Saturday, September 01, 2012

8 perkara dalam Etika Kewartawanan Malaysia by shahroll




As salam, hello readers...

Bidang kewartawanan memang satu bidang profesional yang kita sedia maklum akan fungsinya sebagai pelapor kepada sesebuah berita dan juga peranannya dalam membina sesebuah negara dengan penghasilan artikel yang dilaporkan. Itu semua orang tak boleh nafikan.

Kerja profesional.

gambar: Google

Ramai juga yang tidak mengetahui corak kerja bagaimana golongan ini bekerja mendapatkan maklumat untuk dijadikan berita. Jika dah tahu, alhamdulillah dan bagi yang tidak mengetahuinya, boleh baca 8 etika/ perkara yang perlu didokong oleh semua wartawan di Malaysia;


1. Tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapat maklumat yang benar;

2. Dalam melaksanakan tugas ini dia menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritik yang saksama;

3. Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar/filem dan dokumen;

4. Sebarang maklumat tersiar yang didapati tidak benar hendaklah diperbetulkan;

5. Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita;

6. Wartawan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri daripada plagiarisme dan hasutan, tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa bentuk sekalipun;

7. Wartawan hendaklah menghindari siaran berita rencana yang bersifat perkauman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia;

8. Wartawan hendaklah memahami undang-undang dan peraturan negara yang berkaitan secara langsung dengan profesion mereka. sumber: MPI blog

Kenapa aku bangkitkan isu etika kewartawanan ni? apa kaitan dengan blogger? Khususnya pengamal media baru?

Kerana, aku dapat perhatikan sejak kebelakangan ini ramai juga golongan-golongan blogger yang dijemput menghadiri untuk majlis-majlis rasmi ataupun berkaitan dengan dunia hiburan misalnya, tidak tahu akan "do & don't" dalam sesuatu majlis.

Lebih tepat, sumber kerahsiaan yang tak patut didedahkan.
(5) Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita.
Terkadang kita "terkeliru" samada info yang kita perolehi itu samada boleh disiarkan atau tidak dalam blog kita kerana kita masih menganggap "Ini belog saya, saya punya suka" jika kita tidak berhati-hati dalam menulis dalam blog kita sendiri, kita mungkin bakal berhadapan dengan perkara-perkara melibatkan perundangan negara.

Lebih-lebih lagi melibatkan organisasi atau orang perseorangan.

Tepuk jari, tanya otak. Kita bebas nak buat apa saja dalam blog masing-masing selagi tidak mencetuskan kontroversi ataupun fitnah semata. Sape nak buat dipersilakan, tapi aku cuma ingatkan je satu perkara;

Akta Fitnah 1957: Bertujuan melindungi masyarakat daripada menjadi bahan fitnah orang yang tidak bertanggungjawab. Fitnah adalah kata-kata dusta mengenai orang lain dan dihebahkan atau disiarkan kepada pihak ketiga. Akta fitnah merupakan undang-undang sivil. 
Jika fitnah itu mengandungi unsur jenayah, tuduhan boleh dikenakan di bawah Kanun Keseksaan (S.449) dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara dan/atau denda. Dalam kes fitnah, tanggungjawab membuktikan sesuatu (burden of proof) terletak pada yang dituduh membuat fitnah. 
Pihak yang tertuduh perlu membuktikan bahawa kenyataan/ keterangannya itu adalah benar dan merupakan berita atau ulasan yang adil (fair  comment) dan dibuat untuk kepentingan orang ramai.
enjoy! 

5 comments:

beckhrooy said...

skrg ni byk pula kes wartawan siarkan benda bkn2

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Beckhrooy:

Ada juga segelintir begitu tapi jika editor tak lepaskan bahan berita tersebut, mungkin berita tu tak keluar kan? =)

Wartawan just wartawan =)

Anisa Anuar said...

tu yg kdg2...kita boleh jd xsuka pd wartawan...sbb xjg etika ni...w/pun nmpk remeh...tp...tu la realitinya

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Anisa:

Betul tu. Kdg2 nampak seperti "break the rule" tapi impaknya sangat besar kepada pembaca.

same goes to blogger jugak yg blognya dibaca oleh ramai org =)

Anonymous said...

bila etika kewartanan di cabuli.. berita2 yg disiarkan dgn niat utk menipu dan utk kepentingan satu pihak.. adakah kita sebagai pembaca ataupun pengguna boleh mengambil tindakan kpd mereka.. sbg contoh buletin tv3 kerap Kali menyiarkan berita2 yg tidak benar dan menipu penonton iaitu rakyat.. adakah tiada tindakan dikenakan ke atas mereka? kerana setahu saya etika kewartawanan ini dijaga dgn sempurna baik dlm negeri mahupun antarabangsa.. apakah tiada tindakan terhadap tv3 kerana menyiarkan berita yg tidak benar di slot buletin utama..