Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Tuesday, August 12, 2014

Bagaimana nak berjaya menjadi seorang blogger? by shahroll

Tuesday, August 12, 2014



As salam, hello readers...

Lama dah tak update. Ke-bizi-an melanda diri ini dengan banyak aktiviti yang perlu aku sertai dan membuat kerja selain sekarang tengah hebat promote KAKEE BZZR yang bakal berlangsung pada bulan Oktober. ALhamdulillah, tugasan mempromosikan event tersebut masih lagi aku handle dengan baik.

stage nak berjaya
Image: Google

Walaupun takde orang bertanya pun pasal nak jadi blogger yang berjaya ni kat aku, tapi saja nak share pengalaman aku menjadi seorang blogger. Bagaimana bermula, di pertengahan, kemuncak dan akhirnya merudum. Eh?

Permulaan:
Memula jadi blogger ni, aku rasa tak ada apa yang best. Awal-awal dulu macam "orang gila" je tulis dalam blog. Siapa nak baca? Aku siapa nak orang baca tulisan aku yang boleh hampir sama dengan blog sesampah yang ada dalam Internet. Apa kandungan utama yang orang sanggup orang klik dan stay baca? Haaa, macam tu lah dulu aku...

Pertengahan:
Masa ni dah banyak event aku pergi. Event blogger paling havoc masa aku join Nuffnang punya event. Masa tu, orang-orang Nuffnang memang best. Siap aku pergi ke office dorang tuk chill out dengan staff. Best! banyak aku belajar dari team Nuffnang ni pasal marketing. Inspired for me la =)

Dari event tu jugak kenal dengan pengendali-pengendali blog yang terkenal macam BeautifulNara, Red Mummy, Hanis Zalikha, Cik Epal, tian Chad dan sebagainya. Dan juga, kawan-kawan blogger yang sesama "naik" dalam bidang penulisan kreatif ini.

Kemuncak:
Aku rasa tak sampai kemuncak lagi, sebab apa? Aku belum rasa pencapaian sebagai blogger ni. Bagi aku, kemuncak seorang blogger tu dapat diukur dengan pencapaian kedatangan pelawat blog yang tinggi, rating blog dalam PR rank, Alexa rank dan juga berapa banyak sponsorship yang boleh didapati hasil dari penulisan di blog. Itu bagi aku. Mungkin bagi orang lain berbeza pulak

Aga-agak aku perlu ke nak tulis pasal "merudum" tu? HAHA!

enjoy!


Wednesday, January 23, 2013

(video) Listen! 2+2=5 by shahroll

Wednesday, January 23, 2013



As salam, hello readers...

Video yang bakal aku share dalam blog aku petang ni bukan pasal Bawani and Sharifah tu. Bukan. Cuma aku tertarik dengan 1 video di laman Youtube tentang perkiraan matematik yang cukup mudah iaitu 2+2 sama dengan 5?

Durasi selama 6 minit lebih menceritakan segalanya dan pelbagai persepsi juga timbul;



Translation dalam bahasa Thailand. Original video aku tak pasti dari mana. Bunyi macam pertuturan Arab. Entah, aku tak pasti. Walaupun video ini simple, tapi mesej yang ingin disampaikan cukup berat.

Apa yang aku fikirkan?

#1- Cikgu sekolah: Mungkin dia mengalami pendarahan otak ke ape ke so dia mengajar pon jadi benggong. Ini bukan cikgu di Malaysia ni, cikgu-cikgu Malaysia semua tip-top! tak de benggong cam ni. Lagi pun muka pun dah macam stim hisap ganja HAHA! Cikgu macam ni perlu di EXIT POLICY kan serta-merta!

#2- Pengawas sekolah: Dulu aku jadi pengawas, bebudak lain panggil "Anjing Cikgu" ferrrghhh! bernanah siak! So sama lah macam kes video neh. Anjing gak lah sebab ikut je ape yang diajar walaupun MAMPU berfikir. Top student tapi banggang? AHAHA!!

#3- Murid Degil: Yang kedegaq (degil) yang cakap jawapan nyer "4" tu sebenarnya dia sorang yang ada otak. Lain semua takut nak memberitahukan perkara sebenar. Kalau bagitaw bebetul, kena tembak, mampoih baq ang! So, lebih baik lah "ikut" ja kan? HAHA!!

