Showing posts with label dunia penulisan. Show all posts
Showing posts with label dunia penulisan. Show all posts

Thursday, September 20, 2012

Penulis blog dipukul? by shahroll

Thursday, September 20, 2012



laporan surat khabar tak lama dulu...

As salam, hello readers...

Dari blog boleh membawa "pergaduhan" di alam realiti. Kenapa benda macam ni boleh terjadi? Tanggapan aku dengan keadaan seperti ini sedikit berbeza. Kalau diperhatikan, blogger-blogger yang bagaimana boleh mencetuskan konflik serta isu yang panas yang berlegar di alam maya?

Dapat jawapannya?

Berbalah kerana perbezaan pendapat, adakalanya menyebabkan ada nyawa yang tidak "berdosa" melayang. Aku tak tahu, kalau-kalau yang sedang baca ni blogger yang cepat "melenting" bila satu-satu isu itu dibangkitkan walhal perkara tu kecik je.

Hujah aku;

1# Jadi blogger yang disenangi ramai. Dengan cara itu, orang pun tak rasa menyampah dengan kau dan blog kau tu. Tapi jangan ingat semua readers suka dengan setiap isi blog yang kau tulis. Ada yang tak suka dan mengutuk, tapi kau tak tahu.

2# Mood yang santai membantu korang menghasilkan entry yang santai juga walaupun kau buat advertorial level maha dewa susah. Buat seringan yang mungkin sebab readers nak baca benda-benda berat ni baik baca newspaper. betul?

3# Apa pun yang kau tulis, upload dan apa saja kau lakukan dalam blog, pastikan sumber yang diambil adalah sahih. Kalau blog personal, pi lantak la dengan kesahihan tu. Sebab kau je yang tahu. LOL!

4# Pernah baca pasal blogger US kena saman sebab menyiarkan artikel dalam blognya walaupun artikel tersebut disahkan benar? HAaaa.. be careful la ek?

lain-lain point akan diupdate kalau ada lagi. Ini yang terlintas dalam kepala untuk waktu sekarang. Secara kesimpulan, jadilah blogger yang berhemah, anda mampu melakukannya. LOL!!

enjoy!

Thursday, June 02, 2011

[contest] Aku Mahu...... by shahroll

Thursday, June 02, 2011


Morning!


Semalam sedang lazat menikmati Facebook, terlihat satu post feed pasal contest ni. Nice contest actually. Kepada yang minat menulis novel, novelis wannabe boleh cuba lah. Tapi, bukan korang karang penuh novel, just sinopsis saja.





Apa syarat-syaratnya?


Boleh lihat di permalink ini: http://ainmaisarah.blogspot.com/2011/05/pertandingan-menulis-sinopsis-novel-aku.html


Aku minat menulis. Ada idea. Cuma, penggunaan Bahasa Malaysia agak kurang mantap. Tak macam mula-mula aku terjebak dengan dunia penulisan masa kat sekolah menengah. 1st place untuk Hari Juvana (2003) peringkat sekolah daerah Kuala Langat (Dulu sekolah Telok Panglima Garang).


Aku cuba. Tapi tak tajam.


Adios!

Friday, May 20, 2011

10 perkara yang mewajibkan seorang lelaki itu berkahwin by shahroll

Friday, May 20, 2011


Assalamualaikum w.b.t Salam sejahtera semua,


Pagi2 menyelak buku yang ada didepan mata. Bukan best sangat pun, tapi disebabkan buku tu semalam aku dah ambil di rak, selak la 2-3 helai. Ok lah jugak, banyak nasihat. Untuk bujang-bujang yang belum kahwin khasnya. 


Dari 2 helai, ke 5 helai lepas tu ke 9 helai. Ah sudah! macam-macam info yang aku dapat dalam buku ni. Dan tak pasal2, mata tertancap pada chapter yang "best" punya point. Ape kebende?


10 perkara/tanda mewajibkan seorang lelaki itu berkahwin!


Aku terus bagi point je, korang tak puas, boleh beli itu buku, deal?


1) Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang.
2) Kehidupan tak terurus
3) Jiwa menjurus kepada lawan jantina
4) Hilang fokus apabila wujud lawan jantina
5) Cemburu melihat kebahagiaan orang lain
6) Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak
7) Jatuh cinta pada seseorang
8) Desakan nafsu
9) Dorongan untuk melakukan hubungan intim
10)...........


