laporan surat khabar tak lama dulu...
As salam, hello readers...
Dari blog boleh membawa "pergaduhan" di alam realiti. Kenapa benda macam ni boleh terjadi? Tanggapan aku dengan keadaan seperti ini sedikit berbeza. Kalau diperhatikan, blogger-blogger yang bagaimana boleh mencetuskan konflik serta isu yang panas yang berlegar di alam maya?
Dapat jawapannya?
Berbalah kerana perbezaan pendapat, adakalanya menyebabkan ada nyawa yang tidak "berdosa" melayang. Aku tak tahu, kalau-kalau yang sedang baca ni blogger yang cepat "melenting" bila satu-satu isu itu dibangkitkan walhal perkara tu kecik je.
Hujah aku;
1# Jadi blogger yang disenangi ramai. Dengan cara itu, orang pun tak rasa menyampah dengan kau dan blog kau tu. Tapi jangan ingat semua readers suka dengan setiap isi blog yang kau tulis. Ada yang tak suka dan mengutuk, tapi kau tak tahu.
2# Mood yang santai membantu korang menghasilkan entry yang santai juga walaupun kau buat advertorial level maha dewa susah. Buat seringan yang mungkin sebab readers nak baca benda-benda berat ni baik baca newspaper. betul?
3# Apa pun yang kau tulis, upload dan apa saja kau lakukan dalam blog, pastikan sumber yang diambil adalah sahih. Kalau blog personal, pi lantak la dengan kesahihan tu. Sebab kau je yang tahu. LOL!
4# Pernah baca pasal blogger US kena saman sebab menyiarkan artikel dalam blognya walaupun artikel tersebut disahkan benar? HAaaa.. be careful la ek?
lain-lain point akan diupdate kalau ada lagi. Ini yang terlintas dalam kepala untuk waktu sekarang. Secara kesimpulan, jadilah blogger yang berhemah, anda mampu melakukannya. LOL!!
enjoy!

No comments:
Post a Comment