Showing posts with label photographer. Show all posts
Showing posts with label photographer. Show all posts

Tuesday, June 09, 2015

produk shoot: Harga berbaloi untuk perniagaan kecil dan sederhana! by shahroll

Tuesday, June 09, 2015



As salam, hello readers...

Menjadi satu kemestian bila anda membangunkan sebuah perniagaan, pasti akan menggunakan gambar-gambar yang menarik perhatian netizen di online. Gambar-gambar yang menarik boleh datang dari photographer yang berpengalaman, rakan-rakan dan anda sendiri!

Kalau memerlukan gambar yang baik dan bagus, anda boleh mencari mana-mana photographer yang ada di online yang menawarkan services tersebut. Jika bajet anda kecil, boleh memanggil rakan-rakan yang mempunyai kamera berpiksel tinggi untuk membuat produk shoot.

contoh produk shoot
Photograph: SH iMAGE Production


Kenapa perlu produk shoot?

1) Perlu ada official photo untuk business yang dijalankan. Lebih-lebih lagi jika anda menjual produk makanan. Gambar yang menarik, nampak fresh dan cantik menjadi "eyes catch" untuk para netizen melihat dan menilai produk anda.

2) Menjadikan business anda suatu yang serius. Bagi mereka yang membelanjakan sebahagian wang untuk mengupah jurugambar, itu menunjukkan anda serius dengan perniagaan yang dijalankan, bukan sekadar melepaskan batuk di tengah tangga. 

3) Gambar yang dibuat, boleh digunakan berulang kali tanpa rasa takut. Kerana apa? sebab gambar itu gambar anda yang punya. Anda tidak mencuri dan meng-Google gambar orang lain untuk perniagaan anda!

4) Dijadikan bahan promosi untuk website/blog dan social media channel untuk business anda dan alat untuk pemasaran online.

enjoy!




Sunday, March 20, 2011

Minggu yang OHSEM! by shahroll

Sunday, March 20, 2011
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,


Hujung minggu yang ohsem? (awesome). Kenapa? Apa yang best sangat tu? Meh aku story sikit. Bermula dengan hari Sabtu, sepatutnya awal pagi Sabtu (7 pagi) aku ada larian kat UiTM Shah Alam, disebabkan malam sebelum tu aku tido lambat, terlajak la pulak! Last2 tak pergi pon, kia duit yang aku bagi tu, sedekah je. Tapi terkilan gak, tak dapat jumpa Datok Shahrizat face to face.


Then, untuk hari Ahad (hari ni), aku pergi ke Serdang atau lebih tepatnya Equine Park. Aku datang bukan sebagai "guru" atau "mentor" atau "sifu" bagai, cuma lebih kepada sesi perkongsian ilmu yang mana aku tahu lah. Bukan buat2 tahu, tapi tahu semuanya. Ala yang aku boleh sampaikan, aku sampaikan, sebab ilmu bukan kita punya pon, semua pinjaman kan? =D


Tadi aku pon banyak belajar dari kawan2 yang attend ke studio tadi. Ni lah antara cara yang bagus untuk mendapatkan ilmu secara "fast-track". Dan, bukan setakat melulu kau nak pergi kelas untuk mendapatkan sesuatu ilmu, dikalangan kawan2 yang ada pon, boleh dapat result yang sama dengan apa yang dorang leh aja, kan?


Gambar hiasan
Credit to Catlinaflybaby


Jangan salah anggap pulak dengan statement kat atas tu. Aku tak halang korang nak pergi kelas ke pe, but sekarang teknologi dah canggih, ilmu depan PC, semua ada lam Google, just malas tak malas nak mencari. Bagi yang suka "feeding", hentikan cara cam tu, sebab jika selalu feed pon, tak berkembang aku rasa. Just my 2 cent, peace! =D


Ok lah, kang aku de masa lagi aku share gambar kat studio. Thanks to Azahari Roslan (Poek), Apai, Najib, Heldi dan tuan studio yang sudi lepak2 makan dan belanja makan lagi kat Nasi Beriyani Gam Johor area Equine Park. Serius, kedai tu sedap dowh makanan dia, korang harus mencoba! Awek yang kacau nasik tadi pon lawa, HAHA!


See next! As salam...

Thursday, November 04, 2010

[Ads] Convocation Promo: Just RM300?? UNBELIEVABLE price!! by shahroll

Thursday, November 04, 2010

Salam all! =). Musim untuk berkonvo tiba lagi. Macam biasa juga, ramai graduan yang tercari-cari photographer yang sesuai dengan kehendak "poket" anda dan yang lebih penting, kepuasan anda sebagai pelanggan terjamin. Jika dilihat keadaan semasa, convography kini menjadi satu "trend" dimana gambar-gambar yang terhasil daripada PRO-photographer menjadikan si pemilik album nanti tersenyum lebar!

