Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Thursday, January 14, 2016

Kelas bina blog perniagaan

Thursday, January 14, 2016




Kelas bina blog perniagaan? YA! di SH Network Media kami melatih anda semua untuk membangunkan laman blog untuk anda mencapai sasaran jualan dengan kaedah "blogging marketing" ini.

Dengan adanya laman blog perniagaan sendiri, anda boleh membuat interaksi secara langsung bersama ajen, stokis atau pelanggan anda dengan mengetahui status dan permasalahan yang dihadapi oleh mereka.

Kelas membina blog perniagaan ini terbuka kepada sesiapa yang berminat dalam bidang jualan, walaupun anda sedang menjual offline boleh dilatih untuk membuka jualan secara online pula.

Contoh jualan offline ke online: Laila Crispy Chips & Taste (Kerepek pisang Tanduk)

Anda boleh emailkan butiran seperti dibawah ke alamat email shahrollphoto@gmail.com untuk menempah tempat duduk anda sekarang!

1) Nama penuh
2) No. kad Pengenalan
3) No. Telefon (whatsApps/Call)

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh direct WhatsApps saya, selaku penceramah anda 012-3437359 (Shahrul)

Jumpa saya di kelas, nanti?






Saturday, September 12, 2015

Malaysian bloggers: Lepaking, Chilling and make research! by shahroll

Saturday, September 12, 2015



As salam, hello readers...

Mungkin bagi sesetengah orang, terutamanya yang bukan digelar "bloggers" atau "penulis maya" atau apa sahaja panggilan yang berkaitan, tak nampak apa tujuan sebenar seseorang yang terlibat secara langsung untuk industri ini. Yup, aku panggil industri sebab, bloggers now is serious business.

type of bloggers: Making analytic and research!

Aku tergolong dalam bloggers yang make profit dari blog. Tetapi, ada tapi nya ok, aku ambil masa 5 tahun (lama kan?) untuk aku naikkan hits dan trafik serta jenama "nama" aku sendiri. Al-maklum, aku bukan jenis hari ni buat blog, esok dah demand. NO!

my Alexa Rank for blog (current)

Awalnya memang aku akui, aku just lepaking and chill dalam line blogger. Then, aku rasa, passion untuk menulis tu, memang dah ada dari zaman aku sekolah menengah lagi (menang award number 2 dalam karangan) cuma aku divert into online platform.

Dari situ, peluang membuat duit dari blog, sudah terbuka luas. Seawal 2009, blog aku mula menerima beberapa "token" (duit) untuk mereka advertise dan letak banner etc. Alhamdulillah, aku pun terus dan terus share story dalam blog ni dengan pelbagai cerita. Tutorial simple, review makanan, review business, preview filem dan pelbagai lagi.

Dan aku yakin, setelah semua yang diusahakan dengan susah payah, last sekali adalah dengan membuat research. Apa pulak research bagai ni eh? Ok let me explain to my beloved readers;

1) Sebagai seorang blogger, kena peka pasal Analytic. Kenapa? Dalam analytic sesebuah blog itu, terdapat banyak perkara yang boleh di pertimbangkan untuk melihat sejauh mana blog itu mampu bergerak kehadapan. Misalnya kata kunci. Apa kata kunci yang selalu terdapat dalam blog itu? apa kata kunci yang masuk? apa yang dicari? itulah maksudnya.

2) Trafik. tanpa trafik yang tinggi, mana mungkin blog tersebut boleh dijual oleh pihak pengiklan. Sama juga dengan ranking. Pihak sales and marketing akan tanya secara ringkas dulu, "berapa banyak trafik dalam sebulan?", simple as that.

3) Gunakan banyak tools analysis. Tak salah nak guna banyak platform untuk analisis blog. Google Analytic ada kekuatan dia untuk menganalisis sesebuah blog itu secara dalaman. Alexa rank juga mmpunyai kekuata untuk menganalisis blog secara luaran dan dalam (internal and external factor). Gunakan saja, percuma kan?

Ok guys, hope dapat sedikit sebanyak membantu korang dalam memahami konteks apa yang dipanggil blogger. Blogger bukan hanya sekadar blogger, tetapi lebih dari itu. Ada yang blogger cum designer, ada yang cum pakar grafik dan sebagainya.

Majulah blogger untuk Malaysia!

enjoy!




SEO blog klangselangor masih padu! by shahroll

Saturday, September 12, 2015



As salam, hello readers...

