Showing posts with label denggi. Show all posts
Showing posts with label denggi. Show all posts

Friday, March 07, 2014

Makanan apa sesuai untuk mangsa denggi? by shahroll

Friday, March 07, 2014



As salam, hello readers...

Bila dah terkena jangkitan kuman denggi, aku ada post di dalam Facebook mengenai penyakit itu. Dan, the best is kawan-kawan dalam Facebook banyak sarankan makan SUP KETAM dan minum AIR 100 Plus (perasa original) ada juga yang beritahu minum air daun betik. Yang tu aku memang tak lalu la, pahit kot?

Dengan saranan yang diberi, walaupun mulut agak berat nak makan Sup Ketam (tak biasa dan rasa tak sedap!) gagahkan juga menyuap. Aku makan 1st time dekat rumah. Dekat wad aku banyak minum air 100 plus tu. Thanks to nienashah yang menjaga aku sepanjang aku dalam wad. Kalau tak de dia, bosan gila hidup aku.

Air 100 Plus

gambar: Google Image

Sup Ketam


So, bila korang diSAHKAN menghidap positif denggi macam aku, panduan makanan ni serba sedikit dapat guide korang tuk naikkan kepekatan darah dalam badan korang ye? harap membantu!

enjoy!


Bila dah positif denggi, banyakkan membaca kisah orang lain juga! by shahroll

Friday, March 07, 2014



As salam, hello readers...

Hampir seminggu aku MC dan duduk dirumah. Walaupun sudah seminggu berlalu, aku masih merasakan kesihatan belum pulih sepenuhnya. Alhamdulillah, masih berbaki sampai 10/3/2014 untuk aku "berehat" di rumah lagi.

Sebenarnya aku masih terkejut dan takut dengan kondisi aku sekarang.

Positif denggi? Hermm, ye betul!

image: Google

Bila dah tahu aku sakit "positif" ni, bermacam-macam emosi bergaul dalam diri. Entah, macam down pon ade. Macam "blank" pun ada. Serba-serbi macam tak kena. Selain aku minum banyak air, aku juga makan "sup ketam" seperti yang dicadangkan oleh rakan-rakan.

Air 100 plus tak lekang aku beli dekat kedai anney area rumah aku. Air mineral pon aku telan jugak. Janji air, mak aku cakap.

Aku mula selongkar cerita-cerita pesakit denggi yang ada dalam Internet.

Bahan bacaan:

Mangsa Denggi trauma- Utusan

Awas jika demam berulang- Kosmo

Cukuplah 2 artikel yang sama aku baca. Seram sejuk wehh!! Pesakit denggi, kalau tak MATI, kau hiduplah. Kalau tak, MATI! Aku tak rasa bila kali pertama BERJAYA tolak sakit ni, kau akan berjaya untuk kali kedua (based on story dalam portal tu) sesama berdoa agar kita dilindungi oleh Allah sentiasa.

Mahkluk Allah paling kecik pun mampu untuk mematikan manusia (dengan izin Allah) janganlah BONGKAK dengan apa yang kita ada sekarang ni ye?

Salam Jumaat!


Tuesday, March 04, 2014

Blogger positif denggi? by shahroll

Tuesday, March 04, 2014



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, dapat jugak aku update sikit pasal aku. Kenapa dengan aku? Ada pape yang terok gila ke sepanjang aku tak update blog?

YE ADA!

Aku masuk Hospital sebab positif denggi!

sakit betul mende ni cucuk kat tangan.. huh!!

Dan itu bukan cerita utama. Banyak kerja-kerja utama aku yang tertangguh disebabkan, ulang-alik aku ke Klinik Kesihatan UiTM dan Hospital disebabkan beberapa penyakit.

Bermula dengan kepanasan suhu badan yang mendadak (Sabtu: 22/2) pastu pening kepala yang terok dan muntah-muntah. Allah, memang terduduk dan lunyai masa tu!

Aku dimasukkan ke Hospital selama 2 hari di Hospital Besar Klang. 1st time aku masuk dalam wad dan rasa "seronok" juga walaupun tak lama. Tapi aku jenis mudah bosan sebab tak boleh nak buat kerja, tak macam kat rumah kan?

Now, aku dah keluar wad dan dibekalkan cuti selama 11 hari. Aku akan bekerja balik pada 11/3/2014 dan aku pasti, kat pejabat banyak gila la kerja sedang "menunggu"...

Redho~...