Apa pandangan angpa semua?


enjoy!

Thursday, August 09, 2012

Apa itu "Gaya Bahasa"? by shahroll

Thursday, August 09, 2012


As salam, hello readers...

Aku dalam menyusuri blog ke blog atau istilahnya "blogwalking" yang disebut oleh pemblogger sekelian, selain dari cerita atau info yang ditulis dan disampaikan, penggunaan bahasa oleh penulis-penulis blog antara ciri selalu aku perhatikan.

Gaya bahasa? Amende?

Dulu, masa aku standard 5 dalam kelas Bahasa Malaysia (BM) bahagian yang best cuma "karangan". Bebudak 80's nyer cerita. Sekarang tak tahu lah ada ke tidak part ni.

Aku boleh habiskan 5 kertas kajang yang aku rasakan lebih 500 perkataan. Keperluan menjawab soalan karangan cuma 500 patah perkataan je. Aku memandai hentak sampai lenguh jari-jemari.

Dalam karangan aku tu, banyak juga lah aku ber-eksperimen dengan pelbagai gaya bahasa macam metaforanya, hiperbolanya, litotes, personifikasi sampaikan cikgu yang mengajar tu dok sound-sound aku sebab guna gaya bahasa yang tak betul.

Ok. Itu sangat memalukan.

Dalam mengejar "kertas kajang yang banyak" aku sampai lupa tujuan asal karangan itu dibuat. Cukuplah sekadar ada isi-isi yang penting, ada pendahuluan, penggulungan dan penutup. Cukup. Tak perlu nak berbunga sangat.

Itu dulu, sekarang?

Benda yang sama, cuma menulis dalam ruangan blog (jaringan maya) lebih sensitif. Bukan sensitif pasal entry blog, tapi bahasa. Mungkin bahasa aku golongan "tua" tak berapa nak tangkap, but still u can translate my blog into English mode. Selalunya orang-orang veteran pandai English right?

"Bahasa jiwa bangsa"

sumber: Google

heh~...

Friday, July 20, 2012

(budak sekolah) Kerana fesyen, sanggup berlapar! by shahroll

Friday, July 20, 2012


As salam, hello readers...


Tetiba pulak aku nak bercerita pasal budak sekolah. Yelah, awak pernah bersekolah kan? lainlah yang tak ke sekolah (may be ada masalah lain) bila dalam sekolah, akan nampak banyaklah fesyen-fesyen yang dipakai atau digayakan suatu masa dulu.


Aku jugak tak terkecuali.


Dari darjah 1 sampailah darjah 6, aku cuma pakai seluar sekolah yang "ready-made" yang kedai baju seluar sekolah tawarkan. Mak bapak aku lah yang melaburkan wang ringgit untuk keperluan itu semua. Thanks to my parents! Then, bila da anjak ke sekolah menengah, selera tu ade tukar sket.


Beli seluar tempah.


Dulu aku ada sorang kawan, tak salah aku Mohd Faiz bin Asmi (kalau tak salah aku) dia suka pakai barang-barang ada jenama (brand). Dalam form 3 cam tu, aku teringin sangat-sangat seluar tempah yang kedainya aku masih ingat "Cantona 7".
gambar hiasan: Google

Masa tu sesapa yang pakai seluar brand ni, memang "martabat" dia tingg sket la. Sebab seluar sekolah jenis cam ni punya tempah, dalam RM70-RM90 cam tu lah. Ikut saiz. Ikut style macam mana korang nak. Disebabkan aku nak jugak try 1, proses yang diambil agak lama.


Kumpul duit.


Aku dulu hidup bukan senang macam bebudak skang. Mintak je dapat. Mintak je dapat. Langsung tak de skill "survive". Manja lebih. Tu lah bebudak skang. Bila aku dapat kumpul sikit-sikit duit, baru pergi ke Klang (kedai seluar tu). Rasa high sangat bila beli barang pakai duit sendiri, kau ade?