Sebut pasal SEO, aku bukan seorang yang pakar sangat. Cukup limited ilmu yang aku ada sebenarnya, tapi satu je aku pegang. Ada ilmu sikit, aku buat dan share. Ulang sampai rasa dah jemu then cari ilmu lain yang dapat boost up kita punya skills. Itu je aku pegang sampai ke hari ni.

SEO untuk Klangselangor blog

Untuk blog klangselangor, aku tak berapa update sangat, tapi content is there. Memang aku nak tengok niche "negeri" ni boleh pergi ke tidak. Dan YES, ianya berhasil sebab aku dapat trace apa yang orang cari di Selangor (khusus)

Blog shahrulhairydotcom niche lifestyle, photography dan business asalnya. Tapi bila dah switch more to personal things (daily diary katanya!) memang pelbagai-bagai keywords yang dapat. HEHE!!

Ok guys! selamat berhujung minggu.

enjoy!




Thursday, April 30, 2015

Modify blog: Mencantikkan blog personal dan blog perniagaan

Thursday, April 30, 2015



As salam, hello readers...

Menjadi trend sekarang kepada business owner yang mempunyai blog perniagaan sendiri, walaupun mereka mampu untuk hired penulis blog yang lain untuk mempromosikan produk mereka. Ini bagus, kerana pemilik perniagaan sudah maklum keberkesanan terhadap sales mereka melalui medium blog dan social media yang lain.

bersama sales marketing kedai perabot

Tempoh hari, aku berjumpa dengan Sales Marketing yang mahu mencantikkan blog perniagaan beserta dengan catalog form untuk future client mereka membuat bajet yang sesuai. Blognya sudah ada, menggunakan medium blogspot (free medium!) dan kerja aku hanya memperkemaskan kembali susun-atur dan galeri business mereka.

Aku berikan contoh blog aku dulu;

layout lama

Dah 3 tahun aku menggunakan layout atau theme yang sama. Pada aku, kerja mengubah layout adalah satu kerja yang leceh dan tidak praktikal. Tapi aku silap, theme baru lebih memberikan kepuasan dari segi responsive, SEO dan juga kekemasan. Blogspot juga boleh menjadi sebuah laman website yang menarik jika kena dengan theme yang dipilih!

theme terbaru!

Dengan susun-atur yang lebih kemas, tampak professional membuatkan pembaca blog kita/pelawat menjadi seronok dan theme yang lebih segar dan indah. Disinilah kerja-kerja aku bermula, jika;

1) Business owner nak kan blog yang best/boleh buat sales melalui blog
2) Selain cantik, perlu ada content yang membawa traffik ke blog mereka juga
3) Sync ke akaun social media mereka, walaupun hanya ada Facebook pages!
4) "back-door" untuk blog anda mesra SEO, First Pages Google kan dimasukkan sekali di dalam meta-tag blog mereka

Alhamdulillah, 1st client aku dari perusahaan perabot. Mungkin ini menjadi titik-tolak untuk business owner yang lain bergerak membuat perubahan dalam membuat "branding knowledge" untuk customer mereka.

enjoy!



Thursday, February 26, 2015

Respond pembaca blog shahrulhairydotcom dari Brunei? by shahroll

Thursday, February 26, 2015



As salam, hello readers...

*pending entry ni*

Baru je habis study dan baca slideshow untuk jam 9 pagi nanti di Dewan OIA, Pusat Inovasi, UiTM Shah Alam. Aku dalam mode exam sebenarnya untuk kenaikan pangkat Penolong Pegawai Perpustakaan (S27), doakan yang terbaik untuk aku eh semua? *grin*

Ok lah, disebabkan aku pun tak boleh nak tido, aku update sikit entry ni dan publish. Right now, aku dapat beberapa soalan-soalan dari Facebook Pages aku di shahrulhairydotcom dan membawa sampai aku menulis dalam blog aku, mesti ada cerita yang menarik kan? HEHE!

*klik gambar*

Terima kasih atas kesudian korang semua yang datang dan jenguk blog aku yang tak seberapa ni. Walaupun info-info yang aku tulis tak se-details macam portal berita, aku harap sedikit sebanyak dapat membantu korang mencari jawapan/pengalaman yang sama untuk digunakan bersama. Kebanyakkan info yang aku tulis berdasarkan pengalaman sendiri saja. Mungkin berbeza dengan pendapat-pendapat ilmiah ataupun blog lain.

