Showing posts with label perempuan. Show all posts
Showing posts with label perempuan. Show all posts

Wednesday, January 04, 2012

Please lelaki! Anda mampu mengubahnya! by shahroll

Wednesday, January 04, 2012
Gambar Mangsa dera oleh suami: di Facebook Fedtri Yahya

As salam. Aku tak kenal wanita yang terlantar sakit di atas ni. Cuma rasa simpati sebab kena belasah+dera dengan suami tu, aku agak tak boleh nak terima. Sebab apa nak belasah insan yang menjaga pakai minum, basuh baju, jaga anak korang eh?

Aku belum kahwin. Tapi macam-macam cerita kurang enak pasal perkahwinan aku dengar. WHY?

Jom ngaji balik hadis-hadis yang Rasullah SAW tinggalkan tuk kita. Moh!

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)


"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik pula." (An Nur: 26)


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."


terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka.


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.


"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)


sumber: SarungCincin blog


Assalamualaikum...

Tuesday, November 16, 2010

Antara lelaki,perempuan,photography dan seks: simbolik atau manipulasi? by shahroll

Tuesday, November 16, 2010
Salam semua =)

Tajuk panas? taklah, sebab ada perkataan "seks" tu je kot? Hermm.. sekarang banyak kes pasal penyalahgunaan-seks nie.. erkk~ ada ke term tu? haha.. mau tak, kalau dulu yang dump baby nie mana ada, ada pon tak sebanyak sekarang kan? Belum lagi kes cium tak segammalunakmati depan KLCC (huiss panass!). Penat lah situasi sekarang.. dah "tenat"


Ok lah, hari ni aku nak cerita pasal dunia photography. Salah satu cabang dalam photography adalah "Nude Photography". Apa benda nude photo nie? Ok, bagi yang tak tahu, nie aku nak kasi tahu lah. Sumber mengatakan:-


Nude photography is a style of art photography which depicts the nude human body as a study. Nude photography should be distinguished from erotic photography, which has a sexually suggestive component. Nude photography should also be distinguished from glamour photography, which places more emphasis on the model and her/his sexuality, and treats the model as the primary subject.
source: Wikipedia

Wiki kata, bagi aku nie simbolik nyer maksud: Gaya atau seni photography yang mana menjadikan tubuh manusia yang telanjang itu sebagai satu kajian. Erk, apa yang best nya shoot tubuh manusia tanpa baju dan seluar? Apa, model yang jadi bahan rakaman tu, tak de malu ke eh? uihss, susah nie, siapa leh jawab?

Ok, aku jawab la eh? haha.. untuk nude nie, model sama sekali tak akan didedahkan wajahnya (ye ke?) dan, untuk photog yang ekstrim, mungkin menggunakan minyak kilat yang akan disapu pada tubuh, atau mana2 tempat yang nak dishoot tu. Dan ini bagi aku, menjadi satu manipulasi terang-terangan atau secara sembunyi menyifatkan ianya "cool" dan "seni" terhadap tubuh badan manusia, dan lebih2 lagi terhadap perempuan, haha.. celah mana?

Satu lagi, gambar yang dihasilkan bukanlah jenis "main tangkap" or snapshot. Ianya dirancang sebagaimana kehendak photographer tersebut. Agak-agak photographer tu nak shoot punggung, so yang obvious mungkin bentuk punggung tu ke (cantik ke?) dan sebagainya..

Siapa photog yang mula-mula terbabit dalam bidang nude-nude nie? Orangnya adalah Félix-Jacques Moulin. Dia nie hidup pada zaman 1802 sampai 1875 (hidup lebih kurang 73 tahun) dan berasal dari Perancis.

Cukuplah info yang aku nak sampaikan. Sesiapa yang ariff pasal nude2 nie, leh shout in my comment. Kot ada pandangan yang berbeza ke, kajian aku "salah" ke, yang penting sekali, genre nude nie ada ke kat Malaysia? Aku nak tahu!

All right, see ya! salam...