Thursday, May 08, 2014

Blogger hampir disaman RM100 ribu?? by shahroll




As salam, hello readers...

Aku tak tahu macam mana nak mulakan. Benda ni serius, tapi aku garap penceritaan dalam blog supaya jadi relex dan tak bosan. Ok, we start...

Pada 24 April lepas, bila aku balik dari Restoren Hakim berjumpa dengan rakan design untuk berbincang serba sedikit kelas yang kami nak anjurkan lepas raya iaitu kelas Youtube+Design for Business

Sebaik sahaja aku balik (dalam pukul 1 pagi lebih kurang) tergerak hati aku nak buka email, walhal aku biasanya akan terus solat dan tidur. Tapi semacam ada benda dalam email tu yang aku NAK SANGAT buka dan ternyata, ada "benda" yang aku kena setel;

Surat Peringatan dari RIM

Siapa tu RIM? korang boleh baca di SINI. Aku yang mengantuk terus jadi segar dan sedikit menggelabah tahap kritikal. Ini adalah PERTAMA KALI aku diberi surat peringatan oleh mereka yang ada hubungkait dengan industri rakaman di Malaysia.

Lebih membimbangkan aku, surat ini di salin kepada (CC) Ketua Pengarah Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Mau tak tidur satu malam weh!


Terima kasih pada rakan Facebook dan juga rakan twitter yang "keep calm" kan aku walaupun aku masih lagi "takut" dengan situasi genting seperti ini.

Antara isi kandungan surat tersebut;

bergetar jiwa...

Dalam surat tersebut, di senaraikan lagu-lagu yang aku hubungkan ke 4shared, dimana lagu itu boleh di download. Walaupun bukan secara langsung aku yang berikan akses untuk men-download, aku kira sebagai agen yang membolehkan pembaca blog aku men-download dan dikira sebagai "agen cetak rompak" versi online!

Ada 5 lagu, maka jika diikutkan dalam surat tersebut, aku boleh dikenakan hukuman RM100,000 sebagai ganti rugi serta copyright... fuhhh.. sebak!

antara lagu yang disenaraikan...

Tetapi, dalam karangan surat tersebut juga dinyatakan bahawa;

aku baca ni 3-4 kali.. 

Alhamdulillah, aku masih ada berbaki 12 jam sebelum tindakan susulan dibuat. TERUS PADAM mana link-link yang pihak RIM suruh padam kerana aku akur dengan undang-undang Malaysia dan juga peraturan yang telah digariskan dibawah RIM. Terima kasih memberikan aku peluang dan pengalaman sebegini.

Apabila semuanya siap dan OK, aku mendapat balasan email dari pihak RIM dan aku juga membalasnya seperti dibawah;

Sorry, my grammar broken lorh...

Terima kasih sekali lagi kepada pihak RIM yang memberikan surat peringatan ini supaya aku lebih berhati-hati dalam menyalurkan maklumat lebih-lebih lagi berkaitan dengan hakcipta.

Kepada blogger diluar sana, watch out what you publish ya?

enjoy!


2 comments:

ONEXOX PLAN said...

Kena hati2 bila publish entri2 dan jangan share link download.. Bukan setakat blog, kat social media pun kena hati2 jugak..

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Anarm:
Betul snagat tu bro.. lepas ni kena hati2 lagi.. =)