Bila aku tengok statistik audiens blog aku, macam tak percaya pon ada. Datang dari India, Singapore, Poland, Indonesia, Brunei, German entah apa yang dicarinya. Nak kata aku tulis dalam bahasa English, ada 2-3 entry je kot? HUHU! Mungkin dorang nak jalan-jalan ke Malaysia kot. HAHA!

Apa pun, kalau korang yang sedang membaca blog aku ni nak ber-interaksi dengan aku untuk tujuan bertanyakan soalan yang sama dengan apa yang aku lalui, boleh roger aku di Facebook Pages kat atas tu ye. 

enjoy!



Tuesday, January 13, 2015

Bagaimana mengukur blog yang tinggi ROI (Return Of Investment) by shahroll

Tuesday, January 13, 2015



As salam, hello readers...

Blog ber-ROI tinggi? Macam mana tu eh? Ok, first sekali post entry kali ini tertumpu kepada mereka yang bekerja sebagai Marketing Officer, Public Relation atau Manager Digital Marketing dan yang berkenaan dengan bidang pengiklanan digital lah senang cerita. So, ini untuk kamu.

Bagaimana anda mengukur sesebuah blog itu boleh memberi pulangan yang tinggi kepada sesebuah syarikat/brand?

Aku cuba meletakkan diri aku seperti mereka yang bekerja di dalam bidang yang disebutkan tadi. Maka, aku akan mencari beberapa medium social media terutamanya dalam blog

A) Kekerapan post entry
Sebuah blog yang aktif mampu menarik keywords yang pelbagai dari enjin carian Google. Sehingga post entry ini, blog aku sudah mempunyai 1,700++ artikel sejak dari 2006. Nak check entry dalam blog tu, boleh lihat di "archive" di tepi sidebar (jika blogger tu letak lah)

B) Followers
Blogger yang aktif di blog saja cukup? TIDAK! sila minta "followers" mereka di Instagram, Twitter dan juga FB Pages. Jika sesuai dengan scale pengiklanan yang dicari, just proceed. Lebih dari 1 ribu followers tu dah kira bagus.

C) Google Analytic
Minta statistik dari Google Analytic (GA). Bagi aku, data dari GA adalah yang paling tepat dari mana-mana medium pengukuran blog.

D) Alexa & Google Rank
Ini boleh diperiksa guna extension Google Chrome. Kalau blog tu PAge Rank Google atas dari 2, blog itu juga dianggap sebagai "high return" dalam carian Google Index. Alexa juga boleh digunakan sebagai indikator untuk mengetahui betapa "popularnya" blog tersebut di sesebuah negara atau luar negara


blogger work!

1) Blogger Ternama
Blogger bertaraf gred A seperti ini, sentiasa menjadi buruan kerana hits blog mereka sangat tinggi. Mungkin sehari lebih 20 ribu visitor yang datang membaca blog mereka dan kandungan yang terdapat di dalam blog tersebut. Maka, pulangan dari mereka jika membuat pengiklanan adalah tinggi

2) Blogger Niche
Blogger yang fokus dalam satu benda. Contoh gadget. Tak ramai blogger yang boleh menulis pasal gadget dengan teliti dan menarik. So, mereka menjadi keutamaan bila adanya satu-satu event berkaitan dengan gadget. Hits mereka dalam bidang "niche" juga tinggi.

3) Blogger Campur-Aduk
Blogger jenis macam ni boleh refer kat aku. Jenis blog yang boleh kata personal, business, photo & video, lifestyle dan business. So, agak berterabur dan susah nak decide blog ni macam mana. Kekurangan sikit kalau nak dipilih jadi blogger no #1

Ini antara kategori umum dalam dunia blogging. Mungkin ada yang boleh terima, ada yang tak boleh terima kategori ni. Nak jadi "jaguh" dalam sebuah line/industry bukan mudah. Luka+duka mesti dilalui samada ditindas mahupun menindas! HEHE!


enjoy!


Thursday, December 04, 2014

Private Coach: Teknik pemasaran melalui kombinasi blogging+Sosial Media by shahroll

Thursday, December 04, 2014



As salam, hello readers...

Aku planning nak buat beberapa siri private coach dalam bulan Disember ni. Disebabkan ada beberapa kekangan dan halangan sepanjang bulan Jan sampai November, so aku rasa bulan Disember adalah yang terbaik untuk aku memulakan private coach untuk segmen blogging & social media.

Mungkin ramai yang tak tahu aku ada blog khas untuk training?

