As salam, hello readers...
Blog ber-ROI tinggi? Macam mana tu eh? Ok, first sekali post entry kali ini tertumpu kepada mereka yang bekerja sebagai Marketing Officer, Public Relation atau Manager Digital Marketing dan yang berkenaan dengan bidang pengiklanan digital lah senang cerita. So, ini untuk kamu.
Bagaimana anda mengukur sesebuah blog itu boleh memberi pulangan yang tinggi kepada sesebuah syarikat/brand?
Aku cuba meletakkan diri aku seperti mereka yang bekerja di dalam bidang yang disebutkan tadi. Maka, aku akan mencari beberapa medium social media terutamanya dalam blog
A) Kekerapan post entry
Sebuah blog yang aktif mampu menarik keywords yang pelbagai dari enjin carian Google. Sehingga post entry ini, blog aku sudah mempunyai 1,700++ artikel sejak dari 2006. Nak check entry dalam blog tu, boleh lihat di "archive" di tepi sidebar (jika blogger tu letak lah)
B) Followers
Blogger yang aktif di blog saja cukup? TIDAK! sila minta "followers" mereka di Instagram, Twitter dan juga FB Pages. Jika sesuai dengan scale pengiklanan yang dicari, just proceed. Lebih dari 1 ribu followers tu dah kira bagus.
C) Google Analytic
Minta statistik dari Google Analytic (GA). Bagi aku, data dari GA adalah yang paling tepat dari mana-mana medium pengukuran blog.
D) Alexa & Google Rank
Ini boleh diperiksa guna extension Google Chrome. Kalau blog tu PAge Rank Google atas dari 2, blog itu juga dianggap sebagai "high return" dalam carian Google Index. Alexa juga boleh digunakan sebagai indikator untuk mengetahui betapa "popularnya" blog tersebut di sesebuah negara atau luar negara
blogger work!
Blogger bertaraf gred A seperti ini, sentiasa menjadi buruan kerana hits blog mereka sangat tinggi. Mungkin sehari lebih 20 ribu visitor yang datang membaca blog mereka dan kandungan yang terdapat di dalam blog tersebut. Maka, pulangan dari mereka jika membuat pengiklanan adalah tinggi
2) Blogger Niche
Blogger yang fokus dalam satu benda. Contoh gadget. Tak ramai blogger yang boleh menulis pasal gadget dengan teliti dan menarik. So, mereka menjadi keutamaan bila adanya satu-satu event berkaitan dengan gadget. Hits mereka dalam bidang "niche" juga tinggi.
3) Blogger Campur-Aduk
Blogger jenis macam ni boleh refer kat aku. Jenis blog yang boleh kata personal, business, photo & video, lifestyle dan business. So, agak berterabur dan susah nak decide blog ni macam mana. Kekurangan sikit kalau nak dipilih jadi blogger no #1
Ini antara kategori umum dalam dunia blogging. Mungkin ada yang boleh terima, ada yang tak boleh terima kategori ni. Nak jadi "jaguh" dalam sebuah line/industry bukan mudah. Luka+duka mesti dilalui samada ditindas mahupun menindas! HEHE!
enjoy!
3 comments:
terima kasih atas info ni... blog saya adalah blog diary... blog kehidupan sendiri... hehehe... mungkin susah nak hit lah... ranking pun takder kat Malaysia... tapi nice juga dapat tahu begitu banyak aritkel yg saudara dah buat... dua jempol untuk anda...
Salam kenal
Najib:
Sama-sama bro dan thanks drop komen kat sini. Salam kenal!
Blog diary macam kita ni, kena banyak buat certain artikel yang selalu orang cari.
Saya boleh kata as "fixed tutorial" dalam blog kita. Maka, dengan itu pembaca boleh refer satu-satu perkara dengan kita apa yg kita tulis tu =)
Terima info
Post a Comment