Showing posts with label bolasepak negara. Show all posts
Showing posts with label bolasepak negara. Show all posts

Tuesday, April 03, 2012

No speculation! Safee Sali & Sabrina bercerai secara damai by shahroll

Tuesday, April 03, 2012


As salam, hello readers...


Jangan ada spekulasi! itu adalah permintaan bekas isteri pemain bolasepak termahal, Safee Sali selepas prosiding perceraian mereka di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.


Sumber: Google

Peguam kepada Sabrina, Izura Nashuha Abdul Hadi berkata, dalam prosiding itu, pasangan tersebut bercerai secara baik dan semua isu berhubung tuntutan perkara-perkara lain juga diselesaikan mengikut persetujuan bersama.

Katanya, hak penjagaan dua anak perempuan mereka iaitu Nur Syasya Sofirna, 2, dan Nur Syaza Syaqina, 4, diberikan kepada Sabrina untuk dipelihara di kampung halamannya di Kuching, Sarawak.- Kosmo


Wednesday, November 23, 2011

LIVE STREAMING MALAYSIA VS SYRIA 23 NOVEMBER 2011| Pusingan Ketiga Kelayakan Olimpik 2012 by shahroll

Wednesday, November 23, 2011


As salam, hello readers...



Perlawanan Pusingan ketiga kelayakan olimpik Malaysia vs Syria akan disiarkan di RTM 1 dan Astro Supersport 813. Perlawanan akan bermula jam 8.45 malam ini. Walaupun dalam keletihan selepas mempertahankan pingat emas sukan sea 2 hari yang lalu. Skuad bawah 23 tahun negara bertekad meneruskan kecemerlangan malam ini.


LIVE STREAMING MALAYSIA VS SYRIA KELAYAKAN OLIMPIK 23 NOVEMBER 2011 | THIRD ROUND OLYMPIC QUALIFYING ROUND


**sila pastikan anda antara yang terawal masuk untuk elakkan buffering dan loading di web berkenaan di waktu puncak…yang dijangka sesak malam ini.

sumber: Portal Sukan blog


enjoy!

Saturday, November 19, 2011

(Theme song) HARIMAU MALAYA khas untuk Malaysia vs Myanmar by shahroll

Saturday, November 19, 2011


song by BroXcute

Tak pasti ini lagu OFFICIAL atau bukan, tapi aku suka lagu ni. Seriusly aku suka sangat. Selain dari musik dia yang catchy dan ada selit unsur rock, lirik dia juga mengancam! Tahniah la kepada band yang buat lagu ni.

Aku harap ada pihak akan angkat lagu ni sebagai lagu Official untuk team Malaysia. Selain dari originality lagu ni yang kuat, sesiapa yang mendengar lagu ni pasti bersemangat secara tak langsung!!

Penggempur Negara.

Ada beberapa jam untuk pukul 5 petang ni. Teruskan menyokong Team Malaysia walau apa pun yang terjadi. KALAH ATAU MENANG! Doakan yangterbaik untuk team bolasepak Malaysia!!

WHOAARRGHHHHHHHH!!!!

Thursday, November 17, 2011

Ringgit Malaysia terkumpul hasil dari berblogging by shahroll

Thursday, November 17, 2011
As salam, hello readers...


Setiap penulisan yang di post di dalam blog masing-masing mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan mampu menarik para pembaca tak kira dimana mereka berada. Dengan kekuatan itu, maka "upah" nya pasti berbaloi jika kena pada tempatnya.


Hamboih, ayat macam skrip TV1 plak. Mencik ah! =p


Berblogging sebab suka-suka. Ayat paling biasa dalam etmosfera blogging world. But bagi aku, Blogging Didahulukan Duit Diutamakan memang cukup sedap ayat ni eh? #kopipesNajibtag

Tak de orang suka buat perkara sia-sia. Begitu jugak dengan blogging. Tak perchaye? Tengok bawah ni...


Untuk baca tutorial pasal Churp-Churp, sila ke:-

Hasil pendapatan dulu-dulu dengan Nuffnang

Aku bukan top bloggers. So, pendapatan suam-suam kuku je. Kalau yang top, lebih daripada aku nyer lah. Korang sure cakap kan "eh, ngan tulis hape-hape lam blog pon leh dapat duit??"

Come on lah weh, bukan sesenang nak generate money ok. Banyak disiplin yang harus korang tempuhi. Paling penting kuncinya sabar dan konsisten.

Diakui, ramai bloggers skang ni. Tak kisah la pure or just copy paste punya blog, still blogger lah tu. Cuba email kat dorang, senang tak nak generate money? Kalau dia kata senang, SAH pentipu!

Kalau tak bersengkang mata nak "hidupkan" blog tu naik, bagi rank yang bagus, orang tahu komitmen kau, sukar lah kalau ko just setakat buat hangat2 tahi ayam. Selalunya cam tu..

Jam 8 Malaysia VS Indonesia kan? Jom tengok bola pulak, leh dapat traffic FREE...


enjoy!

Wednesday, November 10, 2010

Malaysia kalah dengan Jepun, 2-0

Wednesday, November 10, 2010
Salam semua =)


Agak tak happy lepas aku terlihat #tweetdeck, mengatakan Malaysia kalah dengan pasukan Jepun. Walaupun aku dah agak, pasukan Malaysia akan "tersekat" dengan berdepan dengan pasukan Jepun, aku bangga jugak sebab kalah dengan bergaya (klise ak ayat aku?). Laporan dari rakan blog:-



Seperti yang dinantikan, telah pun tamatnya permainan antara Malaysia dan Jepun pada perlawanan Group A di Sukan Asia, yang mana memperlihatkan Malaysia tewas pada Jepun dengan jaringan 2-0. Walaupun pada mulanya Malaysia memegang posisi bola pada kadar 51%, akhirnya melalui analisa keseluruhan permainan, Malaysia hanya memengang posisi bola sebanyak 42% berbanding Jepun sebanyak 58%.
Gol pembukaan oleh Jepun dilakukan melalui jaringan Nagai Kensuke pada minit ke-26, dan separuh masa pertama tamat dengan 1-0. Seterusnya, pada minit ke-64, Jepun berjaya menambah lagi satu jaringan melalui Yamaguchi Hotaru, sekaligus menjadikan skor jaringan 2 berbalas 0. Walaubagaimanapun, Malaysia memperlihatkan permainan yang menarik sepanjang perlawanan antara Jepun.
Sebelum ini, Jepun menewaskan China dengan jaringan 3-0, manakala Malaysia pula menewaskan Krygyzstan dengan jaringan 2-1. Selepas ini, Malaysia akan bertemu dengan China pada perlawanan seterusnya pada hari Sabtu ini, 13 November 2010.
laporan asal: www.rembat.com
Gol kemenangan Jepun
source: Youtube
It's ok Malaysia!! You do it well.. i'm proud of U!!! =D