Boleh lawat kat sini: My Coursez Consultant

Poster yang aku hasilkan untuk hebahan private coach tersebut;


Tempat pembelajaran adalah flexibel. Boleh di office korang, kedai mamak (bising sikit!), kopitiam dan mana-mana tempat yang tidak berapa ramai orang yang boleh tumpukan pembelajaran dalam masa 5 jam untuk coaching aku berikan.

Modul atau hands-on aku akan berikan kepada mereka yang menempah slot kelas private coaching aku ya. Untuk menempah boleh whatsapps number 0123437359 (shahroll) dan pembayaran sebanyak 50% sebelum kelas berlangsung aku akan ambil sebagai pelaburan dan komitmen korang terhadap kelas yang aku anjurkan

Biasanya aku bermula 1 jam yang awal lebih kepada pengenalan dan overview sesuatu modul after that move to lebih deep. Kalau korang yang baru bermula dengan blog+social media untuk luaskan pasaran perniagaan korang, aku jump-start terus sehingga mencapai tahap 'advance"

Modal RM250 adalah 1 pelaburan bijak, kerana korang grab all my experience in online+marketing yang bermula dari tahun 2007 sehingga sekarang. Dan, aku juga kerap kali dijemput untuk memberikan talk.seminar berkenaan bidang berkaitan.

Oh ya, jika korang datang secara berkumpulan, yuran dia berbeza dengan harga perseorangan. Nak tahu rate nya boleh whatsapps juga ya?


enjoy!


Tuesday, November 18, 2014

(B2B) Bagaimana nak review produk perniagaan dalam blog? by shahroll

Tuesday, November 18, 2014



As salam, hello readers...

Mempunyai produk perniagaan yang bagus amat penting bagi setiap peniaga. Ini kerana, produk yang dipasarkan mestilah yang menarik golongan sasar, mempunyai packaging menarik beserta dengan harga mampu beli. Tapi jangan lupa dengan rangka promosi anda!

Tanpa promosi yang baik dan bagus, produk anda tak kemana! Rugi kan?

Selain dari kaedah konvensional, cara altenatif yang boleh dipraktikkan adalah dengan menggunakan khidmat social media expert untuk membantu meningkatkan kesedaran (awareness) kepada bakal pelanggan dengan kaedah-kaedah yang tertentu dalam mengembangkan perniagaan dan produk anda

Saluran seperti blog, Facebook pages, twitter, Instagram dan Youtube cukup terkenal sebagai "lubuk" pemasaran sekarang. Walaupun anda boleh membayar Facebook Ads untuk mendapatkan "reach" yang dikehendaki, anda juga boleh menyalurkan lagi awareness perniagaan anda di tempat-tempat strategi yang lain dalam kepelbagaian golongan sasar.

Ya! Saya boleh membantu anda dengan beberapa kaedah yang telah terbukti keberkesanannya dalam beberapa bidang perniagaan seperti perkhidmatan video/photo, Kerepek Pisang Tanduk dan lain-lain perniagaan mereka yang memerlukan khidmat saya untuk membantu meningkatkan awareness dan jualan.

Berminat untuk mengetahuinya? boleh direct whatsapps kepada Shahroll di talian 012-3437359 atau email shahrollphoto@gmail.com

enjoy!


Saturday, March 09, 2013

Apa fungsi blog? by shahroll

Saturday, March 09, 2013



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, sempat update untuk seketika. Selepas aku settle dengan paper Event Organizing, sibuk pula dengan agenda untuk paper yang seterusnya iaitu paper ETR. Masih dalam keadaan yang pening-pening lalat, tapi masih OK. syukurlah...

Apa itu blog?

Oh no! pertanyaan apa ini? sebab apa aku post entry ini? Ini disebabkan, banyak kata kunci yang masuk dalam blog aku dengan kata kunci seumpama ini. Masih ramai yang kabur akan fungsi blog itu sendiri. Takpe, kita pergi ke satu persatu.

#1-Blog
Bila berkata tentang blog, ia adalah satu laman yang menempatkan tentang topik-topik berdasarkan minat dan kemahiran seseorang blogger itu mengisi kandungan blognya dengan niche yang tertentu. 

Contohnya jika seorang blogger itu mahir dalam pembuatan kopi, dia akan menerangkan bagaimana kopi itu dibuat dengan sedapnya.

