Monday, August 09, 2010

MPP sertai Politik? : Pandangan shahroll

Salam all! =)


Apa MPP? Ok, MPP adalah Majlis Perwakilan Pelajar, kelompok pelajar yang mewakili pelajar dalam apa-apa isu yang diketengahkan atau yang diusulkan oleh para pelajar boleh melalui saluran ini. Dari sekecil-kecil masalah hinggalah yang besar.


Suka atau tidak, kelompok ini membuat resolusi bahawa para mahasiswa IPTA melibatkan diri dengan politik. Baru cadangan kah? elok lah kalau baru cadangan peringkat Universiti saja. Apa kesan secara tidak langsung jika mahasiswa/siswi melibatkan diri dalam politik? 


Sedikit petikan Kosmo!



Pengerusi Jemaah Yang Dipertua MPP IPTA Malaysia, Ahmad Wafi Sahirdan, 20, berkata, resolusi itu dicapai apabila 191 daripada 335 anggota MPP pelbagai IPTA yang hadir pada konvensyen itu menyokong dasar tersebut.
“Hanya 128 wakil MPP tidak bersetuju dan selebihnya kurang pasti. Maka kami mengikut keputusan majoriti wakil MPP IPTA seluruh Malaysia yang meminta kerajaan membenarkan pelajar daripada IPTA menyertai politik,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penutup Konvensyen MPP IPTA 2010 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di sini semalam.

Pada pandangan saya, TIDAK perlu lah pelajar-pelajar nie membabitkan diri dalam politik tanahair. Mengapa? tidak cukupkah "politician" dalam Malaysia untuk berpolitik? Mengapa perlu membabitkan para pelajar? Ok itu satu soalan dalam kepala saya.




Lagi, adakah masa yang diperuntukkan beberapa semester didalam IPTA untuk masuk politik? Mungkin ini soalan "bodoh" saya, tapi mungkin korang leh jawab, terutamanya jika adalah MPP yang masuk dalam blog nie.. berikan hujah korang! Tak pa, aku approve kan je komen2 korang tu...


Ada masa, aku hujah mende nie lagi.. salam!

No comments: