Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Friday, December 26, 2014

Pencetus Ummah: Musim ke-2 lebih hebat dan bertenaga! by shahroll

Friday, December 26, 2014



As salam, hello readers...

Semalam Pencetus Ummah (PU) melabuhkan tirai untuk musim keduanya di saluran Astro Oasis. Aku mengikuti perkembangan PU ini dalam Facebook sebab ramai yang shared perkembangannya di sana yang secara tak langsung, bila aku terlepas pandang untuk melihat secara langsung, dapat tahu serba sedikit.

Walaupun aku jarang melihat secara live, aku lihat Pencetus Ummah ini sebagai pioneer dalam rancangan-rancangan berunsur dakwah. Di stesen TV lain juga menggunakan konsep yang sama tetapi Pencetus Ummah mempunyai aura yang berlainan.


PU Faiz

Yang menarik perhatian aku adalah PU Faiz. Berusia 25 tahun berasal dari Kelantan dan sudah mendirikan rumahtangga. Cara penyampaian yang relex, sederhana dan tidak kelam-kabut. Walaupun kecek Kelate pekat kedengaran, masih lagi boleh difahami dengan baik meskipun ada juri yang mengadili PU final dari Indonesia, Opick

Syarahan terakhir beliau adalah "Dakwah di dalam laman sosial" yang mana kupasan yang diberikan cukup memuaskan. Penekanan terhadap aspek dakwah yang sederhana, bertoleransi dan berterusan ditekankan dalam syarahan terakhir ini. Rasa tidak cukup masa yang diberikan kepada PU Faiz ini sebab abang bedok sangat pantas memukul bedok disitu

Semoga Pencetus Ummah musim ke-3 menemui para penonto Oasis sekali lagi, Insyaallah

enjoy!


Tuesday, December 21, 2010

Berdakwah dalam penulisan? by shahroll

Tuesday, December 21, 2010
As salam to all,


Melalui penulisan, memang dari dulu lagi telah dijadikan satu medium untuk berdakwah, dan menyeru umat manusia ke jalan kebenaran/kebaikan. Macam tu jugak dalam blog nie kan?


Aku tertarik dengan laporan berita Kosmo dalam ruangan Gen-K hari nie:-



Berdakwah melalui novel
Berpegang teguh kepada kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah sebagai prinsip hidupnya, Fatimah mengakui dia amat menitikberatkan nilai-nilai keindahan agama dalam penulisannya.
Sebagai penulis, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik masyarakat atau berdakwah melalui penghasilan penulisan yang berkualiti dan membina keperibadian muslim.
“Apatah lagi, saya memang sangat takut dengan hisab Allah pada setiap patah perkataan yang saya tulis. Jadi saya akan pastikan jika ingin mengupas sebarang isu, ilmu atau sebarang kefahaman, maka saya akan merujuk kepada sumber-sumber yang muktabar iaitu al-Quran, sunnah dan perbincangan ulama-ulama yang disegani seperti Sheikh Yusuf al-Qardawi, Abdul Karim Zaidan dan Dr. Wahbah Zuhaili.

“Saya tidak akan menulis mengikut logik saya sendiri kerana saya tahu kelemahan diri. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda: ‘Sesiapa yang menetapkan satu ketetapan yang buruk dan ia diikuti, maka mereka akan berterusan mendapat saham dosa sehingga ke hari kiamat.’
Original report: Kosmo | Gen-K
p/s: ingatan untuk diri aku dan korang.. =)