Blog juga untuk menzahirkan apa yang dirasakan di dalam diri seseorang. Boleh juga dikatakan sebagai terapi diri (diari online) untuk mereka yang berjauhan dengan keluarga ataupun hidup seorang diri (forever alone). Fungsi blog tidak terhad untuk penulisan, malah pelbagai media seperti gambar, video, slideshare dan lain-lain turut digunapakai.

#2-Kemahiran diri
Untuk jadi seorang blogger, bukan setakat tahu update selalu. Kemahiran dan ilmu dalam bidang blogging juga turut memainkan peranan. Dan, anda perlu ada mentor atau idola yang mendorong anda aktif dalam blogging blog-o-sphere. 

picture: Google web 

Sebagai contoh, pada permulaan anda membuat akaun blog, anda penuh bersemangat sehingga 50 post entry sehari tetapi pada hujung-hujungnya, sebulan sekali pun susah untuk di update. Kreatif dalam membuat post entry yang menarik minat pembaca.

Selain channel blog, anda perlu tahu juga channel yang lain seperti Vimeo, Youtube, Flickr, Photobucket untuk di-sync kan dengan blog anda untuk mengambil "traffik" dari kepelbagaian sumber.

Post ini akan bersambung...

Thursday, August 09, 2012

Apa itu "Gaya Bahasa"? by shahroll

Thursday, August 09, 2012


As salam, hello readers...

Aku dalam menyusuri blog ke blog atau istilahnya "blogwalking" yang disebut oleh pemblogger sekelian, selain dari cerita atau info yang ditulis dan disampaikan, penggunaan bahasa oleh penulis-penulis blog antara ciri selalu aku perhatikan.

Gaya bahasa? Amende?

Dulu, masa aku standard 5 dalam kelas Bahasa Malaysia (BM) bahagian yang best cuma "karangan". Bebudak 80's nyer cerita. Sekarang tak tahu lah ada ke tidak part ni.

Aku boleh habiskan 5 kertas kajang yang aku rasakan lebih 500 perkataan. Keperluan menjawab soalan karangan cuma 500 patah perkataan je. Aku memandai hentak sampai lenguh jari-jemari.

Dalam karangan aku tu, banyak juga lah aku ber-eksperimen dengan pelbagai gaya bahasa macam metaforanya, hiperbolanya, litotes, personifikasi sampaikan cikgu yang mengajar tu dok sound-sound aku sebab guna gaya bahasa yang tak betul.

Ok. Itu sangat memalukan.

Dalam mengejar "kertas kajang yang banyak" aku sampai lupa tujuan asal karangan itu dibuat. Cukuplah sekadar ada isi-isi yang penting, ada pendahuluan, penggulungan dan penutup. Cukup. Tak perlu nak berbunga sangat.

Itu dulu, sekarang?

Benda yang sama, cuma menulis dalam ruangan blog (jaringan maya) lebih sensitif. Bukan sensitif pasal entry blog, tapi bahasa. Mungkin bahasa aku golongan "tua" tak berapa nak tangkap, but still u can translate my blog into English mode. Selalunya orang-orang veteran pandai English right?

"Bahasa jiwa bangsa"

sumber: Google

heh~...

Thursday, November 24, 2011

THANKS followers! Banyaknya 556 pembaca! by shahroll

Thursday, November 24, 2011


As salam, hello readers...


Pada awalnya aku mencari follower 555 then selang beberapa minit sudah menjadi 556. Untuk follower 555, akan aku emailkan sebab number itu bagi aku memang best! dah la best, cantik lagi tu. =D


Di kesempatan ini juga, aku mengucapkan TERIMA KASIH, THANKS YOU, XIE XIE kepada follower2 aku yang ada di side kanan blog aku ni dan juga para subscriber aku yang berjumlah 511 feeders yang melanggan blog aku secara email/feedburner.
sumber: Google je..

Walaupun ramai yang mengikuti blog aku ni, tapi aku sikitttttt je sedih sebab korang agak "berat" sikit nak komen eh? hehe ke segan nak berkomentar dengan admin blog ni? Don't shy, just gimme comment and insyaallah will approve your comment lah.

Aku dulu open comment tanpa ada sekatan. Tapi aku buat approval comment sebab aku nak pantau komen-komen yang berunsurkan hasutan, komen yang bukan-bukan (lucah) dan yang penting komen berunsurkan advertising free! huhu memang aku tak approve la kalau cam tu.

Sekali lagi, TERIMA KASIH sebab baca penghargaan aku kepada korang. Aku tuju lagu khas tuk kalian eh, terimalah... *ecceh! cam artis!* huhu~


enjoy!

