Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Friday, July 24, 2015

Bagaimana nasib Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) untuk kakitangan pejawat awam Malaysia? by shahroll

Friday, July 24, 2015



As salam, hello readers...

Suatu ketika dulu, agak kecoh dengan berita yang mana Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) nak dimansuhkan dan digantikan dengan bank tempatan dengan kadar konvisional tetapi dinafikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah (rujuk: BH Online)


Kementerian Kewangan merujuk kepada kenyataan stesen tv online Astro Awani yang menyatakan bahawa kerajaan akan memberhentikan pinjaman perumahan kepada penjawat awam bagi mengukuhkan kedudukan fiskal negara adalah tidak benar. 
Kementerian Kewangan amat kesal kerana kenyataan tersebut disiarkan tanpa merujuk kepada pihak Kementerian terlebih dahulu.
Malah, kerajaan akan menambahbaik urusan pembiayaan pinjaman perumahan untuk penjawat awam. Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan sebuah badan berkanun yang dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di bawah Kementerian Kewangan untuk menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan pinjaman perumahan penjawat awam. LPPSA akan memastikan pinjaman perumahan dibuat secara lebih efisyen dengan mengekalkan segala terma dan kemudahan sedia ada.


Saturday, May 30, 2015

Isu pembantu rumah Indonesia: Apa cadangan dari Shahroll?

Saturday, May 30, 2015



As salam, hello readers...

Aku ada terbaca di portal Utusan, untuk segmen pembantu rumah orang Indonesia. Isu ini sebenarnya dah lama berlegar di sini, cuma belum lagi dilaksanakan memandangkan ekonomi Malaysia juga tidak berapa stabil kebelakangan ni. Dari RM800 mahu dinaikkan sehingga RM1,200 itu, apa relevannya?

sumber: Google Image

Dilihat dari statistik jenayah yang dilakukan oleh pembantu rumah Indonesia di sini, agak membimbangkan (rujuk: Utusan & The Hype Media). Aku tak tahu mereka ni datang dari daerah mana. Mungkin Tenaga Kerja Indonesia (TKI) kena pantau mereka yang nak datang kerja disini dari sudut sahsiahnya, latarbelakang dan paling penting tahap akademiknya.

Aku cadangkan kepada Kerajaan Malaysia untuk isu ini;

1) Dapatkan pembantu rumah dari Indonesia yang memiliki Ijazah Muda dalam bidang perniagaan, sains komputer atau pun paling kurang TESL

2) Kenapa? sebab kelayakkan gaji seperti itu di Malaysia adalah gaji permulaan untuk fresh graduate! 

3) Di peringkat Diploma, boleh dipertimbangkan gaji hanya RM900 sahaja. Termasuk dengan bayaran passport dan lain-lain caj

4) Majikan disini tak perlu nak tanggung segala makan minum, rumah penginapan, duit topup henpon atau segala yang dirasakan hak peribadi, mereka tanggung sendiri

5) Kenakan GST jugak!

Kalau cadangan aku ini diambil kira, aku rasa sektor pembantu rumah, orang Malaysia sendiri nak bekerja. Dengan gaji super yummy camtu, mau nya tak nak?

enjoy!


sumber berita: Utusan Portal



Tuesday, August 20, 2013

PANASSS: Ahmad Idham bergaduh dengan wartawan?? by shahroll

Tuesday, August 20, 2013



As salam, hello readers...

Tatkala industri perfileman negara mengalami kemerosotan yang agak teruk sekarang ini, tampil lah seorang pengarah terkenal tanahair iaitu Ahmad Idham dari Excellent Pictures yang menyatakan responnya terhadap isu ini. Bermula dengan temubual bersama wartawan Harian Metro dengan kupasan tajuk "Idham mahu FINAS bertindak" pada tarikh 14 Ogos 2013.

Rentetan dari itu, muncul pula respon dari wartawan lain dengan menggunakan nama pena, Kak Pora dalam ruangan gosip. Ruangan gosip boleh mainkan isu sebesar ini ke? Tidakkah "wartawan" itu sedar impak yang terjadi apabila isu perfileman negara menghadapi saat genting?

This very suck!

"Usah salahkan FINAS filem tak laku"- Kak Pora

Idham menyatakan rasa kesalnya terhadap respon yang diberikan kepadanya. Idham juga mengatakan "wartawan" tersebut sebagai "pendek akalnya" apabila tulisan di dalam akhbar itu menyelar keperibadian Ahmad Idham. What wrong with you reporter???