Yang ke-10 tu aku biarkan kosong. Bukan aku kedekut ilmu, tapi lebih baik kalau kita support buku-buku yang bagus kan? korang boleh beli buku "Mencari Pasangan Hidup" hasil tulisan Ustaz Emran Ahmad di toko-toko buku yang berdekatan. =)


ISBN: 978-967-86-0344-7

Buku edaran Alaf 21 ini ada 4 bab. Setiap bab ada 8 sub. Makanya, ada lebih 32 sub-chapter yang harus aku baca. Now baru di bab 1. Ok, tu saja aku boleh kongsi, lebih-lebih kena saman dengan penulis buku ni pulak kan? =D


As salam...

Wednesday, March 30, 2011

Bagaimana hidup sebagai seorang penulis skrip? by shahroll

Wednesday, March 30, 2011
Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia,


Wasap peeps! baru lepas pekena Indocafe untuk mengelakkan mata aku cepat lelap, tapi rasa dah berat gak nie mata. Kena tambah doz lagi kot?. Tapi aku masih boleh lagi la berfikir di radius yang waras. Ok, teruskan...


Ada tak korang terfikir di sebalik keseronokan cerita drama-drama yang korang tonton kat stesen televisyen tu, terdetik bagaimana la penulis skrip nie boleh hasilkan idea cam tu eh? bagus la dia buat cerita tu, cam ne dia menulis? Apa inspirasi dia gunakan masa menulis skrip yang sebagus tu? Banyak lagi lah kan soalan2 yang diajukan sendiri oleh anda yang anda sendiri tak mampu nak menjawabnya melainkan kaum keluarga sendiri yang jawabkan untuk anda.


Maka dengan itu, aku berkenalan dengan seorang otai dalam bidang penulisan skrip ini dan niat aku ingin berkongsikan satu posting dari blog beliau. Siapakah beliau?

Siapa pemberi rezeki di dalam sesebuah produksi drama atau filem? Adakah produser, pengarah, pelakon atau krew? No…no…no…! You’re dead wrong!! Penulis skrip (skrin) lah yang memberi rezeki kepada semua.
Tanpa senaskhah skrip (lakonlayar), maka tidak adalah drama atau filem. Maka semuanya…tidak akan ada kerja (job). Bila dah tak ada job…rezeki pun zero dan soru pun miss…!!!
Tanpa skrip (lakonlayar) juga produser tidak akan bergelar produser. Sebab produser nak produce apa tanpa skrip? Meskipun dapat airtime beratus jam, mereka akan tetap cari skrip. Siapa pula yang tulis skrip, kalau bukan penulis skrip!!!
Tetapi seandainya meletupnya (sengaja tak nak guna kejayaan) sesebuah drama atau filem, sudah tentu pelakon dan pengarah juga yang dijulang dan dinobat bagai nak rak.
Dalam pada itu, produser pula tersenyum riang pergi bank…boleh beli kereta mewah..boleh buat rumah bagaikan istana dan kemewahan terus melimpah ruah.
Tetapi di mana penulis skrip (skrin)? Jawabnya penulis skrip tetap di takuk lama. Usaha, penat jerih penulis skrip memeras otak langsung tidak dihargai. Tak ada siapa ambil peduli.
Di malam hari setiap umat manusia enak beradu dibuai mimpi….tetapi umat yang bergelar penulis skrip masih tersengguk-sengguk depan komputer. Itupun nasib baik depan komputer…boring-boring boleh juga main game atau layari internet…jenguk-jenguk aktiviti kawan-kawan kat facebook.
Tetapi dulu…mesin taip jugalah yang menjadi teman penulis…bagaikan ayam patuk padi. Bila dah berkumandang azan suboh dari surau atau masjid berdekatan, barulah ayam itu berhenti patuk padi. Mata pun dah naik merah hinggakan langsuir pun takut nak dekat…!!
[read more: HERE]

Aku dah lama nak kongsikan dengan korang pasal "kemelut" nak jadi penulis skrip nie. Aku yang baru-baru nak berjinak-jinak nak buat skrip nie, perlu la peka juga keadaan dalam industri kan? Tu yang terjumpa blog Mr. Ruslie nie dan beberapa blog penulis drama yang lain. Yang lain tu, lain post aku share.

March 6, 2011.. agak lama eh? **grin** 
Dan, untuk korang yang ada minat/suka menulis/banyak idea untuk buat skrip drama ke whatever, boleh la mintak nasihat pada yang pakar seperti Mr. Ruslie kita. Aku pon, nak menuntut ilmu dari penulis-penulis skrip yang ada kat Malaysia ni. Hopefully dapat le hasilkan 1 naskah skrip atau paling tidak pon, novel, kan? =D stay tune! As salam...