Aku pakai seluar tu sampai dah tak muat. Then aku simpan. Lepas aku pindah, mana hilang tah seluar tu. Kedai yang buat seluar tu pon dah tak de. Classic woo. Sejak aku pakai seluar tu pada hari pertama sesi sekolah (tetiap Isnin) aku rasa macam girl-girl sekolah aku tu dok pi tengok aku je (agak ke-perasanan sikit!) HAHA!

enjoy!

Friday, June 29, 2012

stress is good! by shahroll

Friday, June 29, 2012


As salam, hello readers...


Pernah stress? tipu lah kalau tak. Lagi-lagi sekarang dunia yang semakin mencabar dan kompetetif. Silap langkah sikit, kau terlepas peluang. Lagi best "kawan-kawan" sailang biz kau, eh? =p


Dulu aku ada kelas pasal stress. Stress ni bagus sebenarnya kau tahu? Sebab stress ada terbahagi kepada 2 lah. 1 yang baik dan 1 yang tak elok. Yang elok tu boleh merangsang korang untuk melakukan kerja yang lebih baik lagi.


gambar hiasan: Google

Stress ni datang dalam pelbagai cara samada dari segi kerja korang mahupun cara hidup korang. But yang banyak aku perhatikn dalam twitter dan Facebook, stress yang paling utama datang berpunca dari kerja korang yang korang lakukan setiap hari! Aku juga tak terlepas.

Apa tu stress?


HAPPY LIFE! jangan stress sangatlah eh... PEACE! =)

Thursday, June 14, 2012

Gagal tak pe, jangan MUFLIS! by shahroll

Thursday, June 14, 2012

As salam, hello readers...

Benda yang melibatkan duit, kawan pun boleh jadi lawan. Sebab duit boleh jadi perhubungan menjadi hambar tak kiralah kawan ke saudara ke sepupu ke. Apa-apa yang melibatkan duit selalunya menjadi "negatif'. Lagi-lagi kalau benda itu atas nama HUTANG!

Cerita pasal orang gagal, selalu jugak aku dengar. gagal dalam bercinta, gagal dalam rumahtangga (mati pucuk?) gagal dalam perniagaan. Semuanya lah. Tapi aku lebih fokuskan pada perniagaan yang gagal.

Kenapa?

Kegagalan bukan melemahkan. Sebaliknya, dengan kegagalan baru kita nampak secara keseluruhan mengapa kita gagal. Kira-kira seperti kau ber-experimental dengan 1 perniagaan, then kau gagal. Lebih kurang lah.

Aku ada pengalaman serupa itu 3 tahun lepas. Dan aku dapati, banyak pengajaran dari pengalaman tersebut. itulah pertama kali aku gagal dalam bisnes. Walaupun tak banyak rugi (hampir RM10 ribu) tapi itu tak mematahkan semangat aku untuk buat business yang lain.

Seperti?

Aku suka ambil gambar dan passion on it. So, aku kerah segala minat+keringat untuk bangun semula. Then, aku juga ada ilmu dan pengetahuan dalam editing+sosial media. Aku guna semua kudrat yang ada di setiap ruang minda+ilmu tuk aku turn it as profit.

yes! PROFIT.

How about you guys?

gambar hiasan

Wednesday, June 06, 2012

kereta untuk blogger @ pengamal media sosial by shahroll

Wednesday, June 06, 2012

As salam, hello readers...

Kereta sekarang telah pun menjadi satu kemestian untuk semua orang. Kira barang keperluan lah. Bukan kemahuan. Dengan kereta lah anda pergi ke sana ke mari untuk melaksanakan tugas dengan sempurna. Kereta juga sering dikaitkan dengan status seseorang, benarkah?

Jika jawapannya tidak, itu tafsiran masing-masing. Bagi aku, kereta memang melambangkan "status" seseorang dari kategori mana orang itu datang.

Contoh senang, orang pakai kereta BMW adalah orang kaya. Berduit. Simple thing. Dan orang yang pakai kereta-kereta jenis lama, 10-20 tahun yang lepas, dikira sebagai orang yang tak berduit atau bahasa biasanya "sengkek"

Kereta admin suatu hari nanti.. Ameen!