Tambah Idham lagi, industri filem bukan dirosakkan oleh orang luar tetapi lebih kepada orang seperti ini (Kak Pora). Bagi aku memang betul pun. Kalau "wartawan" itu hasratnya ingin memajukan dan membangunkan industri, aku rasa Idham tak melenting macam ni.

Untuk makluman korang semua, Industri perfileman tempatan mengalami kemerosotan dari segi kutipan di pawagam dengan jumlah kutipan kasar tiket pada tahun 2012 sekadar RM 97.29 juta (76 filem), berbanding RM 126.49 juta (49 filem) pada tahun 2011.

Lima bulan pertama 2013, menyaksikan penyusutan lebih kritikal apabila kutipan kasar sekadar RM40.39 juta sahaja.

Apa tindakan seterusnya oleh idham?

“Saya mencabar wartawan ini. Kalau dia berani, jom kita jumpa dan bersemuka. Kalau dia tidak sahut cabaran ni, saya tahulah yang dia tidak cukup pandai dan sampai bila-bila sekadar duduk dan bersembunyi dibelakang ruangan gosip seperti ‘Kak Pora.’- Ahmad Idham

enjoy?


Tuesday, July 16, 2013

Isu bebanan hutang seisi rumah meningkat! Dato' Prof Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff menghuraikan

Tuesday, July 16, 2013



As salam, hello readers...

Zaman sekarang ni semua pun nak naik. Terbaru tentang isu ayam yang mana harganya melambung tinggi. Bila nak puasa atau raya, harga komoditi ini tak terlepas saban tahun. Walaupun harga yang ditetapkan RM6.80 sekilogram, peniaga tetap menaikkan harga sehingga RM8.60 sekilo? Goshh!

Itu isu ayam.

Ada isu yang lain dan ini pandangan dari PM. Dr Mohammad Agus dalam Facebook beliau aku tempelkan disini;

PADA 5 JULAI 2013, Bank Negara menguatkuasakan peraturan baru menghadkan: (i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun); pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun), dan (iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan.
Alasan yang diberikan Bank Negara adalah untuk menangani kenaikan hutang isirumah yang meningkat dari RM465.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM754.6 bilion pada pertengahan tahun 2013.
Dengan harga rumah mahal, harga kereta mahal dan kos hidup yang mahal, rakyat Malaysia adalah ‘juara’ dalam membuat hutang, iaitu hutang isirumah kita adalah 140% berbanding dengan pendapatan, Singapura 105%, Amerika 123%, Korea 101%, Thailand 53% dan Indonesia 38%. 
Akibat hutang yang banyak ini, kadar individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 ialah 19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana 50% adalah dari golongan berumur 25-44 tahun. Jumlah individu yang bankrap dari tahun 2007 sehingga 2013 adalah 245,000 orang yang mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar pinjaman (hutang). 
Persoalannya, kenapa hutang rakyat kita tinggi? Menurut data Bank Negara, 64% pinjaman yang dibuat oleh isirumah adalah dari pinjaman perumahan dan kereta sahaja. Pinjaman peribadi jatuh ke tempat ketiga paling banyak
Pertanyaannya, mengapa harga rumah mahal sehingga boleh membuatkan kita terhutang sampai ke tua? Bila rakyat bertanya hal ini, jawapan pemaju mudah sahaja, iaitu kerana barang kos pembinaan seperti simen, pasir, batu-bata dan seribu satu macam perkara lain lagi naik harga. Bagi ahli ekonomi, mereka menjawab kerana permintaan melebihi penawaran.
Saya pun hairan kenapa kerajaan tidak boleh mengawal harga rumah ini? Apakah payahnya sangat untuk kerajaan menetapkan harga rumah mampu milik kepada rakyat, iaitu rumah yang boleh dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana yang harganya dalam lingkungan RM100-RM200 ribu sahaja.

Monday, August 13, 2012

(negara) PTPTN jadi biasiswa? UNTUNGLAH! by shahroll

Monday, August 13, 2012


As salam, hello readers...

Isu PTPTN pernah hangat sekejap masa ada pihak tertentu menekan kerajaan dalam pemberian pendidikan percuma. Aku tak berbicara soal politik disini ya? Cuma mengambil isu PTPTN menjadi sandaran.