Monday, October 31, 2011

Etika penulisan blog [korporat] by shahroll

Monday, October 31, 2011

As salam, hello readers...

Sepanjang minggu ini aku sibuk dengan aktiviti luar. Bukan kerja-kerja merakam gambar, tapi sekarang menjadi tenaga pengajar untuk segmen IT di Kompleks Rakan Muda. Ada masa aku update khas untuk aktiviti tu nanti.

Aku terfikir, sepanjang aku berblogging adakah aku mengikuti etika-etika penulisan blog? Apa etika? apa penulisan? apa etika dan penulisan? Beza kan? =D

So, aku search dalam Google, aku jumpa blog marketing mengenai Corporate Blog Writing, kinda interested to share guys! check out below...

1. Keep entries to one page or less – a blog entry should be short and to the point.

2. Blogs are intended as on-line logs or journals and are more informal than other marketing mediums so write accordingly.

3. Use simple terms – dont include jargon or abbreviations unless you are sure your audience will understand otherwise it will simply put them off.

4. Dont use your blog as a forum to attempt to promote or sell – its not appropriate.

5. It is generally accepted in the blogosphere that you can quote from another blog as long as you state your source and link back to it.

6. Remember to add value. Think about who your intended audience is and write posts that are informative – share useful links to cool sites and on-line services.
[read more: HERE]

enjoy!

Thursday, August 18, 2011

shahrul hairy : Sitelink on Google! by shahroll

Thursday, August 18, 2011

As salam and hello readers,

Syukur. itu je mampu aku taip dan ungkapkan bila aku mencuba nama aku sendiri dalam pencarian Google (search engine). Now, terasa diri seperti diperhatikan seluruh dunia (tak kot?). Itu statement yang sangat perahsantan ye kawan-kawan. Abaikan.
taip 'shahrul hairy" dalam Google...


Inilah dia sitelink yang aku maksudkan. Dalam search engine Google, my blog dah ada sitelink. Apa benda sitelink ni eh?

Google Sitelinks are little sub-listings that sometimes appear under the first listing on the first page in Google search results (ref:HERE)

Dan, tambahan dari Google Webmaster Tools Help:-
some of Google's search results, called sitelinks, are meant to help users navigate your site. Our systems analyze the link structure of your site to find shortcuts that will save users time and allow them to quickly find the information they're looking for (ref: HERE)

Lebih penting yang aku nak highlight disini adalah;
We only show sitelinks for results when we think they'll be useful to the user. If the structure of your site doesn't allow our algorithms to find good sitelinks, or we don't think that the sitelinks for your site are relevant for the user's query, we won't show them.(ref:HERE)

Korang boleh lihat sitelink aku di http://goo.gl/xMx9d yang keluar ada 7 sub-link yang diberi. Alhamdulillah. Semakin rancak aku nak berblogging lepas ni! =D

Untuk blogger yang nak dapatkan sitelink dari Google, sila kunjungi laman Webmaster Tools

Enjoy!

Tuesday, July 20, 2010

What i feel when my posting being "popular" by shahroll

Tuesday, July 20, 2010
Salam all! =D


taken from website blogged.my and make me BIG smile of this! LOL~ check it outzzZ!


** For 24 hours: Most bloggers read My THIS posting



BIGGGG smile again because my 2 posting here. Rank no.1 and 3. THIS posting for no.1 and THIS posting for no. 3. Thank you so much guys! Even im glad to all come and reading my posting, but i hope u can drop some comment(s) to i know the feedback aite! =D

salam!

Tuesday, March 16, 2010

BIG THANX for all my READERs by shahroll

Tuesday, March 16, 2010

Salam to all..


Hari nie aku masuk kije macam biasa, but semalam ramai gak yang carik aku.. heheh, baru sehari tak masuk, klw 2 minggu ke sebulan ke, ramai lg kot org carik aku.. uhuh~ ( dah2! nak riak plak! cisskek!) aippp, semalam di tengah2 mlm aku check NUFFNANG nyer akaun ( bukan sebuk tgk earning Ok~) but tgk statistik and referral.. also who recently read my blog.. :)


Alhamdulillah, ramai gak yang menjengah kat blog aku lately nie. BIG THANX ya!.. lawat selalu pon ok gak.. ade yang komen my posting but im sure ramai yang nak komen tu (ecehh perasan!) but keyboard korang "keras" sket kot nak taip kat blog aku.. heheheh~ tapi pepe pon dah masuk site aku tu kire syukur alhamdulillah .... :)