HAHA! maaf. Imajinasi agak kuat malam ni. Sekuat rasa kopi yang aku beli dekat 7-Eleven di Mid Valley lepas aku tengok Madagascar 3. Lawak cerita tu. Tak bosan. Sesuai untuk kanak-kanak. Ok, bagaimana pula kalau aku katakan, ada kereta khas untuk BLOGGER? PENGAMAL MEDIA BARU?

Sudah semestinya ADA!

Kereta seorang blogger/pengamal media baru dilengkapi dengan kelajuan internet bertaraf tinggi sehingga mencapai 20Gb upload speed dan unlimited download. Tak cukup dengan itu, dilengkapi pula dengan 32' inci LED dari jenama LG untuk pencarian jalan (Google Map daa..)

Lagi?

2 biji laptop, kiri dan kanan di seat belakang memantapkan lagi kerja-kerja seorang bloggers bertaraf international. Ini perlu kerana, jika 1 biji laptop rosak ataupun "hang", maka pem-blogger no.2 akan memainkan peranan mengawal blog/Fan pages Facebook untuk menjawab segala komen-komen yang dilontarkan oleh peminat-peminat mereka.

Lebih selesa lagi, seorang blogger professional dibayar mengikut ranking blog mereka kendalikan. Let say blog yang mereka kendalikan berada di rank Page Rank 3 (Google) maka bayaran yang selayaknya diterima adalah USD30,000 atau lebih. Sesuai dengan tahap kecekapan (PTK) bagi seorang blogger.

Lagi?

Dah tak de lagi. Aku merepek tahap super saiya dah ni. Nak tengok kereta yang aku maksud kan tu? Jenis apa aku tak tahu lah sebab aku jumpa gambar ni dalam internet. HAHA! Layan...

taadaaaaa!!! HUHHU!! serius best dow!


Harap orang buat kereta jenis macam ni punya spec ye?
enjoy!

Saturday, June 02, 2012

Dalam kategori mana kita mencari rezeki? by shahroll

Saturday, June 02, 2012

As salam, hello readers...

Gambaran di bawah ni aku ambil dalam page Facebook. Suka dengan kategori yang dikongsikan, aku pun share lah disini. Mungkin selama ni kita rasa kita nak berubah dari makan gaji ke berniaga sendiri, betul? Ada korang fikirkan risiko yang bakal dan sedang di hadapi?

4 kategori (E,S,B,I)

Kebanyakkan dari kita (mungkin ada readers dalam blog ni yang berniaga sendiri) adalah pekerja bagi sesebuah syarikat tempat kita bekerja. Senang cerita, makan gaji lah. Tetiap bulan dapat gaji yang fixed (setakat yang aku tahu) dan kerja yang rutin. Betul? Mungkin ada yang mulai rasa bosan dan tekanan yang nyata.

Hilang "kenikmatan" kerja sebenarnya.

Seterusnya adalah bekerja sendiri. Aku melihat di sekeliling aku, orang yang bekerja sendiri tidak terikat dengan masa bekerja. Jika orang bekerja 8 jam, orang yang bekerja sendiri LEBIH masa kerja dalam 10 hingga 11 jam sehari. Kerja kuat ini disebabkan desakan atas alasan yang tertentu. Mencari peluang yang lebih cerah dari makan gaji tadi.

Lagi 2 kategori tu aku tak payah cerita kot? Korang dah cukup umur nak tafsirkan lagi 2 golongan di atas.

Kita di mana? Untuk 5 tahun ke hadapan?

Monday, May 07, 2012

Sekejap di meja editor / admin blog shahrulhairy.com by shahroll

Monday, May 07, 2012


As salam, hello readers...


Terasa nak berkongsi. Kongsi pasal apa? Selalunya meja aku kat "home office" ni nampak selerak dan serabai, tapi aku kemas-kemas sikit la masa nak shoot, nak masukkan dalam blog katanya.


Inilah work-space aku. Abaikan wayar-wayar berselirat tu =_=

Banyak masa aku habiskan depan PC kalau di rumah. Sekali sekala je tengok tv. Sebabnya tv selalu bukan best pon rancangannya walaupun aku pakai Astro. Aku ingat nak tambah History channel. Dah terpikat dengan channel tu! =D

Kadang aku hadap PC sampai mata strain. Otak jammed ngan ketepuan idea untuk editing. So, aku stop and rest for a while. Konon take nap lah, tapi ada kalanya terlajak terus tertidur.