Dalam Kosmo! bertarikh 13 Ogos melaporkan, seramai 17,441 siswazah yang berhutang kepada PTPTN boleh menarik nafas lega setelah pinjaman mereka itu menjadi biasiswa kerana mendapat pencapaian yang baik (Kelas Pertama)



Untuk itu, peruntukan sebanyak RM486.9 juta diperuntukkan kepada mereka yang berjaya dan mendapat keputusan yang baik. Ini bertepatan dengan dasar PTPTN itu sendiri yang mana menukar status pinjaman kepada biasiswa kepada sesiapa yang beroleh kejayaan yang disebut tadi.

Beruntunglah siapa yang dapat ni kan? =)

enjoy!

Thursday, April 05, 2012

isu LYNAS- Dijamin selamat operasinya, benarkah? by shahroll

Thursday, April 05, 2012


As salam, hello readers...


Semakin panas pula aku tengok isu Lynas. Walaupun pada awal kemunculan isu, aku semacam tidak ambil peduli, namun dengan kesedaran yang tinggi tentang betapa pentingnya "kesedaran" akan hal ini, aku menulis juga lah.



Lynas Corporation Ltd. berhasrat memberi taklimat kepada anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung operasinya yang mematuhi semua peraturan tempatan dan piawaian antarabangsa.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lynas Corporation Ltd., Eric Noyrez berkata, adalah penting syarikat itu memberi semua butiran kepada PSC bagi mengetepikan maklumat mengelirukan berhubung Loji Bahan-Bahan Maju Lynas (LAMP) yang akan siap dan sedia beroperasi dalam tempoh tiga minggu.

"Kami tidak mempunyai niat untuk membuang sisa kerana melihatnya mempunyai nilai dan telah membangunkan teknologi untuk menjadikan ia barang yang boleh dijual.

"Semua ini dilakukan pada skala percubaan dan makmal, menggunakan antara 100 dan 200 tan bahan mentah," katanya kepada wartawan pada sesi taklimat dan lawatan ke tapak LAMP di sini semalam.- sumber: Kosmo


Penerangan sudah dikeluarkan, anda punyai pandangan yang berbeza? sila lontarkan di ruangan komen. sekian.


Tuesday, April 03, 2012

No speculation! Safee Sali & Sabrina bercerai secara damai by shahroll

Tuesday, April 03, 2012


As salam, hello readers...


Jangan ada spekulasi! itu adalah permintaan bekas isteri pemain bolasepak termahal, Safee Sali selepas prosiding perceraian mereka di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.


Sumber: Google

Peguam kepada Sabrina, Izura Nashuha Abdul Hadi berkata, dalam prosiding itu, pasangan tersebut bercerai secara baik dan semua isu berhubung tuntutan perkara-perkara lain juga diselesaikan mengikut persetujuan bersama.

Katanya, hak penjagaan dua anak perempuan mereka iaitu Nur Syasya Sofirna, 2, dan Nur Syaza Syaqina, 4, diberikan kepada Sabrina untuk dipelihara di kampung halamannya di Kuching, Sarawak.- Kosmo


Thursday, March 22, 2012

PELIK! Tertekan duduk dengan keluarga? INI SUDAH TERUK! by shahroll

Thursday, March 22, 2012


As salam, hello readers...


Isu nasional. Tapi aku rasa ini lebih kepada isu institusi kekeluargaan yang kian meruncing di Malaysia. Laporan demi laporan pasal budak bernama Siti Nur Fatihah Mahadi yang baru berusia 15 tahun, dah pandai nak lari dari rumah bersama teman lelaki?


Apakah ini?



KUANTAN - Siti Nur Fatihah Mahadi yang sebelum ini didakwa menjadi mangsa culik sebelum ditemui semula di rumah keluarga kekasihnya di Pekan, Pahang memberitahu dia sengaja melarikan diri kerana tertekan dengan keluarga.

