Thursday, March 22, 2012

PELIK! Tertekan duduk dengan keluarga? INI SUDAH TERUK! by shahroll



As salam, hello readers...


Isu nasional. Tapi aku rasa ini lebih kepada isu institusi kekeluargaan yang kian meruncing di Malaysia. Laporan demi laporan pasal budak bernama Siti Nur Fatihah Mahadi yang baru berusia 15 tahun, dah pandai nak lari dari rumah bersama teman lelaki?


Apakah ini?



KUANTAN - Siti Nur Fatihah Mahadi yang sebelum ini didakwa menjadi mangsa culik sebelum ditemui semula di rumah keluarga kekasihnya di Pekan, Pahang memberitahu dia sengaja melarikan diri kerana tertekan dengan keluarga.

Bagaimanapun, polis setakat ini belum mendapat maklumat lanjut mengenai bentuk tekanan yang dihadapi oleh gadis itu sehingga memaksa dia mengambil jalan singkat untuk lari dari rumahnya di Taman Tas di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner, T. Narenasagaran berkata, perkara tersebut diakui sendiri oleh Fatihah yang memberitahu dia tidak diculik sebaliknya sengaja lari untuk tinggal di rumah kekasihnya yang berusia 26 tahun.- sumber: Kosmo
Apa pun alasan yang diberikan, keluarga patut menjadi no.1 dalam apa juga tindakan. Buang keluarga dalam kehidupan satu tindakan "bodoh" kerana apa? Susah senang biar bersama keluarga, bukan dengan orang luar!
peringatan kepada aku jugak. *stop*

4 comments:

JAI said...

Mungkin banyak puncanya bro. Tak semestinya kesilapan anak muda ni.Apa yang perlu diingatkan kembali kepangkal jalan. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Jangan terburu-buru membuat keputusan

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Jai:
benar abg Jai, saya setuju. Mungkin ada "kesilapan" dalamkeluarga, tetapi anak muda ni harus bijak dalam handle isu2 dalaman keluarga.. begitu jugak dgn parent..

Unknown said...

mmg overrrr bkin propa jer...budak2 la ni!!!

Unknown said...

over budak zaman la ni...bikin propa jer!!