Jom aku terangkan satu persatu yang aku letak numbering tu ye;

#1- Super Pages: Kegunaan buku tebal ni untuk aku refer company-company yang related dengan services aku. Kebanyakkan list-list company yang ada dalam buku adalah berkaitan dengan Industri berat. Ada juga company kecil-kecil aku contact untuk mendapatkan job =)

#2- Buku (santapan nurani): Buku hasil tulisan Dr.Maza yang aku hormati pandangan serta idea-idea beliau. Dah habis baca pun buku ni. Aku syorkan korang beli untuk koleksi peribadi korang k?

#3- Buku (idea/ilham): Dalam buku ini terdapat bab yang best terutamanya tentang pemasaran buku (about marketing). Banyak juga aku belajar pasal marketing dalam buku ini walaupun buku ini menjurus kepada penjualan buku. Secara tak langsung aku belajar 2 dalam 1.

#4- Surat/bil: Surat-surat penting dan bayaran bil terkini aku kumpulkan di sisi sini. Senang bila-bila masa aku nak refer balik bayaran bil yang masih tertunggak tak dibayar. Kadang-kadang kita terlupa nak bayar kan? Kaedah yang selalu aku praktikkan dalam pembayaran melalui Maybank2U

#5- Majalah: Majalah medan untuk aku melepaskan lelah setelah berhempas pulas memerah keringat serta idea yang telah diluahkan di dalam kerja-kerja editing (bila mood dah out). Seriusli, aku baru pertama kali membeli dan membaca Majalah REZEKI ini. Menarik betul kandungan yang disajikan. Malangnya, sudah keluaran ke-7 baru aku beli. Serius tak perasan majalah ini di pasaran.

#6- Buku catatan (nota): Draft idea/ lakaran kasar untuk apa-apa juga idea yang datang. Kadang-kadang idea datang tak kira waktu. Tengah sedap layan editing pon dia boleh datang. So, kena lah stanby_pen untuk dump semua idea. Baik dari segi pakej,posting blog,flow kerja semua aku taruk situ.

#7- Monitor PC: tak de apa nak cakap sangat pon pasal ni. Cuma aku nak tunjukkan aku pencinta tegar Google Chrome! HAHA!

tu lah dia serba sedikit pasal home office aku. Belakang aku katil. penat-penat leh lepak atas katil jap. huhu.

enjoy!

Sunday, May 06, 2012

Bila dah langgar "pantang" by shahroll

Sunday, May 06, 2012


As salam, hello readers...


Balik dari Alam Budiman terasa pening-pening kepala yang amat sangat. Aliran darah menjadi laju dan mengertilah aku kenapa. High Blood! Aku TERlupa aku tak boleh sangat makan daging lembu, natijahnya malam ni even aku dalam keadaan cam ni, kerja-kerja editing telah pun aku sempurnakan.


Minggu ni aku kena hantar.


Gambaq hiasan ja...

Dalam 3 hari tak ber-update blog, banyak yang dah setel. Terbaru, aku ada keluarkan pakej baru untuk mereka yang akan ber-konvokesyen pada Mei ini. Boleh melihatnya di blog SH iMAGE.


*pause*

Monday, April 16, 2012

(monolog #1) zaman kanak-kanak... by shahroll

Monday, April 16, 2012

As salam, hello readers...

Dulu aku punya suka kalau dapat 1 mainan ni. Entah lah, dulu nak beli barang-barang permainan cam ni, agak sukar aku nak perolehi. Nak nak pakai duit parent. memang tak dapat lah nak merasa sebab mende ni tak penting, katanya. Aku akur. Tapi bila time sekolah (sekolah rendah agama) ramai pulak kawan-kawan aku beli, aku melihat dari jauh.

Digital Monter (Digimon) eh mende ni? aku lupa...

Aku dah tak ingat berapa harganya. Ratus-ratus kot. Yang pasti, aku tak mampu nak beli. Hajat nak kumpul duit, lagi tak dapat. Duit belanja RM1 untuk sesi pagi dan petang. How can? Ada terdengar orang nak jual mende alah ni murah pon, telan air liur je, still tak mampu. see?