Bagaimanapun, polis setakat ini belum mendapat maklumat lanjut mengenai bentuk tekanan yang dihadapi oleh gadis itu sehingga memaksa dia mengambil jalan singkat untuk lari dari rumahnya di Taman Tas di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner, T. Narenasagaran berkata, perkara tersebut diakui sendiri oleh Fatihah yang memberitahu dia tidak diculik sebaliknya sengaja lari untuk tinggal di rumah kekasihnya yang berusia 26 tahun.- sumber: Kosmo
Apa pun alasan yang diberikan, keluarga patut menjadi no.1 dalam apa juga tindakan. Buang keluarga dalam kehidupan satu tindakan "bodoh" kerana apa? Susah senang biar bersama keluarga, bukan dengan orang luar!
peringatan kepada aku jugak. *stop*

Wednesday, January 04, 2012

Please lelaki! Anda mampu mengubahnya! by shahroll

Wednesday, January 04, 2012
Gambar Mangsa dera oleh suami: di Facebook Fedtri Yahya

As salam. Aku tak kenal wanita yang terlantar sakit di atas ni. Cuma rasa simpati sebab kena belasah+dera dengan suami tu, aku agak tak boleh nak terima. Sebab apa nak belasah insan yang menjaga pakai minum, basuh baju, jaga anak korang eh?

Aku belum kahwin. Tapi macam-macam cerita kurang enak pasal perkahwinan aku dengar. WHY?

Jom ngaji balik hadis-hadis yang Rasullah SAW tinggalkan tuk kita. Moh!

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)


"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik pula." (An Nur: 26)


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."


terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka.


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.


"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)


sumber: SarungCincin blog


Assalamualaikum...

Wednesday, May 04, 2011

Harga minyak RON97 naik lagi RM0.20! Total up RM2.90 seliter? by shahroll

Wednesday, May 04, 2011


Minyak naik lagi?


Keadaan yang agak merimaskan sebilangan atau setengah dari rakyat Malaysia? Apa reaksi rakyat di luar talian dan di dalam talian? seperti biasa, ramai rakyat yang "mengeluh" dengan kesan peningkatan paras hingga RM2.90 seliter!


Beban?


Memang terasa kenaikkan ini. Dengan harga minyak yang meningkat, harga barang juga akan meningkat sama. Sesiapa yang menggunakan kenderaan 4 roda, lagi terasa bebanan ini.


Bagaimana sekarang?


Seperti biasa, "tunggu" dan "lihat"


The Star Online: 

RON97 petrol up 20 sen to record high of RM2.90

Tuesday, May 03, 2011

[Ilmu Perkahwinan]: Dilema Rumahtangga #1 by shahroll

Tuesday, May 03, 2011


As salam to all, salam sejahtera..


Dalam dunia blogging yang begitu luas, bahan atau artikel yang "dikeluarkan" oleh para bloggers mempunyai kekuatan masing-masing. Tidak tertumpu pada perkembangan teknologi semata-mata, pengisian jiwa dan rohani tidak pula dilupakan.


Ok, korang jangan pelik! itu memang ayat aku ok. Agak formal eh? macam taip karangan bahasa Melayu pulak. Aku bukan apa, nak share dengan pembaca blog aku tentang ilmu rumah tangga.


Apa? shahroll cakap pasal rumahtangga? sat! ang da kawen ka?


Memang aku belom kawen lagi. Apa, korang ingat aku tak leh kasi ceramah pasai nie? heheh~ bukan2! plawok ja! i'm sorry (Amir Maharajalawak style!). Artikel pasal rumahtangga ini aku cited (eccehh!) dari blog Ustaz Amin.


Jom layan!



Mengenal bisikan Syaitan di dalam rumah tangga:-
1. Bisikan jemu,
Mengeluh, ada aje tak kena, cakap dah tak lembut
2. Bisikan tidak hormat
Marah-marah, maki-maki
3. Bisikan sangka buruk dan cemburu
4. Bisikan tak bertimbang rasa. Ungkit-ungkit dan menyakitkan hati

Sayidina Umar r.a mengatakan bahawa :-
عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا
Hendaklah kamu menghisab diri kamu sebelum kamu di hisab. Ada beberapa perkara yang perlu kita betulkan di dalam memandang.

picture credit: All about Islam blog

1. Betulkan cara memandang perkahwinan
i. Rumah tangga mengalami perubahan – dari bujang kepada berdua, cara hidup kena berubah dan tidak boleh mementingkan diri sendiri. Kalau dulu waktu malam asyik main futsal, sekarang sudah berkeluarga, sudah kena kurangkan. Bagi isteri sudah kena belajar masak

ii. Perkahwinan tidak selamanya indah - sedangkan lidah lagi tergigit, jadi kita kena berusaha meningkatkan kemahiran di dalam menangani pergaduhan dan pertikaian di dalam rumah tangga.

