Wednesday, August 14, 2013

Bagaimana menjadi Blogger Professional? by shahroll




As salam, hello readers...

source: Google Image

"Saya nak jadi Blogger professional"

Bila kita sebut dan menyatakan sedemikian, apakah makna nya? Apa yang dikatakan "Professional" dalam blogging space? Lebih-lebih lagi blogging di Malaysia? Aku pasti setiap orang/blogger mempunyai definisi yang tersendiri dengan pelbagai pandangan.

Bagi aku, bila dikatakan "Pro", setiap kerja yang dilakukan diminta oleh 3rd party (pihak luar) untuk menulis artikel, review produk dan sebagainya mendapat bayaran yang setimpal.

Bagaimana pula dengan aku? adakah aku professional blogger? ataupun Amatur blogger? ataupun sekadar hobbyist?

Well, dalam konteks ini, suka aku classified sebagai hobbyist kerana aku ada kerja full time. Ada dan tak ada bayaran untuk sesuatu job atau event, bergantung kepada keadaan. Jika boleh pergi, aku dengan rela hati pergi tanpa sebarang bayaran. Kalau memerlukan review dalam blog ini, bayaran dikenakan berdasarkan reputasi semasa blog.

Anda mungkin menjadi seorang "professional blogger" jika;

#1- Menjaga blog anda sebaik mungkin
Membina blog, menjaga dan menguruskan sesebuah blog itu bukan mudah. Hanya dengan berbekalkan dedikasi, misi dan visi yang jelas mampu menggerakkan blog korang menjadi baik dan baik dari semasa ke semasa. Mungkin korang dah melaburkan masa, tenaga dan juga wang ringgit untuk blog. Disinilah terletaknya "bayaran" itu dikenakan atas usaha korang selama ni.


#2- Mendapat reaksi negatif dari "Online haters"
Mungkin aku salah, tapi mungkin juga benda ni menjadi lumrah jika blog anda dikenali ramai. Anda tak kenal pembaca anda, hanya pembaca anda saja yang mengenali penulis blog tersebut. Jika mereka berada di golongan haluan kiri, nantikan saja komen-komen negatif samada di dalam blog, twitter ataupun Facebook. Bagi aku, jika terjadi sebegini, anda telah berjaya. teruskan usaha.

#3- Mendapat pelbagai jemputan majlis, press release dan sebagainya
Aku pasti, ramai yang pernah hadir dalam majlis-majlis anjuran pelbagai syarikat di Malaysia bukan? samada anjuran blogger sendiri mahupun syarikat yang menguruskan event untuk blogger-blogger. Aku tak pasti adakah point ini tepat, tapi bagi aku bila anda telah dijemput oleh sesebuah organisasi seperti Majlis pelancaran filem, album baru mahupun sekadar review makanan, komitmen korang untuk datang menjadi petanda anda layak digelar professional.

#4- Mendapat bayaran walaupun sedikit
Professional blogger tak lari dari isu bayaran. Samada bayaran tinggi atau rendah, hanya blogger itu sendiri tentukan. Adakah korang punyai pakej tertentu untuk orang perseorangan, syarikat yang ingin melabur dalam blog korang itu? Walaupun mendapat RM10 untuk meletakkan teks link di sidebar blog, itu sudah memadai dikira professional.

contoh bayaran oleh syarikat tertentu

#5- Mempunyai "blogger team" dalam komuniti bloggers
Mempunyai team bukan kemestian dalam blogging konteks tetapi mempunyai komuniti itu penting dalam rangkaian online. Ini kerana, tanpa komuniti blogger itu tidak kemana. Hanya ditakuk yang lama dan tidak meningkat. Dengan komuniti juga dapat saling bertukar pandangan tentang hal-hal berkaitan dunia blogging, teknikal blog dan seumpamanya. Kiranya, banyak jugak korang dapat belajar secara "percuma"

Inilah beberapa point yang tidak semestinya tepat buat masa ini. Jika korang ada pandangan yang berbeza, boleh komen di ruangan disediakan. Aku mengalu-alukan pelbagai pandangan tentang "professional blogger" dalam Malaysian space.

enjoy!

2 comments:

Henry Lee said...

oH I think i am a pro blogger! LOL

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Henry:
I think, you was to be Pro Blogger cause have several blogs u handle it! keep it up...