Paling aku ingat, ada manusia nak tolak harga paling murah pernah aku dengar, ermm dalam RM20 ringgit cam tu. Sampai aku pergi ke rumah budak tu, sungguh-sungguh aku nak beli. Dalam tangan dah stanby RM20 ringgit tu.

Alih-alih, cuma casing dia je?

Penat aku berbasikal dari batu 8 setengah ke batu 10. Aku ditipu dengan tawaran harga yang begitu. Agak "hancor" gak keinginan aku tu. Last-last, aku tak ambil port lagi pasal mende ni. Aku more fokus pada penulisan.

Teringat zaman itu, aku berfikir, mengapa perlu aku ikut pada trend? Hmmmm

*pause*

Sunday, April 15, 2012

Bila mood edit gamba dah datang.... by shahroll

Sunday, April 15, 2012


As salam, hello readers...


Jempot-jempot pisang belum siap lagi. Teh strawberi pon belum siap lagi. Minum petang dah jadi minum malam pulak! keh3.. Sementara menunggu siap semua, aku sempat melampiaskan napsu editing gambar sebentar. Edit 5 minit je! 
Select picca>Select PSD file> Drag>Done!



Erroyaux Denis, Belgium photographer

Aku kenal Erro masa aku pergi shoot kawin 1 Malaysia di Mantin atas ajakan dari Senior photographer, Azhar Ariff. Korang boleh baca post aku dulu kat SINI & SINI

5 minit editing?? judge my work bebeh! =D enjoy...

Wednesday, April 11, 2012

PANAS!! Peserta Pilih Kasih 3 tidak PUAS HATI!! by shahroll

Wednesday, April 11, 2012


As salam, hello readers...


Penulis mendapat tahu dalam banyak-banyak perserta pilih kasih, ada seorang peserta yang tidak kelihatan sejak dari minggu pertama lagi. Ini suatu yang pelik yang berlaku di dalam pengurusan Pilih Kasih seawal musim yang pertama lagi.


Peserta ini mengadu kepada penulis bahawa, bakat lakonannya tidak menepati piawaian dalam Program Pilih Kasih. Piawaian apa? adakah semua peserta harus mantap-mantap seperti pelajar-pelajar ASWARA ataupun Seni Layar di UiTM?


Disebabkan hal ini, peserta yang hanya mahu dikenal sebagai Ery mahu perkara ini diambil serius memandangkan dia mempunyai daya lakonan yang hebat lagi mantap seperti Aaron Aziz! (katanya lah)


Bagaimana? Sedangkan ini sudah musim terakhir dan juga minggu terakhir pada 22 April ini?


Siapa peserta itu?








HEHEHEHEH~
sorry, joke je! =p enjoy..

Saturday, April 07, 2012

(infographics) MBA: The Big Mac Index by shahroll

Saturday, April 07, 2012

As salam, hello readers...

Aku penggemar makanan segera. No wonder lah badan aku agak besar sedikit. Sikit je tak banyak. Restoren yang selalu aku buat "port" untuk lunch mahupun minum pagi adalah di Mekdi (McD). Tak caye? minum pagi RM4 hengget lebih je yang set W1 ada coffee arabic tu. ok la kan?

Untuk lunch? Aku suka BIG MAC! Kadang beli 2 set =p

iklan: Mencari photographer? HERE

Ada fakta menarik pasal Big Mac. Untuk pelajar-pelajar jurusan perniagaan (MBA) fakta ini memang tepat untuk korang. Jom layan!

WOW!!! 

Jom jual beger cam mekdi nak? HAHAHA!! teruja la pulak aku tengok fakta nih! sumber diambil dari MBA blog.

enjoy!

Sunday, March 25, 2012

Bagaimana anda meletakkan diri dalam kehidupan sebenar? by shahroll

Sunday, March 25, 2012


As salam, hello readers...


Sabtu yang menyeronokkan. Keluar ke SACC Mall hari ni. Jalan-jalan, makan-makan, cari handphone baru (mak punya) sampai ke lewat petang. Sekali-sekala bawa budak-budak (adik-adik aku) keluar jalan.