To silent readers, bile nak munculkan diri??? heheh nak jugak aku berkenalan dengan blogger2 power lagi otai tapi dok senyapppp ja.. hhehee.. ke earning dah beriban tak moh letak backlink?? hikz3~ panas plak ayat aku pepagi nie.. well~ jgn amek ati k!~ :)










** My beloved readers.... thanx! (>__<)



aite, catch later guyz!.. salam.. ;)






yours
SH

Saturday, January 16, 2010

Teaser: Samsung Corby event by shahroll

Saturday, January 16, 2010








Stay tune for FULL Coverage  
Samsung Corby Event!!! so HAPPENING!!~ wooooh~






UPDATE!!: To all fellow members, please grab the picture at my 4shared account, thank you.sharing is caring baby...muhahahahah~


clickzz this!


** Can put into your platform such as bog,typepad,WP or web, but please credit to me as owner that pictures. Tq~ :)

Thursday, December 24, 2009

BEST kah BerBLOG nieh?? by shahroll

Thursday, December 24, 2009
Salam to all readers...


Sudah ke korang membaca Kosmo! hari nie?? Sangat gerun bile membaca pasal INI .Mengucap panjang bila mende nie di khabarkan oleh pihak Geofizik. Masih tidak sedar "bencana" ini berlaku disebabkan oleh "kita" juga? fikir-fikirkan...


**.............................................................................................................**



Baiklah, SH teruskan untuk topik kali nie " Best kah Berblog nie"?. Sebenarnya, pelbagai pendapat dan andaian tentang best ke tidak anda berblog. Tidak kecuali SH yang baru2 saja dalam dunia blog. Bukan mencari2 publisiti, jauh sekali untuk "glamour". Glamourkah berblog? satu isu yang berbeza :)



Baik,SH meletakkan diri sendiri di dalam penulisan nie. Saya berblog untuk menceritakan peristiwa2 (moment) yang best bersama keluarga, kawan,kekasih serta pelanggan2 SH. Banyak kan tu skop untuk SH bercerita dan dijadikan modal untuk meluahkannya di dalam blog yang tak seberapa nie. Bagi anda yang baru saja mem"follow" blog nie, jangan harapkan SH untuk memberi segala tips2 yang berkaitan dengan penggunaan kamera,editing tu semua... BUKAN!! ini bukan tempatnya. Sila kan ke blog2 yang memberikan anda full text sehingga anda faham.




Disini ada juga SH memberikan tips2 photoshop, tetapi TAK lah se-expert orang yang betol2 "power" dalam editing, silakan ke blog atau website yang berkaitan. Sekadar interface untuk yang beginner, bolehlah menggunakan guide yang SH buat di side bar tu ok ;)



Lagi,medium blogger nie juga SH menggunakan secara total (full utilize) untuk mempromotkan perkhidmatan Shahroll PhotoGraphy di dalam alam maya walaupun ada AkudankamU weblog. Dulu SH menggunakannya sebagai blog, tetapi sekarang hanya gambar2 saja dimuatkan untuk tatapan anda sekalian. Dan yang lebih penting, my future pelanggan boleh terus melihat artwork2 SH disitu saja. Dan menempah online disini. Senang kan perniagaan di internet?.. sape pulak yang kata SUSAH kan... uhuhu~


Itu bagi blogger bernama Shahrul Hairy bin Shaharuddin. Anda pulak?

Wednesday, December 23, 2009

KEYword lucu di blog SH by shahroll

Wednesday, December 23, 2009






Salam to all readers...



Baru lepas re-edit SH nyer SKT.. Apa SKT? Sasaran Kerja Tahunan OK~ beselah kerja goverment ada buat SKT untuk setengah tahun dan yang akhir tahun. Aite, lupakan pasal SKT tu sebab SH nak cerita pasal "keywords" yang dicedok melalui my Nuffnang stat. Thanx nuffnang!



1) Jika dilihat pada graf kat atas tu, nampaknya keywords untuk "shahrolhairy.blogspot" dan "shahroll photography" mendominasi keywords2 yang lain seperti yang tertera di graf atas. Walaupun yang sebenarnya URL tu menggunakan "shahrulhairy.blogspot", as long can detect my blog is ok lah~ :)



2) Then, keyword " jusmate 5 blogspot" juga penyumbang ketiga dalam hit blog SH. Nampaknya, sekarang ramai yang tercari2 produk kesihatan yea. Baguslah jika anda memilih produk dari keluaran HPM iaitu Jusmate-5 tu. Memang terbukti keberkesanannya. Untuk melihat anggun dan jelita, tak kisah lah anda harus berbelanja lebih untuk kesihatan asalkan ia tidak membebankan anda.



