menatap sepuasnya gambar anda bersama rakan-rakan serta keluarga.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi number diatas. Segala perbualan tidak akan dirakam, jangan risau! =P (lawak je...)

p/s: *tertakluk pada terma dan syarat

salam..