Aku bukan nak cerita hal petang tadi. Sangat.


Cerita bermula. Pasal posisi "aku" dalam kehidupan sebenar. Cam mana aku letakkan diri aku? Kenapa "aku" yang ada dalam post ni? Seriusly, korang kena paham betul-betul apa yang aku nak sampaikan.


Tengok gambar boleh?


iceberg?

Kenapa iceberg? apa perkaitan yang disamakan dengan aku? Seperti yang korang nampak, iceberg pada dasarnya (bahagian atas) kecil saja kan? Tetapi tengok pula dibahagian bawah, BESAR hingga ke bawah dia punya iceberg.

Para motivasi tentu akan pakai gambar ni untuk memperlihatkan kepada korang bahawa, kaitan iceberg dengan kita adalah, kita tak tahu kita punya potensi diri yang WUJUD dalam diri kita sebenarnya. Apa yang kita tahu, kita adalah kita yang telah kita tahu.

Aku beri contoh.

Dulu aku bukan dalam keadaan selesa seperti sekarang. Selesa bukan bermakna aku tak perlu kerja untuk meneruskan bayaran hutang-hutang yang ada. Bukan. Tetap kena bekerja bagi kelangsungan hidup.

Dulu aku kerja kilang. Bukan blogger macam hari ni. Bila bekerja dalam usia yang agak muda, aku rasa aku boleh pergi jauh lagi. Bukan setakat kerja di kilang (aku bukan hina pekerjaan di kilang). Seriusli, kerja kilang pendapatan kencang!

Bukan 1 kilang aku pernah kerja. 2 kilang. Tapi, masih lagi aku kata dalam diri, ini bukan tempat aku. Hanya sementara. Setiap hari aku memotivasikan dalam hati aku dengan perkataan itu. Kerja masih lagi berjalan seperti biasa.

Dulu mana aku kenal kamera, mana kenal HTML/CSS/Jquary/ blog, Photoshop semua ni. TAK langsung. Mungkin "berkat" yang diberikan oleh Tuhan, proses penghadaman ilmu tak pernah tersekat.

Maka, apa yang aku nak sampaikan dalam cerita aku tadi? Tidak bermakna permulaan tapak korang untuk hidup perlu dalam keadaan yang selesa. Ada kalanya korang "terpaksa" lalui saat sukar SEORANG diri tanpa ada bantuan. Masa itu, baru kita ingat kita ada sisi yang lain selain dari manusia.

Tak semua dalam kalangan kita sedar yang kita punyai kelebihan yang lain. Lebih dari satu. Cuma pemberatnya adalah minat dan usaha. Dan yang lebih penting "passion" kita untuk memajukan diri kehadapan.

Cukuplah sampai sini. Nanti korang ingat blog ni jadi blog motivasi pula. Banyak pengalaman aku yang lalu aku simpan dalam blog "private" mungkin sampai masanya aku nak kongsi, aku kongsi lah. =)

enjoy!

Wednesday, March 14, 2012

Sunday, March 04, 2012

Lepak Ahad: Proses pencernaan minda by shahroll

Sunday, March 04, 2012

As salam, hello readers...

Hari Ahad selalunya korang suka bangun lewat sikit kan? mandi pon lewat sket dalam 11 pagi cam tu. Normal lah hari Ahad. But, Ahad kita boleh "olah" jadi hari yang bermanfaat kalau benda yang kita lakukan, kita suka untuk lakukannya.

Sebagai contoh, diri aku lah. Suka membaca+chill out= IDEA

Actually, ni gambar minggu lepas.. =p

Bukan selalu pon dapat "semangat" nak membaca ni. Kadang-kadang je, So, bila dia dah datang, memang cepat la ape yang kita baca dan terus kita implimentasikan. Aku dah hold buku ni dalam 2 minggu yang lalu. Baru habis pasal Online marketing. Berpeluh beb!


"... Today publishers need to see online marketing as part of their overall marketing effort, reinforcing and providing a supporting message, not something that is thought of afterwards. Not having a website is not an opinion' it's an essential, not a luxury..." Nice one!! haha...

Happy Sunday everyone!!

enjoy!