2. Betulkan cara memandang suami/isteri
i. Pasangan memang berbeza – orang lelaki dan perempuan tidak sama lebih-lebih lagi jika latar belakang tak sama. Kita kena akui bahawa pasangan tidak sama dan akan sering berlaku pertembungan pemikiran. Apa yang penting adalah buang yang keruh ambil yang jernih. Lebih-lebih lagi perkahwinan yang melibatkan berlainan bangsa.

ii. Jangan harap tinggi pada pasangan
Walaupun dia nak pergi haji beberapa kali, bukan bermakna pasangan telah baik segi akhlak dan perangai. Dia ada kelemahan yang perlu kita bantu.

iii. Kenali mazmumah pasangan
Ada orang yang kalah dengan pangkat, ada yang kalah dengan perempuan cantik, ada yang kalah dengan harta. Jadi sehebat mana orang, kalau mazmumahnya (kelemahannya) terdedah, biasanya dia akan tumbang. Jadi setiap perlu tahu kelemahan diri dan pasangan mereka. Jika tidak, itu yang terjadi isteri kecewa suami tengok video lucah, suami usaha harta haram dan sebagainya.

[read more: Ustaz Amin blog]


Bagus untuk korang yang dah berumah tangga. Ilmu sentiasa ada di mana-mana. Yang penting cari. Dan yang belum kahwin tu pula, persiapkan diri untuk mematangkan diri. Ingatan untuk aku jugak.


See next! 


Tuesday, December 21, 2010

Berdakwah dalam penulisan? by shahroll

Tuesday, December 21, 2010
As salam to all,


Melalui penulisan, memang dari dulu lagi telah dijadikan satu medium untuk berdakwah, dan menyeru umat manusia ke jalan kebenaran/kebaikan. Macam tu jugak dalam blog nie kan?


Aku tertarik dengan laporan berita Kosmo dalam ruangan Gen-K hari nie:-



Berdakwah melalui novel
Berpegang teguh kepada kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah sebagai prinsip hidupnya, Fatimah mengakui dia amat menitikberatkan nilai-nilai keindahan agama dalam penulisannya.
Sebagai penulis, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik masyarakat atau berdakwah melalui penghasilan penulisan yang berkualiti dan membina keperibadian muslim.
“Apatah lagi, saya memang sangat takut dengan hisab Allah pada setiap patah perkataan yang saya tulis. Jadi saya akan pastikan jika ingin mengupas sebarang isu, ilmu atau sebarang kefahaman, maka saya akan merujuk kepada sumber-sumber yang muktabar iaitu al-Quran, sunnah dan perbincangan ulama-ulama yang disegani seperti Sheikh Yusuf al-Qardawi, Abdul Karim Zaidan dan Dr. Wahbah Zuhaili.

“Saya tidak akan menulis mengikut logik saya sendiri kerana saya tahu kelemahan diri. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda: ‘Sesiapa yang menetapkan satu ketetapan yang buruk dan ia diikuti, maka mereka akan berterusan mendapat saham dosa sehingga ke hari kiamat.’
Original report: Kosmo | Gen-K
p/s: ingatan untuk diri aku dan korang.. =)

Monday, December 13, 2010

Pandangan terhadap isu cerai: Aku ada jawapannya by shahroll

Monday, December 13, 2010
As salam to all readers,


Musim bercerai. Terlalu kasar mungkin? **hela nafas panjang**, penilaian terhadap institusi perkahwinan pandangan aku agak "teruk" sekarang nie. Korang boleh andaikan apa yang boleh simpulkan atau bahaskan, tapi bagi aku macam tu lah hakikat dunia sekarang (too worse!!).


** picture credit: Google**

Mungkin ada yang cakap, ".. ala, biasa la tu, cerai kan boleh dalam Islam".. 
".. cerai je, kan Halal?.." ya, korang boleh cakap apa saja. itu HAK korang. Cumanya, yang aku tahu, bercerai itu boleh dan halal, tapi dimurkai oleh Allah S.W.T kan? Sesapa yang nak betolkan ayat aku, leh tulis lam komen.


