As salam, hello readers...
Aku tak tahu macam mana nak mulakan. Benda ni serius, tapi aku garap penceritaan dalam blog supaya jadi relex dan tak bosan. Ok, we start...
Pada 24 April lepas, bila aku balik dari Restoren Hakim berjumpa dengan rakan design untuk berbincang serba sedikit kelas yang kami nak anjurkan lepas raya iaitu kelas Youtube+Design for Business
Sebaik sahaja aku balik (dalam pukul 1 pagi lebih kurang) tergerak hati aku nak buka email, walhal aku biasanya akan terus solat dan tidur. Tapi semacam ada benda dalam email tu yang aku NAK SANGAT buka dan ternyata, ada "benda" yang aku kena setel;
Surat Peringatan dari RIM
Siapa tu RIM? korang boleh baca di SINI. Aku yang mengantuk terus jadi segar dan sedikit menggelabah tahap kritikal. Ini adalah PERTAMA KALI aku diberi surat peringatan oleh mereka yang ada hubungkait dengan industri rakaman di Malaysia.
Lebih membimbangkan aku, surat ini di salin kepada (CC) Ketua Pengarah Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Mau tak tidur satu malam weh!