Saturday, March 03, 2012

Hot.FM topic: Friendship dalam industri hiburan by shahroll

Saturday, March 03, 2012


As salam, hello readers...


Masa aku tengah tunggu Nisa Kay & Anne (Pen Merah) aku parking di KFC Shah Alam, belakang UiTM. Waktu dah menunjukkan lingkungan 10.00pagi. Tengah lepak-lepak dalam seat empuk ala-ala Recaro sambil bertemankan radio hot.FM, telatah Afdlin Shauki dan juga Hans Isaac menggamit suasana dalam konti radio.


Pasal friendship (persahabatan).


Hermm, *hembus nafas kat dinding*


Mereka berdiskusi mengenai "sahabat" dalam konteks industri seni. Industri yang menjana jutaan ringgit Malaysia jika kena dengan produknya (hasil). Dalam masa yang sama, "sahabat" dalam seni merupakan satu cara bagaimana mereka masih "boleh jual" dalam industri.


Contohnya artis-artis yang sudah berlalu zamannya. Adakah mereka masih boleh memenuhi citarasa pasaran? Bolehkan "diadaptasi" lakonan mereka dengan lakonan yang "muda"? tentu sekali tak kan?


Aku andaikan mereka lebih kepada puak & geng.


Tak salah cara begini. Aku suka juga bila ada puak-puak dalam industri. Maka, kita akan tengok bila sesuatu hasil seni itu pelakon-pelakonnya muka yang sama. Kawan-kawan mereka saja yang berlakon.


Dulu 'team" Suhaimi Baba. Kalau tak ada muka Maya Karin, tak sah! Now "geng" afdlin pulak. Memang ngam!


Aku memang suka filem ni. Good job afdlin!

Friday, February 17, 2012

Bagaimana mahu menjadi seorang pemimpin (dalam perniagaan) by shahroll

Friday, February 17, 2012


As salam, hello readers...


Menjadi seorang pemimpin yang ada karisma memang susah untuk dicapai. Tapi semua itu tidak menjadi mustahil kalau korang tahu apa tips yang perlu korang belajar. Hari ni kita belajar serba sedikit macam mana nak jadi seorang "leader" dalam company korang sendiri.


#1- Anda mesti ada matlamat (yang jelas)
#2- Anda mesti mempunyai keghairahan (passion)
#3- Anda mesti belajar untuk menjadi pembuat keputusan yang hebat
#4- Anda mesti menjadi seorang pembina pasukan (team builder)
#5- Anda mesti mempunyai watak (character)


5 elemen ini yang membantu korang untuk lebih kehadapan dalam bidang yang korang ceburi. Tak kisahlah ko blogger ke, business karipap ke, beger ke. try develop something new from your business NOW! =)




enjoy!

Wednesday, February 15, 2012

What is perfection for me? by shahroll

Wednesday, February 15, 2012


As salam, hello readers...


Beberapa hari ni sepertinya aku tak berapa nak sihat sangat disebabkan lambakan kerja. Biasalah tu awal tahun. Tak kasi change langsung. Natijahnya, aku terpaksa "rehatkan" diri. Terlalu push nanti rosak pulak fius otak.


Bila korang sebut pasal kesempurnaan, apa yang berlegar dalam tempurung kepala korang? adakah ia berupa kesempurnaan body badan seperti solidnya Neelofa? Manusia sempurna seperti mendiang Steve Job? atau seperti shahroll yang kuat cerewet pasal posting entry? =p


Apa pon jawapan korang, aku tak tahu. Sebab bukan korang nak tulis pon dalam ruangan komen! aharkz.


Bagi aku, kesempurnaan adalah satu bentuk gerak kerja yang kompleks dimana tak semua orang suka dengan gerak kerja kita. Macam korang kerja sekarang ni lah, happy tak? sebab korang ikut sistem yang telah ditetapkan, mana nak hepi btol tak?


Cam tu jugak dengan aku. Bila kerja yang "susah" itu disulami dengan minat+keghairahan terhadap sesuatu kerja, tiada masalah langsung! Masa yang diluangkan setiap saat begitu "berbaloi" untuk di"buangkan".


Cukup dulu. Jumpa lagi.


PERFECTION WIN!!