Aku baca Al-quran dalam surah An-Nisaa' berbunyi:-


Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata


Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)


Surah An-Nisaa': Ayat [19]


Sangat jelas kot ayat diatas? Aku bukan alim, jauh sekali macam ustaz, apa yang aku leh shared, aku share k? Mungkin aku sambung entry nie next posting..As salam....

Wednesday, November 24, 2010

Betul ke orang Malaysia popular di Internet? by shahroll

Wednesday, November 24, 2010
Salam semua =)


Dalam zaman yang canggih sekarang nie, banyak medium yang boleh digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. 10 tahun lalu, agak payah la kan. Now, dengan adanya jaringan yang mantap (Internet+FB-Twitter+ blog) semua info boleh didapati dengan segera.


Dan persoalan yang timbul untuk post entry kali nie, orang Malaysia lebih popular di jaringan Internet? (refer this LINK). 


Mana tidak nya, di kalangan rakyat Malaysia khasnya, ramai dah kot celik IT nie. Yes, sekarang dah masuk generasi IT, so benda-benda nie semua, biasa je. Let say i have friend at Hawaii, its big deal?


Aku percaya, ada banyak lagi akan menyusul pasal social networking nie. On the way katanya.. who know kan? May be rakyat Malaysia juga mampu membuat rangkaian sosial sendiri? Come on lah, Malaysia Boleh! =D


Selagi FB masih relevan, teruskan.. LOL~ salam..

Wednesday, August 11, 2010

Lelaki ada buah dada? by shahroll

Wednesday, August 11, 2010
Salam all! =D


Alhamdulillah, pagi nie aku masih boleh datang kerja tapi bukan macam biasa. Aku masuk pukul 10.30 pagi! haa.. kenapa ye? ceritanya cam nie, semalam aku makan kat Nasi Arab yang ada kambing, pas tu pulak aku ambil sup kambing.. perghh.. memang terlingkup aku semalam.. pergi meeting pon dengar tak dengar jer sebab kepala dah "high" gile.. huh~


Ok, mukadimah semalam la kan, sekarang dah ok sket even ada denyut2 kat kepala nie lagi.. Hermm.. lelaki ada buah dada? eh, siapa kata tak da kan? haha~ tapi tak la macam kaum hawa nyer tu.. Aku terbaca artikel dari Kosmo! yang pesakit nie mengalami Gynecomastia iaitu satu simptom pembesaran buah dada akibat tumor atau hormon. Ada jugak eh? first time dengau nie.. =D


Quote dari artikel Kosmo:-
BEIJING - Buah dada sebesar saiz bola sepak milik seorang lelaki China berumur 53 tahun kini menjadi kecil setelah dia menjalani pembedahan selama enam jam, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki itu, Guo Qingpo menjalani pembedahan di sebuah hospital di Dezhou, wilayah Shandong baru-baru ini.
Buah dada lelaki itu membesar dengan tiba-tiba pada 2008.
Seramai 20 pakar dari lapan jabatan berusaha mencari kaedah untuk mengurangkan buah dada itu dengan pembedahan dianggap satu pilihan terbaik.
Dua buah dada lelaki itu seberat 5 kilogram.
Lelaki itu keluar dari hospital itu pada penghujung April lalu selepas sebulan dia menjalani pembedahan.
 source: Kosmo!
Mana-mana yang mengalami keadaan macam nie, dapatkan rawatan di hospital dengan kadar yang segera!! Bahaya nie... 

Salam! =)

Monday, August 09, 2010

MPP sertai Politik? : Pandangan shahroll

Monday, August 09, 2010
Salam all! =)


Apa MPP? Ok, MPP adalah Majlis Perwakilan Pelajar, kelompok pelajar yang mewakili pelajar dalam apa-apa isu yang diketengahkan atau yang diusulkan oleh para pelajar boleh melalui saluran ini. Dari sekecil-kecil masalah hinggalah yang besar.


Suka atau tidak, kelompok ini membuat resolusi bahawa para mahasiswa IPTA melibatkan diri dengan politik. Baru cadangan kah? elok lah kalau baru cadangan peringkat Universiti saja. Apa kesan secara tidak langsung jika mahasiswa/siswi melibatkan diri dalam politik? 


Sedikit petikan Kosmo!