Kini, dengan pelaburan anda di SH iMAGE serendah RM300++ sangat berbaloi untuk anda mendapatkan koleksi gambar sepanjang berkonvo. Dengan *unlimited pictures yang dibekalkan,dapat lah menatap sepuasnya gambar anda bersama rakan-rakan serta keluarga.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi number diatas. Segala perbualan tidak akan dirakam, jangan risau! =P (lawak je...)

p/s: *tertakluk pada terma dan syarat

salam..

Saturday, December 26, 2009

Etika seorang JURUGAMBAR? by shahroll

Saturday, December 26, 2009
Salam to all readers...


Selamat pagi Sabtu! wahh, agak awal SH bangun hari ni.Entry nie pon dah lama pending actually, mengumpulkan maklumat dan analyz sumber2 dan data2 yang ada supaya tak menyimpang apa yang nak SH sampaikan nanti... :)




Ok u olz,just straight to the point, apakah pendapat anda tentang seorang jurugambar or bahasa "glam" nyer photographer yang telah berjaya menawan hati para pelanggan pada awalnya tetapi dalam membuat assignment,ada kata2 kurang manis dari sanak saudara dan yang lebih malang sekali dari pelanggan itu sendiri... so HOW?




SH ingin membincangkan isu etika ini bukan untuk para "peng-capture" saja, untuk semua lapisan masyarakat. yes, untuk semua.So, sila baca dengan dada yang lapang.. hehe, Aite, kita teruskan lagi. Apa yang kurang manisnya itu? SH cuba listingkan beberapa permasalahan yang sering pelanggan TIDAK MAHU kan...




1) LEWAT. untuk seorang photog yang sememangnya bekerja sepenuh masa,isu ini tidak timbul kerana masa yang diperuntukkan memang cukup untuk sesuatu tugas.Bagi yang freelancer2 seperti SH, cuba ELAKKAN mende nie jika anda ingin berjaya dalam bidang pengimejan digital. Ia tidak akan membawa anda sebarang produktiviti jika anda seorang yang "lewat"!




2) IMEJ YANG SALAH.Satu elemen yang sangattttttttttttt lah penting di dalam apa-apa majlis/ event. Jika majlis perkahwinan, pakai yang sesuai dan selesa untuk membuat kerja.Untuk majlis2 sepeti makan malam bersama raja ke,sultan ke sure ada protokol dan kod etika pakaian untuk istana kan? haaaa tu diaa...Jangan ikutkan keselesaan anda tapi "menyakitkan" mata orang lain disekeliling majlis itu. Walaupun anda seorang yang powerrr  sekalipun dan menghasilkan gambar2 bermutu, 20% promosi anda akan down jika imej tidak sesuai dengan majlis.




3) INTERAKSI YANG HAMBAR. Pelanggan anda adalah manusia, bukan robot!so, berkomunikasi dengan kadar yang kerap tetapi bukan selalu. Maklumlah dalam majlis kan, kalau selalu sangat, karang rimas pulak tetapi itulah cabaran namanya... huhuh~ jika muka ketat sekalipon, anda seboleh2nya membuatkan mereka ketawa dengan natural dan bukannya dibuat2.. dengan "natural smile" akan terakam didalam foto dan hasilnya.. superb!






Actually, dalam pemerhatian SH ada banyak listing tetapi jika dirangkumkan ia menjadi 3 point ini saja. Fuhh~ 3 je rupanya tetapi selalu "miss-look" oleh para peng"capture" baik mana2 golongan photog sekalipun.Dan untuk pengetahuan, di dalam Parlimen Malaysia dalam Akta 332 ( Law of Malaysia) copyright act 1987 ada menyatakan tentang etika ini. Rujuk di SINI




have nice read, wassalam... :)

Friday, December 25, 2009

HITAM tu best! by shahroll

Friday, December 25, 2009

Salam to all readers...




** Photo "Silhouette" by SH


Foto diatas SH capture semasa di Terengganu tempoh hari. Agak seronok menengok keindahan pantai kat depan resort tu, sambil2 snap picture orang2 disitu,main2 pasir, buat nama atas pasir.. ahHHAa~ agak teruja ok.. :P . Dan, semasa memalingkan muka ke arah resort tu, seorang pakcik melepakkan dirinya sambil menikmati angin pantai yang sangat sedap masa tu... sangat sedap.. tak tipuw punyer.. :)



Kalau korang nampak la kan, ade seorang pakcik ngan motosikalnya. Nampak tak?? kalau tak nampak g beli cermin mata kat Fokus Point k! uheue.. Mungkin klw SH tak mention korang tak nampak la tu.. huu~ Masa nie keadaan tak la "segelap" nie, masih lagi terang dalam jam 6.00 petang cam tu...