3) Lain2 keywords seperti "borang tempahan majalah kolej", "Cupcake maker in Sandakan,Sabah", "Any kdu convoation in feb 2010", " borang peraduan masakan","quran multimedia USIM fotopages" dan yang last sekali "s.h.rasa/india art". Semua yang disebut SH merasakan ada yang related dengan my posting before, but yang the last one tu "s.h.rasa/india art"?? mana pulak datang mende keyword dalam posting SH nie eh.. heee~ pelik gak...



4) Untuk yang "borang-borang" tu disebabkan my posting untuk "borang tempahan" yang SH buat memudahkan clien menempah perkhidmatan SH secara online. untuk "quran" mungkin disebabkan ada posting melibatkan perihal al-quran ( check my previous post)



5) Alhamdulillah tiada keyword2 yang "pelik2" yang masuk dalam my blog. For future? entah.. mane saya tahuuuw~ :P

Sunday, December 13, 2009

Kenapa BLOG saya TAK BEST?? by shahroll

Sunday, December 13, 2009
Salam to all readers...

2.32pagi!.. well, masih belum mengantuk lagi disebabkan baru jek pack baju untuk hari esok. Ermm? kemana? owwh.. akan pergi ke UiTM Terengganu untuk menghadiri talk/seminar yang diadakan disana.. Malangnya my big boz ( Puan Khasiah) tak pergi bersama coz masih demam.. so yang ada Sharol (Pegawai), Ayu ( Pegawai) dan SH lah ( tukang amek gambo..)



1) Ok, abis pasal Terengganu, later akan bawak ole2 tuk korang k! semestinya gambo2 yang menarik yang ada disana. Aite, sure korang tertanya2 kan, nape lah blog aku xde sape2 pon yang tinggalkan komen ke,cbox ke,tak menarik ke??haa..ade tak korang buat survey kenape jadi cam tu?



2) NAk kate blog SH nie BEST! tak la sgt.. bese je la pon, nak kate komen berlambak2 cam blog orang lain, jauh lah sekali.. haha~ tapi SH nak share lah ngan korang dari pengamatan SH dalam dunia blogging selama setahun nie kan ( 2008-2009) masih HIJAU ok.. so pada yang menganggap diri mereka "otaiiiiz" blogger, watch out this statement.. ( haha~)



3) Jom korang semak balik blog korang dengan pernyataan SH dibawah..


- Blog korang terlalu MESSY!.. yeahh.. dah la messy, tak arrange pulak tu korang nyer side bar nyer menu, nmpk tak cantik dan bersepah... uuu, cuba bayangkan jika halaman rumah korang penuh ngah "sampah2" then byk pulak bende2 yang tak patut diletakkan disitu, agak2 orang nak datang umah u olz tak?? TIPU kalau kata YA!.. heh~



- Penuh ngan CODING!.. hehe.. nie SH pon sama, dulu lagi byk.. dah kne "kutukan" pasal terlalu sarat ngan HTML coding, so cuba reduce kan sket.. bile terlalu byk sgt coding, blog korang akan jadi tersangat lah lemmmmm... ( lembap!). Secara purata orang yang click pada blog korang tak mau masa yang diambil terlalu lama... cukup untuk 10 saat! ( korang cek blog korang kat laman web nie http://www.websiteoptimization.com/services/analyze/)



- Tulisan yang KECIL. Nie salah satu problem gak..Dalam masa SH melakukan "jogging" dalam blog, content dah best,cun, meletop tebabow tapi "font" plak kurengg.. ade yang beso, kecik,senget2 dan kejap kiri/kanan.. adohh.. trus OUT! So,kalau korang masih tercari2 format menulis, buat dari kiri ke kanan, macam biasa.. senang orang nak baca.. hehe..


4) Tu je lah kot yang SH leh bagi "tips".. heee~ sebagaimana ayat klise yang kite selalu baca " Alah, blog aku sekati aku lah~ "... well, jika pemikiran jumud itu masih dalam kepala korang, please don`t bace this entry okeh.. hahak~


wassalam.. happy blogging!