Pengerusi Jemaah Yang Dipertua MPP IPTA Malaysia, Ahmad Wafi Sahirdan, 20, berkata, resolusi itu dicapai apabila 191 daripada 335 anggota MPP pelbagai IPTA yang hadir pada konvensyen itu menyokong dasar tersebut.
“Hanya 128 wakil MPP tidak bersetuju dan selebihnya kurang pasti. Maka kami mengikut keputusan majoriti wakil MPP IPTA seluruh Malaysia yang meminta kerajaan membenarkan pelajar daripada IPTA menyertai politik,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penutup Konvensyen MPP IPTA 2010 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di sini semalam.

Pada pandangan saya, TIDAK perlu lah pelajar-pelajar nie membabitkan diri dalam politik tanahair. Mengapa? tidak cukupkah "politician" dalam Malaysia untuk berpolitik? Mengapa perlu membabitkan para pelajar? Ok itu satu soalan dalam kepala saya.




Lagi, adakah masa yang diperuntukkan beberapa semester didalam IPTA untuk masuk politik? Mungkin ini soalan "bodoh" saya, tapi mungkin korang leh jawab, terutamanya jika adalah MPP yang masuk dalam blog nie.. berikan hujah korang! Tak pa, aku approve kan je komen2 korang tu...


Ada masa, aku hujah mende nie lagi.. salam!

Wednesday, June 30, 2010

Kembali bertugas di pejabat! by shahroll

Wednesday, June 30, 2010
Salam all!


Penat di BTN ( Biro Tatanegara) belom habis lagi nie, aku dah terus2 masuk kerja.semalam. dah start.Masuk2 belambak kija+pindah office baru+buat kursus dalam pejabat nie.hambek triple task meh! Chill jerk, but yang buat pon bukan aku sorang2.. haha~


Meja tak berkemas gih, mata lak dah rabak semalam buat kerja. Amik PC aku kat studio then pasang kat umah lak.Dah nak masuk sem baru nie, susah lak tak de PC kat umah,untuk  aku buat assignment ke hape ke, senang sket. =)


Pengalaman di BTN cukup BESTTT!!!! terbaek sama sekali. Apa yang aku boleh simpulkan, BTN memang bagus untuk kita semua. Nantikan posting2 yang menarik sepanjang minggu ini hanya di belog aku nie.. hahah ko hado? =P


Kena setelkan beberapa perkara today, now pon dah start kursus untuk pensyarah kat pusat IT tu, ok guys see ya! salam.. =)





Monday, March 01, 2010

Dah masuk?? by shahroll

Monday, March 01, 2010
Salam to all readers.. :)



1 March 2010-Today!.. wahhh, tak sedar dah masuk bulan 3 tahun nie... cepat betol masa berlalu... ermmm.. teringat pulak ustazah masa sekolah agama dlu, makin laju masa bermakna dah nak dekat kiamat.. :) tapi tak pa, Nabi Muhammad pernah bersabda, " Sesungguhnya jika ditangan kamu memegang benih kurma,dan esok nya adalah hari kiamat, tanamlah juga benih itu.."...




Ok, selama beberapa hari tak berblogging nie, byk kije disetelkan.. sabtu and ahad lepas memenuhi job untuk pasangan Nisa+Erry di Petaling Jaya...kemas2 my studio ( dah siap!).. cuma gantung2 gambar saja yang belum... malah belum PRINT pon! heee~




untuk pasangan Mira+Wan, gambar anda sedang di dalam proses terakhir dan dalam minggu nie, album anda akan siap ya! :) seronokkk lew Si Mira tu nanti.. tak sabarr katenya nak melihat album beliau.. xpa2.. tahan2 dlu yaa.. the best i give u! :)



Special dedikasi untuk kawan photographer iaitu BeeJan, anak buah Rashdi Amin selamat sudah melangsungkan perkahwinan beliau dengan pasangan nya, sorry bro tak sempat nak kejar ke tempat kamu...apa pon, all the best Beejan!! and tahniah diatas perkahwinan kamu... semoga dapat anak2 yang cute (cam kamu) dan soleh & Solehah.. aminn...


Ok guyz! less talk more action ya.. hahahah poyo gilew.. anything find me @ Facebook ( kat side menu ada tu.. ADD je..) hehe... tak pon kat Twitter ya... dan lagi satu kat sini...:-



Shahroll Photo - Find me at bloggers.com




cheerz!! salam... :)