Setting camera yang menyebabkan gambo tu ala2 "senja". Tu lah kelebihan DSLR berbanding dengan kamera jenis lain. Kenapa selalu hitam tu best? i mean foto yang berunsurkan HITAM nie lah... check it out~




Why black and white, when colors are so brilliant and images so easily seductive?

Because.....

The answers are many, and call me old fashioned, but black and white, the original art that inspired Sir John Herschel to coin the term "photography" drawing with light will always have a rightful place in the pantheon of legitimate art forms.

Because it's an easily learned technology although the best take years to master it and even a beginner can expose, develop and print his own images. Because few pleasures match that of watching an image slowly emerge on paper, beneath a red or amber safelight.


Because despite the claims for color printing products, as far as we know black and white prints last much longer than color.
Because black and white has an inherent dignity.

Because color, especially in the hands of an amateur how many photographs of sunsets have we seen, masquerading as "Art"? has the facile attraction of an easy woman. (Which may be why we see sunsets in so many advertisements.)

Black and White is both the simplest, and the most sophisticated of photographic disciplines.



** Source from SINI

:) itulah dia... have nice read! wassalam....

Sunday, December 13, 2009

Kenapa BLOG saya TAK BEST?? by shahroll

Sunday, December 13, 2009
Salam to all readers...

2.32pagi!.. well, masih belum mengantuk lagi disebabkan baru jek pack baju untuk hari esok. Ermm? kemana? owwh.. akan pergi ke UiTM Terengganu untuk menghadiri talk/seminar yang diadakan disana.. Malangnya my big boz ( Puan Khasiah) tak pergi bersama coz masih demam.. so yang ada Sharol (Pegawai), Ayu ( Pegawai) dan SH lah ( tukang amek gambo..)



1) Ok, abis pasal Terengganu, later akan bawak ole2 tuk korang k! semestinya gambo2 yang menarik yang ada disana. Aite, sure korang tertanya2 kan, nape lah blog aku xde sape2 pon yang tinggalkan komen ke,cbox ke,tak menarik ke??haa..ade tak korang buat survey kenape jadi cam tu?



2) NAk kate blog SH nie BEST! tak la sgt.. bese je la pon, nak kate komen berlambak2 cam blog orang lain, jauh lah sekali.. haha~ tapi SH nak share lah ngan korang dari pengamatan SH dalam dunia blogging selama setahun nie kan ( 2008-2009) masih HIJAU ok.. so pada yang menganggap diri mereka "otaiiiiz" blogger, watch out this statement.. ( haha~)



3) Jom korang semak balik blog korang dengan pernyataan SH dibawah..


- Blog korang terlalu MESSY!.. yeahh.. dah la messy, tak arrange pulak tu korang nyer side bar nyer menu, nmpk tak cantik dan bersepah... uuu, cuba bayangkan jika halaman rumah korang penuh ngah "sampah2" then byk pulak bende2 yang tak patut diletakkan disitu, agak2 orang nak datang umah u olz tak?? TIPU kalau kata YA!.. heh~



- Penuh ngan CODING!.. hehe.. nie SH pon sama, dulu lagi byk.. dah kne "kutukan" pasal terlalu sarat ngan HTML coding, so cuba reduce kan sket.. bile terlalu byk sgt coding, blog korang akan jadi tersangat lah lemmmmm... ( lembap!). Secara purata orang yang click pada blog korang tak mau masa yang diambil terlalu lama... cukup untuk 10 saat! ( korang cek blog korang kat laman web nie http://www.websiteoptimization.com/services/analyze/)



- Tulisan yang KECIL. Nie salah satu problem gak..Dalam masa SH melakukan "jogging" dalam blog, content dah best,cun, meletop tebabow tapi "font" plak kurengg.. ade yang beso, kecik,senget2 dan kejap kiri/kanan.. adohh.. trus OUT! So,kalau korang masih tercari2 format menulis, buat dari kiri ke kanan, macam biasa.. senang orang nak baca.. hehe..


4) Tu je lah kot yang SH leh bagi "tips".. heee~ sebagaimana ayat klise yang kite selalu baca " Alah, blog aku sekati aku lah~ "... well, jika pemikiran jumud itu masih dalam kepala korang, please don`t bace this entry okeh.. hahak~


wassalam.. happy blogging!