Showing posts with label community. Show all posts
Showing posts with label community. Show all posts

Friday, September 27, 2013

Sertai komuniti bloggers di Google Plus! by shahroll

Friday, September 27, 2013



As salam, hello readers...

Jika kebiasaannya kita menyertai group atau pages komuniti dari Facebook dengan "Like" atau "Join Group", cerita yang sama juga di Google Plus. Apa yang menarik komuniti dalam G+ ni? Secara asasnya, fungsi tetap sama untuk perkongsian maklumat dan informasi cuma cara penyampaian berlainan.

Berlainan macam mana?

Kita boleh mencari niche komuniti yang kita ingin sertai. Jika korang seorang blogger professional, maka niche "Blogging" boleh disertai.  Ada komuniti dari Malaysia dan luar negara.  Secara peribadi, aku lebih suka menyertai komuniti dari luar negara kerana dapat mengetahui lebih maklumat dan tutorial.  Masih lagi belajar bagaimana menjadi seorang blogger seperti mereka

contoh niche dalam Google Plus

Aku baru saja explore komuniti dalam Google Plus. Selama aku menggunakan G+, jarang sekali buka menu-menu yang ada. Petang tadi baru berhajat membukanya disebabkan mahu menyebar luas pembaca blog dari seluruh dunia (walaupun blog ini Bahasa Melayu). Aku merasakan komuniti di sini agak ramai dan sesuai dijadikan tempat "ping" URL blog walaupun ada yang meletakkan tanda amaran awal-awal lagi supaya tidak "spam" link blog terlalu banyak dalam satu-satu masa.

Kalau korang Google Plus user, jom ke sana: Google Plus Community

enjoy!


Saturday, January 14, 2012

Apakah "thephotographerz" itu? by shahroll

Saturday, January 14, 2012


As salam, hello readers...


Semalam baru siap sepenuhnya weblog untuk hub photographer yang aku namakan "thephotographerz". Apa sebenarnya thephotographerz ni? Serba sedikit aku ceritakan, ok?


Interface thephotographerz blog

Ini adalah projek pertama aku melibatkan golongan karyawan bergelar jurugambar/jurufoto. Objektif utama dalam penghasilan hub ini adalah;-
1) Memberikan jurugambar tempatan membuat promosi tentang pakej-pakej yang mereka tawarkan kepada pelanggan.
2) Membuat 1 direktori yang mesra pengguna, pantas, dan senang diingati oleh semua pelanggan yang mengunjungi weblog ini.
3) Jaringan berorientasikan jaringan perniagaan (business networking) untuk para jurugambar tempatan mengenali 1 sama lain rakan niaga yang ada di dalam weblog.

Untuk rekod, seramai 7 usahawan jurugambar sudah bersama-sama di dalam thephotographerz bagi mempromosikan perkhidmatan mereka dan sekarang dalam proses mem-posting. Masih ada 93 akaun (gmail) untuk slot author dan boleh request di sini (ruangan komen).


Antara banner yang terdapat di thephotographerz

Sure korang tertanya-tanya, perlu ke buat weblog yang semuanya menunjukkan pakej dari jurugambar lain? Tak rugi ke? Jawapan aku senang. Korang berada di Malaysia dan berniaga di Malaysia adalah pasaran terbuka. Bila berada di pasaran terbuka, persaingan memang tampak senggit.

Sasaran aku adalah kepada jurugambar freelancer/part timer. Mana yang sudah level PRO, mereka berada di tahap atau kelas mereka tersendiri. Aku dah study, market selalunya didominasi oleh level-level PRO ini. Jadi, mana-mana yang freelancer, walaupun bagus hasil kerja malahan lebih mantap dari PRO, tetapi kurang dikenali dek disebabkan terlalu ramai. Disini lah timbul idea untuk wujudkan weblog khas untuk jurugambar.

Oleh kerana akaun hanya dibenarkan dalam 100 akaun, maka sesiapa yang terpantas, boleh menjadi author/advertiser di dalam thephotographerz. Kenapa 100 akaun? platform yang aku gunakan adalah sumbangan dari Google (blogpspot). Dan kenapa pakai blogspot? Sebab aku pengguna blogspot TEGAR! sesiapa yang biasa pakai Wordpress ke Self-Hosting ke, masuk ke thephotographerz, WAJIB tahu pakai Blogspot.

Untuk members, rujukan korang disini: Guideline posting

Apa lagi faedah sertai thephotographerz family?
Semua jurugambar yang sudah menyertai, aku anggap as family. Kenapa? Sebab hanya jurugambar yang memahami jurugambar. Tak gitu? Kalau salah, tolong ingatkan aku. Ada planning untuk members yang join. Itu aku post akan datang lah.

Itu je kot. Mana-mana photographer yang nak join kitorang, jangan sesegan k? chill!

Enjoy!

Monday, January 11, 2010

Blogger, We care! by shahroll

Monday, January 11, 2010



Salam to all readers,




Jika terdapat sanak saudara kita yang berada di dalam kesusahan, ditimpa musibah yang bukan sepatutnya diterimanya yakni terkena buatan orang, seperti santau,ilmu hitam dan lain-lain, adakah sanggup kita hanya melihat tanpa memberikan apa-apa sumbangan?? semestinya kita akan menolong tetapi jika itu SAUDARA kita, namum rasullah s.a.w telah mengatakan, sesama ISLAM itu adalah bersaudara, jelas?



Baiklah, entry kali ini menjurus kepada keprihatinan kawan-kawan, teman-teman blogger di dalam alam maya dengan menolong kawan kita yang ditimpa musibah dalam hidup beliau. Beliau yang dimaksudkan adalah saudara MEGAT yang sedang mengahadapi ujian berat dari Allah s.w.t




Melihat dari posting http://megat.net/tangisan-aku-isteri-dan-anak-anak.html airmata seorang lelaki menitis ketika posting ini dibaca. Lantas, dengan membuka blog saya dan menulis ruangan ini khas untuk saudara Megat. Semoga allah akan sentiasa bersama orang yang dizalimi dan dianinaya oleh orang2 yang busuk hatinya, jumud otaknya, dan miskin akhlaknya.



Di dalam blog Hydir pula,anda sekalian boleh melihat berapa ramai yang telah membantu dalam usaha ini. Jangan kita ghairah dalam melaungkan 1 Malaysia 1 Negara saja, tetapi skop itu lebih luas dengan mengatakan, 1 kalimah 1 Syahadah 1 saudara .. islam!



Saya menyeru kepada semua komuniti blogger yang ada di dalam ruang maya Shahroll PhotoGraphy ini, agar membantu saudara kita, En.Megat untuk meringankan beban beliau di saat ini...

wassallam...